WEBVTT

01:38.452 --> 01:41.956
BEASTARS
MUSIM TERAKHIR

01:42.039 --> 01:46.961
KEJATUHAN KUCING

01:47.044 --> 01:50.089
Kami tunduk di hadapan keagunganmu,

01:50.172 --> 01:54.301
wahai dewa Brachiosaurus.

01:54.385 --> 02:00.766
Setiap hari, herbivor seperti kami
berdepan dengan ancaman nyawa.

02:00.850 --> 02:05.437
Kami mohon agar singkirkan
dan bersihkan semua yang kotor.

02:06.438 --> 02:08.607
Jom beli tangkal <i>omamori.</i>

02:09.400 --> 02:11.110
Tapi tangkal <i>ofuda</i> lebih murah.

02:11.193 --> 02:13.779
Janganlah kedekut beli barang sembahan.

02:13.863 --> 02:15.948
Bukan penting pun.

02:16.574 --> 02:20.911
Berikan kami perlindungan.
Berikan kami kemakmuran.

02:20.995 --> 02:22.997
Ayuh, semua.

02:23.080 --> 02:28.502
Sucikan diri dan berdoa
supaya kamu tak dimakan.

02:29.837 --> 02:33.465
<i>Semua herbivor
yang berseronok di festival ini</i>

02:33.549 --> 02:39.263
<i>tak peduli akan kelemahan mereka
dan meraikan status sebagai makanan.</i>

02:40.097 --> 02:43.225
<i>Gadis itu pula berbeza.</i>

02:43.309 --> 02:45.186
Saya takkan faham.

02:45.269 --> 02:49.440
Seumur hidup saya,
saya bersedia mati bila-bila masa saja.

02:49.523 --> 02:54.737
Jadi kenapa belajar di universiti?
Kalau boleh mati bila-bila masa…

02:54.820 --> 02:58.324
Bukan begitu.

02:58.407 --> 03:00.618
Bukannya saya nak mati.

03:00.701 --> 03:04.872
Walaupun sentiasa diancam kematian,
saya nak tunaikan impian saya.

03:05.664 --> 03:07.249
<i>Saya rasa ingin tahu.</i>

03:07.958 --> 03:11.754
<i>Daging dan darahnya penuh dengan emosi.</i>

03:11.837 --> 03:14.840
<i>Apa rasanya?</i>

03:16.008 --> 03:18.135
Profesor Lumrong.

03:20.137 --> 03:22.181
Atau saya patut panggil, Melon.

03:23.182 --> 03:27.269
Saya nak balas dendam
sebab tembak telinga dan pinggang saya.

03:27.353 --> 03:29.521
Awak…

03:30.189 --> 03:33.901
Awak masih hidup?

03:33.984 --> 03:36.570
Awak datang untuk dibunuh lagi?

03:36.654 --> 03:41.158
Maaf, saya ada urusan penting malam ini.

03:41.242 --> 03:43.619
Datang semula kemudian.

03:43.702 --> 03:45.371
Dia takkan datang.

03:46.705 --> 03:47.831
Haru takkan datang.

03:47.915 --> 03:51.377
Rupanya Haru kawan awak.

03:51.460 --> 03:53.712
Jadi, saya yang datang untuk tangkap awak!

04:00.302 --> 04:01.345
Sudahlah.

04:01.428 --> 04:03.430
Ini penculikan!

04:07.393 --> 04:09.937
Jelaskan kepada saya.

04:14.358 --> 04:16.277
Berhenti hentak kaki. Menjengkelkan!

04:17.736 --> 04:21.407
Apa hal? Saya nak pergi
ke Festival Jiwa Aneh hari ini.

04:21.490 --> 04:24.201
Saya tahu, tapi…

04:24.285 --> 04:25.286
Biar saya teka.

04:26.036 --> 04:29.957
Awak risau sebab saya nak biar
guru saya makan saya?

04:30.040 --> 04:31.959
Saya dah kata jangan menyibuk!

04:32.042 --> 04:33.877
Saya akan cakap saya bergurau…

04:33.961 --> 04:35.921
Dia takkan anggap ia gurauan!

04:36.005 --> 04:37.006
Dengar cakap saya.

04:37.089 --> 04:40.050
Awak berjanji dengan lelaki
yang bukan pensyarah biasa.

04:40.134 --> 04:44.305
Dia dalang Pasar Gelap yang kejam
dan telah cuba bunuh Legoshi dua kali.

04:50.269 --> 04:52.104
Duduk saja di sini hari ini.

04:52.646 --> 04:55.316
Saya lapar.

04:57.109 --> 04:58.360
Awak nak makan apa?

04:58.986 --> 05:00.362
Sayur cucuk.

05:00.446 --> 05:01.697
Baiklah.

05:01.780 --> 05:04.575
Saya bawakan, jangan ke mana-mana, okey?

05:11.957 --> 05:13.250
Berhenti!

05:13.334 --> 05:15.336
Profesor spesies apa?

05:16.712 --> 05:19.965
Macam awak nampak,
saya hanya seekor gazel.

05:20.049 --> 05:24.219
Cara profesor peluk saya tadi
tak terasa seksual.

05:24.303 --> 05:29.350
Rasa seperti seekor karnivor
yang menangkap herbivor.

05:29.433 --> 05:31.060
Begitu rupanya.

05:31.727 --> 05:34.855
Awak kekasihnya, ya?

05:35.564 --> 05:39.360
Habis hadiah hari jadi saya…

05:39.443 --> 05:41.153
Kenapa awak nak buru Haru?

05:41.236 --> 05:42.863
Kenapa?

05:43.447 --> 05:45.532
Biar saya fikir.

05:46.658 --> 05:48.077
Sebab yang sama dengan awak.

05:49.703 --> 05:52.206
Sebab dia nampak enak.

05:54.458 --> 05:55.876
Awak tahu tak?

05:56.835 --> 05:59.379
Rasanya macam pasir saja.

05:59.463 --> 06:00.464
Apa?

06:01.465 --> 06:04.259
Haiwan yang mati dalam keadaan takut.

06:07.012 --> 06:09.890
Daging mereka…

06:09.973 --> 06:14.812
Seumur hidup mereka takut
kepada kematian, jadi dagingnya liat.

06:14.895 --> 06:16.271
Semua orang takut mati!

06:16.355 --> 06:17.564
Awak pasti?

06:18.440 --> 06:19.900
Itu…

06:19.983 --> 06:26.073
Si putih salju itu
tak takut mati atau hidup.

06:26.156 --> 06:29.034
Sebab itu saya nak dagingnya.

06:29.118 --> 06:33.372
Mungkin juga saya sayang dia.

06:33.455 --> 06:35.124
Sama macam awak, betul tak?

06:35.207 --> 06:36.250
Tidak!

06:37.334 --> 06:38.961
Saya takkan…

06:40.337 --> 06:43.423
Nampaknya awak pun
alami masalah yang sama.

06:44.007 --> 06:46.051
Biar saya tamatkan kesengsaraan awak.

06:54.226 --> 06:57.062
Hari ini hari jadi saya.

06:57.146 --> 06:58.981
Ikutlah kemahuan saya.

06:59.064 --> 07:02.192
Walaupun awak bunuh saya,
kemahuan awak takkan tercapai.

07:02.276 --> 07:07.573
Seumur hidup, saya buat sesuka hati saya.

07:08.907 --> 07:13.829
Tapi ada satu perkara
yang saya tak dapat buat.

07:15.497 --> 07:19.418
Menghalang kelahiran saya
daripada berlaku.

07:20.085 --> 07:21.795
Apa? Apa maksud awak?

07:26.175 --> 07:31.430
Ibu bapa saya pasangan interspesies
yang tak bertanggungjawab.

07:31.513 --> 07:36.226
Kesilapan mereka meninggalkan cela
kepada masyarakat.

07:36.310 --> 07:37.478
Cela?

07:38.020 --> 07:40.189
Saya.

07:41.398 --> 07:47.279
Kalau masyarakat asingkan mereka,
tiada baka campuran akan dilahirkan.

07:47.362 --> 07:48.405
Betul tak?

07:48.489 --> 07:49.573
Awak silap!

07:49.656 --> 07:51.992
Ibu bapa sebegitu nak keluarga bahagia…

07:52.075 --> 07:54.953
Hanya untuk puaskan ego mereka.

07:55.037 --> 08:00.042
Bagi anak berbaka campuran,
dilahirkan seolah-olah satu hukuman.

08:00.125 --> 08:01.877
Apa? Kenapa awak…

08:01.960 --> 08:04.004
Kesengsaraan itu.

08:04.838 --> 08:09.218
Kita patut biar
ibu bapa begitu alami perasaan itu.

08:09.301 --> 08:14.431
Jadi, sebelum mereka berpeluang
lahirkan anak berbaka campuran,

08:14.515 --> 08:20.187
saya akan balas dendam terhadap ibu bapa
interspesies yang tak bertanggungjawab.

08:20.270 --> 08:22.773
Setelah mereka dilahirkan, dah terlambat.

08:25.275 --> 08:27.110
Awak dalang kes makan bersiri itu!

08:27.194 --> 08:28.946
Awak fikir begitu?

08:29.696 --> 08:31.657
Awak pasti bukan awak pelakunya?

08:31.740 --> 08:35.661
Karnivor yang makan herbivor
dalam kes-kes itu, bukan?

08:36.203 --> 08:38.247
Saya cuma uji mereka

08:38.330 --> 08:41.124
untuk lihat sifat perhubungan mereka.

08:41.208 --> 08:45.837
Kelaparan atau cinta?

08:46.463 --> 08:47.923
Semua itu angkara awak.

08:48.465 --> 08:50.050
Awak dorong mereka…

08:53.387 --> 08:56.640
Saya nampak kebahagiaan
pada wajah mereka yang berdarah.

08:56.723 --> 08:59.184
Keji. Awak tak boleh buat begitu!

08:59.268 --> 09:01.895
Diam. Saya boleh buat apa saja saya nak.

09:01.979 --> 09:03.021
Tak boleh!

09:03.772 --> 09:07.317
Tiada sesiapa yang boleh buat sesuka hati
dalam masyarakat ini.

09:07.401 --> 09:10.237
Betul juga, bahaya jika ada
makhluk buas macam awak.

09:10.320 --> 09:11.488
Saya berbeza!

09:12.614 --> 09:14.908
Semua orang kata begitu.

09:16.660 --> 09:18.245
Baiklah.

09:18.328 --> 09:20.539
Jawab soalan ini.

09:21.164 --> 09:22.916
Awak ada dua pilihan.

09:24.084 --> 09:27.963
Pilihan A, masyarakat tanpa kes memakan.

09:28.046 --> 09:30.882
Tapi pengawasan meluas.

09:31.633 --> 09:35.345
Pilihan B, masyarakat
yang benarkan jenayah memakan

09:35.429 --> 09:38.849
dan tiada pengawasan meluas.

09:39.683 --> 09:41.101
Yang mana pilihan awak?

09:43.478 --> 09:44.771
<i>Rasanya…</i>

09:45.647 --> 09:46.898
<i>Saya nak pilihan A.</i>

09:46.982 --> 09:48.984
<i>Masyarakat tanpa jenayah memakan.</i>

09:49.067 --> 09:51.320
<i>Awak rela diawasi?</i>

09:51.403 --> 09:53.572
<i>Kalau perlu, demi keselamatan.</i>

09:53.655 --> 09:54.531
Haru?

09:56.241 --> 09:58.243
Saya dah suruh jangan ke mana-mana…

09:58.327 --> 10:03.206
<i>Masyarakat dalam kewujudan bersama
yang aman tak berikan kita apa-apa.</i>

10:03.290 --> 10:07.002
<i>Penjara di mana semua penghuninya
saling mengawasi.</i>

10:07.753 --> 10:09.963
Takkanlah.

10:12.507 --> 10:19.056
Banduan tanpa kebebasan,
hidup dalam kongkongan kawalan diri.

10:19.139 --> 10:21.058
Begitulah diri kamu semua.

10:22.601 --> 10:25.312
Tapi saya enggan hidup begitu.

10:25.395 --> 10:27.105
Saya nak pilihan B.

10:27.731 --> 10:32.694
Memakan makhluk lain memberikan kita
lonjakan tenaga yang menguatkan diri.

10:32.778 --> 10:34.655
Menjadikan kita bersemangat.

10:34.738 --> 10:38.950
Awak faham maksud saya, bukan?
Awak juga karnivor.

10:40.702 --> 10:42.913
<i>Sebab itulah rasa sengsara.</i>

10:44.122 --> 10:47.000
Awak seksa diri sendiri,

10:47.084 --> 10:51.171
menunjukkan adab yang baik
demi menurut cara orang lain.

10:51.254 --> 10:54.841
Adakah cara hidup begitu
membahagiakan awak?

10:54.925 --> 10:57.010
Memastikan semua selamat lebih penting.

10:57.094 --> 11:00.347
Mengurangkan kejadian malang
akan buat awak bahagia?

11:01.848 --> 11:03.100
Saya dah faham.

11:03.809 --> 11:08.689
Demi merealisasikannya,
awak rela bunuh makhluk nista ini?

11:11.024 --> 11:14.945
Setelah sekian lama,
saya mula ingat suara-suara itu.

11:15.028 --> 11:17.697
Mereka yang bencikan kewujudan saya

11:17.781 --> 11:22.327
dan cuba menghapuskan saya.

11:22.411 --> 11:25.330
<i>- Lompat!
- Ayuh, lompat!</i>

11:25.414 --> 11:27.582
Ini peluang awak
untuk jadi herbivor sebenar.

11:27.666 --> 11:29.918
Saya nampak taring itu, Melon!

11:30.001 --> 11:33.630
Kucing boleh mendarat atas kaki.
Kalau ikut sifat ibu awak, takkan matilah.

11:33.713 --> 11:37.175
Tapi kalau ikut sifat ayah awak?
Tak siapa peduli.

11:37.259 --> 11:39.428
Lompat! Sekarang!

11:39.511 --> 11:41.138
Ayuh, lakukannya!

11:41.221 --> 11:42.472
Lompat!

11:46.226 --> 11:50.355
<i>Ketika umur saya sembilan tahun,
saya bunuh rakan-rakan sekelas saya.</i>

11:50.439 --> 11:53.233
<i>Buat pertama kali, saya bebas.</i>

11:54.317 --> 11:55.527
Namun…

11:56.278 --> 12:00.240
Jika difikirkan semula,
mungkin saya patut lompat.

12:00.323 --> 12:05.912
Pasti rasa lebih bebas
setelah tiba di penghujung dunia.

12:07.873 --> 12:09.374
Sekaranglah masa yang tepat.

12:09.458 --> 12:12.043
Tengok betul-betul.

12:27.517 --> 12:29.686
<i>Saya takkan biar awak terlepas.</i>

12:37.777 --> 12:39.279
Bangun. Jom.

12:40.030 --> 12:41.573
Kita pergi.

12:41.656 --> 12:43.241
Apa? Ke mana?

12:43.325 --> 12:45.160
Serahkan awak kepada pihak polis.

12:45.243 --> 12:47.829
Kalau awak tak nak jalan, saya angkat.

12:53.168 --> 12:54.836
Polis, ya?

12:54.920 --> 12:58.048
Mungkin dipenjara seketika
tak teruk sangat…

12:58.131 --> 12:59.424
<i>Nanti dulu.</i>

12:59.508 --> 13:03.720
<i>Maknanya saya akan terlepas peluang
untuk makan arnab itu?</i>

13:03.803 --> 13:05.680
<i>Setelah saya serahkan dia kepada polis,</i>

13:05.764 --> 13:08.099
<i>En. Yahya boleh uruskan
perkahwinan interspesies</i>

13:08.183 --> 13:09.726
<i>walaupun saya ada rekod jenayah.</i>

13:09.809 --> 13:15.315
<i>Kalau saya tak makan arnab itu,
saya takkan tahu makna "enak".</i>

13:15.398 --> 13:16.900
<i>Kami akan bersama selamanya.</i>

13:16.983 --> 13:18.360
<i>Hanya satu gigitan.</i>

13:18.443 --> 13:19.444
<i>Hanya saya dan Haru.</i>

13:25.951 --> 13:28.411
Karnivor macam awak memang kuat.

13:29.204 --> 13:31.998
Cengkaman awak
pada pergelangan tangan saya.

13:32.832 --> 13:35.001
Kuat sangat, tulang saya hampir patah.

13:35.085 --> 13:40.590
Bukankah serigala diajar untuk berlembut
dengan makhluk lemah macam saya?

13:42.759 --> 13:46.471
<i>Dia buat saya rasa seperti
serigala besar yang ganas…</i>

13:54.062 --> 13:57.857
Kalaulah saya kelar perut awak dulu.

14:00.485 --> 14:03.113
Ketangkasan awak dah meningkat.

14:03.196 --> 14:06.116
Mungkin sedikit lebih pantas
daripada sloth.

14:06.199 --> 14:07.534
Jangan ejek saya!

14:19.129 --> 14:20.714
Selamatkan saya!

14:20.797 --> 14:24.301
Sesiapa, tolong saya!
Serigala itu nak bunuh saya!

14:25.176 --> 14:26.052
Sana!

14:26.136 --> 14:28.221
- Kenapa dengan dia?
- Lekas masuk.

14:28.305 --> 14:29.472
Karnivor tak dibenarkan.

14:29.556 --> 14:31.391
Dia penjenayah.

14:31.474 --> 14:32.642
Saya mesti tangkap dia!

14:32.726 --> 14:33.685
Tak boleh!

14:33.768 --> 14:34.936
Kami akan panggil polis!

14:36.354 --> 14:38.023
Tak guna!

14:43.194 --> 14:44.946
Awakkah itu, Haru?

14:48.533 --> 14:49.534
Apa awak buat?

14:49.618 --> 14:52.329
Saya terjatuh cincin di sini.

14:52.412 --> 14:54.748
Kenapa tak cari selepas matahari terbit?

14:57.667 --> 14:59.502
<i>Helo, Louis? Sayalah.</i>

14:59.586 --> 15:01.004
Awak dapat tangkap dia?

15:01.087 --> 15:02.589
<i>Dia berjaya larikan diri.</i>

15:02.672 --> 15:04.424
Maaf, keadaan di sini pun sama.

15:04.507 --> 15:05.342
<i>Apa?</i>

15:05.425 --> 15:07.594
Saya tinggalkan Haru dan dia lari.

15:07.677 --> 15:08.678
<i>Apa?</i>

15:08.762 --> 15:10.931
Mungkin dia menuju ke arah awak.

15:11.014 --> 15:11.932
<i>Okey.</i>

15:12.015 --> 15:13.391
Beritahu saya perkembangan.

15:15.727 --> 15:16.853
Hancur semuanya.

15:16.937 --> 15:19.648
Maaf, kalau tuan cari Cik Haru…

15:22.859 --> 15:27.155
Rupanya bukan sekadar makanan
dan ramuan saja untuk buka kedai.

15:27.238 --> 15:29.699
Sekurang-kurangnya awak dah faham.

15:29.783 --> 15:31.785
Haru! Saya suruh awak duduk di bilik…

15:31.868 --> 15:33.662
Oh ya. Maaf.

15:33.745 --> 15:36.873
Saya jumpa rak buku ini
ketika pergi ke tandas…

15:36.957 --> 15:42.003
Dia kata nak buka kedai,
ayah sarankan belajar tentang pengurusan.

15:42.712 --> 15:45.090
Begitu rupanya.

15:45.840 --> 15:47.258
Awak cari saya?

15:47.342 --> 15:49.594
Jangan risau, saya tak keluar.

15:49.678 --> 15:50.804
Jadi duduklah di bilik!

15:50.887 --> 15:52.055
Maaflah, aduhai.

15:52.138 --> 15:53.890
Awak pun patut baca ini juga.

15:53.974 --> 15:55.308
Terima kasih!

15:57.435 --> 16:01.272
Awak memang luar biasa.

16:01.356 --> 16:04.275
Saya dah kata, hal itu tak penting.

16:04.359 --> 16:06.403
Saya cakap saya nak <i>omamori.</i>

16:06.486 --> 16:07.946
Saya Legoshi.

16:08.029 --> 16:11.658
Saya tak dapat cari Melon.
Haru pula tiada di sini…

16:11.741 --> 16:12.784
<i>Legoshi?</i>

16:12.867 --> 16:14.285
Haru?

16:14.369 --> 16:15.245
<i>Ini dia.</i>

16:16.204 --> 16:18.915
Awak okey, Legoshi? Awak cedera?

16:18.999 --> 16:20.542
<i>Tak cedera.</i>

16:20.625 --> 16:21.459
Maaf.

16:21.543 --> 16:23.670
<i>Tak apa. Bukan salah awak.</i>

16:23.753 --> 16:26.423
<i>Saya lega awak okey.</i>

16:26.506 --> 16:29.592
Awak nak tahu, ayah Louis hebat.

16:29.676 --> 16:33.513
Dia amat arif dalam bidangnya
dan perangainya macam Louis.

16:34.848 --> 16:38.935
Saya nak jumpa dia.
Tapi sekarang, saya nak jumpa awak.

16:39.561 --> 16:40.729
<i>Esok boleh?</i>

16:40.812 --> 16:43.064
Okey, saya jemput awak selepas kelas.

16:43.148 --> 16:45.233
<i>Baik, terima kasih.</i>

16:45.316 --> 16:46.776
Haru kesayangan saya!

16:47.694 --> 16:49.738
<i>- Saya rasa nak muntah.</i>
- Louis?

16:49.821 --> 16:51.322
<i>Apa rancangan awak?</i>

16:51.406 --> 16:57.120
Oh, ya. Dialah dalang kes-kes memakan itu.

16:57.203 --> 17:00.206
<i>Itu angkara Melon juga?
Awak dah telefon polis?</i>

17:00.290 --> 17:02.042
Saya tiada bukti.

17:02.125 --> 17:03.001
<i>Begitu rupanya.</i>

17:03.084 --> 17:06.129
Kita mesti tangkap dia
sebelum ada mangsa lain lagi.

17:06.212 --> 17:07.547
<i>Betul.</i>

17:07.630 --> 17:11.259
<i>Saya pun akan siasat.
Jangan bertindak semberono.</i>

17:11.342 --> 17:14.054
- Tolong jaga Haru.
<i>- Baiklah.</i>

17:14.137 --> 17:15.221
Nah.

17:16.222 --> 17:21.478
Awak betul-betul belikan
untuk saya? Aduhai…

17:34.324 --> 17:35.825
Nah.

17:35.909 --> 17:42.248
Kita guna tilikan bulu misai untuk
cari petunjuk dalam perang rebut kawasan.

17:42.332 --> 17:47.462
Kalau bulu misai ke kanan,
kita pilih calon untuk lawan.

17:47.545 --> 17:49.798
Kalau bulu misai ke kiri…

17:51.549 --> 17:53.134
Maaf, telefon saya.

17:54.344 --> 17:55.345
Helo? Louis?

17:56.513 --> 17:59.516
Akhirnya awak nak jadi bos kami semula?

18:00.391 --> 18:01.309
Melon?

18:01.392 --> 18:03.478
Awak tahu dia di mana?

18:03.561 --> 18:06.314
<i>Kami tak nampak dia di sini
kebelakangan ini.</i>

18:06.397 --> 18:08.608
<i>Di Pasar Gelap pun,
tiada orang nampak dia.</i>

18:09.317 --> 18:10.944
Okey.

18:11.027 --> 18:14.614
Saya perlukan maklumat.
Boleh siasat untuk saya?

18:14.697 --> 18:17.242
<i>Maaf, tak boleh.</i>

18:17.325 --> 18:19.035
<i>Dia masih bos kami.</i>

18:19.119 --> 18:23.331
Awak masih hormati rantaian perintah
walaupun untuk pembunuh kejam?

18:23.414 --> 18:25.250
<i>Awak pun tahu hakikatnya.</i>

18:25.875 --> 18:27.710
Tolong saya kali ini, boleh?

18:31.548 --> 18:32.632
MELON

18:32.715 --> 18:35.802
<i>Di Pasar Gelap pun tiada?</i>

18:35.885 --> 18:37.428
<i>Apa saya patut buat?</i>

18:37.512 --> 18:40.223
<i>Guna pengaruh TV saya dan ambil risiko?</i>

18:41.182 --> 18:45.854
<i>Tak, saya tak boleh buat begitu
tanpa bukti. Itu akan buat orang panik.</i>

18:46.521 --> 18:48.982
<i>Patutkah saya tanya Yahya?</i>

18:49.065 --> 18:52.360
<i>Tak. Mesti dia dah tahu.</i>

18:53.194 --> 18:54.821
Hai, Louis.

18:54.904 --> 18:59.450
Ada pembantah dalam kalangan penonton
hari ini, jadi tak perlu cakap banyak.

18:59.534 --> 19:02.745
Satu kesilapan saja
boleh cetuskan kontroversi.

19:02.829 --> 19:07.041
Adanya awak bersiaran
dah dikira kemenangan untuk kita.

19:08.126 --> 19:09.627
Baiklah…

19:10.712 --> 19:12.505
MELON

19:12.589 --> 19:15.717
Bau macam kopi murahan di sini.

19:15.800 --> 19:20.263
Mana boleh duta kita minum
kopi segera begini.

19:20.346 --> 19:23.766
Awak pernah minum kopi luwak?

19:23.850 --> 19:27.395
Kopi yang terbaik.
Saya bawakan untuk awak nanti.

19:27.478 --> 19:29.397
Okey, giliran awak.

19:29.480 --> 19:31.274
Jangan lupa senyum.

19:33.860 --> 19:35.820
Kopi luwak?

19:35.904 --> 19:37.238
UDON BEBEBE

19:37.322 --> 19:40.158
Hei! Boleh awak hantar pesanan ini?

19:40.241 --> 19:41.784
Baik!

19:41.868 --> 19:46.414
Hantar ke Zon Marin Satu.
Awak boleh bertutur bahasa marin?

19:50.251 --> 19:52.045
Wah! Bunyi macam fasih.

19:52.128 --> 19:55.006
Jangan pandang enteng,
saya lepasan Sekolah Cherryton.

19:55.089 --> 19:57.091
Patutlah.

19:57.175 --> 20:00.803
Saya nak awak tolong
walaupun bukan ketika mengganti Legoshi.

20:01.679 --> 20:03.473
Cakap pasal Legoshi,

20:03.556 --> 20:06.893
awak tahu kenapa dia cuti?

20:06.976 --> 20:10.772
Tak, tapi pasti ada sebab yang munasabah.

20:10.855 --> 20:14.400
Dia tak begitu petah bercakap,
jadi orang selalu salah faham.

20:14.484 --> 20:16.778
Di sekolah pun, dia begitu?

20:16.861 --> 20:18.613
Saya dengar dia bercakap sendirian.

20:18.696 --> 20:21.866
Tentang udon yang lazat
dan kekacakan tuan kedai ini.

20:21.950 --> 20:23.576
Saya pergi dulu.

20:24.827 --> 20:28.248
Saya tahu dia memang baik.

20:35.755 --> 20:39.926
Ayuh cuba tilikan rahsia Shishi-Gumi
yang Louis pernah beritahu itu.

20:40.009 --> 20:42.512
Bolehkah guna bulu serigala?

20:43.346 --> 20:47.433
Melon berhenti kerja di universiti,

20:47.517 --> 20:50.687
jadi saya perlu cara lain untuk kesan dia.

20:56.234 --> 20:58.444
Studio tatu?

20:59.779 --> 21:02.365
Kepantasan awak dah meningkat.

21:02.448 --> 21:05.326
Mungkin sedikit lebih pantas
daripada sloth.

21:05.410 --> 21:07.203
Tak mungkin…

21:08.037 --> 21:11.165
NAGA BIRU

21:12.959 --> 21:15.295
Helo?

21:25.596 --> 21:26.431
Awak okey?

21:28.933 --> 21:30.810
Alamak!

21:30.893 --> 21:32.979
Sesiapa…

21:37.817 --> 21:41.612
Kalau saya terus berada di sini,
habislah saya.

21:42.905 --> 21:44.032
Maaf!

21:46.367 --> 21:49.787
POLIS

21:54.417 --> 21:56.669
Kamu! Lelaki serigala!

21:56.753 --> 21:59.047
Jangan lari! Berhenti!

22:00.298 --> 22:03.259
Dua mangsa, seperti dalam laporan. Ya.

22:04.677 --> 22:06.512
Kedua-duanya dah mati.

22:07.680 --> 22:09.515
Saya perlukan siasatan DNA.

23:37.603 --> 23:41.941
Terjemahan sari kata oleh Aimee Suhairi
