WEBVTT

00:12.491 --> 00:17.329
BEASTARS
MUSIM TERAKHIR

00:22.043 --> 00:26.964
PERTUKARAN ANTARA SPESIES

00:27.047 --> 00:29.717
MADARA-GUMI

00:37.349 --> 00:40.936
Saya benci lihat corak menyerlah itu.

00:44.899 --> 00:47.359
Doku-Gumi, ya?

00:53.073 --> 00:56.869
Kamu kental melawan, budak.

00:56.952 --> 01:01.916
Doku-Gumi bukan benar-benar
nak bunuh kamu.

01:01.999 --> 01:06.754
Dunia selalu pandang rendah kepada kami.

01:06.837 --> 01:09.131
Tapi kami akan buktikan.

01:09.215 --> 01:13.344
Perbezaan kami tak jadikan
kami lemah, malah kami kuat!

01:13.427 --> 01:18.432
Doku-Gumi golongan elit.
Kami spesies yang layak dihormati!

01:29.527 --> 01:33.823
Daging yang terpotong
masih ada semangat, bukan?

01:34.573 --> 01:38.077
Saya tak sanggup biarkannya cedera.

01:38.160 --> 01:44.166
Jangan kata… kamu sengaja ambil bom itu
untuk lindungi ekor itu?

01:45.918 --> 01:50.381
Saya tak sempat fikir,
saya terus masukkan ke dalam seluar. Maaf.

01:53.342 --> 01:56.303
Ekor yang terpotong
tak boleh disambung semula.

01:56.387 --> 02:00.391
Kebanggaan Doku-Gumi kini milik kamu.

02:09.859 --> 02:11.110
Wah.

02:13.237 --> 02:15.573
Kamu boleh tahan juga, budak serigala.

02:15.656 --> 02:18.534
<i>Alamak, saya tak boleh lawan perempuan.</i>

02:18.617 --> 02:23.289
Berada dekat dengan perempuan pun
dah cukup untuk buat ekor kamu tegak?

02:23.372 --> 02:27.001
Lelaki memang makhluk keji.

02:27.835 --> 02:32.715
Selepas ini, Inari-Gumi akan naikkan
maruah Pasar Gelap.

02:32.798 --> 02:37.553
Maruah perempuan kelas tinggi
yang hanya meliar pada waktu malam!

02:49.857 --> 02:51.442
FESTIVAL METEOR
JADUAL

02:51.525 --> 02:53.360
PENGUMUMAN MENGEJUT (PRODUK MAKANAN)

02:53.444 --> 02:57.364
Daging buatan yang dibuat
daripada sel otot yang dikultur.

02:57.448 --> 03:03.287
Pendek kata, bekalan daging
yang boleh dinikmati tanpa membunuh.

03:03.370 --> 03:07.708
Daging itu bukan sepenuhnya buatan.

03:07.791 --> 03:10.419
Ia diperbuat daripada
embrio haiwan yang belum lahir.

03:10.502 --> 03:14.798
Datuk bandar siasat
hubungan anak beranak tuan berdua,

03:14.882 --> 03:17.676
dan dia ada bukti.

03:18.719 --> 03:21.096
<i>Bertenang. Saya boleh lakukannya.</i>

03:36.820 --> 03:41.992
Beralah sebab saya perempuan?
Kalau kamu rasa akibatnya, salah kamu.

03:42.076 --> 03:45.120
Saya tak paksa kamu buat begitu, bukan?

03:45.788 --> 03:47.748
Kerap saya dengar.

03:47.831 --> 03:52.211
Perempuan macam saya
hanya boleh berjaya dengan menggoda.

03:53.254 --> 03:55.214
Saya nak mengubahnya.

03:55.297 --> 03:59.635
Saya akan menang, jadi lebih kuat
dan tunjukkan mereka bos sebenar.

03:59.718 --> 04:01.011
Itu saja yang saya nak.

04:01.845 --> 04:03.055
Saya faham.

04:04.598 --> 04:08.936
Serigala pun selalu jadi
mangsa stereotaip negatif.

04:10.229 --> 04:14.608
Dalam setiap filem atau novel,
watak jahat mesti serigala.

04:15.401 --> 04:18.070
Saya pun pernah dilukai, jadi saya faham.

04:18.153 --> 04:21.782
Tak sangka. Kamu lebih petah
daripada sangkaan saya.

04:22.408 --> 04:23.993
Jadi, tunjukkan keupayaan kamu!

04:34.878 --> 04:41.093
Saya muak menunggu, jadi saya datang
untuk menyapa awak, Legoshi.

04:41.885 --> 04:44.346
PAKAR BAHAN TOKSIK
DAN PENGKAJI DALAMAN SAHAJA

04:50.060 --> 04:52.771
<i>Bagaimanalah saya boleh terjebak
dalam masalah ini?</i>

04:57.026 --> 04:58.444
<i>Ini dia.</i>

05:04.616 --> 05:06.285
Itu P-Channel?

05:06.368 --> 05:10.873
Ya. Lihat, mereka sedang strim sekarang
dari Pasar Gelap.

05:10.956 --> 05:13.167
Akaun mereka akan diharamkan.

05:13.250 --> 05:15.127
Aduh, mandi darah.

05:16.253 --> 05:18.172
Sekejap, itu Legoshi!

05:18.255 --> 05:19.757
- Takkanlah!
- Biar betul?

05:19.840 --> 05:21.842
ZOOLYMPIC
HIDUP BERSAMA

05:21.925 --> 05:23.510
Zoolympic.

05:23.594 --> 05:26.263
Tempat atlet-atlet terbaik dunia berkumpul

05:26.347 --> 05:30.684
demi menguji kemampuan fizikal
dan bakat semula jadi mereka.

05:31.602 --> 05:35.898
Acara untuk semua spesies,
umur, dan jantina,

05:35.981 --> 05:37.900
mencetus inspirasi generasi muda

05:37.983 --> 05:41.445
dan memberi harapan
ke arah kewujudan dan kemakmuran bersama.

05:44.823 --> 05:50.079
Namun, bidaan untuk menjadi hos acara ini
meletakkan cabaran kepada bandar kita,

05:50.162 --> 05:55.667
daripada jenayah memakan
hingga infrastruktur yang kurang lengkap.

05:56.710 --> 06:00.881
Oleh itu, saya akan buat
satu pengumuman penting pada hari ini.

06:01.715 --> 06:02.633
Sila lihat.

06:03.133 --> 06:04.259
Apa?

06:04.343 --> 06:05.302
Bolehkah begitu?

06:05.385 --> 06:06.929
Mereka mengesahkannya?

06:07.012 --> 06:08.764
Mana boleh mereka menyebutnya?

06:08.847 --> 06:09.932
Ini hal terlarang…

06:10.015 --> 06:11.433
STADIUM BARU
HAPUS PASAR GELAP

06:11.517 --> 06:13.852
<i>Apa? "Hapus Pasar Gelap"?</i>

06:15.062 --> 06:16.772
<i>Tiada dalam skrip!</i>

06:16.855 --> 06:19.274
<i>Tak guna! Dia perangkap saya!</i>

06:19.358 --> 06:21.985
Bertenang.

06:22.611 --> 06:24.905
Perkataan larangan "Pasar Gelap"

06:24.988 --> 06:29.618
merujuk kepada tempat
karnivor melampias nafsu memakan daging.

06:29.701 --> 06:32.746
Ia dianggap injap keselamatan
yang perlu demi kewujudan bersama.

06:32.830 --> 06:36.500
Namun, pada hakikatnya,
Pasar Gelap hanyalah sarang kejahatan.

06:37.084 --> 06:40.295
Ada penjenayah kejam yang masih bebas.

06:40.379 --> 06:45.050
Legoshi si serigala kelabu. Kami telah
sahkan bahawa dia bersembunyi di sana.

06:45.801 --> 06:47.761
- Mereka menemui dia?
- Tak sangka…

06:49.972 --> 06:51.849
Legoshi…

06:52.808 --> 06:57.146
Saya jangka kami akan siar
berita penangkapannya tak lama lagi.

06:57.229 --> 06:59.064
Betul tak, Louis?

06:59.148 --> 07:00.232
Ya.

07:05.737 --> 07:08.365
MUSANG

07:08.448 --> 07:11.076
SINGA

07:22.212 --> 07:24.214
Bunga nan merah.

07:24.298 --> 07:27.134
Pandang saya, bunga mekar di kebun melon!

07:27.926 --> 07:33.682
Apa guna bunga di kebun melon
kalau tiada buah?

07:37.561 --> 07:38.979
Bagus!

07:39.062 --> 07:41.440
Sekarang baru kita senada, Legoshi!

07:50.741 --> 07:52.868
Jangan lari.

07:56.205 --> 07:58.582
Kalau awak lari, saya akan buru awak.

07:59.291 --> 08:02.419
Saya warisi naluri pemburu
daripada ibu saya.

08:03.295 --> 08:05.047
<i>Saya takkan menang.</i>

08:05.130 --> 08:08.342
<i>Melon makin kuat, saya pula makin lemah.</i>

08:11.720 --> 08:14.973
Ini ketakutan yang awak belum pernah rasa.
Betul tak, Legoshi?

08:17.643 --> 08:20.812
Inilah rasanya menjadi mangsa.

08:34.910 --> 08:37.579
<i>Selama ini, kuku ini di depan mata saya.</i>

08:38.622 --> 08:42.125
<i>Kuku yang mampu merampas nyawa, tapi…</i>

08:43.627 --> 08:48.340
<i>saya hanya risau tentang cara
untuk berbaik dengan herbivor.</i>

08:49.174 --> 08:54.680
<i>Kerisauan itu remeh
berbanding ketakutan kehilangan nyawa.</i>

08:56.682 --> 08:57.891
<i>Saya…</i>

08:59.309 --> 09:02.187
<i>Saya… amat…</i>

09:41.768 --> 09:43.937
<i>Mereka…</i>

09:57.618 --> 09:59.119
Itu Legoshi!

10:16.136 --> 10:19.765
<i>Legoshi… Awak buat kecoh.</i>

10:19.848 --> 10:26.063
<i>Berkongsi kesedihan dan penderitaan
tak mengurangkan kesakitannya.</i>

10:26.647 --> 10:32.069
<i>Jadi, kita perlu tanggung
beban masing-masing dan kuatkan diri.</i>

11:00.931 --> 11:04.017
Pengalaman paling seronok, bukan?

11:04.101 --> 11:09.439
Semua kesakitan dan kekecohan berdarah ini
mengujakan awak, bukan?

11:11.400 --> 11:12.442
Tahu tak?

11:12.526 --> 11:15.821
Kebencian juga boleh
menguntungkan lawan awak.

11:15.904 --> 11:19.825
Kalau saya benci awak,
awak boleh benci saya juga.

11:19.908 --> 11:22.994
Kebencian itu berikan kita
kekuatan untuk hidup.

11:24.663 --> 11:28.917
Tonjolkan versi diri awak yang tersembunyi
dan tunjukkan kepada dunia.

11:29.000 --> 11:32.629
Ayuh saling rosakkan kehidupan kita
dan lawan sampai mati!

11:34.506 --> 11:41.012
Ini bukan cinta monyet yang suam kuku.
Ini cinta sejati!

12:24.931 --> 12:26.725
Saya amat teruja.

12:37.235 --> 12:38.445
Melon?

12:40.947 --> 12:45.619
Aduhai. Seperti dijangka.

12:46.745 --> 12:49.206
Ini kelemahan makhluk campuran.

12:49.289 --> 12:53.710
Apabila darah karnivor dan herbivor
dicampurkan, terbit satu bau istimewa.

12:53.793 --> 12:56.630
Nampaknya ia amat berkesan.

12:56.713 --> 12:59.341
Saya sangka saya dah bunuh awak…

13:02.010 --> 13:06.348
Ini bukan pertempuran sampai mati.
Ini perang rebut kawasan.

13:07.265 --> 13:09.017
Ia dah tamat untuk awak.

13:13.063 --> 13:18.360
Kita semua menyerah
dan jadi kawan baik malam ini?

13:18.443 --> 13:21.863
Biar betul? Ceteknya pemikiran.

13:21.947 --> 13:25.325
Apa kata kita semua nikmati
piknik bersama-sama?

13:25.408 --> 13:29.162
Kita jemput musang, harimau dan biawak.

13:29.246 --> 13:35.252
Kita semua. Ayuh, lupakan hal lalu.

13:36.336 --> 13:40.423
Kena buat minum keraian?

13:41.550 --> 13:43.510
Saya tahu helah awak.

13:43.593 --> 13:44.886
Bukan begitu.

13:46.680 --> 13:51.518
Awak tak pernah borak tentang
hal yang menyeronokkan, ya?

13:52.727 --> 13:57.357
Makhluk macam awak, makhluk macam saya,

13:57.440 --> 14:00.986
bersusah payah cari ayat
yang sesuai untuk luahkan isi hati

14:01.611 --> 14:04.030
hingga kita lupa
tentang bau masing-masing.

14:04.114 --> 14:06.866
Kalau kita luang
masa bersama-sama, mungkin…

14:06.950 --> 14:11.246
Awak bukan penentu takdir saya.

14:14.583 --> 14:17.002
Saya akan ubah penamat cerita ini.

14:17.085 --> 14:22.465
Sesetengah karya teragung ada
penamat yang mengerikan, bukan?

14:24.593 --> 14:27.929
Saya akan berikan cerita ini
rasa kesan yang paling pahit.

14:28.013 --> 14:31.433
Kalau haiwan buas campuran mati
di sini sekarang…

14:32.350 --> 14:33.602
Jangan!

14:43.111 --> 14:45.530
Jangan mati di depan saya, Melon.

14:48.867 --> 14:52.996
Bukankah ada orang lain
yang awak nak biar hidup? Bukan saya.

14:53.079 --> 14:56.082
Di Festival Meteor.

15:00.086 --> 15:02.964
Rasakannya, Legoshi.

15:03.548 --> 15:08.803
Alami rasa putus harapan
yang saya cipta untuk awak.

15:10.221 --> 15:14.643
Festival Meteor?
Adakah dia maksudkan Melda?

15:15.393 --> 15:18.104
Kalau benda itu disebarkan di festival…

15:18.188 --> 15:23.693
<i>Jom pergi ke Festival Meteor
dan nyalakan lilin bersama-sama. Janji.</i>

15:24.361 --> 15:25.445
Alamak!

15:27.238 --> 15:29.032
Maaf! Tumpang lalu!

15:29.115 --> 15:30.659
Jadi, siapa menang?

15:32.494 --> 15:33.745
<i>Haru.</i>

15:41.294 --> 15:42.629
Naik, Legoshi!

15:42.712 --> 15:44.047
Datuk!

15:53.306 --> 15:54.933
Apa yang dia maksudkan?

15:55.016 --> 15:56.726
Mana boleh mereka buat begitu?

15:56.810 --> 15:59.604
- Begitulah datuk bandar kita!
- Kaki awak sakit, Louis?

15:59.688 --> 16:02.107
Tak. Saya okey.

16:02.190 --> 16:04.025
Teruskan.

16:05.235 --> 16:09.114
Kami baru sahaja umumkan
pemusnahan Pasar Gelap.

16:09.197 --> 16:15.495
Apa pendapat kamu, para karnivor?
Kamu setuju?

16:16.204 --> 16:17.288
Apa?

16:17.372 --> 16:22.002
Dengan gigi taring itu, pasti awak suka
daging kuda yang enak dan berdarah.

16:22.502 --> 16:27.173
Awak pula banyak berpeluh.
Pasti awak selalu makan organ berminyak.

16:27.799 --> 16:29.884
<i>Ikut sajalah skrip, bodoh!</i>

16:30.760 --> 16:34.806
Tapi siapa yang berhak salahkan kamu?

16:34.889 --> 16:37.976
Ketika kita ketawa dan menangis bersama,

16:38.059 --> 16:42.605
dan kami nampak
gigi taring kamu, kami tahu.

16:42.689 --> 16:47.068
Memakan daging adalah penting
untuk karnivor macam kamu.

16:49.195 --> 16:50.030
Aduhai…

16:50.113 --> 16:52.407
Herbivor dan karnivor

16:52.490 --> 16:53.950
<i>mesti bersatu.</i>

16:54.034 --> 16:55.869
<i>Kecelaruan menyelubungi tempat acara…</i>

16:55.952 --> 16:57.037
Apa pula?

16:58.038 --> 17:00.498
Louis memberontak, ya?

17:00.582 --> 17:06.171
<i>Dia perlu tetap pendirian. Masyarakat kita
tak berubah dengan sendiri.</i>

17:06.254 --> 17:09.716
Betulkah awak ada masa?
Bukankah kelab drama ada persembahan?

17:09.799 --> 17:14.137
Saya nak awak lihat sendiri, Riz.

17:14.220 --> 17:15.305
Betulkah?

17:15.388 --> 17:18.266
Awak kawan lelaki pertama saya.

17:20.185 --> 17:24.481
Yalah. Terima kasih.

17:24.564 --> 17:28.943
Kami faham,
herbivor mungkin rasa terancam,

17:29.027 --> 17:33.031
maka kami ambil langkah inovatif.

17:34.407 --> 17:37.035
Teruskan. Tunjukkan daging buatan itu.

17:37.118 --> 17:37.994
Okey.

17:42.999 --> 17:46.753
<i>Ibuki, jenayah paling teruk
yang awak pernah lakukan</i>

17:46.836 --> 17:50.590
<i>adalah menjadikan saya, Louis,
rusa yang memberontak.</i>

17:53.218 --> 17:54.302
Pasar Gelap…

17:55.178 --> 17:57.722
Pasar Gelap pernah jadi rumah saya.

18:00.558 --> 18:06.064
Saya dulu dijual di Pasar Gelap sebagai
umpan hidup untuk dimakan karnivor!

18:06.147 --> 18:07.482
Apa?

18:08.149 --> 18:09.776
Benarkah?

18:12.362 --> 18:17.242
Pengerusi Ogma beli dan besarkan saya
sebagai anaknya sendiri

18:17.325 --> 18:19.869
untuk warisi Konglomerat Horns.

18:21.746 --> 18:26.668
Ada orang tahu tentang asal-usul saya
dan gunakannya untuk ancam kehidupan kami.

18:27.293 --> 18:30.463
Orangnya di sini. Datuk bandar!

18:30.547 --> 18:33.216
Apa? Biar betul?

18:33.299 --> 18:37.846
Datuk bandar minta duit yang amat banyak
daripada ayah saya.

18:38.847 --> 18:41.182
Saya tak faham hal yang kamu katakan.

18:41.808 --> 18:43.143
Betul tak, ayah?

18:45.728 --> 18:46.729
Ya.

18:46.813 --> 18:48.356
Datuk bandar, sila jelaskan!

18:48.439 --> 18:49.607
Datuk bandar!

18:49.691 --> 18:51.359
Mengarut.

18:51.442 --> 18:55.572
Tak terkira jumlah wang
yang dia peroleh daripada penaja lain.

18:56.990 --> 18:59.909
Acara Zoolympic ini ialah
penipuan kewangan.

19:00.827 --> 19:03.496
Kamu semua jangan tertipu!

19:03.580 --> 19:07.458
Datuk bandar yang memalukan ini
tak layak digelar raja buas!

19:33.443 --> 19:34.569
Legoshi.

19:53.338 --> 19:55.131
Dia si pemakan itu!

19:55.215 --> 19:56.507
Tangkap dia!

19:56.591 --> 19:57.425
Lari!

19:57.508 --> 19:58.843
- Jangan tengok…
- Jaga-jaga!

19:59.469 --> 20:00.803
Panggil polis!

20:08.394 --> 20:09.729
Apa awak buat?

20:09.812 --> 20:10.897
Awak akan terbunuh!

20:10.980 --> 20:12.357
Dia akan makan awak!

20:12.440 --> 20:14.275
Serigala itu pemakan!

20:15.443 --> 20:17.403
Dia bukan pemakan.

20:18.196 --> 20:23.952
Dia takkan… Legoshi takkan makan sesiapa.

20:24.035 --> 20:26.371
Berhenti! Dia bahaya!

20:29.123 --> 20:31.167
Adakah Haru akan selamat?

20:34.671 --> 20:36.130
Legoshi.

20:39.968 --> 20:42.762
Haru…

20:43.388 --> 20:46.224
Awak tutup mata?

20:47.267 --> 20:48.893
Tak.

20:48.977 --> 20:51.062
Awak mesti tutup mata ketika bercium.

20:51.813 --> 20:52.981
Ayuh cuba lagi.

20:56.567 --> 20:58.444
Legoshi…

21:03.491 --> 21:07.078
Serigala itu bukan pemakan bersiri.

21:07.161 --> 21:10.665
Dia haiwan berani yang dipersalahkan
atas jenayah yang bukan angkaranya,

21:10.748 --> 21:17.046
dan tetap bekerja keras bersendirian
untuk tangkap pelaku sebenar.

21:17.630 --> 21:20.466
Syabas, Legoshi.

21:21.175 --> 21:22.510
En. Yahya…

21:27.890 --> 21:30.685
Maaf, ayah.

21:31.519 --> 21:34.188
Ini jalan yang saya pilih.

21:34.856 --> 21:38.818
Bukan semua perkara terjadi
seperti perkiraan kita.

21:39.902 --> 21:41.654
Kaki buatan itu mungkin bawa awak

21:41.738 --> 21:44.782
ke puncak yang lebih tinggi
daripada pencapaian ayah.

21:49.120 --> 21:50.830
Mereka berjaya.

21:50.913 --> 21:52.540
Ya.

21:52.623 --> 21:56.044
Tiada Beastar tunggal
antara mereka, mungkin…

21:56.127 --> 21:58.421
Bersama-sama, merekalah Beastar kita.

21:58.504 --> 21:59.505
Ya.

22:16.981 --> 22:21.361
<i>Kelab drama buat persembahan
pada tarikh lain.</i>

22:21.444 --> 22:22.945
<i>Dengan sambutan yang amat baik.</i>

22:23.571 --> 22:26.949
<i>Datuk bandar ditangkap
atas tuduhan rasuah dan sogokan.</i>

22:27.742 --> 22:31.746
<i>Dia didapati bersalah bagi jenayah lain
seperti paksaan dan peras ugut.</i>

22:32.705 --> 22:37.126
<i>Melon selamat
tapi tiada orang tahu keadaannya.</i>

22:37.210 --> 22:38.628
KEJAYAAN KEDUA HORNS

22:38.711 --> 22:40.713
<i>Louis pula…</i>

22:41.506 --> 22:43.758
Awak nak putuskan hubungan dengan saya?

22:44.425 --> 22:45.760
Maaf.

22:47.220 --> 22:49.097
Louis…

22:50.681 --> 22:51.891
Selamat tinggal.

22:54.560 --> 22:57.271
<i>Akhir sekali, berita terbaharu
tentang Legoshi…</i>

23:00.024 --> 23:05.029
Saya nak pertukaran interspesies kita
berterusan sepanjang hayat.

23:05.613 --> 23:09.617
Awak…

23:09.700 --> 23:11.285
sedang melamar saya?

23:11.369 --> 23:12.495
Ya.

23:13.704 --> 23:18.751
<i>Kebahagiaan antara seekor serigala
dan arnab bukan mudah.</i>

23:18.835 --> 23:21.879
<i>Hingga ke akhirnya, selamanya…</i>

23:24.340 --> 23:27.135
Jangan bongkok! Saya suka
susah-payah capai bahu awak.

23:28.928 --> 23:31.514
Saya hampir jatuh! Tangkap saya!

23:31.597 --> 23:33.057
Haru!

23:33.141 --> 23:35.977
Hei, serigala! Lepaskan dia!

23:36.727 --> 23:39.897
Dia dengan saya. Kami pasangan kekasih!

23:39.981 --> 23:41.983
Terjemahan sari kata oleh Aimee Suhairi
