WEBVTT

01:38.452 --> 01:41.956
BEASTARS
MUSIM TERAKHIR

01:42.039 --> 01:46.961
PERLU BELI BANGKU KECIL

01:47.044 --> 01:49.964
Kita ada semburan lada.

01:50.047 --> 01:54.593
Benda ini buat kita menangis
apabila disembur ke muka…

01:55.719 --> 01:59.014
Penggera keselamatan ini mampu didengari
dari jarak yang amat jauh.

01:59.098 --> 02:02.393
Mereka kaji lolongan serigala
untuk cipta benda ini.

02:05.271 --> 02:10.317
Ini pula tarikan utama, senjata renjat.

02:12.653 --> 02:16.448
Alat kecil ini boleh menangkis musuh
yang lebih besar daripada awak.

02:18.242 --> 02:22.746
Saya tahu awak lakukan semua ini
sebab risaukan saya,

02:22.830 --> 02:24.790
tapi bukankah ini agak keterlaluan?

02:24.874 --> 02:29.086
Saya tak fikir Melon sudah mengalah
untuk makan awak.

02:29.170 --> 02:32.006
Saya nak bersama awak setiap masa, tapi…

02:32.089 --> 02:34.592
Saya boleh jaga diri sendiri.

02:34.675 --> 02:36.135
Awak tak faham.

02:36.218 --> 02:38.846
Dia bukan pensyarah kolej yang biasa.

02:38.929 --> 02:41.098
Dia benci ibu bapanya kerana lahirkannya,

02:41.182 --> 02:44.018
dan dia nak balas dendam
ke atas pasangan interspesies.

02:44.101 --> 02:46.145
Dia pemakan bersiri, ketua Shishi-Gumi…

02:46.228 --> 02:49.481
Saya tahu, dia si gila
yang tembak awak di perut dan telinga.

02:49.565 --> 02:52.902
Ini bukan tentang saya.
Ini tentang melindungi awak.

02:53.527 --> 02:56.488
Awak tak beritahu
tentang kejadian di kampus,

02:57.573 --> 02:59.033
lagipun…

03:00.075 --> 03:01.243
Lagipun apa?

03:01.327 --> 03:06.165
Tak apalah.

03:06.248 --> 03:07.708
Apa?

03:07.791 --> 03:09.126
Janji awak takkan marah?

03:09.209 --> 03:10.044
Tak boleh janji.

03:12.254 --> 03:14.006
Awak tak…

03:14.798 --> 03:17.843
Awak rasa Melon menarik?

03:17.927 --> 03:19.011
Apa?

03:19.094 --> 03:22.473
Awak berjanji dengan dia
walaupun tahu dia gila.

03:22.556 --> 03:24.475
Pernah sekali, baunya melekat pada awak.

03:24.558 --> 03:26.518
Jadi, seolah-olah…

03:26.602 --> 03:29.647
Apa? Awak betul-betul buat saya marah!

03:29.730 --> 03:32.274
Saya suka awak saja, Legoshi.

03:34.234 --> 03:37.696
Jangan suka pula sedangkan
saya tengah marah pada awak.

03:39.031 --> 03:40.199
Aduh.

03:41.116 --> 03:44.536
Hei, Degoshi. Awak suspek kes pembunuhan.

03:44.620 --> 03:46.121
- Apa?
- Pembunuhan?

03:46.205 --> 03:51.126
Nama awak akan disenaraikan sebagai
orang dikehendaki dan disebarkan media.

03:51.752 --> 03:54.296
Disebabkan insiden studio tatu itu.

03:54.380 --> 03:56.757
Studio tatu?

03:56.840 --> 03:57.800
Bukan saya buat!

03:57.883 --> 03:59.260
Mereka dah memang mati!

03:59.343 --> 04:00.511
Apa semua ini?

04:00.594 --> 04:06.684
Polis nak tangkap penjenayah secepat
mungkin untuk tenangkan orang awam.

04:06.767 --> 04:09.311
Sebaik saja nama awak diumumkan,
media akan menyerbu.

04:09.395 --> 04:12.523
Segala maklumat sejak zaman kecil,
zaman belajar dan lain-lain

04:12.606 --> 04:15.234
akan didedahkan dalam talian,
benar atau palsu.

04:15.317 --> 04:17.319
En. Yahya patut sokong saya…

04:17.403 --> 04:20.406
Awak benar-benar fikir
dia akan menyebelahi awak?

04:20.489 --> 04:23.325
Apabila awak kata begitu…

04:23.826 --> 04:25.536
Awak ada rekod jenayah memakan.

04:26.829 --> 04:30.124
Teruklah, awak timbulkan masalah
ketika dalam tempoh percubaan…

04:30.207 --> 04:32.126
Bagaimana awak tahu semua ini?

04:33.377 --> 04:36.505
Saya ketua perisikan
500 Tikus Yang Terkepung.

04:36.588 --> 04:39.675
Terpulang sama ada
awak nak percayakan saya atau tidak.

04:39.758 --> 04:43.095
Datang jumpa saya
kalau awak ditimpa masalah.

04:44.138 --> 04:46.974
Kalau awak cuba menyorok,
mereka tetap akan jumpa awak.

04:48.017 --> 04:51.270
Awak tak selicik yang awak sangkakan.

04:52.187 --> 04:53.063
TIKUS

04:53.147 --> 04:56.400
Awak okey? Nampaknya awak akan ditahan.

04:56.483 --> 04:58.402
Lecehnya.

04:58.485 --> 05:00.612
Saya belum tangkap Melon.

05:01.447 --> 05:03.032
Betulkah kisah itu?

05:03.115 --> 05:05.409
Awak memang berada di tempat kejadian?

05:05.951 --> 05:08.954
Kenapa awak pergi ke studio tatu?

05:09.038 --> 05:10.456
Awak tak suka tatu.

05:10.539 --> 05:12.541
Melon selalu pergi ke sana!

05:12.624 --> 05:14.126
Saya nak cari petunjuk.

05:14.209 --> 05:17.838
Saya sangka saya boleh dapat
maklumat lokasinya atau apa-apa saja.

05:17.921 --> 05:19.465
Bunyinya macam…

05:19.548 --> 05:22.593
Jangan risau. Saya tak buat
apa-apa yang mencurigakan.

05:22.676 --> 05:25.554
Mungkin awak boleh jumpa
petunjuk di universiti saya.

05:26.680 --> 05:30.100
Melon ialah Profesor Lumrong, bukan?
Mungkin ada sesuatu di sana.

05:30.184 --> 05:31.518
Betul juga. Jom pergi!

05:31.602 --> 05:33.687
Nanti! Tunggu sekejap.

05:34.313 --> 05:35.939
Biar saya saja yang selidik.

05:36.023 --> 05:39.276
Awak akan tarik perhatian.

05:46.450 --> 05:47.951
Awak dengar tak?

05:49.453 --> 05:50.496
Apa?

05:51.080 --> 05:52.206
Sekarang,

05:52.748 --> 05:55.334
ketinggian awak sempurna
untuk saya cium awak.

05:56.794 --> 06:01.340
Saya baru sedar,
mudah saya cium awak pada ketinggian ini.

06:03.217 --> 06:04.134
Sekarang?

06:04.218 --> 06:06.887
Bolehlah…

06:12.518 --> 06:14.228
Kita cium kemudianlah.

06:14.812 --> 06:15.896
Kemudian?

06:16.563 --> 06:19.566
Kalau saya dapat tangkap Melon,

06:19.650 --> 06:23.028
saya boleh minta
Beastar padamkan rekod jenayah saya.

06:23.904 --> 06:27.407
Kemudian, saya boleh
kahwini awak secara rasmi.

06:27.491 --> 06:31.453
Jadi, saya nak simpan dulu
kucupan itu hingga saat itu…

06:33.413 --> 06:36.333
Awak nak simpan saya dulu, ya?

06:36.416 --> 06:38.418
Serigala yang ada kelas!

06:40.629 --> 06:43.006
- Awak kecil hati?
- Tak langsung!

06:43.090 --> 06:44.883
Tunggulah.

06:45.592 --> 06:46.969
Haru!

06:49.054 --> 06:50.597
UDON BEBEBE

06:50.681 --> 06:51.849
Dilaporkan,

06:51.932 --> 06:55.018
mangsa pesan makanan daripada awak.

06:55.102 --> 06:57.688
Itu tak bermaksud apa-apa…

06:57.771 --> 06:59.731
Dia yang hantar semua pesanan?

06:59.815 --> 07:03.652
Ya, Legoshi yang hantarkan
semua pesanan untuk saya.

07:03.735 --> 07:06.947
Awak tak pelik
tentang parut di muka dan tangannya?

07:07.030 --> 07:10.993
Dia serigala muda. Beberapa luka saja…

07:11.076 --> 07:12.953
Tak buat awak rasa pelik?

07:14.371 --> 07:16.457
Bukan itu maksud saya…

07:17.749 --> 07:21.420
Legoshi? Taklah, dia baik.

07:21.503 --> 07:24.173
Awak tahu dia ada rekod jenayah memakan?

07:24.256 --> 07:27.009
Saya tak tahu pula.

07:27.092 --> 07:30.137
Tapi saya tahu dia sentiasa berhati-hati.

07:30.220 --> 07:33.265
Dia takkan sentuh herbivor.

07:33.348 --> 07:34.475
Kenapa?

07:34.558 --> 07:37.728
Sebab dia tak nak cederakan sesiapa.

07:37.811 --> 07:40.814
Maksud awak, dia berpotensi mencederakan?

07:40.898 --> 07:44.651
Saya tak pernah nampak
dia buat begitu kebelakangan ini.

07:44.735 --> 07:48.322
Sebelum ini dia ada tunjuk
kelakuan begitu, tapi baru berhenti?

07:49.740 --> 07:52.493
Mungkin dia mula memakan
untuk puaskan kelaparan?

08:16.892 --> 08:19.436
<i>Nampaknya Legoshi dilanda masalah lagi.</i>

08:19.520 --> 08:21.772
LEGOSHI DIKEHENDAKI
SEBAGAI SUSPEK PEMBUNUHAN

08:21.855 --> 08:26.026
<i>Melon alihkan tumpuan polis
supaya dia boleh teruskan jenayah.</i>

08:26.818 --> 08:29.154
<i>Sekarang, macam mana, Louis?</i>

08:29.696 --> 08:32.199
Kami daripada
Jabatan Promosi Hidup Bersama!

08:32.282 --> 08:37.329
Buat penyokong perjuangan kami
untuk cantas prejudis cinta interspesies,

08:37.412 --> 08:39.998
tekan butang langgan!

08:40.499 --> 08:42.543
Hidup Bersama!

08:43.710 --> 08:45.337
Tamat.

08:46.338 --> 08:47.214
Bagaimana?

08:47.297 --> 08:49.591
Kita akan tular lagi.

08:49.675 --> 08:51.093
Harap dapat cecah 300 ribu.

08:51.176 --> 08:52.594
- Maaf.
- Mesti boleh.

08:53.387 --> 08:54.429
Louis?

08:54.513 --> 08:56.014
Saya nak cakap dengan kamu.

08:56.098 --> 08:58.725
Awak nak sertai misi kami?

08:58.809 --> 09:00.686
Bukan.

09:00.769 --> 09:05.732
Kamu tahu kes memakan bersiri
yang sasarkan pasangan interspesies?

09:05.816 --> 09:08.819
Pelakunya amat bahaya dan masih bebas.

09:08.902 --> 09:13.740
Saya harap kamu boleh beritahu
penonton kamu agar berjaga-jaga.

09:13.824 --> 09:17.494
Meminta mangsa berjaga-jaga?
Bukan itu objektif saluran kami.

09:17.578 --> 09:20.038
Mungkin betul kata kamu,

09:20.122 --> 09:22.749
tapi saya tak mahu makhluk lain tercedera.

09:23.458 --> 09:25.544
Saluran kamu popular, bukan?

09:25.627 --> 09:29.172
Video-video kamu selalu dapat
banyak tontonan. Boleh tolong saya?

09:29.256 --> 09:30.841
Apa pendapat kamu?

09:31.633 --> 09:35.429
Boleh kami guna nama awak,
memandangkan awak selebriti?

09:36.972 --> 09:39.182
Nama saya, ya?

09:42.769 --> 09:43.729
Maafkan saya.

09:45.689 --> 09:46.648
Helo?

09:46.732 --> 09:49.026
<i>Louis, awak di mana?</i>

09:49.109 --> 09:50.444
Di kampus.

09:50.527 --> 09:53.405
<i>Tiada pihak akhbar
atau polis di sana, bukan?</i>

09:54.072 --> 09:57.784
<i>Ini tentang kawan awak,
suspek yang dikehendaki itu.</i>

09:57.868 --> 10:01.913
<i>Saya guna pengaruh saya
agar polis tak cari awak.</i>

10:01.997 --> 10:03.749
Apa maksud awak?

10:03.832 --> 10:06.585
Memandangkan serigala itu kawan awak,

10:06.668 --> 10:12.674
skandal akan tercetus kalau orang tahu
yang awak benarkan dia makan kaki awak.

10:12.758 --> 10:16.803
<i>Buat masa sekarang, awak perlu elak
sebarang acara melibatkan media.</i>

10:16.887 --> 10:20.557
<i>Jangan tonjolkan diri
dan elakkan perhatian. Faham?</i>

10:27.898 --> 10:30.525
Jadi, apa keputusan awak?

10:31.985 --> 10:33.570
Gunalah nama saya.

10:34.112 --> 10:35.614
Bagus!

10:39.701 --> 10:41.662
Banyak perkembangan kita.

10:41.745 --> 10:42.996
Semua orang bersemangat.

10:43.080 --> 10:46.291
Situasi Juno dan Pina pun semakin baik.

10:46.375 --> 10:48.752
Ya, mereka bekerjasama dengan baik.

10:48.835 --> 10:51.713
Dulu, mereka cabaran terbesar kita.

10:54.549 --> 10:57.636
KELAB MEMAKAN
PERGI MAMPUS

10:57.719 --> 10:58.929
Apa semua ini?

10:59.513 --> 11:02.140
Pasti sebab skandal Legoshi.

11:02.224 --> 11:04.518
Dia bukan ahli kelab ini lagi.

11:04.601 --> 11:07.396
Kenapa kita pula diganggu
hanya kerana kita kenal dia?

11:07.479 --> 11:10.774
Keparat penakut!

11:10.857 --> 11:12.484
Tapi…

11:12.567 --> 11:17.030
Kita memang ada
insiden Tem dimakan, betul tak?

11:17.114 --> 11:21.493
Kaki Louis pula dimakan
supaya mereka dapat tangkap Riz.

11:21.576 --> 11:23.328
Awak pun, Kibi…

11:23.412 --> 11:25.330
Maknanya, Legoshi penjenayah?

11:25.414 --> 11:26.915
Tak semestinya…

11:28.542 --> 11:31.378
Buat masa sekarang, kita ada tugas.

11:31.461 --> 11:36.133
Apabila karnivor dan herbivor bersatu,
perkara menakjubkan berlaku.

11:36.216 --> 11:39.428
Kita perlu buktikannya
kepada orang yang tulis sampah ini.

11:39.511 --> 11:41.930
- Betul kata awak.
- Ya.

11:42.013 --> 11:46.893
<i>Aduhai… Legoshi terjerumus
dalam masalah apa pula kali ini?</i>

11:49.312 --> 11:50.689
Profesor Lumrong?

11:50.772 --> 11:54.067
Ya, saya tak sempat habiskan kelasnya.

11:54.151 --> 11:56.611
Awak tahu dia kerja di mana sekarang?

11:56.695 --> 11:58.572
Kita mungkin takkan tahu.

11:58.655 --> 12:01.783
Mereka dapat tahu
semua rekodnya yang terdahulu palsu.

12:01.867 --> 12:03.952
Nama, pendidikan, dan umur.

12:04.035 --> 12:05.996
Jadi, maklumat hubungan juga…

12:06.079 --> 12:07.581
Semuanya tipu.

12:07.664 --> 12:09.124
Aduhai.

12:09.207 --> 12:11.543
Mereka patut siasat
latar belakang lebih teliti.

12:11.626 --> 12:16.506
Kami sepatutnya pastikan kolej selamat,
tapi mereka lantik orang gila? Tolonglah.

12:18.592 --> 12:20.177
Terima kasih.

12:25.432 --> 12:28.435
<i>Mungkin pejabat pendaftar ada maklumat.</i>

12:49.247 --> 12:52.375
Eh? Awak pembantu Gohin.

12:52.459 --> 12:54.794
Awak wanita rumput buluh.

12:54.878 --> 12:57.255
Amboi. Awak terkenal sekarang!

12:58.423 --> 13:00.467
Awak penjenayah yang dikehendaki.

13:00.550 --> 13:03.053
Betulkah? Saya dalam senarai dikehendaki?

13:04.763 --> 13:06.932
Katak di bawah tempurung.

13:12.938 --> 13:15.023
Maaf, saya…

13:15.649 --> 13:16.775
Saya pergi dulu.

13:23.156 --> 13:26.910
<i>Pasti menyusahkan En. Gohin
kalau pergi ke rumahnya.</i>

13:27.702 --> 13:28.828
TIKUS

13:28.912 --> 13:30.372
<i>Saya cuba tempat ini.</i>

13:37.921 --> 13:41.550
TIKUS

14:12.289 --> 14:13.498
Lihat siapa yang datang.

14:15.417 --> 14:17.252
Betul kata awak.

14:17.919 --> 14:20.213
Saya dalam senarai orang yang dikehendaki.

14:20.297 --> 14:22.882
Adakah ini perangkap Melon?

14:22.966 --> 14:24.009
Perangkap?

14:24.092 --> 14:28.388
Saya pergi ke studio tatu
untuk cari Melon,

14:28.471 --> 14:31.391
tapi pekerjanya dah mati
dan polis terus muncul…

14:31.474 --> 14:32.559
Begitu rupanya.

14:37.230 --> 14:39.065
Awak lapar, ya?

14:39.774 --> 14:41.902
Makanlah daging ini.

14:42.652 --> 14:44.905
- Saya tak makan daging.
- Jangan memilih.

14:44.988 --> 14:46.239
Bukan sebab saya memilih…

14:46.323 --> 14:50.118
Makan saja, Degoshi. Awak tak tahu
bila awak boleh makan lagi.

14:50.201 --> 14:52.871
Bukan Degoshi, Legoshi.

14:52.954 --> 14:55.248
Pelarian mesti guna nama samaran.

14:55.332 --> 14:56.249
Nama tak jauh beza.

14:56.333 --> 14:57.626
Awak tak nak, saya makan.

14:59.628 --> 15:01.546
Tak adil! Mari sini!

15:01.630 --> 15:02.631
Lepaskan saya!

15:02.714 --> 15:04.132
Jangan bergaduh.

15:04.215 --> 15:06.593
Pasar Gelap jual banyak daging.

15:06.676 --> 15:10.764
Degoshi, kami tak mampu beli daging mahal.

15:11.681 --> 15:13.224
Saya beritahu awak sesuatu.

15:13.308 --> 15:16.811
Daging di kedai-kedai itu dipamerkan
demi keuntungan.

15:16.895 --> 15:21.691
Karnivor dalam masyarakat awam
sanggup bayar mahal untuknya.

15:21.775 --> 15:23.610
Jadi, harganya mencanak.

15:24.486 --> 15:28.657
Kebanyakan karnivor
di Pasar Gelap tak kaya.

15:30.116 --> 15:35.580
Sebab itu, kami, 500 Tikus Yang Terkepung,
curi duit daripada penjual paling licik

15:35.664 --> 15:38.041
dan agihkan kepada semua orang.

15:38.124 --> 15:41.711
Mesti sebab itu Corne bekerjasama
dengan En. Yahya.

15:41.795 --> 15:44.005
Bekerjasama? Tidak.

15:44.089 --> 15:46.508
Polis layan Corne macam anjing.

15:46.591 --> 15:48.385
Itu satu penghinaan untuk anjing…

15:48.468 --> 15:50.637
Yahya itu syaitan.

15:51.221 --> 15:53.932
Saya tak kasihan
kepada sesiapa yang bekerja dengannya.

15:54.015 --> 15:56.893
Di luar tembok ini,
mereka ada peraturan sendiri.

15:56.977 --> 16:00.063
Karnivor tiada kebebasan. Betul?

16:00.146 --> 16:02.148
Yakah…

16:02.232 --> 16:05.902
Sebab itu,
karnivor beli daging di Pasar Gelap.

16:05.986 --> 16:07.529
Mereka gembira di sini.

16:07.612 --> 16:09.698
Betul.

16:09.781 --> 16:10.657
Degoshi.

16:10.740 --> 16:14.119
Mereka nak jadikan awak
kambing hitam, betul tak?

16:14.202 --> 16:16.871
Mereka licik.

16:17.414 --> 16:20.917
Satu saja yang bagus tentang herbivor,
rasa daging mereka.

16:21.001 --> 16:22.127
- Setuju!
- Setuju!

16:22.210 --> 16:23.670
Masa untuk tidur!

16:23.753 --> 16:24.879
- Baik!
- Baik!

16:34.514 --> 16:39.394
<i>Ini dunia selari yang terpisah dari dunia
yang saya diami selama 18 tahun.</i>

16:44.899 --> 16:47.861
MERAIKAN ANUGERAH AWAK
TAHNIAH ATAS HADIAH UTAMA

16:55.326 --> 16:56.369
OGMA

16:56.453 --> 16:57.996
Pengerusi?

16:59.205 --> 17:04.836
Awak dah sahkan geometri molekul
<i>nepetalactol</i> dalam pokok kucing galak

17:04.919 --> 17:06.796
dan berjaya mensintesisnya?

17:06.880 --> 17:08.506
Hasil kerja yang mengagumkan.

17:08.590 --> 17:10.050
Terima kasih.

17:10.675 --> 17:13.928
Ini revolusi untuk bahan penarik felin.

17:15.472 --> 17:19.017
Saya ada tugas baharu
untuk minda cerdas awak.

17:23.229 --> 17:27.484
Boleh cipta formula untuk hasilkan
bekalan yang stabil bagi bahan ini?

17:30.403 --> 17:33.865
Ini makanan tambahan bernutrisi?

17:33.948 --> 17:36.618
Ia digunakan untuk
mengkulturkan daging gantian.

17:36.701 --> 17:38.578
Baik, saya faham.

17:38.661 --> 17:42.957
Saya nak awak hasilkannya
dengan kerjasama Syarikat Makanan Ogura.

17:43.041 --> 17:45.043
Syarikat Makanan Ogura?

17:45.126 --> 17:48.171
Untuk perkahwinan politik Louis…

17:49.631 --> 17:50.632
Maksud saya…

17:50.715 --> 17:54.469
Saya tak gemar kajian kolaboratif.

17:54.552 --> 17:58.306
Saya akan tanggung kos kajian awak,
walau apa pun jumlahnya.

17:58.389 --> 18:01.434
Saya akan sediakan makmal peribadi.

18:02.519 --> 18:07.065
Ini kunci eksekutif awak,
boleh guna bilik mandi bila-bila masa.

18:09.734 --> 18:11.486
Masih tak cukup?

18:11.569 --> 18:14.697
Baiklah, saya beri bilik merokok juga.

18:16.658 --> 18:17.826
Setuju.

18:17.909 --> 18:21.287
Saya perlu hasilnya
sebelum hujung Disember.

18:21.371 --> 18:22.288
Ya, tuan.

18:23.623 --> 18:24.666
Jadi…

18:25.375 --> 18:29.921
Boleh saya tahu sejauh mana
perkembangan daging gantian itu?

18:30.004 --> 18:31.923
Awak tak perlu tahu.

18:33.174 --> 18:34.759
Saya faham.

18:34.843 --> 18:37.846
Itu senjata rahsia kita
untuk menangi bidaan Zoolympic itu.

18:37.929 --> 18:40.181
Pastikan selesai tepat pada waktunya.

18:40.849 --> 18:43.434
Saya akan cuba yang terbaik
untuk capai sasaran tuan.

18:46.396 --> 18:48.898
Lagi satu, tentang "perkahwinan politik".

18:48.982 --> 18:50.066
Untuk makluman awak,

18:50.150 --> 18:55.321
itu cara efisien untuk berkembang,
sambil singkirkan pemboleh ubah tak pasti.

18:56.614 --> 19:01.161
Itu bukan bidang kemahiran saya,
tapi kalau merujuk kepada pembiakan,

19:01.244 --> 19:06.166
saya dengar rembesan testosteron
dalam makhluk jantan ialah faktor penting.

19:07.959 --> 19:09.294
Terima kasih.

19:16.676 --> 19:21.264
<i>…dikehendaki kerana
membunuh staf dan pelanggan</i>

19:21.347 --> 19:25.852
<i>Naga Biru, sebuah studio tatu
di Zon Marin Satu.</i>

19:25.935 --> 19:31.024
<i>Polis telah menggeledah
rumah Legoshi, si serigala kelabu,</i>

19:31.107 --> 19:35.486
<i>dan menemukan Kines, sejenis bahan haram,
dalam kuantiti yang besar.</i>

19:35.570 --> 19:37.614
Kenapa ada benda itu di dalam bilik saya?

19:37.697 --> 19:43.453
<i>Bukankah tin-tin kosong Kines juga ada
di lokasi pembunuhan interspesies?</i>

19:43.536 --> 19:48.541
<i>Ya, maknanya dia berkemungkinan berkait
dengan kes-kes memakan bersiri itu.</i>

19:48.625 --> 19:50.919
<i>Semua kes itu dilakukan
oleh pelaku yang sama.</i>

19:51.002 --> 19:52.962
<i>Apa maksudnya?</i>

19:54.130 --> 19:57.884
<i>Karnivor dipaksa minum Kines,
mendorong mereka membunuh mangsa herbivor.</i>

19:57.967 --> 20:00.220
<i>Kemudian, karnivor juga dibunuh?</i>

20:00.303 --> 20:02.722
<i>Jarang penjenayah kejam sebegini muncul.</i>

20:02.805 --> 20:05.391
<i>Selagi pesalah tidak ditangkap segera…</i>

20:05.475 --> 20:10.480
<i>Kes-kes yang sama akan berlaku
di tangan serigala kelabu itu, Legoshi.</i>

20:10.563 --> 20:12.649
<i>Terima kasih.</i>

20:12.732 --> 20:14.776
<i>Seterusnya, ramalan cuaca.</i>

20:16.402 --> 20:18.488
Teruklah.

20:18.571 --> 20:20.365
Tahniah, Degoshi.

20:20.448 --> 20:22.867
Mereka jadikan awak penjenayah legenda.

20:22.951 --> 20:25.495
Jangan bergurau tentang hal begitu!

20:25.578 --> 20:29.874
Nampaknya, awak hanya boleh menyorok
di sini hingga keadaan tenang.

20:32.460 --> 20:35.296
<i>Entah bagaimana keadaan Haru.</i>

20:40.551 --> 20:42.178
Haru!

20:42.262 --> 20:45.640
Tak sangka! Betulkah?

20:45.723 --> 20:47.642
Bukan begitu…

20:47.725 --> 20:50.520
Menakutkan. Awak okey, Haru?

20:50.603 --> 20:53.106
Ini lebih menakutkan daripada kekasih Ako.

20:53.189 --> 20:55.233
Tak, dia dijadikan kambing hitam.

20:55.316 --> 20:58.778
Jangan kata
awak masih percayakan kekasih awak?

20:58.861 --> 21:00.363
Ah, cinta sejati.

21:02.240 --> 21:03.700
Kenapa?

21:05.076 --> 21:07.620
Saya rasa macam ada orang perhatikan saya.

21:07.704 --> 21:09.956
Alamak. Pasti kekasih awak!

21:10.039 --> 21:11.541
Tolonglah!

21:11.624 --> 21:14.752
Awak yang kata
awak boleh jaga diri sendiri.

21:14.836 --> 21:17.505
<i>Saya dapat rasakannya.
Saya arnab selama 19 tahun.</i>

21:18.798 --> 21:22.552
<i>Walaupun saya berlagak kuat
dan kata saya mampu jaga diri,</i>

21:23.094 --> 21:25.763
<i>kalau ada orang mengekori,
saya masih rasa takut.</i>

21:26.431 --> 21:29.267
<i>Sebab saya tahu
saya tiada peluang untuk selamat.</i>

23:37.603 --> 23:41.941
Terjemahan sari kata oleh Aimee Suhairi
