WEBVTT

01:38.452 --> 01:41.956
BEASTARS
MUSIM TERAKHIR

01:51.215 --> 01:54.802
Kamu lebih kental daripada sangkaan saya.

01:55.719 --> 01:58.055
Patutlah Legoshi jatuh cinta dengan kamu.

01:58.139 --> 01:59.598
Legoshi?

02:00.516 --> 02:01.392
Tengok.

02:01.475 --> 02:04.019
Matanya mirip mata saya, bukan?

02:04.103 --> 02:06.063
Awak sebenarnya…

02:06.147 --> 02:08.816
Ya, saya datuk Legoshi.

02:10.192 --> 02:12.361
Tapi awak seekor cicak!

02:15.364 --> 02:20.286
RAJA IBLIS HAIWAN

02:23.998 --> 02:25.958
Maaf sebab hal tadi.

02:26.041 --> 02:28.711
Saya tak tahu datuk Legoshi seekor cicak.

02:28.794 --> 02:30.629
Tak apa.

02:30.713 --> 02:33.382
Rupanya, dia tak beritahu kamu.

02:33.966 --> 02:37.428
Memang begitulah perangai Legoshi, bukan?

02:37.511 --> 02:40.181
Perkara yang patut diberitahu awal-awal,

02:40.264 --> 02:42.308
dah terlewat baru nak cakap.

02:43.267 --> 02:45.644
Dia ibu Legoshi?

02:46.687 --> 02:47.897
Ya.

02:48.564 --> 02:50.065
Mirip isteri datuk, bukan?

02:50.149 --> 02:51.901
Ya.

02:51.984 --> 02:54.445
Kalaulah datuk ada jus
untuk hidangkan kepada kamu.

02:54.528 --> 02:58.073
Tak apa. Legoshi selalu hidang teh
apabila saya datang melawat.

02:58.157 --> 02:59.366
Yakah?

03:04.038 --> 03:04.872
Apa?

03:07.416 --> 03:09.501
Dah nyahjangkit.

03:09.585 --> 03:11.086
Kenapa buat begitu?

03:11.170 --> 03:14.173
Racun biawak komodo berbahaya.

03:14.256 --> 03:17.092
Boleh mati kalau tersentuh.

03:17.927 --> 03:18.928
Racun…

03:19.428 --> 03:22.640
Jadi, senjata renjat
yang kamu guna tadi pilihan tepat.

03:22.723 --> 03:25.017
Kamu boleh serang musuh
tanpa menyentuhnya.

03:25.643 --> 03:29.063
Maaf sebab tiba-tiba merenjat datuk.

03:29.146 --> 03:32.650
Datuk pun minta maaf.
Datuk tak bermaksud menakutkan kamu.

03:32.733 --> 03:34.777
Datuk cuma teruja.

03:34.860 --> 03:39.031
Seronok apabila Legoshi minta
datuk jaga kekasihnya.

03:39.114 --> 03:42.243
Patutnya datuk cakap dengan kamu
terlebih dahulu.

03:42.326 --> 03:47.081
Tak apa. Legoshi tahu kalau beritahu
awal-awal, saya akan marah.

03:47.164 --> 03:50.709
Pasti dia risau saya diserang.

03:50.793 --> 03:54.588
Kamu tak curiga
terhadap Legoshi langsung, ya?

03:54.672 --> 03:57.258
Kamu tak takut kepadanya?

03:57.341 --> 04:01.428
Kamu hadapi ancaman dimakan,
datuknya seekor cicak,

04:01.512 --> 04:03.389
dia pula seekor serigala.

04:03.472 --> 04:06.433
Oh, saya tak takut.

04:06.517 --> 04:09.061
Dulu, saya takut juga kepadanya.

04:09.144 --> 04:13.399
Tapi saya arnab yang jatuh hati
dengan serigala. Itu cabaran kami.

04:14.191 --> 04:18.779
Lagipun, dia bukan sekadar
seekor serigala pada saya. Dia Legoshi.

04:18.862 --> 04:20.906
Begitukah?

04:20.990 --> 04:22.658
Toki pun sama.

04:23.284 --> 04:25.119
Toki? Isteri datuk?

04:25.202 --> 04:26.245
Ya.

04:26.745 --> 04:29.456
Dia cakap perkara yang sama.

04:29.540 --> 04:34.378
Yang dia sayang datuk tanpa mengira
datuk haiwan apa. Biawak komodo sekalipun.

04:36.338 --> 04:39.717
<i>Kami bertemu sewaktu usia remaja.</i>

04:40.342 --> 04:42.219
<i>Kami jatuh cinta pandang pertama.</i>

04:42.303 --> 04:45.139
<i>Kami abaikan penentang kami
dan mula keluar bersama.</i>

04:46.473 --> 04:51.979
<i>Ketika itu,
pasangan interspesies masih dihina.</i>

04:52.062 --> 04:53.772
<i>Tapi kami bahagia.</i>

04:53.856 --> 04:56.317
<i>Ajaibnya, kami dapat anak.</i>

04:56.400 --> 04:58.319
Ciumlah saya, sayang.

04:58.402 --> 05:00.654
Apa hal? Awak nampak comel hari ini.

05:01.780 --> 05:02.614
Kucup.

05:05.743 --> 05:08.120
<i>Awak guna juga benda itu
ke atas isteri awak?</i>

05:08.704 --> 05:11.123
<i>Dia selalu mengadu tentangnya.</i>

05:11.206 --> 05:13.500
<i>Dia kata tak romantik.</i>

05:14.960 --> 05:18.130
<i>Setiap hari bagaikan mimpi.</i>

05:18.213 --> 05:20.966
<i>Isteri saya cantik, luar dan dalam.</i>

05:21.050 --> 05:25.346
<i>Dia bina keluarga
dengan raksasa beracun macam datuk.</i>

05:25.429 --> 05:28.724
<i>Saya yakin
dia tak anggap datuk sebagai raksasa.</i>

05:28.807 --> 05:29.933
<i>Betul.</i>

05:30.434 --> 05:32.811
<i>Dia tak nak racun itu
jadi pemisah antara kami,</i>

05:32.895 --> 05:36.482
<i>dan dia harap
datuk berhenti risau tentangnya.</i>

05:37.733 --> 05:39.943
<i>Jadi, datuk tak risau lagi
tentang hal itu.</i>

05:40.652 --> 05:44.907
<i>Ketika itu, datuk hanya mahu
saling mencintai.</i>

05:46.742 --> 05:48.827
Selamat hari jadi, Toki.

05:50.579 --> 05:51.705
Terima kasih.

05:53.123 --> 05:54.541
Saya dah sedar.

05:55.250 --> 05:59.922
Saya jadi wanita paling bahagia di dunia
kerana bersama awak.

06:04.510 --> 06:06.261
Toki! Apa yang awak buat?

06:06.345 --> 06:10.307
Pembasmi kuman… Di mana penyembur saya?

06:10.390 --> 06:11.809
Di mana?

06:11.892 --> 06:14.311
Saya nak awak tahu.

06:14.394 --> 06:18.440
Kebahagiaan cinta yang mendalam
tanpa rasa takut.

06:23.320 --> 06:27.324
Jadi saya buat awak lupa kerisauan
yang awak pendam selama ini.

06:30.577 --> 06:33.664
<i>Ketika itu baru datuk faham.</i>

06:34.414 --> 06:37.918
Datuk mampu jatuh cinta dengan Toki

06:38.001 --> 06:41.213
kerana dia selalu fikirkan orang lain.

06:41.922 --> 06:44.299
Kalau datuk perasan lebih awal,

06:44.383 --> 06:47.469
mungkin datuk takkan kehilangannya.

06:48.220 --> 06:50.889
Datuk gembira kamu cintakan Legoshi.

06:51.515 --> 06:56.562
Datuk juga harap kamu dapat kongsi
masa depan yang bahagia.

06:56.645 --> 06:59.648
Berdua, selama-lamanya.

07:00.649 --> 07:01.859
Kami akan baik-baik saja.

07:02.442 --> 07:05.487
Setelah bertemu dengan datuk dan berbual,

07:05.571 --> 07:08.699
saya nak lebih memahami Legoshi.

07:09.199 --> 07:11.493
Saya nak dia lebih memahami saya juga.

07:11.577 --> 07:14.746
Jadi, saya perlu jaga diri.

07:15.247 --> 07:16.582
Betul.

07:17.416 --> 07:21.962
Toki betul-betul cintakan datuk, bukan?

07:22.045 --> 07:23.380
Ya.

07:25.424 --> 07:28.260
Datuk amat rindukan dia.

07:37.102 --> 07:38.520
Kenapa menangis?

07:38.604 --> 07:41.565
Busuk sangat, pedih mata saya.

07:50.324 --> 07:51.533
Saya perlu udara segar…

07:51.617 --> 07:53.327
Maaf, mak!

07:54.578 --> 07:56.663
Budak itu mencuri lagi, ya?

07:56.747 --> 07:59.333
Sebagai ibu pun, perbuatan itu agak kasar.

07:59.416 --> 08:01.502
Dia bukan ibunya.

08:01.585 --> 08:03.086
Tapi dipanggil "mak".

08:03.170 --> 08:05.088
Dia ibu angkat.

08:05.172 --> 08:07.799
- Mana boleh buat begitu!
- Dia anak yatim?

08:07.883 --> 08:10.677
Budak itu dibesarkan oleh datuknya

08:10.761 --> 08:13.472
yang terjebak dalam masalah
dengan masyarakat awam.

08:14.139 --> 08:16.934
Dia gagal larikan diri
dan ditangkap Yahya.

08:17.017 --> 08:18.727
Awak kenal Yahya, bukan?

08:18.810 --> 08:19.645
Ya.

08:20.354 --> 08:24.358
Kalau awak ditangkap oleh Yahya,
habislah awak.

08:25.651 --> 08:27.444
<i>Baja lobak merah…</i>

08:28.028 --> 08:31.073
Ada beberapa budak begitu di Pasar Gelap,

08:31.156 --> 08:33.575
jadi ibu garang itu pastikan
mereka cukup makan.

08:35.285 --> 08:36.620
- Mak.
- Apa?

08:36.703 --> 08:38.163
Hei, Degoshi.

08:38.830 --> 08:42.709
Siapa lagi kejam,
orang di sini atau di luar sana?

08:50.008 --> 08:53.053
Stok makanan seminggu,
diangkut sekali gus!

08:53.136 --> 08:54.304
Bagus, Degoshi!

08:54.388 --> 08:57.140
Saya memang pakar buat kerja buruh saja.

09:07.359 --> 09:10.112
Bean akan jadi sekuat Kyuu!

09:10.195 --> 09:12.948
Kyuu? Arnab itu?

09:13.031 --> 09:18.954
Ya. Walaupun dia herbivor kecil,
dia angsa emas kelab bertarung!

09:19.037 --> 09:20.998
Dia amat kuat!

09:21.081 --> 09:23.500
Idola kanak-kanak di Pasar Gelap.

09:23.584 --> 09:25.335
Wah.

09:25.419 --> 09:26.628
Dia impian kami.

09:27.129 --> 09:28.046
Impian?

09:28.630 --> 09:31.216
Kerana dia, kami pun boleh ada impian.

09:31.300 --> 09:33.927
Dia bagaikan bintang
yang menerangi langit kami.

09:34.011 --> 09:36.763
Inspirasi kami.
Dia beri harapan kepada kami.

09:36.847 --> 09:41.560
Adanya idola, mereka dapat keyakinan
untuk simpan impian yang besar.

09:41.643 --> 09:43.645
Tak penting siapa pun idola itu.

09:44.354 --> 09:47.566
Penting untuk ada idola, ya?

09:48.150 --> 09:50.861
Kalau pandang bawah, kita akan dipijak.

09:50.944 --> 09:53.780
Pandang ke tepi,
kita akan bergaduh sesama sendiri.

09:54.406 --> 09:59.369
Kalau pandang ke atas bersama-sama,
konflik terhenti seketika.

09:59.453 --> 10:01.496
Samalah dengan masyarakat awam, bukan?

10:02.831 --> 10:06.752
<i>Kalau kita boleh pandang ke atas
dan kongsi impian yang sama,</i>

10:07.544 --> 10:11.923
<i>mungkin warga Pasar Gelap
dan masyarakat awam boleh serasi.</i>

10:12.841 --> 10:15.052
<i>Karnivor dan herbivor.</i>

10:22.601 --> 10:23.769
<i>Apa patut saya buat?</i>

10:24.394 --> 10:25.854
<i>Bolehkah saya larikan diri?</i>

10:25.937 --> 10:29.983
<i>Tak, melarikan diri
takkan selesaikan apa-apa.</i>

10:30.067 --> 10:31.068
Louis, sayang.

10:31.151 --> 10:33.737
<i>Kental sikit, Louis. Bersemuka dengannya.</i>

10:33.820 --> 10:35.614
Saya dah habis mandi.

10:37.115 --> 10:38.784
Cepatnya.

10:38.867 --> 10:40.869
<i>Ayuh, katakannya!</i>

10:40.952 --> 10:44.247
<i>Mengaku saja yang saya
tak boleh lakukannya dengan herbivor.</i>

10:44.331 --> 10:46.124
Saya senang hati.

10:46.208 --> 10:49.336
Ketika jemput awak,
saya sangka awak akan menolak.

10:49.419 --> 10:53.715
<i>Ada sebab saya datang
untuk bersendirian dengan dia.</i>

10:53.799 --> 10:55.717
<i>Saya kena mengaku!</i>

10:57.302 --> 11:00.055
<i>Kalau saya mengaku pun, apa gunanya?</i>

11:00.138 --> 11:01.598
<i>Pertunangan kami muktamad.</i>

11:01.682 --> 11:05.560
<i>Jadi, bagaimana saya…</i>

11:05.644 --> 11:07.729
Nak saya pesan perkhidmatan bilik?

11:08.313 --> 11:09.898
Awak belum makan, bukan?

11:10.399 --> 11:12.317
Perkhidmatan bilik di sini…

11:14.611 --> 11:17.489
Awak boleh baring saja.

11:17.572 --> 11:18.782
Biar saya uruskannya.

11:18.865 --> 11:20.450
Berhenti!

11:25.956 --> 11:29.418
- Saya…
- Saya pun mencuba.

11:30.210 --> 11:32.462
Saya cuba kekalkan hubungan ini.

11:32.546 --> 11:35.006
Saya tahu. Saya minta maaf.

11:35.090 --> 11:37.801
Kita sama saja,
lakukan semua ini kerana keluarga.

11:37.884 --> 11:39.928
Adakah saya tak menarik?

11:40.011 --> 11:41.096
Bukan…

11:41.179 --> 11:45.016
Jadi, kenapa tak cium saya?
Sekarang, di sini.

11:45.100 --> 11:47.727
Itu…

11:50.355 --> 11:52.065
Bukan salah awak.

11:52.607 --> 11:54.609
Saya yang bermasalah.

11:54.693 --> 11:58.071
Dengan herbivor, saya…

11:59.072 --> 12:00.407
Saya lebih…

12:01.116 --> 12:04.411
Saya amat tertarik dengan karnivor.

12:04.911 --> 12:06.538
Jadi, dengan awak, saya tak…

12:06.621 --> 12:09.624
Ini masalah besar.

12:09.708 --> 12:14.629
Pada ayah, saya hanya wujud
untuk lahirkan waris Konglomerat Horns.

12:14.713 --> 12:17.174
Cara ini saja yang menguntungkan.

12:17.257 --> 12:19.551
Tapi saya tak mampu.

12:20.802 --> 12:25.307
Logiknya, saya faham, tapi saya gagal
halang perasaan terhadap mereka.

12:26.433 --> 12:29.519
Saya senang dengan mereka.
Dengan karnivor.

12:30.061 --> 12:32.397
Diselubungi bau busuk itu…

12:33.398 --> 12:36.151
Saya faham kalau awak nak berpisah.

12:36.234 --> 12:40.363
Saya takkan dapat berasmara dengan awak.

12:40.447 --> 12:45.660
Tujuan perkahwinan kita adalah
untuk lahirkan waris, tapi saya…

12:48.413 --> 12:49.456
Saya faham.

12:49.956 --> 12:51.958
Saya dah nampak situasinya.

12:52.042 --> 12:55.504
Kalau begitu,
tak perlulah kita tidur bersama.

12:56.004 --> 13:02.052
Louis, objektif kita hanyalah
menghubungkan dua keluarga.

13:02.135 --> 13:05.555
Ya, kita perlu ada anak,
tapi ada banyak cara untuk lakukannya.

13:06.973 --> 13:11.895
Saya mengaku, saya berharap dapat wujudkan
hubungan romantik dengan awak.

13:11.978 --> 13:15.982
Tapi objektif mesti diubah
dan disesuaikan mengikut keadaan.

13:16.066 --> 13:18.652
Ini juga taktik perniagaan yang penting.

13:18.735 --> 13:20.487
Azuki…

13:20.570 --> 13:22.489
Ayuh ubah matlamat kita.

13:22.572 --> 13:27.452
Tak perlu lagi
saling mencintai atau berasmara.

13:27.536 --> 13:29.079
Nanti.

13:29.162 --> 13:33.208
Kita tak berpisah?
Awak masih nak kita berkahwin?

13:33.291 --> 13:35.168
Ya, seperti yang dirancang.

13:35.252 --> 13:36.836
- Tak boleh.
- Kenapa?

13:36.920 --> 13:39.923
Saya tak nak awak lalui
perkahwinan yang menyeksakan.

13:40.006 --> 13:41.258
Lagipun…

13:41.883 --> 13:42.926
Louis.

13:43.510 --> 13:45.512
Awak salah faham.

13:46.555 --> 13:50.392
Objektif saya ialah perkahwinan itu.

13:52.394 --> 13:55.188
Jadi, jangan risau tentang saya.

13:55.981 --> 14:01.069
Kalau tak boleh jadi kekasih,
kita masih boleh jadi pasangan.

14:01.152 --> 14:02.612
Pasangan perniagaan.

14:03.363 --> 14:06.157
Awak terima keadaan itu?

14:06.241 --> 14:07.617
Ya.

14:07.701 --> 14:13.164
Saya akan warisi syarikat ayah nanti
dan saya nak mengembangkannya.

14:13.248 --> 14:17.794
Perkahwinan ini akan memahat nama
Syarikat Makanan Ogura dalam sejarah

14:17.877 --> 14:22.132
dan melenyapkan keraguan
tentang masa depan Konglomerat Horns.

14:29.014 --> 14:32.559
SINGA

14:32.642 --> 14:35.061
Betulkah awak nak lakukannya?

14:35.145 --> 14:35.979
Ya.

14:36.646 --> 14:40.817
Kita perlu ada ketua dalam perang rebut
kawasan pada Hari Penghargaan Daging.

14:40.901 --> 14:44.070
Saya jelaskan,
ini tak bermakna awak bos kami.

14:44.154 --> 14:45.655
Saya tahu.

14:45.739 --> 14:47.574
Kali ini saja.

14:47.657 --> 14:50.160
Kalau tak sertai, kena tunggu tahun depan.

14:50.243 --> 14:53.413
Doku-Gumi, Madara-Gumi,
dan Inari-Gumi akan rampas kawasan kita.

14:53.496 --> 14:57.542
Saya tak sanggup pandang
muka berlagak mereka sepanjang tahun.

14:58.251 --> 15:04.049
"Ketua: Agata"… Sudah.

15:05.258 --> 15:06.927
KETUA
AGATA

15:07.010 --> 15:08.470
Baiklah!

15:08.553 --> 15:11.348
Okey! Saya pergi daftar.

15:11.431 --> 15:12.807
Nanti.

15:12.891 --> 15:15.769
Kita mesti pergi bersama-sama
untuk tonjolkan diri.

15:15.852 --> 15:18.855
Walaupun sementara, ketua tetap ketua.

15:18.939 --> 15:20.106
Betulkah?

15:31.952 --> 15:32.911
Bos?

15:38.083 --> 15:42.379
Semua ada, ya?
Sambutan yang memberangsangkan.

15:51.888 --> 15:53.848
Ini apa?

15:53.932 --> 15:54.933
SHISHI-GUMI

15:55.016 --> 15:57.477
Kami nak sertai perang rebut kawasan.

15:59.771 --> 16:03.316
Pada Hari Penghargaan Daging?
Masa yang tepat.

16:03.858 --> 16:07.362
Saya baru terlepas seekor arnab betina

16:07.946 --> 16:10.323
dan saya tertanya-tanya
bila dapat makan dia.

16:10.907 --> 16:13.576
Hari meraikan daging?

16:13.660 --> 16:15.453
Saya akan makan dia pada hari itu.

16:20.792 --> 16:23.795
"Ketua: Agata"?

16:27.340 --> 16:30.677
Ada orang mendabik dada.

16:31.302 --> 16:32.595
Biar betul, kamu semua.

16:33.096 --> 16:36.433
Kamu tak pecat saya, bukan?

16:36.516 --> 16:38.059
Tidak.

16:38.143 --> 16:40.687
Tapi awak tiada di sini.

16:40.770 --> 16:43.815
Jadi, saya ambil alih untuk ganti…

16:49.738 --> 16:51.072
Awak?

16:51.573 --> 16:53.783
Ganti saya?

16:57.537 --> 17:00.331
Walaupun setelah saya
berikan awak parut itu,

17:00.415 --> 17:03.293
awak masih tak faham.

17:07.130 --> 17:10.383
Awak mungkin boleh ganti bos awak,

17:10.467 --> 17:12.761
tapi awak tak boleh ganti saya.

17:12.844 --> 17:17.849
Tiada orang
di planet ini boleh ganti saya.

17:20.351 --> 17:22.937
<i>Memang dah cukup jelas,</i>

17:23.521 --> 17:26.274
<i>tapi mak saya pun tak faham.</i>

17:30.361 --> 17:34.282
<i>Mak kata dia sayang saya.</i>

17:34.365 --> 17:39.537
<i>Tapi sebenarnya dia hanya
mencari ayah dalam diri saya.</i>

17:40.955 --> 17:46.920
<i>Dia tak nampak saya. Dia hanya nampak
herbivor kecil yang penakut.</i>

17:47.545 --> 17:50.298
<i>Jadi, saya ajar dia.</i>

17:53.134 --> 17:56.304
<i>Saya bukan macam ayah saya.</i>

17:56.387 --> 17:58.515
<i>Saya bukan macam sesiapa.</i>

17:59.015 --> 18:00.975
<i>Saya adalah saya.</i>

18:01.476 --> 18:03.812
<i>Tiada orang boleh ganti saya.</i>

18:10.735 --> 18:13.613
Berani awak cakap tentang pengganti?

18:13.696 --> 18:17.075
Bolehkah pengganti itu
terima kesakitan untuk awak?

18:17.158 --> 18:19.369
Tak, kesakitan itu hanya milik awak.

18:20.995 --> 18:23.456
- Hei…
- Awak hanyalah awak.

18:23.540 --> 18:25.583
Kalau nak lawan, marilah.

18:25.667 --> 18:29.671
Kalau nak jadi bos, kalahkan saya
dan rampas takhta itu sendiri.

18:29.754 --> 18:32.966
Kalau tak suka sesuatu, hancurkannya.

18:33.049 --> 18:35.718
Ukir jalan sendiri dengan kuku kamu.

18:35.802 --> 18:38.555
Itu cara kita.

18:39.639 --> 18:42.851
Kamu sendiri yang cakap.

18:43.518 --> 18:48.982
Jadi singa yang layak
memiliki surai. Apa-apalah.

18:50.108 --> 18:51.818
Apa syaratnya?

18:51.901 --> 18:54.028
Apa yang buat kamu bernilai?

18:55.321 --> 18:56.781
Memiliki kuasa.

19:00.577 --> 19:02.036
Saya setuju.

19:02.704 --> 19:06.207
Kuasa memberikan kebebasan.

19:06.291 --> 19:08.459
Belenggu melemahkan kita.

19:08.543 --> 19:11.796
Kita patut makan apa saja kita nak
dan buat sesuka hati.

19:12.297 --> 19:13.298
Beritahu saya.

19:14.007 --> 19:16.759
Apa salahnya hidup bebas?

19:16.843 --> 19:19.637
Bukankah itu sebab Pasar Gelap wujud?

19:21.097 --> 19:24.601
<i>Melon memang syaitan
yang sesuai di Pasar Gelap.</i>

19:25.977 --> 19:28.730
<i>Baru saya perasan.</i>

19:29.647 --> 19:35.278
<i>Dia karnivor dan herbivor
yang digabung untuk mencipta…</i>

19:35.361 --> 19:37.447
<i>raja binatang yang sebenar!</i>

19:46.915 --> 19:49.792
Saya akan patuh kepada bos.

19:50.335 --> 19:51.711
Agata…

19:52.795 --> 19:55.673
Awak memang gila.

19:55.757 --> 20:00.428
Tapi kami saja yang mampu patuh
kepada ketua yang gila macam awak.

20:00.511 --> 20:03.514
Saya serahkan kuku, surai,
apa saja yang saya ada.

20:03.598 --> 20:09.145
Awak sebagai ketua, Shishi-Gumi akan
jadi semakin kuat! Semakin jahat!

20:11.898 --> 20:13.399
Ya, saya setuju.

20:13.483 --> 20:15.360
Tiada orang lagi gila daripada awak.

20:15.985 --> 20:19.656
Betul. Itu saja cara
untuk jadikan semua ini seronok.

20:19.739 --> 20:23.576
Nah. Ini tugas kamu seterusnya.

20:26.746 --> 20:27.914
Melda?

20:27.997 --> 20:31.084
Kamu belum main dengannya, bukan?

20:31.167 --> 20:33.544
Makhluk-makhluk itu hidup
dengan cara biasa.

20:33.628 --> 20:37.465
Jadi, ayuh tunjukkan
cara hidup yang sebenar!

20:37.548 --> 20:40.385
Biarkan jiwa kamu makin hitam!

20:40.468 --> 20:45.223
Jadi raja binatang yang kejam
dan takluki Pasar Gelap!

20:45.306 --> 20:46.557
Shishi-Gumi!

20:47.433 --> 20:48.643
Ya…

20:49.185 --> 20:50.353
Baik.

21:02.532 --> 21:06.786
UTAMAKAN KESELAMATAN

21:06.869 --> 21:11.332
Acara tahunan untuk tetapkan
kawasan jajahan Pasar Gelap!

21:11.416 --> 21:15.211
Peserta Hari Penghargaan Daging
pada tahun ini ialah…

21:16.004 --> 21:17.547
Inari-Gumi!

21:18.131 --> 21:19.882
Madara-Gumi!

21:20.675 --> 21:22.635
Doku-Gumi!

21:23.219 --> 21:24.304
Shishi-Gumi tiada?

21:24.387 --> 21:26.055
Tumpang lalu!

21:26.139 --> 21:27.265
Ke tepi!

21:27.348 --> 21:28.808
Ke tepi! Biar kami lalu!

21:28.891 --> 21:29.892
Ke tepi, bedebah!

21:29.976 --> 21:30.810
Berambus!

21:30.893 --> 21:32.353
Saya suruh ke tepi!

21:44.365 --> 21:45.783
MELON

21:46.451 --> 21:48.369
Itu bos Shishi-Gumi?

21:48.453 --> 21:49.579
Baka campuran?

21:49.662 --> 21:51.122
Tak pernah nampak dia.

21:51.205 --> 21:52.248
Itu…

21:58.379 --> 22:02.342
Pernah nampak dia?

22:02.425 --> 22:03.801
Gazel?

22:03.885 --> 22:04.969
Dia baka campuran…

22:05.053 --> 22:08.181
Degoshi! Kami dah jumpa Melon!

22:09.766 --> 22:10.892
Di mana?

23:37.603 --> 23:41.941
Terjemahan sari kata oleh Aimee Suhairi
