﻿1
00:00:02,481 --> 00:00:04,984
Maaf sebab tak dapat datang hari ini.

2
00:00:05,067 --> 00:00:07,445
Mak dah minta cuti tapi tak dapat.

3
00:00:07,528 --> 00:00:08,696
Saya tak kisah.

4
00:00:08,779 --> 00:00:10,531
Tapi mak kisah!

5
00:00:10,614 --> 00:00:13,367
Hakimnya si tua
yang suka buang orang itu, bukan?

6
00:00:13,451 --> 00:00:16,245
Mak nak jumpa dan maki dia cukup-cukup.

7
00:00:16,328 --> 00:00:17,913
Eloklah mak tak datang!

8
00:00:17,997 --> 00:00:21,459
Mak gurau sajalah. Jangan serius sangat.

9
00:00:21,542 --> 00:00:23,419
Gaya mak tak macam bergurau!

10
00:00:24,336 --> 00:00:26,547
Hei. Kamu tertekan, ya?

11
00:00:26,630 --> 00:00:28,090
Apa? Mana ada!

12
00:00:28,174 --> 00:00:30,342
Jangan tipulah!

13
00:00:30,426 --> 00:00:31,927
Jelas muka kamu tertekan.

14
00:00:32,011 --> 00:00:34,764
Kamu macam nak cakap,
"Aku mesti kena menang!"

15
00:00:34,847 --> 00:00:36,807
{\an8}Diamlah. Salahkah?

16
00:00:37,391 --> 00:00:38,392
Tak salah pun.

17
00:00:38,476 --> 00:00:40,561
Memang itu yang kamu patut rasa.

18
00:00:40,644 --> 00:00:44,273
Kalau bertanding, mesti nak menang!
Pergi buktikan diri kamu!

19
00:00:44,356 --> 00:00:46,901
Mak tak payah cakap pun.

20
00:00:46,984 --> 00:00:49,487
Yakah? Tentulah.

21
00:00:50,946 --> 00:00:51,989
Hei, mak.

22
00:00:53,991 --> 00:00:55,743
Kenapa mak namakan saya…

23
00:00:56,952 --> 00:00:57,912
Akane?

24
00:00:58,412 --> 00:00:59,371
Apa?

25
00:02:30,045 --> 00:02:31,505
{\an8}KEDAI BUKU NOGIKUNIYA

26
00:02:33,966 --> 00:02:35,342
{\an8}PERTANDINGAN RAKUGO PELAJAR

27
00:02:35,926 --> 00:02:38,888
Aku tahu kau boleh menang! Kau boleh!

28
00:02:38,971 --> 00:02:40,639
Ya, betul.

29
00:02:40,723 --> 00:02:42,099
Tunggu sekejap.

30
00:02:42,183 --> 00:02:44,268
- Saya guna syiling.
- Ambil gambar comel!

31
00:02:46,228 --> 00:02:49,690
Apa ini? Kau takut, Shohei?

32
00:02:49,773 --> 00:02:53,027
Aku tak pernah masuk pusingan akhir.

33
00:02:53,110 --> 00:02:56,030
Aku tak sangka aku boleh ada di sini.

34
00:02:56,614 --> 00:02:59,533
Tak guna pun kau nak gugup sangat.

35
00:02:59,617 --> 00:03:02,244
Kau takkan boleh menang,

36
00:03:02,328 --> 00:03:04,538
jadi keluar saja dan berseronok.

37
00:03:04,622 --> 00:03:07,124
Diamlah kau. Aku tahulah.

38
00:03:07,207 --> 00:03:10,544
Kau pun bukannya boleh menang.

39
00:03:10,628 --> 00:03:12,379
Dahlah ada pelakon suara.

40
00:03:12,463 --> 00:03:14,256
Budak sekolah semalam pun ada.

41
00:03:15,007 --> 00:03:18,218
Budak sekolah itu? Kau seriuslah?

42
00:03:18,302 --> 00:03:20,721
Kau tengok senarai peserta, bukan?

43
00:03:20,804 --> 00:03:23,015
Aku tak tahu setakat mana dia bagus,

44
00:03:23,599 --> 00:03:28,187
tapi aku tak anggap dia pesaing
sebab dia tak cuba pun nak bersaing.

45
00:03:28,270 --> 00:03:29,146
AKANE - JUGEMU

46
00:03:29,939 --> 00:03:32,358
Wah, macam-macam aura ada di sini.

47
00:03:32,441 --> 00:03:36,070
Mungkin sebab pusingan akhir,
tapi ada suasana pelajar…

48
00:03:36,153 --> 00:03:36,987
Guriko.

49
00:03:37,696 --> 00:03:38,572
Apa benda ini?

50
00:03:38,656 --> 00:03:40,741
Kita menyamar.

51
00:03:40,824 --> 00:03:44,286
Mahaguru Issho tak boleh tahu
anak murid Shiguma datang.

52
00:03:44,370 --> 00:03:45,454
Lagipun, hari ini…

53
00:03:45,537 --> 00:03:49,208
Kamu tak rasa kita lagi menonjol
kalau pakai macam ini?

54
00:03:49,291 --> 00:03:50,501
Kamu bodoh, ya?

55
00:03:50,584 --> 00:03:52,920
Gaya fesyen apa ini?

56
00:03:53,003 --> 00:03:55,172
Maafkan saya.

57
00:03:55,256 --> 00:03:56,882
Kenapa kamu pakai begitu?

58
00:03:57,925 --> 00:03:58,759
Nak bergaya?

59
00:04:00,052 --> 00:04:01,887
Aduh!

60
00:04:02,513 --> 00:04:03,722
Abang nak tukar baju.

61
00:04:03,806 --> 00:04:06,850
Abang, saya pun nak tukar.
Kaki saya sakit.

62
00:04:06,934 --> 00:04:08,727
Apa masalah mereka berdua?

63
00:04:09,311 --> 00:04:11,730
Saya pun nak pergi ke bilik persalinan.

64
00:04:13,065 --> 00:04:13,899
Cikgu?

65
00:04:14,400 --> 00:04:16,485
Saya nak pergi tukar baju, ya?

66
00:04:16,568 --> 00:04:18,112
Ya, baik.

67
00:04:22,366 --> 00:04:23,575
<i>Sebenarnya…</i>

68
00:04:23,659 --> 00:04:28,038
<i>Mahaguru Issho punca ayah Akane
terpaksa tinggalkan kerjaya</i> rakugo.

69
00:04:28,122 --> 00:04:28,956
PIALA KARAKU

70
00:04:29,039 --> 00:04:30,499
<i>Ketua hakim tahun ini…</i>

71
00:04:33,002 --> 00:04:36,463
<i>Aku dah faham reaksi itu.</i>

72
00:04:37,089 --> 00:04:41,427
<i>Mesti dia masuk pertandingan ini
dengan perasaan yang bercampur baur.</i>

73
00:04:42,303 --> 00:04:43,554
<i>Dia akan okey tak?</i>

74
00:04:44,221 --> 00:04:47,141
<i>Hakim hari ini ialah Arakawa Issho</i>

75
00:04:47,224 --> 00:04:50,352
<i>dan hakim-hakim lain daripada hari itu.</i>

76
00:04:54,690 --> 00:04:57,151
Maaf! Selamat pagi, tuan!

77
00:04:58,277 --> 00:04:59,987
Ya, selamat pagi.

78
00:05:00,070 --> 00:05:03,574
Minyak wangi? Tuan memang bergaya.

79
00:05:03,657 --> 00:05:05,701
Ini etika biasa.

80
00:05:05,784 --> 00:05:09,121
Saya dah tua.
Saya tak nak tempat itu berbau.

81
00:05:09,204 --> 00:05:12,082
Yakah? Saya tak perasan.

82
00:05:12,166 --> 00:05:16,795
Ada orang perasan
bau bawang putih dan sebagainya.

83
00:05:17,880 --> 00:05:19,548
Ramen lagi?

84
00:05:19,631 --> 00:05:21,967
Suka betul kamu makan ramen, Ryujaku.

85
00:05:22,760 --> 00:05:26,138
Saya tak pernah datang ke Tokyo
selain untuk menghakimi Piala Karaku.

86
00:05:26,221 --> 00:05:27,056
SAKAKI RYUJAKU

87
00:05:27,139 --> 00:05:29,975
Begitulah <i>rakugoka</i> Kamigata handalan.

88
00:05:30,059 --> 00:05:34,021
Mesti kamu sibuk di Osaka
sampai tak ada masa nak datang ke Tokyo.

89
00:05:34,104 --> 00:05:36,940
{\an8}Janganlah begitu, Mahaguru Ikken.

90
00:05:37,024 --> 00:05:40,861
{\an8}Tuan pula sibuk dengan filem dan TV,
bukan setakat <i>rakugo.</i>

91
00:05:40,944 --> 00:05:41,779
POLIS YIN YANG

92
00:05:42,362 --> 00:05:47,743
<i>Bapa, Arakawa Issho,
dibantu oleh Empat Tonggak Arakawa.</i>

93
00:05:48,327 --> 00:05:51,080
Tuan salah seorang, Ikken si hedonis.

94
00:05:51,163 --> 00:05:52,456
ARAKAWA IKKEN

95
00:05:52,539 --> 00:05:56,794
Tuan hampir jadi orang nombor dua
di Sekolah Arakawa sekarang.

96
00:05:56,877 --> 00:05:59,922
Saya takkan boleh tandingi tuan.

97
00:06:00,005 --> 00:06:01,632
{\an8}Kamu terlalu menyanjung saya.

98
00:06:02,382 --> 00:06:05,719
Jangan sebut "nombor dua"
di depan mahaguru saya.

99
00:06:05,803 --> 00:06:07,387
Susah nanti.

100
00:06:07,471 --> 00:06:08,931
Takutnya.

101
00:06:09,431 --> 00:06:13,352
Saya ada dengar khabar angin
yang mereka tak nak bekerjasama.

102
00:06:13,435 --> 00:06:17,481
Mahaguru Issho bermusuhan
dengan Mahaguru Shiguma?

103
00:06:17,564 --> 00:06:20,400
Nak kata betul, tidak, salah pun tidak.

104
00:06:21,110 --> 00:06:26,240
<i>Saya dengar mereka rapat
semasa ketua sebelum ini masih hidup.</i>

105
00:06:26,323 --> 00:06:28,534
Susah nak bayangkannya sekarang.

106
00:06:28,617 --> 00:06:29,701
Aduhai.

107
00:06:29,785 --> 00:06:32,162
<i>Tapi tak macam sebelum ini,</i>

108
00:06:32,246 --> 00:06:36,041
<i>Mahaguru cuba mengasingkan
perwatakan umum dan peribadi dia.</i>

109
00:06:36,125 --> 00:06:38,043
Itu pun dah cukup baik.

110
00:06:38,127 --> 00:06:42,756
Tolonglah! Mahaguru Issho
masih sangat menakutkan!

111
00:06:42,840 --> 00:06:45,801
Saya risau macam mana
dia akan menghakimi hari ini.

112
00:06:45,884 --> 00:06:46,760
Bertenang.

113
00:06:47,344 --> 00:06:48,971
<i>Tengoklah nanti.</i>

114
00:06:49,054 --> 00:06:49,930
Apa?

115
00:06:50,848 --> 00:06:53,809
Sekarang, saya paling takut
secawan teh panas.

116
00:06:58,272 --> 00:07:00,440
Terima kasih banyak.

117
00:07:00,524 --> 00:07:03,902
Chuotei Megane sebentar tadi
dengan <i>Takut Manju.</i>

118
00:07:03,986 --> 00:07:06,405
Persembahan yang penuh semangat.

119
00:07:06,989 --> 00:07:10,868
Jadi, apa pendapat tuan, Mahaguru Issho?

120
00:07:18,375 --> 00:07:21,128
Boleh tahan juga.

121
00:07:21,211 --> 00:07:23,380
Tapi masa kamu agak tak kena.

122
00:07:23,464 --> 00:07:26,842
Kalau perbaiki tempo,
tentu persembahan kamu lebih baik.

123
00:07:26,925 --> 00:07:28,719
Terima kasih banyak.

124
00:07:28,802 --> 00:07:30,304
<i>Dia cakap dengan baik.</i>

125
00:07:31,180 --> 00:07:33,432
<i>Tak macam waktu dia melatih.</i>

126
00:07:34,349 --> 00:07:38,896
<i>Generasi muda mencuba
untuk meneruskan seni tradisional ini.</i>

127
00:07:38,979 --> 00:07:41,482
<i>Saya sangat gembira melihatnya.</i>

128
00:07:42,065 --> 00:07:44,943
Dia beria-ia tunjuk
dia pedulikan orang muda.

129
00:07:45,027 --> 00:07:47,529
- Hei, Karashi!
- Apa?

130
00:07:47,613 --> 00:07:49,948
{\an8}Kau pun rasa begitu, bukan?

131
00:07:50,574 --> 00:07:54,119
Apa cerita, Cik Jugemu?
Janganlah tenung, malu saya.

132
00:07:54,203 --> 00:07:56,538
Apa? "Cik Jugemu"? Saya ada…

133
00:07:57,080 --> 00:07:59,708
Baiklah. Saya nak tanya sikit.

134
00:07:59,791 --> 00:08:04,421
Apa kuncinya untuk berjaya dalam hidup?

135
00:08:05,130 --> 00:08:05,964
Kek sifon?

136
00:08:06,048 --> 00:08:06,882
KEK SIFON

137
00:08:08,383 --> 00:08:11,762
Jawapannya, percaya kepada diri kita.

138
00:08:12,763 --> 00:08:16,391
Tak ada apa-apa lebih berkuasa
daripada keyakinan diri.

139
00:08:16,475 --> 00:08:19,770
Setakat mana kita percayakan diri
dalam keadaan genting?

140
00:08:19,853 --> 00:08:23,607
Kita kena dapatkan bukti
untuk yakin yang kita boleh dipercayai.

141
00:08:23,690 --> 00:08:26,610
<i>- Kisah klasik…</i>
- Saya yakin untuk hentikan orang…

142
00:08:26,693 --> 00:08:31,323
<i>- …penuh dengan pendedahan baru.</i>
- …merapu tentang tradisi.

143
00:08:33,909 --> 00:08:35,577
Terima kasih banyak.

144
00:08:36,703 --> 00:08:39,039
Dipersilakan pelawak seterusnya.

145
00:08:39,122 --> 00:08:41,583
<i>Peserta selepas ini satu masalah.</i>

146
00:08:41,667 --> 00:08:44,211
<i>Dia menyerlah sejak dua tahun lepas…</i>

147
00:08:48,131 --> 00:08:50,050
NERIMAYA KARASHI

148
00:08:50,133 --> 00:08:52,010
{\an8}- Karashi!
- Ini yang aku tunggu!

149
00:08:52,594 --> 00:08:56,723
<i>Apa agaknya pendapat Mahaguru Issho
tentang</i> rakugo <i>dia?</i>

150
00:09:03,438 --> 00:09:05,607
<i>Biar aku tunjukkan</i>

151
00:09:06,441 --> 00:09:09,319
rakugo <i>zaman baru!</i>

152
00:09:14,408 --> 00:09:15,909
<i>Hobi aku?</i>

153
00:09:15,993 --> 00:09:18,954
<i>Komediri itu jawapan yang hambar.</i>

154
00:09:19,871 --> 00:09:21,164
<i>Hobi aku?</i>

155
00:09:21,248 --> 00:09:22,541
RAKUGO - HIDUP AKU

156
00:09:22,624 --> 00:09:24,001
Rakugo <i>agaknya?</i>

157
00:09:24,084 --> 00:09:25,961
<i>Barulah ada kelas.</i>

158
00:09:26,044 --> 00:09:27,754
MENCARI AHLI BARU
KELAB RAKUGO

159
00:09:27,838 --> 00:09:29,256
SELAMAT DATANG

160
00:09:29,339 --> 00:09:31,341
Kau datang, orang tua?

161
00:09:31,425 --> 00:09:34,344
Hatchan? Masuklah.

162
00:09:34,428 --> 00:09:35,887
Kau nak turut serta?

163
00:09:35,971 --> 00:09:38,390
Lebih kuranglah.

164
00:09:38,473 --> 00:09:39,600
<i>Tapi…</i>

165
00:09:39,683 --> 00:09:43,270
Kau nak paku besar untuk sangkut penyapu?

166
00:09:43,353 --> 00:09:45,939
Mestilah boleh. Aku tukang kayu.

167
00:09:46,023 --> 00:09:49,026
Aku tahu kau perlukan paku besar mana

168
00:09:49,109 --> 00:09:50,193
untuk sangkut penyapu.

169
00:09:50,277 --> 00:09:53,614
Jadi, dia ambil paku bumbung
berukuran lapan <i>sun.</i>

170
00:09:53,697 --> 00:09:55,824
Ambilkan tukul itu.

171
00:09:56,491 --> 00:09:59,119
<i>Lapan</i> sun? <i>Itu unit panjang, bukan?</i>

172
00:09:59,202 --> 00:10:01,955
<i>Panjang mana? Guna sajalah sentimeter.</i>

173
00:10:02,039 --> 00:10:04,249
<i>Apa itu paku bumbung?</i>

174
00:10:07,419 --> 00:10:10,172
<i>Ya, memang bosan kalau tak faham cerita.</i>

175
00:10:11,715 --> 00:10:13,216
<i>Jadi, aku pilih haluan lain.</i>

176
00:10:13,300 --> 00:10:16,470
Mana pun kita pergi,
mesti ada orang berlagak pandai.

177
00:10:16,553 --> 00:10:18,472
Ini makmal universiti.

178
00:10:18,555 --> 00:10:23,685
Pelajar bentangkan penyelidikan
kepada profesor dia.

179
00:10:24,269 --> 00:10:29,608
Itu menyimpulkan pembentangan saya
tentang isu alam sekitar haiwan ternakan.

180
00:10:29,691 --> 00:10:32,486
Penyelidikan dibuat
dengan penampan berdasarkan keutamaan

181
00:10:32,569 --> 00:10:35,697
dan mematuhi amalan standard
mengikut jadual optimum.

182
00:10:36,281 --> 00:10:38,909
- Saya perkemas bukti…
- Aku terfikir semalam.

183
00:10:38,992 --> 00:10:43,246
Dia ceritakan kisah moden
walaupun ini <i>rakugo.</i>

184
00:10:43,330 --> 00:10:44,790
Bolehkah buat begitu?

185
00:10:45,499 --> 00:10:46,667
Kenapa buat muka?

186
00:10:46,750 --> 00:10:48,251
{\an8}Begini.

187
00:10:48,335 --> 00:10:52,422
<i>Ramai</i> rakugoka <i>persembahkan kisah sendiri
berlatarkan zaman sekarang.</i>

188
00:10:52,506 --> 00:10:54,299
Rakugo <i>bukan saja kisah klasik.</i>

189
00:10:54,383 --> 00:10:56,009
<i>Penulis</i> rakugo <i>patut tahu.</i>

190
00:10:56,093 --> 00:10:57,719
Maaf.

191
00:10:57,803 --> 00:11:00,138
Maknanya, ini kisah dia sendiri?

192
00:11:00,222 --> 00:11:03,350
Ya dan tak.

193
00:11:03,433 --> 00:11:04,267
Apa?

194
00:11:04,351 --> 00:11:06,061
Boleh saya cakap?

195
00:11:06,144 --> 00:11:08,438
Saya nak tanya sikit.

196
00:11:08,522 --> 00:11:11,024
Tentu awak boleh fikir semula isu BM.

197
00:11:11,108 --> 00:11:13,402
BM?

198
00:11:13,485 --> 00:11:15,529
Maksud saya…

199
00:11:15,612 --> 00:11:17,072
Betul juga.

200
00:11:18,865 --> 00:11:22,327
Dia terlalu angkuh untuk mengaku
dia tak tahu makna BM.

201
00:11:22,411 --> 00:11:26,456
Dia suruh pelajar makmal dia
pergi cari maknanya.

202
00:11:26,998 --> 00:11:31,002
Apa itu BM? Saya tak jumpa langsung.

203
00:11:31,086 --> 00:11:33,088
Maaf, Profesor.

204
00:11:33,171 --> 00:11:36,299
Saya perlu nasihat untuk penulisan
tentang makan daging khinzir.

205
00:11:36,383 --> 00:11:38,260
Tengoklah bahan dalam laci itu.

206
00:11:38,343 --> 00:11:41,763
Oh, ya. Aku boleh suruh dia cari.

207
00:11:42,264 --> 00:11:43,723
Hei, budak.

208
00:11:43,807 --> 00:11:46,435
Macam mana dengan isu BM yang saya suruh?

209
00:11:46,518 --> 00:11:47,394
Apa?

210
00:11:47,477 --> 00:11:49,771
Saya suruh tulis laporan tentang BM.

211
00:11:49,855 --> 00:11:52,399
Saya suruh dapatkan sampel kalau boleh.

212
00:11:52,482 --> 00:11:54,276
Apa? Saya tak ingat pun.

213
00:11:54,359 --> 00:11:55,235
Saya ada suruh!

214
00:11:55,819 --> 00:11:57,320
- Tapi…
- Ada!

215
00:11:57,404 --> 00:11:59,948
Kalau belum siap, siapkan hari ini.

216
00:12:00,490 --> 00:12:01,616
Apa?

217
00:12:02,242 --> 00:12:04,870
Ini sama dengan kisah
yang saya ada dengar.

218
00:12:04,953 --> 00:12:06,246
Saya kagum cikgu sedar.

219
00:12:08,248 --> 00:12:12,210
Ini adaptasi moden kisah <i>Tenshiki.</i>

220
00:12:12,878 --> 00:12:14,504
Adaptasi?

221
00:12:14,588 --> 00:12:15,422
TENSHIKI

222
00:12:15,505 --> 00:12:18,967
<i>Latar dan istilahnya berbeza,
tapi strukturnya sama.</i>

223
00:12:19,509 --> 00:12:23,722
Kenapa dengan cikgu?
Aku tak ingat pula dia suruh.

224
00:12:23,805 --> 00:12:25,015
Apa itu BM?

225
00:12:25,098 --> 00:12:27,767
Mika, ada masa tak?

226
00:12:27,851 --> 00:12:30,270
Saya tengah cari tentang BM.

227
00:12:30,353 --> 00:12:31,730
Yakah?

228
00:12:31,813 --> 00:12:33,773
Saya peminatnya.

229
00:12:33,857 --> 00:12:35,942
Ada siri TV dan saluran beli-belah.

230
00:12:36,026 --> 00:12:40,155
Daya tarikannya berbeza
daripada TV awam percuma.

231
00:12:40,238 --> 00:12:43,366
Saya rasa satelit itu sangat menarik.

232
00:12:43,450 --> 00:12:45,035
Awak nak ke mana?

233
00:12:45,118 --> 00:12:46,745
Itu BS!

234
00:12:48,455 --> 00:12:51,666
Ia mengikut rangka <i>rakugo</i> klasik
dan berlatarkan zaman moden

235
00:12:52,250 --> 00:12:55,504
serta dalam suasana
yang pelajar dan penonton kenal.

236
00:12:55,587 --> 00:12:58,965
Supaya semua orang faham dan ketawa.

237
00:12:59,049 --> 00:13:00,717
BM, ya?

238
00:13:00,800 --> 00:13:04,387
Ia bentuk pembikinan filem sekarang.

239
00:13:04,471 --> 00:13:06,056
Ada yang eksklusif di Internet

240
00:13:06,139 --> 00:13:08,600
<i>dan yang bermain di skrin dalam teksi.</i>

241
00:13:08,683 --> 00:13:12,062
<i>Kalau yang saya suka muncul,
mesti saya beli barangnya.</i>

242
00:13:12,145 --> 00:13:13,271
Maknanya…

243
00:13:13,855 --> 00:13:15,315
Itu CM!

244
00:13:15,398 --> 00:13:17,192
Semuanya tak guna.

245
00:13:18,318 --> 00:13:21,363
Ini khas untuk buat orang ketawa
di Piala Karaku.

246
00:13:22,322 --> 00:13:24,866
Honeyama! Saya memang nak jumpa awak.

247
00:13:24,950 --> 00:13:28,203
Saya tengah cari maklumat tentang isu BM.

248
00:13:28,286 --> 00:13:30,121
BM? Saya ada. Awak nak tengok?

249
00:13:30,205 --> 00:13:33,458
Yakah? Nak. Tunjuklah.

250
00:13:34,626 --> 00:13:35,919
Ini?

251
00:13:36,002 --> 00:13:39,589
Ya. Ayah saya baru belikan kereta ini.

252
00:13:39,673 --> 00:13:40,757
Boleh tengok saja.

253
00:13:40,840 --> 00:13:43,260
Cuma perempuan boleh naik. Jumpa lagi.

254
00:13:43,343 --> 00:13:45,887
Saya kata BM, bukan BMW!

255
00:13:45,971 --> 00:13:48,223
"Ayah saya belikan" konon.

256
00:13:48,306 --> 00:13:51,851
Dia pun BM. Budak Mewah.

257
00:13:51,935 --> 00:13:54,271
<i>Dalam Piala Karaku dua tahun lepas,</i>

258
00:13:54,354 --> 00:13:57,315
<i>aku terkedu selepas kali pertama
tengok</i> rakugo <i>dia.</i>

259
00:13:57,941 --> 00:14:00,569
<i>Tak macam kisah asal lain
yang tak berkualiti.</i>

260
00:14:00,652 --> 00:14:05,782
<i>Dia mengekalkan
struktur komedi kisah</i> rakugo <i>klasik</i>

261
00:14:05,865 --> 00:14:10,579
<i>tapi mengubahnya menjadi kisah baru
dengan bakat menyusun ayatnya.</i>

262
00:14:10,662 --> 00:14:12,831
<i>Hasilnya? Dialah pemenang.</i>

263
00:14:12,914 --> 00:14:15,250
<i>Dia berjaya lagi tahun lepas dan capai</i>

264
00:14:15,333 --> 00:14:19,087
<i>kemenangan berturut-turut pertama
dalam sejarah Piala Karaku.</i>

265
00:14:19,170 --> 00:14:23,049
<i>Dia penentang tradisi</i> rakugo <i>pelajar
yang lahir pada zaman moden.</i>

266
00:14:23,133 --> 00:14:24,885
{\an8}Maaf, Profesor.

267
00:14:24,968 --> 00:14:27,012
{\an8}Apa maksud BM?

268
00:14:27,095 --> 00:14:28,722
{\an8}BM?

269
00:14:28,805 --> 00:14:31,516
{\an8}BM itu singkatan untuk <i>bowel movement.</i>

270
00:14:31,600 --> 00:14:33,935
{\an8}Maksudnya tinja atau najis.

271
00:14:34,019 --> 00:14:38,773
{\an8}Najis? Maksudnya…

272
00:14:38,857 --> 00:14:40,066
Tahi?

273
00:14:40,567 --> 00:14:42,736
Hei, najis haiwan ternakan

274
00:14:42,819 --> 00:14:46,197
memainkan peranan penting
dalam impak persekitarannya.

275
00:14:46,281 --> 00:14:48,199
<i>Sebab itu aku curiga.</i>

276
00:14:48,867 --> 00:14:54,706
<i>Apa pendapat tokoh</i> rakugo <i>generasi ini,
Mahaguru Issho, tentang</i> rakugo <i>dia?</i>

277
00:14:54,789 --> 00:14:56,708
Seriuslah?

278
00:14:56,791 --> 00:15:00,545
Aku sibuk siasat tentang tahi?

279
00:15:01,046 --> 00:15:04,716
Aku siap suruh Honeyama tunjukkan BM dia.

280
00:15:05,508 --> 00:15:07,844
Aku boleh bau. Diamlah!

281
00:15:18,939 --> 00:15:22,525
Apa? Profesor tak tahu makna BM?

282
00:15:22,609 --> 00:15:24,027
Geramnya.

283
00:15:24,110 --> 00:15:26,071
{\an8}Aku nak tipulah.

284
00:15:26,863 --> 00:15:30,909
{\an8}Kemudian, dia terus tulis laporan palsu.

285
00:15:31,701 --> 00:15:35,288
{\an8}Profesor, saya dah tulis laporan
tentang BM dan bawa sampel!

286
00:15:35,372 --> 00:15:37,165
Terima kasih.

287
00:15:37,248 --> 00:15:39,167
{\an8}Apa? Kopi?

288
00:15:39,668 --> 00:15:41,836
{\an8}Dalam botol ini ada cap Bellmark.

289
00:15:41,920 --> 00:15:44,547
Cap yang kamu guna
untuk tebus barang sekolah?

290
00:15:44,631 --> 00:15:45,882
Betul.

291
00:15:45,966 --> 00:15:49,386
Program itu ada kaitan
dengan fahaman persekitaran juga.

292
00:15:49,469 --> 00:15:51,930
Itulah maksud saya!

293
00:15:52,013 --> 00:15:55,100
Saya akan minta BM lagi
kalau saya perlukannya.

294
00:15:55,183 --> 00:15:56,851
Baik. Saya boleh keluarkan.

295
00:15:56,935 --> 00:15:58,853
- Apa?
- Saya boleh kongsi.

296
00:15:58,937 --> 00:16:00,814
Tak perlulah gigih sangat.

297
00:16:00,897 --> 00:16:05,068
Tapi buat laporan elok-elok.

298
00:16:05,151 --> 00:16:06,653
<i>Zaman dah berubah.</i>

299
00:16:06,736 --> 00:16:11,282
<i>Generasi kami takkan tertarik
kalau ulang kisah berabad-abad lalu.</i>

300
00:16:11,992 --> 00:16:14,828
Dia cakap bawa apa-apa saja kecuali <i>manju,</i>

301
00:16:14,911 --> 00:16:18,123
jadi mereka berkumpul di <i>nagaya</i>
untuk letak <i>manju</i> di bantal dia.

302
00:16:18,206 --> 00:16:19,916
- Maaf.
- Apa?

303
00:16:20,000 --> 00:16:24,212
Saya tak tahu maksud <i>nagaya.</i>
Boleh kita panggil apartmen?

304
00:16:24,295 --> 00:16:26,548
Kenapa dia suka makan ban <i>manju?</i>

305
00:16:26,631 --> 00:16:29,884
Tapi <i>Takut Manju</i> kisah klasik.

306
00:16:29,968 --> 00:16:31,886
Tak apalah. Lupakan saja.

307
00:16:31,970 --> 00:16:33,346
Saya buat cara saya.

308
00:16:33,430 --> 00:16:36,057
- Hei, mari sini!
- Tunggu, Karashi!

309
00:16:36,141 --> 00:16:37,517
SELAMAT DATANG

310
00:16:38,560 --> 00:16:41,521
Pemenang Piala Karaku ke-18,

311
00:16:42,230 --> 00:16:43,481
Nerimaya Karashi!

312
00:16:43,565 --> 00:16:46,067
Dia mempersembahkan <i>Takut Pujaan!</i>

313
00:16:49,738 --> 00:16:50,989
Wah.

314
00:16:51,072 --> 00:16:53,491
Sekali cuba saja, awak terus menang.

315
00:16:53,575 --> 00:16:57,454
Saya cuma persembahkan apa yang orang nak.

316
00:16:57,537 --> 00:16:59,456
Jangan rendah diri. Awak hebat.

317
00:17:00,040 --> 00:17:03,835
{\an8}"Kemenangan Piala Karaku berturut-turut.
Persembahan luar biasa."

318
00:17:04,544 --> 00:17:05,754
Ya?

319
00:17:06,337 --> 00:17:08,339
"Nerimaya Karashi"? Mengarutnya nama.

320
00:17:08,423 --> 00:17:09,758
Diamlah.

321
00:17:10,258 --> 00:17:12,761
Awak siap jadi juara pelajar.

322
00:17:12,844 --> 00:17:15,513
Awak nak lepaskan kerjaya sebenar
dan jadi <i>rakugoka?</i>

323
00:17:15,597 --> 00:17:17,849
<i>Rakugoka</i> profesional?

324
00:17:17,932 --> 00:17:19,851
Memang taklah.

325
00:17:22,020 --> 00:17:23,104
Sebenarnya…

326
00:17:23,188 --> 00:17:26,274
<i>Dalam akademik, sukan atau mencari kerja,</i>

327
00:17:28,693 --> 00:17:30,570
<i>memahami pihak sebelah</i>

328
00:17:30,653 --> 00:17:34,491
<i>dan memenuhi kehendak mereka
sangat menyeronokkan.</i>

329
00:17:35,075 --> 00:17:37,952
<i>Kalau kita buat begitu,
hasilnya akan diperoleh.</i>

330
00:17:38,536 --> 00:17:40,246
Dalam <i>rakugo</i> pun sama.

331
00:17:41,164 --> 00:17:43,875
Saya fikirkan isu BM
yang awak sebut semalam.

332
00:17:43,958 --> 00:17:46,002
Saya nak bincang sekarang.

333
00:17:46,086 --> 00:17:49,380
Kenapa sekarang? Kita tengah makan.

334
00:17:49,464 --> 00:17:53,760
Saya di sekolah menengah
semasa mula meminati fahaman persekitaran.

335
00:17:53,843 --> 00:17:57,680
Saya belajar yang mengumpul BM
akan menambah baik persekitaran.

336
00:17:57,764 --> 00:18:02,227
Jadi, saya mula kumpul BM
yang ada di sekeliling saya.

337
00:18:02,310 --> 00:18:04,020
Saya simpan untuk 10 tahun.

338
00:18:04,104 --> 00:18:05,480
Sampai 10 tahun?

339
00:18:05,563 --> 00:18:08,525
Ya. Keluarga saya pun tolong.

340
00:18:08,608 --> 00:18:11,069
Almari di rumah kami pun dah penuh.

341
00:18:11,152 --> 00:18:13,113
Saya ada bawa sikit untuk tunjuk.

342
00:18:13,196 --> 00:18:14,572
Tak apa. Terima kasih.

343
00:18:14,656 --> 00:18:16,074
Janganlah segan.

344
00:18:16,157 --> 00:18:17,117
Saya tak segan!

345
00:18:17,200 --> 00:18:18,409
Saya nak letak.

346
00:18:18,493 --> 00:18:19,452
Kita tengah makan!

347
00:18:20,787 --> 00:18:23,957
<i>Selain seni tradisional,</i>
rakugo <i>juga budaya pop.</i>

348
00:18:24,624 --> 00:18:26,334
<i>Ia mesti menghiburkan!</i>

349
00:18:43,935 --> 00:18:45,311
Nah.

350
00:18:49,899 --> 00:18:51,651
Itu kopi, ya?

351
00:18:52,152 --> 00:18:54,279
Dalam botol ini ada cap Bellmark.

352
00:18:54,362 --> 00:18:56,322
BM yang terkumpul dalam 10 tahun!

353
00:18:57,365 --> 00:18:58,324
Apa?

354
00:18:58,408 --> 00:18:59,409
"BM"?

355
00:18:59,492 --> 00:19:01,286
Bellmark? BM?

356
00:19:01,911 --> 00:19:04,789
Saya maksudkan tinja.

357
00:19:04,873 --> 00:19:08,376
<i>Bowel movement.</i> BM, faham tak?

358
00:19:09,252 --> 00:19:12,005
Mestilah.

359
00:19:12,088 --> 00:19:16,551
Saya gunakan cap ini
untuk bangkitkan semula isu BM.

360
00:19:16,634 --> 00:19:20,054
Bukan itu maksud saya.

361
00:19:20,680 --> 00:19:22,557
Saya maksudkan baja.

362
00:19:31,316 --> 00:19:33,651
Terima kasih banyak.

363
00:19:33,735 --> 00:19:37,113
Nerimaya Karashi dengan <i>BM.</i>

364
00:19:38,156 --> 00:19:40,742
Persembahan yang sangat unik.

365
00:19:40,825 --> 00:19:43,077
Mahaguru Ikken, apa pendapat tuan?

366
00:19:43,161 --> 00:19:45,663
Persembahan itu betul-betul bagus.

367
00:19:45,747 --> 00:19:47,415
Saya suka idea dan temponya.

368
00:19:47,498 --> 00:19:50,919
Mungkin nanti saya patut cuba buat.

369
00:19:51,002 --> 00:19:53,379
Terima kasih. Seterusnya…

370
00:19:53,463 --> 00:19:55,965
Mahaguru Issho, apa pendapat tuan?

371
00:20:04,682 --> 00:20:07,852
Sejujurnya, saya tak ketawa langsung.

372
00:20:12,023 --> 00:20:14,859
Mungkin saya bukan penonton sasaran kamu.

373
00:20:14,943 --> 00:20:17,278
Ia tak kena dengan jiwa saya.

374
00:20:17,862 --> 00:20:20,657
Tapi penonton dalam lingkungan umur kamu,

375
00:20:20,740 --> 00:20:23,117
tak syak lagi,

376
00:20:23,201 --> 00:20:25,578
{\an8}sangat sukakan persembahan kamu!

377
00:20:27,830 --> 00:20:30,458
<i>Bagaimana kamu akan meneruskan</i> rakugo

378
00:20:30,541 --> 00:20:33,127
<i>sebagai legasi kamu sendiri?</i>

379
00:20:33,211 --> 00:20:35,338
<i>Kekreatifan dan keaslian</i>

380
00:20:35,421 --> 00:20:37,715
<i>merupakan teras seorang</i> rakugoka.

381
00:20:39,717 --> 00:20:42,011
{\an8}Persembahan kamu hari ini

382
00:20:42,887 --> 00:20:45,974
sangat berdaya usaha, dan saya suka.

383
00:20:46,557 --> 00:20:49,227
Saya tak sabar nak lihat masa depan kamu.

384
00:20:53,982 --> 00:20:55,650
Hebatlah!

385
00:20:55,733 --> 00:20:57,694
Arakawa Issho letak harapan tinggi!

386
00:20:57,777 --> 00:21:00,363
Diamlah. Dia cuma bermanis kata.

387
00:21:00,446 --> 00:21:02,949
Ya, tapi kau tersenyum.

388
00:21:03,032 --> 00:21:05,243
- Berambuslah!
- Aduh!

389
00:21:06,911 --> 00:21:08,705
Awak dah faham tak?

390
00:21:08,788 --> 00:21:11,165
{\an8}Idea terpakai yang tak ada kreativiti

391
00:21:11,249 --> 00:21:13,668
{\an8}takkan dapat kalahkan saya.

392
00:21:14,794 --> 00:21:16,462
{\an8}Mungkin susah nak lawan.

393
00:21:16,546 --> 00:21:20,049
Nerimaya bagus sangatkah?

394
00:21:20,133 --> 00:21:22,927
Kemahiran dia lebih kurang pelajar lain,

395
00:21:23,511 --> 00:21:28,057
<i>tapi kemahiran menulis dia
menampung kekurangan persembahan dia.</i>

396
00:21:28,141 --> 00:21:31,769
<i>Akane persembahkan kisah klasik
dengan kemahiran luar biasa.</i>

397
00:21:31,853 --> 00:21:33,104
<i>Mereka bertentangan.</i>

398
00:21:37,734 --> 00:21:41,321
<i>Aku tak sangka
dia puji rakugo yang diadaptasi.</i>

399
00:21:41,904 --> 00:21:44,532
<i>Aku rasa itu antara benda yang dia benci.</i>

400
00:21:47,994 --> 00:21:49,370
<i>Turutan pun tak membantu.</i>

401
00:21:49,871 --> 00:21:51,247
<i>Lagi-lagi sebab</i>

402
00:21:51,331 --> 00:21:52,707
<i>peserta selepas ini…</i>

403
00:21:54,250 --> 00:21:55,126
NERIMAYA
KORAGI

404
00:21:55,209 --> 00:21:56,961
<i>…akan persembahkan kisah itu.</i>

405
00:23:38,104 --> 00:23:42,316
Sembang-sembang Akane!

406
00:23:44,277 --> 00:23:46,946
Awak suka persembahan saya, Cik Jugemu?

407
00:23:47,029 --> 00:23:48,406
Jangan panggil "Cik Jugemu"!

408
00:23:48,489 --> 00:23:51,742
Harap awak seronok dapat tengok
gambaran masa depan <i>rakugo.</i>

409
00:23:51,826 --> 00:23:55,454
Awak takkan sampai ke sana
kalau dibelenggu <i>rakugo</i> klasik.

410
00:23:55,538 --> 00:23:57,915
<i>Rakugo</i> klasik ada banyak kebaikan juga.

411
00:23:57,999 --> 00:24:00,543
{\an8}Susah nak faham <i>rakugo</i> klasik.

412
00:24:00,626 --> 00:24:03,588
{\an8}Dia jumpa 42 <i>ryo</i> di pantai Shima?

413
00:24:03,671 --> 00:24:06,174
{\an8}Kenapa tak cakap dia jumpa 100 juta yen?

414
00:24:06,257 --> 00:24:09,468
{\an8}Tak masuk akallah nanti.
Mana muat dalam beg dia.

415
00:24:09,552 --> 00:24:12,013
Awak tahu duit dipanggil "fulus"?

416
00:24:12,096 --> 00:24:14,098
Kenapa? Sebab cepat habis?

417
00:24:14,182 --> 00:24:15,892
Siapa boleh faham?

418
00:24:15,975 --> 00:24:19,103
Ya, sebab itu ia dipanggil pitis juga.

419
00:24:19,187 --> 00:24:22,064
Belum sebut lagi
pasal ukuran <i>sun, shaku</i> dan <i>ken.</i>

420
00:24:22,148 --> 00:24:26,152
Kenapa tak cakap 3 sentimeter,
30 sentimeter dan 1.8 meter saja?

421
00:24:26,235 --> 00:24:29,322
Tiga. Ya, betul.

422
00:24:29,405 --> 00:24:32,325
Masa pula <i>ushimitsudoki,
oyatsudoki</i> dan <i>kuremutsu.</i>

423
00:24:32,408 --> 00:24:36,078
Kenapa tak cakap 2 ke 2.30 pagi,
2 petang dan 6 petang saja?

424
00:24:36,162 --> 00:24:38,915
Itukah maksudnya?

425
00:24:38,998 --> 00:24:41,125
Kemudian ada Yotaro juga.

426
00:24:41,209 --> 00:24:42,627
Menganggur dalam <i>Tukang Baiki</i>

427
00:24:42,710 --> 00:24:44,754
tapi tukang kayu dalam <i>Dugaan Tukang Kayu.</i>

428
00:24:44,837 --> 00:24:46,839
Dia suami orang dalam <i>Jubah Sami,</i>

429
00:24:46,923 --> 00:24:50,134
tapi dia cari isteri
dalam <i>Goblin Leher Panjang.</i> Merepek!

430
00:24:50,218 --> 00:24:53,137
Wah, awak dah habis kaji
<i>rakugo</i> klasik, ya?

431
00:24:53,221 --> 00:24:55,223
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi

