WEBVTT

01:38.452 --> 01:41.956
BEASTARS
MUSIM TERAKHIR

01:42.039 --> 01:46.961
DARAH DALAM BOLA DISCO

01:47.044 --> 01:51.257
<i>Sudah sepuluh hari polis memburu
Legoshi si serigala kelabu.</i>

01:51.340 --> 01:53.926
<i>Kenapa mereka belum menemuinya?</i>

01:54.009 --> 01:55.469
<i>Saya dah kata mereka malas!</i>

01:55.553 --> 01:58.722
<i>Kalau sebegini lama
mereka nak tangkap dia,</i>

01:58.806 --> 02:01.809
<i>mungkin dia bersembunyi di tempat itu…</i>

02:01.892 --> 02:04.520
<i>Ya, mungkin…</i>

02:04.603 --> 02:08.232
<i>Mungkin dia jumpa tempat
yang polis tak dapat cari.</i>

02:08.315 --> 02:10.860
<i>Mungkin sebab itu
polis umumkan pada hari ini</i>

02:10.943 --> 02:15.239
<i>ada ganjaran sepuluh juta yen
untuk sesiapa yang beri maklumat.</i>

02:15.322 --> 02:17.366
<i>Ganjaran terbesar dalam beberapa generasi!</i>

02:17.449 --> 02:21.537
<i>Tapi dia penjenayah paling kejam,
mungkin bertanggungjawab untuk 20 jenayah…</i>

02:21.620 --> 02:25.583
Dia bekerja di sini enam hari seminggu.
Tak mungkin dia buat 20 jenayah.

02:25.666 --> 02:27.793
<i>Datuk bandar giat mempromosikan Zoolympic</i>

02:27.877 --> 02:32.256
<i>sedangkan dia patut pastikan
penduduk bandarnya selamat!</i>

02:32.339 --> 02:35.759
<i>Kami juga lihat pendapat yang sama
mula diutarakan dalam talian…</i>

02:35.843 --> 02:36.844
Sayalah.

02:37.469 --> 02:42.141
Serigala kelabu itu menyertai
perang rebut kawasan Pasar Gelap esok.

02:42.224 --> 02:44.143
Tangkap dia walau apa jua cara.

02:45.186 --> 02:48.355
Ya, hidup atau mati.

02:49.690 --> 02:50.774
Korup betul!

02:53.068 --> 02:57.615
Saya sangka ayah saya berfikiran logik
dan hanya percaya pada nombor.

02:57.698 --> 03:01.619
Saya tak sangka dia sanggup beri rasuah
demi populariti dan harta.

03:01.702 --> 03:05.080
Lidah bercabang,
sama macam tanduknya. Keji!

03:05.164 --> 03:06.457
Tuan Louis…

03:06.540 --> 03:08.709
Awak pun nak saya tutup mulut?

03:08.792 --> 03:10.377
Bukan…

03:15.549 --> 03:16.383
Helo?

03:16.467 --> 03:20.262
<i>Saya dah dapatkan barang
yang awak minta, tapi…</i>

03:20.346 --> 03:21.597
Terima kasih.

03:21.680 --> 03:24.516
Saya jumpa awak esok.
Beritahu saya perinciannya nanti.

03:25.476 --> 03:28.520
<i>Aduhai. Bapa borek, anak rintik.
Layan saya macam kuli.</i>

03:29.396 --> 03:30.606
Ayah saya buat apa?

03:30.689 --> 03:31.941
<i>Esoklah!</i>

03:39.239 --> 03:42.159
Maaf sebab buat awak takut.

03:42.243 --> 03:46.664
Tuan Louis, bukan itu
motif sebenar ayah tuan.

03:46.747 --> 03:48.582
Datuk bandar ugut dia.

03:49.250 --> 03:50.668
Ugut dia?

03:50.751 --> 03:55.631
Datuk bandar siasat
hubungan anak beranak tuan berdua,

03:55.714 --> 03:58.384
dan dia ada bukti.

03:59.134 --> 04:03.013
<i>Katalog umpan hidup? Dia janji nak buang!</i>

04:03.639 --> 04:06.558
Sekurang-kurangnya,
tolong fahami situasi ayah tuan.

04:06.642 --> 04:09.270
Ini bukan kemahuannya.

04:10.187 --> 04:11.605
Saya percaya.

04:11.689 --> 04:14.191
Kalau maklumat itu tersebar,
risiko pada syarikat.

04:14.275 --> 04:16.193
Bukan itu sebabnya.

04:16.277 --> 04:20.030
Tuan Louis, ayah tuan risaukan tuan.

04:20.114 --> 04:21.615
Risaukan saya?

04:21.699 --> 04:26.870
Ya, dia tak sanggup biar
apa-apa musnahkan masa depan tuan.

04:28.122 --> 04:30.374
<i>Betulkah?</i>

04:49.393 --> 04:51.478
Daging itu nampak sedap.

04:52.146 --> 04:53.605
Saya mahukannya…

04:54.982 --> 04:57.151
Saya tak sanggup lagi!

04:57.234 --> 04:58.485
Nanti!

05:00.195 --> 05:02.740
Nah, kunyah tanduk Louis.

05:11.457 --> 05:14.335
Maaf saya lambat.

05:14.418 --> 05:18.088
Mungkin awak lambat
sebab selalu guna motor reput ini.

05:18.172 --> 05:20.507
Ia masih berfungsi dengan baik.

05:21.133 --> 05:23.302
Cakaplah, apa awak nak?

05:23.385 --> 05:26.055
Pasti mustahak
sampai awak jumpa saya begini.

05:26.138 --> 05:28.557
Tentang cucu awak, ya?

05:29.391 --> 05:31.101
Awak memang tahu semua, ya?

05:32.019 --> 05:34.396
Legoshi hantar surat ini kepada saya.

05:34.480 --> 05:35.814
Tapi…

05:35.898 --> 05:37.191
KEPADA DATUK TERSAYANG

05:37.816 --> 05:39.485
"Harap datuk sihat.

05:39.568 --> 05:43.989
Saya nak cakap bersemuka,
tapi sekarang dah tak mungkin lagi.

05:44.073 --> 05:47.493
Tolong terus awasi Haru.

05:47.576 --> 05:51.371
Harap datuk terus sihat dan bahagia.
Daripada Legoshi."

05:51.455 --> 05:54.124
Surat ini diberi
oleh 500 Tikus Yang Terkepung.

05:54.208 --> 05:56.168
Mereka kawan awak, bukan?

05:56.251 --> 05:57.920
Awak tahu apa-apa?

05:58.003 --> 06:01.048
Apa ini, nota bunuh diri?

06:02.883 --> 06:07.012
Si Legoshi itu mungkin
sedang rancang sesuatu.

06:07.096 --> 06:10.307
Kalau dia buat apa-apa,
dia akan masuk perangkap kami.

06:11.266 --> 06:13.018
Apa awak akan buat kepada Legoshi?

06:13.102 --> 06:14.812
Dia penjenayah dikehendaki.

06:14.895 --> 06:15.896
Saya tangkap dia.

06:15.979 --> 06:19.900
- Terima kasih.
- Nanti dulu! Awak fikir Legoshi bersalah?

06:19.983 --> 06:22.402
- Jawab. Yahya…
- Helo? Apa?

06:22.486 --> 06:24.071
Dia dah mula bertindak.

06:24.154 --> 06:27.157
Pasar Gelap, sah. Bersedia.

06:27.241 --> 06:30.828
Baik, saya pergi dulu.
Bodohlah saya sebab percayakan awak!

06:39.419 --> 06:43.465
<i>Awak sama macam dulu, Gosha.
Betul-betul sama.</i>

07:33.932 --> 07:38.270
<i>Ciri-ciri harimau bintang saya
kini mengatasi ciri-ciri gazel saya.</i>

07:40.063 --> 07:43.317
Melon, kamu marah?

07:44.443 --> 07:46.487
<i>Untuk lari daripada masyarakat,</i>

07:46.570 --> 07:51.074
<i>saya hidup dalam kisah dongeng aneh
yang ditulis oleh ibu saya.</i>

07:52.075 --> 07:54.703
<i>Hanya kami berdua, dalam dunia palsu kami.</i>

07:55.579 --> 07:56.914
Melon.

07:56.997 --> 08:00.292
<i>Saya suka apabila mak sebut nama saya.</i>

08:00.792 --> 08:05.172
<i>Saya bukan "campuran"
atau "karnivor" atau "herbivor".</i>

08:05.255 --> 08:08.675
<i>Saya rasa seperti diri saya yang sebenar.
Seperti Melon.</i>

08:09.301 --> 08:14.431
Mak suka raut muka yang takut
dan badan yang lemah itu.

08:14.515 --> 08:20.270
Mengingatkan mak kepada ayah kamu,
seekor gazel yang mak amat sayang…

08:23.857 --> 08:28.779
<i>Mak. Menakutkan dan anggun,
dialah seluruh dunia saya.</i>

08:29.738 --> 08:32.449
<i>Sekarang saya kehilangan
gazel dalam diri saya.</i>

08:34.284 --> 08:37.454
KAJIAN HORNS

08:37.538 --> 08:39.748
Mereka berikan awak ruang yang bagus.

08:39.831 --> 08:41.291
Lengkap dengan bilik merokok.

08:41.375 --> 08:42.876
Ya, ruangnya bagus.

08:43.460 --> 08:46.171
Apa berlaku antara awak dan ayah saya?

08:46.255 --> 08:47.339
Itu…

08:48.048 --> 08:50.842
Tentang daging buatan itu?

08:50.926 --> 08:53.637
Awak tahu tentang itu?

08:53.720 --> 08:55.305
Hal itu amat leceh.

08:55.389 --> 08:57.182
Ketika saya laporkan analisis,

08:57.266 --> 09:00.811
dia kata, "Tak boleh diterima,
saya akan sebarkan kepada media!"

09:00.894 --> 09:02.646
Dia mengamuk.

09:03.855 --> 09:05.399
<i>Dia cakap tentang apa?</i>

09:05.482 --> 09:07.901
Jadi, apa awak beritahu dia?

09:07.985 --> 09:09.319
Kebenaran.

09:09.403 --> 09:13.740
Daging itu bukan sepenuhnya buatan.

09:13.824 --> 09:16.577
Ia diperbuat daripada
embrio haiwan yang belum lahir.

09:16.660 --> 09:18.453
<i>Diperbuat daripada apa?</i>

09:18.537 --> 09:23.375
Tapi pada keesokan hari,
dia suruh saya tutup mulut.

09:23.458 --> 09:24.668
Pelik.

09:24.751 --> 09:28.755
Ya. Seolah-olah
ada orang suruh dia rahsiakan.

09:28.839 --> 09:31.091
Dia amat marah.

09:31.174 --> 09:34.595
<i>Tuan Louis, bukan itu
motif sebenar ayah tuan.</i>

09:34.678 --> 09:37.014
<i>Datuk bandar ugut dia.</i>

09:37.639 --> 09:41.935
Lagi satu, tentang ubat yang awak nak itu.

09:42.019 --> 09:44.479
Yang digunakan
untuk kawal penggumpalan darah.

09:44.563 --> 09:45.397
Ya?

09:45.480 --> 09:48.025
Perlu sekurang-kurangnya dua hari
untuk dapatkannya.

09:48.108 --> 09:50.319
Apa? Kenapa?

09:50.402 --> 09:53.864
Permohonan perlu diluluskan
sebelum sesiapa boleh dapatkannya.

09:53.947 --> 09:55.115
Tiada jalan singkat?

09:55.198 --> 09:56.617
Saya perlukannya malam ini.

09:56.700 --> 09:57.576
Malam ini?

09:57.659 --> 09:59.995
Kawan saya akan bertarung bermati-matian.

10:00.078 --> 10:04.374
Apa kaitan pertarungan ini
dengan penggumpalan darah?

10:04.458 --> 10:08.879
Lawannya ialah penjenayah
yang lakukan pembunuhan interspesies itu.

10:08.962 --> 10:10.255
Apa?

10:10.339 --> 10:12.382
Dia baka campuran yang agak kuat.

10:12.466 --> 10:17.596
Kelemahannya ialah bau
campuran darah karnivor dan herbivor.

10:17.679 --> 10:21.475
Mencampurkan darah spesies berlainan
memang cetuskan gumpalan serta-merta…

10:22.267 --> 10:23.226
Saya faham.

10:23.310 --> 10:25.395
Saya memang nak tolong, tapi…

10:25.479 --> 10:27.022
Saya dah janji.

10:27.105 --> 10:28.440
Yang saya akan lawan juga.

10:28.523 --> 10:29.816
Awak akan berlawan?

10:29.900 --> 10:32.819
Sebab keperitannya ialah
keperitan saya juga.

10:33.612 --> 10:36.156
Dia sentiasa berlawan sendirian.

10:37.199 --> 10:42.037
Berlawan untuk lindungi sesuatu
yang dia sayang walaupun mungkin cedera.

10:42.120 --> 10:46.500
Dia mungkin berbolak-balik
pada awalnya, tapi akhirnya nekad.

10:47.250 --> 10:53.799
Saya pula tengok saja
apabila orang yang saya sayang dilukai.

10:54.424 --> 10:57.052
Jadi, awak nak bantu dia?

10:57.135 --> 10:58.762
Mungkin cara ini agak penakut.

10:58.845 --> 11:02.391
Guna darah untuk buat
pihak lawannya hilang fokus…

11:02.474 --> 11:05.519
Menyerang dari depan
tak selalunya berkesan.

11:05.602 --> 11:07.729
Idea awak betul.

11:07.813 --> 11:09.106
<i>"Betul"?</i>

11:11.483 --> 11:12.943
<i>Adakah "betul" buat begini?</i>

11:13.819 --> 11:17.823
<i>Aduhai, tindakan saya bertentangan
daripada prinsipnya.</i>

11:17.906 --> 11:21.451
<i>Apalah yang saya fikir?</i>

11:21.535 --> 11:25.789
Saya nak lawan macam dia,
secara bermaruah.

11:27.040 --> 11:28.500
Saya…

11:28.583 --> 11:33.588
<i>Betul. Saya patut bertarung
dengan musuh saya sendiri.</i>

11:33.672 --> 11:35.882
<i>Betul tak, Legoshi?</i>

11:37.551 --> 11:38.844
Terima kasih.

11:38.927 --> 11:42.722
Saya akan tunaikan seruan saya.

11:42.806 --> 11:46.101
Apa? Nanti dulu!

11:50.397 --> 11:54.276
Walaupun herbivor, darahnya cepat panas.

11:54.901 --> 11:57.487
PANDA GERGASI

11:57.571 --> 11:59.114
Terima kasih.

11:59.197 --> 12:02.909
Awak saja yang rela buat begini
untuk saya, En. Gohin.

12:02.993 --> 12:04.411
Awak dah gila.

12:04.953 --> 12:08.331
Dua kali hampir mati,
awak masih tak serik?

12:08.415 --> 12:10.792
Dua kali saya selamat, bukan?

12:10.876 --> 12:15.755
Dalam perang, orang biasanya guna
baju perisai dan senjata.

12:15.839 --> 12:22.512
Awak pula cabut taring dan buang darah
untuk lemahkan diri sebelum lawan? Gila.

12:22.596 --> 12:26.057
Ciri-ciri semula jadi saya
sebagai karnivor

12:26.141 --> 12:29.811
takkan jadi senjata saya.

12:29.895 --> 12:33.273
Bukan badan serigala, kuku, atau taring,

12:33.356 --> 12:37.444
tapi yang beri saya semangat
ialah perkara yang saya lihat dan rasa.

12:39.196 --> 12:41.448
Cukupkah untuk perkara
yang awak nak lindungi?

12:41.531 --> 12:43.158
Saya akan jadikannya cukup.

12:43.241 --> 12:46.369
Ketika saya nampak
pantulan wajah saya pada mata Haru,

12:46.453 --> 12:49.039
<i>saya nak lihat serigala yang bermaruah.</i>

12:50.582 --> 12:53.251
Untuk meraihnya, saya boleh lawan.

12:53.335 --> 12:56.963
Awak masih gila seperti biasa.

12:58.632 --> 13:00.175
Terima kasih sebab tolong saya.

13:01.051 --> 13:02.344
Jangan mati.

13:02.427 --> 13:05.055
Awak berhutang dengan saya untuk gigi itu.

13:11.478 --> 13:14.814
Ayuh saksikan pasukan yang akan bertempur!

13:15.565 --> 13:18.443
Dengan sepatu
yang setinggi keyakinan mereka,

13:18.527 --> 13:21.446
dewi-dewi Pasar Gelap, Inari-Gumi!

13:21.530 --> 13:23.073
Saya cinta awak, Ten!

13:23.156 --> 13:25.909
Jejaka kacak dengan fesyen menyerlah,

13:25.992 --> 13:28.954
Madara-Gumi yang adil
dan penuh belas kasihan!

13:29.871 --> 13:32.582
Sisik mereka lasak
seperti kuatnya hubungan mereka.

13:32.666 --> 13:36.127
Bersembunyi sendirian
dalam gelap, Doku-Gumi!

13:36.211 --> 13:41.007
Seterusnya, penakluk tahun lepas!
Mampukah mereka mempertahankan takhta?

13:41.091 --> 13:44.928
Raja buas, Shishi-Gumi!

13:47.556 --> 13:51.268
Bukan itu saja! Kita ada
pendatang baharu setelah 30 tahun!

13:51.351 --> 13:55.730
Legoshi si serigala kelabu!

13:55.814 --> 13:58.817
Bukankah dia penjenayah
yang dikehendaki itu?

13:58.900 --> 14:00.402
Ganjaran sepuluh juta yen?

14:00.485 --> 14:01.444
Jom tangkap dia!

14:02.988 --> 14:04.364
Peraturannya mudah!

14:04.447 --> 14:06.366
Peserta akan bakar darah mereka.

14:06.449 --> 14:11.955
Api itu akan dihakimi dari segi kecerahan,
bentuk, dan bau untuk tentukan juara!

14:12.038 --> 14:16.793
Juara akan diberikan kuasa
ke atas Pasar Gelap selama setahun

14:16.876 --> 14:21.464
dan ketulan daging yang mewah ini!

14:22.048 --> 14:26.052
Wah! Pasti sedap!

14:32.559 --> 14:34.394
Semua sedia?

14:34.477 --> 14:37.230
Tanpa berlengah lagi, ayuh nyalakan api!

14:51.661 --> 14:52.829
Itu Inari-Gumi.

14:52.913 --> 14:54.039
Bukan, itu Madara-Gumi.

14:54.122 --> 14:55.248
Doku-Gumi akan menang!

14:55.332 --> 14:58.001
Bau Shishi-Gumi agak lemah tahun ini.

14:59.586 --> 15:05.425
Rusa muda yang kamu ikuti dulu
berikan kamu kelebihan inovatif,

15:05.508 --> 15:08.136
tapi kamu makin lemah.

15:08.219 --> 15:11.014
Kita belum kenal.

15:11.097 --> 15:16.227
Nama saya Melon,
saya bos Shishi-Gumi yang baharu.

15:16.311 --> 15:17.604
Gembira bertemu awak.

15:18.188 --> 15:20.732
Shishi-Gumi awak dah jadi papa kedana.

15:20.815 --> 15:22.525
Tak macam dulu.

15:22.609 --> 15:24.444
Apa awak kata?

15:24.527 --> 15:28.531
Gadis muda, saya sarankan awak elak
daripada pandang rendah kepada kami.

15:28.615 --> 15:31.076
Saya takkan biarkan.

15:32.535 --> 15:34.329
Itulah yang saya nak cakap.

15:34.955 --> 15:39.334
Betul. Bau Shishi-Gumi amat lemah.

15:39.417 --> 15:40.627
Aduhai.

15:41.294 --> 15:42.921
Perlu tambah bau lagi.

15:45.590 --> 15:47.509
- Apa?
- Tidak!

15:47.592 --> 15:49.844
Tidak, Agata!

15:49.928 --> 15:51.596
Celaka!

15:51.680 --> 15:53.431
Awak melampau!

15:55.600 --> 15:56.935
Bos…

15:57.560 --> 16:01.147
Dengan ini, kita akan melonjak
ke atas, bukan?

16:01.231 --> 16:02.065
Shishi-Gumi!

16:02.148 --> 16:03.608
Ya.

16:06.444 --> 16:09.656
Apa awak buat? Itu melanggar peraturan!

16:10.865 --> 16:14.828
Peraturan dalam
perang rebut kawasan ini merepek!

16:14.911 --> 16:18.957
Pertandingan ini perlukan lebih banyak
darah dan daging! Ayuh bergembira!

16:19.040 --> 16:23.294
Mengaku saja, kamu semua nak makan daging!

16:23.378 --> 16:26.006
Bau saja dah cukup
untuk puaskan kelaparan kamu?

16:26.089 --> 16:28.842
Ayuh, buka mata kamu!

16:28.925 --> 16:29.759
Betul kata dia!

16:29.843 --> 16:31.886
Ini Hari Penghargaan Daging, bukan?

16:31.970 --> 16:35.807
Jadi? Kamu suka daging, bukan?

16:35.890 --> 16:38.601
Bukankah itu sebab
kamu datang ke Pasar Gelap?

16:38.685 --> 16:41.730
- Ya! Kami karnivor!
- Ayuh, Shishi-Gumi!

16:41.813 --> 16:45.191
Kalau tak dapat terima naluri sendiri,
haiwan buas jenis apa kamu ini?

16:45.859 --> 16:50.196
Buka mata kamu, Pasar Gelap. Inilah cinta!

16:50.280 --> 16:53.450
Itu melanggar peraturan! Tangkap mereka!

17:04.544 --> 17:07.255
Baiklah. Buang saja buku peraturan, ya?

17:07.338 --> 17:10.467
Patutkah kita berseronok, malam ini saja?

17:10.550 --> 17:12.761
Ayuh kita bakar semangat!

17:12.844 --> 17:17.223
Legoshi. Ini malam terakhir awak.

17:17.307 --> 17:20.101
Ayuh kita meriahkan tempat ini!

17:24.647 --> 17:27.692
Bukankah ada lebih banyak dinosaur
pada tahun lepas?

17:27.776 --> 17:29.360
Yang Sekolah Cherryton buat.

17:29.444 --> 17:32.697
Dengarnya, ada macam-macam
perkara berlaku di sekolah itu…

17:32.781 --> 17:34.699
DIKEHENDAKI
LEGOSHI

17:35.283 --> 17:37.911
Ini festival daratan pertama saya.

17:37.994 --> 17:42.165
Legoshi pun takkan berani
datang ke sini begitu saja, betul tak?

17:42.248 --> 17:44.709
Tapi dia janji dengan saya.

17:44.793 --> 17:47.796
Kami akan nyalakan lilin bersama-sama
ketika Festival Meteor.

17:47.879 --> 17:50.924
Dia nampak macam
orang yang menepati janji.

17:51.007 --> 17:53.134
Angin bertiup dari arah mana?

17:57.097 --> 17:58.640
Dari arah laut.

17:59.349 --> 18:00.725
Boleh saya pergi arah sana?

18:00.809 --> 18:03.561
Apabila Legoshi datang,
saya nak dia kesan bau saya.

18:04.521 --> 18:07.357
Dia semberono macam Legoshi.

18:07.440 --> 18:11.611
Haiwan daratan berjalan menggunakan kaki.

18:11.694 --> 18:14.280
Cara jalan menunjukkan isi hati.

18:14.364 --> 18:16.699
Begitulah saya nampak.

18:17.325 --> 18:18.952
Perasaan gadis itu.

18:20.286 --> 18:22.705
Tukar ini dan ini.

18:22.789 --> 18:24.374
Baiklah.

18:24.457 --> 18:29.337
<i>Baiklah, semua! Ini masanya
Festival Meteor yang ditunggu-tunggu!</i>

18:29.420 --> 18:32.590
<i>Cuaca kurang elok, tapi kami ada
berita Zoolympic untuk anda…</i>

18:32.674 --> 18:34.926
PENGUMUMAN MENGEJUT (PRODUK MAKANAN)

18:35.009 --> 18:36.386
<i>…jadi jangan ke mana-mana!</i>

18:36.469 --> 18:40.515
<i>Dia masih berniat pamerkan
daging buatan itu di sini?</i>

18:41.391 --> 18:45.937
Awak tahu tugas awak.
Saya percaya kepada awak, Louis.

18:46.020 --> 18:47.689
Serahkan kepada saya.

18:50.400 --> 18:51.985
Alamak, dah hampir mula.

18:52.068 --> 18:54.070
Dah siap?

18:54.154 --> 18:56.739
Naikkan tinggi lagi!

18:58.575 --> 19:00.243
Lagi!

19:01.244 --> 19:03.079
Sudah!

19:03.163 --> 19:04.414
Letakkan di bawah.

19:07.083 --> 19:09.752
Bagus, semua.

19:09.836 --> 19:11.504
Sanu!

19:11.588 --> 19:13.464
Ada benda lain untuk siapkan?

19:13.548 --> 19:15.008
Dah periksa lampu?

19:15.091 --> 19:16.217
Saya bawakan pemutus.

19:16.301 --> 19:18.052
- Solekan?
- Kami akan mula!

19:18.136 --> 19:20.096
Saya buat. Dah ada di belakang?

19:20.180 --> 19:21.848
Ya, di sana.

19:22.432 --> 19:23.516
Hei…

19:23.600 --> 19:25.602
Sesiapa tahu Pina di mana?

19:25.685 --> 19:28.771
Berfoya-foya dengan
gadis-gadis dari sekolah lain?

19:29.856 --> 19:34.152
Ayuh! Kita lambat
sebab awak lama sangat rapikan telinga.

19:34.235 --> 19:37.280
Bulu kenalah rapi!
Gadis-gadis sekolah lain datang.

19:37.363 --> 19:39.741
Makanan bagaimana? Saya ada senarai.

19:39.824 --> 19:41.367
DONAT - MOCHI - PISANG - SUSU

19:41.451 --> 19:42.493
Awak makan semua itu?

19:42.577 --> 19:43.870
Saya teruja.

19:43.953 --> 19:46.706
Kumpulan yang lagunya
dinyanyikan tahun lepas, datang.

19:46.789 --> 19:50.126
Bagus! Macam seronok! Jack…

19:50.210 --> 19:54.839
DIKEHENDAKI
LEGOSHI - SUSPEK PEMBUNUHAN

19:58.259 --> 19:59.844
Serabutnya.

20:02.430 --> 20:04.724
Awak tak boleh lari!

20:06.434 --> 20:07.852
Datuk…

20:08.519 --> 20:11.856
<i>Siapa yang awak panggil datuk?</i>

20:14.359 --> 20:17.820
Racun biawak tak berkesan kepada awak, ya?

20:18.571 --> 20:21.824
Okey, budak. Ayuh guna penumbuk.

20:22.867 --> 20:24.077
Cantik…

20:25.203 --> 20:29.374
<i>Saya rasa lega, macam dipeluk datuk.</i>

20:37.507 --> 20:40.760
Pertarungan ini dah bermula, budak!

20:50.395 --> 20:51.396
Alamak!

20:51.479 --> 20:52.313
Apa yang berlaku?

20:52.397 --> 20:53.273
Lari!

21:01.948 --> 21:03.157
Jom lari!

21:03.241 --> 21:04.492
Awak pun dalam bahaya!

21:05.118 --> 21:07.203
Tak perlu risau!

21:08.997 --> 21:12.083
Semua perang ada mangsa!

21:12.166 --> 21:16.421
Mereka berlawan, cedera dan cedera lagi!

21:19.674 --> 21:25.513
Haiwan yang lagi banyak tercedera,
lagi cantik.

21:30.310 --> 21:35.064
Saya rasa kita kongsi nilai yang sama.

21:36.941 --> 21:38.609
Jauh panggang dari api.

21:38.693 --> 21:42.238
Awak belum nampak sedikit pun
keteguhan mental kami.

21:42.322 --> 21:43.156
Ambil ini.

21:45.033 --> 21:46.701
Wah, masih bergerak-gerak.

21:46.784 --> 21:49.746
Daging yang terpotong masih ada semangat.

21:49.829 --> 21:53.541
Anggaplah itu mesej Doku-Gumi.

21:54.500 --> 21:55.960
Mesej?

21:56.044 --> 22:00.631
Jangan cuai dengan haiwan buas
di Pasar Gelap.

22:00.715 --> 22:01.841
Apa?

23:37.645 --> 23:41.983
Terjemahan sari kata oleh Aimee Suhairi
