WEBVTT

01:38.869 --> 01:40.287
Cukuplah ini.

01:51.966 --> 01:52.925
Maaf.

01:53.509 --> 01:55.719
Mahaguru, saya bawakan teh.

01:55.803 --> 01:56.637
Hei!

01:56.720 --> 02:00.683
Lama tak jumpa, Masaki. Apa khabar?

02:00.766 --> 02:05.229
Masaki, lama kita tak jumpa. Kau sihat?

02:05.312 --> 02:09.108
Selamat sejahtera, Masaki!
Macam mana keadaan kau hari ini?

02:09.191 --> 02:10.442
<i>Mahaguru?</i>

02:10.526 --> 02:13.070
<i>Tuan cakap dengan siapa?</i>

02:13.154 --> 02:14.864
Masaki!

02:14.947 --> 02:16.073
Dia dah sampai!

02:16.157 --> 02:18.492
- Saya buka pintu!
- Baik. Pergi buka.

02:18.576 --> 02:20.703
- Buah pic!
- Buah pic saja?

02:21.287 --> 02:23.455
Kupas dan hidang untuk tetamu saya.

02:23.539 --> 02:24.373
Baik, tuan.

02:24.456 --> 02:27.126
<i>Mahaguru dah hilang akal.</i>

02:30.754 --> 02:32.339
Begitu rupanya.

02:32.423 --> 02:36.802
Itu menguatkan keinginan kamu
untuk menjadi perantis saya?

02:36.886 --> 02:41.098
Ya. Perjalanan saya masih jauh
untuk mencapai tahap <i>shin'uchi.</i>

02:41.182 --> 02:42.266
Saya dah sedar.

02:42.349 --> 02:43.976
Saya nak jadi lebih baik.

02:44.059 --> 02:46.312
Saya tak nak bazirkan sesaat pun lagi!

02:46.395 --> 02:49.523
Saya merayu!
Izinkan saya sertai sekolah tuan!

02:50.566 --> 02:51.734
Baiklah.

02:51.817 --> 02:53.485
Saya terima kamu sebagai perantis.

02:56.530 --> 03:00.075
<i>Jangan berpuas hati dulu.
Kau baru di garisan permulaan.</i>

03:00.159 --> 03:03.412
Tapi kamu masuk secara rasmi
pada musim bunga nanti,

03:03.495 --> 03:05.372
selepas tamat sekolah tinggi.

03:05.456 --> 03:08.584
Sementara itu, kamu belajar
sebagai pelatih sementara.

03:08.667 --> 03:10.127
- Faham?
- Faham.

03:10.210 --> 03:14.214
Satu lagi, kamu kena datang semula
dengan mak atau ayah kamu.

03:14.298 --> 03:15.257
Kenapa pula?

03:15.341 --> 03:18.218
<i>Rakugo</i> bidang kerja yang tak terjamin.

03:18.302 --> 03:20.930
Keluarga kamu pernah terjejas kerananya.

03:21.513 --> 03:24.850
Ayah bekerja di bandar lain.
Dia tak ada di Tokyo.

03:24.934 --> 03:26.685
Boleh saya bawa mak saya?

03:26.769 --> 03:29.355
Ya, saya tahu. Tak ada masalah.

03:29.438 --> 03:31.899
Baik. Esok boleh tak?

03:31.982 --> 03:33.192
Esok?

03:33.275 --> 03:35.694
Ya, boleh.

03:37.947 --> 03:41.825
<i>Ini idea aku sendiri,
tapi aku pula yang berpeluh-peluh.</i>

03:41.909 --> 03:42.743
<i>Menyedihkan.</i>

03:44.620 --> 03:48.082
<i>Aku tak jumpa Masaki
sejak hari yang malang itu.</i>

03:48.582 --> 03:51.961
<i>Aku tak pernah beritahu dia
yang aku ajar Akane</i> rakugo.

03:52.044 --> 03:54.880
<i>Macam mana aku nak hadap dia?</i>

03:55.464 --> 03:58.217
<i>Ayahnya perantis terbaik Mahaguru Shiguma,</i>

03:58.300 --> 04:01.387
<i>senior aku, Shinta,
yang dibuang enam tahun lepas.</i>

04:01.470 --> 04:03.180
<i>Mesti janggal nanti.</i>

04:05.474 --> 04:06.642
Kami masuk.

04:06.725 --> 04:09.144
Nanti, bolehkah masuk terus?

04:09.228 --> 04:11.188
Mungkin boleh. Pintu tak dikunci.

04:12.481 --> 04:15.067
Mahaguru, saya bawa mak saya datang.

04:15.150 --> 04:18.529
Janganlah. Cuba panggil mak elok-elok.

04:21.615 --> 04:22.950
Mahaguru Shiguma.

04:23.033 --> 04:25.661
Kita tak jumpa sejak hari itu. Dah lama.

04:26.245 --> 04:27.621
Itulah.

04:27.705 --> 04:30.624
Masaki, lama betul kita tak jumpa.

04:35.421 --> 04:37.256
Terima kasih sebab layan kami.

04:37.339 --> 04:38.173
Ya,

04:38.257 --> 04:39.091
sama-sama.

04:39.591 --> 04:42.678
<i>Kenapa suasana di sini rasa tegang?</i>

04:42.761 --> 04:44.513
<i>- Janggalnya!</i>
- Hei.

04:45.097 --> 04:46.849
Kenapa potongan pic itu aneh?

04:46.932 --> 04:48.684
<i>Perhatilah keadaan!</i>

04:55.482 --> 04:58.235
Saya nak minta maaf dengan kamu, Masaki.

04:59.653 --> 05:03.907
Sebenarnya, dah enam tahun
saya ajar Akane <i>rakugo.</i>

05:04.491 --> 05:06.744
Antaranya sebab minat dia yang mendalam,

05:06.827 --> 05:09.079
tapi saya nak tebus
kesilapan saya kepada Shinta

05:09.163 --> 05:11.623
dan yakinkan Akane untuk lepaskan impian.

05:11.707 --> 05:15.544
Sepatutnya dari dulu lagi
saya dah bincang dengan kamu.

05:15.627 --> 05:17.379
Maaf sebab rahsiakannya.

05:17.463 --> 05:19.048
Saya dah lama tahu.

05:19.131 --> 05:19.965
Apa?

05:20.049 --> 05:22.760
Saya tahu Akane belajar dengan tuan.

05:22.843 --> 05:24.011
Kamu tahu?

05:24.094 --> 05:26.263
Ya, budak ini mulut tempayan.

05:26.347 --> 05:28.390
Kenapa saya nak sorok pula?

05:28.474 --> 05:31.560
Jadi, kamu setuju dia masuk bidang <i>rakugo?</i>

05:31.643 --> 05:33.937
Sekali-kali tidak.

05:34.021 --> 05:35.564
Selepas apa dah jadi?

05:35.647 --> 05:37.316
Jadi, kenapa?

05:37.399 --> 05:40.277
<i>Sia-sia saja kalau saya cuba halang dia.</i>

05:40.360 --> 05:43.989
Saya pun tak dengar cakap mak ayah
semasa saya jadi jurusolek.

05:44.073 --> 05:46.784
Sifat itu turun-temurun.
Mustahil boleh halang.

05:47.284 --> 05:51.663
<i>Lagipun, saya tahu
tuan jaga dia dengan baik.</i>

05:53.457 --> 05:55.459
<i>Lebih-lebih lagi, suami saya kata,</i>

05:55.542 --> 05:58.754
<i>"Kita tak perlu risau
kalau dia anak didik Mahaguru Shiguma."</i>

06:02.466 --> 06:05.886
Masaki, saya gagal melindungi
perantis saya sendiri.

06:05.969 --> 06:08.263
Saya tak berhak ambil perantis lain.

06:08.764 --> 06:13.852
<i>Tapi apabila melihat</i> rakugo <i>Akane,
saya mula memasang impian.</i>

06:13.936 --> 06:17.564
Saya mahu lihat dia
sebagai seorang <i>rakugoka</i>.

06:18.065 --> 06:20.484
Mungkin kamu rasa dah terlambat,

06:20.567 --> 06:24.404
tapi kalau kamu percaya saya lagi,

06:25.197 --> 06:29.076
saya bersumpah demi nama Arakawa Shiguma
untuk cuba sedaya upaya

06:29.159 --> 06:32.579
menjadikan anak kamu
seorang <i>rakugoka</i> yang luar biasa!

06:33.163 --> 06:33.997
Mahaguru…

06:34.081 --> 06:35.165
Saya pun sama.

06:35.749 --> 06:38.669
Saya akan jadi <i>rakugoka</i>
yang layak meneruskan legasi tuan!

06:38.752 --> 06:40.045
Tolong ajar saya!

06:41.463 --> 06:42.798
Giliran saya pula.

06:44.049 --> 06:46.927
Saya serahkan anak saya dalam jagaan tuan.

06:48.220 --> 06:50.973
<i>Keluarga kamu dah beri keizinan.</i>

06:52.474 --> 06:55.561
Kamu akan jadi perantis saya
sebaik tamat sekolah.

06:56.353 --> 06:59.898
Pasti kamu pun dah tahu,
ada tiga pangkat <i>rakugoka.</i>

06:59.982 --> 07:03.068
Kamu naik pangkat
mengikut prestasi dan kemahiran.

07:03.735 --> 07:04.862
Zenza<i>, babak pembukaan.</i>

07:04.945 --> 07:07.322
<i>Tempoh latihan untuk menjadi</i> rakugoka.

07:07.406 --> 07:12.077
<i>Berlatih dan buat tugasan harian
untuk bina asas kemahiran kamu.</i>

07:12.661 --> 07:14.079
<i>Kemudian</i> futatsume.

07:14.163 --> 07:17.583
<i>Tempoh seorang</i> rakugoka
<i>mengasah kemahiran mereka.</i>

07:18.167 --> 07:22.045
<i>Selepas jadi</i> futatsume,
<i>baru boleh pakai</i> haori <i>dan</i> hakama <i>klasik.</i>

07:22.796 --> 07:24.256
Shin'uchi, <i>babak utama.</i>

07:24.339 --> 07:26.383
<i>Puncak dunia</i> rakugo.

07:26.467 --> 07:30.804
<i>Pangkat</i> shin'uchi <i>Sekolah Arakawa
hanya diberikan kepada mahaguru</i> rakugo.

07:31.889 --> 07:34.391
<i>Sambil berusaha memperbaiki seni kita,</i>

07:34.475 --> 07:37.269
<i>kita ambil perantis
dan melatih generasi akan datang.</i>

07:37.853 --> 07:42.483
Kamu akan masuk pada musim bunga nanti,
tapi kita tak boleh buang masa.

07:42.566 --> 07:43.859
Mari saya kenalkan.

07:44.818 --> 07:47.070
Mereka berempat perantis saya.

07:47.946 --> 07:50.699
Mereka <i>futatsume</i> yang pelik.

07:50.782 --> 07:54.828
Mereka berempat bertanggungjawab
untuk ajar kamu asas <i>rakugo.</i>

07:54.912 --> 07:57.372
Latihannya mencabar. Kamu sanggup tak?

07:57.456 --> 07:58.290
Mestilah!

07:58.373 --> 07:59.875
Mahaguru.

07:59.958 --> 08:01.001
Tentang itu…

08:01.084 --> 08:02.711
Saya terpaksa tolak.

08:06.215 --> 08:08.717
Tuan tak tanya mereka dulu?

08:08.800 --> 08:10.427
Tolonglah…

08:11.094 --> 08:15.140
Memang tugas perantis senior
untuk melatih orang baru!

08:15.224 --> 08:16.058
ARAKAWA KOGUMA

08:16.141 --> 08:19.269
Ya, tapi dah berapa lama Guriko masuk?
Enam tahun? Tujuh tahun?

08:19.353 --> 08:22.064
Macam mana kalau perantis baru
berhenti sebab saya?

08:22.147 --> 08:24.107
Saya tak boleh buat.

08:24.191 --> 08:25.025
ARAKAWA MAIKERU

08:25.108 --> 08:27.069
Ini sayalah, Mahaguru.

08:27.152 --> 08:29.947
Mesti dia akan jatuh cinta dengan saya.

08:30.030 --> 08:31.907
Kami dilarang bercinta.

08:31.990 --> 08:33.450
Betul tak, Guririn?

08:33.534 --> 08:36.411
Apa? Entahlah…

08:36.495 --> 08:37.746
Baik, saya akan…

08:37.829 --> 08:39.498
Biar saya latih dia dulu.

08:39.581 --> 08:40.415
ARAKAWA KOJI

08:40.499 --> 08:42.084
Boleh tak, Mahaguru?

08:42.167 --> 08:43.418
- Boleh.
<i>- Senyum!</i>

08:43.502 --> 08:45.379
Kyoji, saya serah kepada kamu.

08:45.879 --> 08:46.922
Baik.

08:47.005 --> 08:50.133
Guriko, eloklah awak ambil berat
tentang junior awak.

08:50.217 --> 08:52.928
Tapi awak baru saja jadi <i>futatsume.</i>

08:53.428 --> 08:55.973
Awak perlu fokus
untuk asah kemahiran awak.

08:56.056 --> 08:56.974
Baik.

08:57.599 --> 08:59.351
Mari sini.

09:01.728 --> 09:03.981
Junior perlu kenalkan diri dulu.

09:04.064 --> 09:05.065
Baik.

09:06.525 --> 09:09.528
Saya Osaki Akane.
Terima kasih sebab terima saya.

09:10.028 --> 09:12.489
Bagus. Cara tunduk yang elok dan sopan.

09:12.573 --> 09:13.407
Apa?

09:13.490 --> 09:16.285
<i>Rakugo</i> bermula dan berakhir dengan tunduk.

09:16.785 --> 09:19.371
Cara tunduk yang betul menyejukkan mata.

09:19.454 --> 09:22.040
<i>Wah, dia puji aku!</i>

09:22.124 --> 09:23.667
<i>Mungkin dia baik!</i>

09:23.750 --> 09:25.669
Saya Arakawa Kyoji.

09:25.752 --> 09:29.172
Awak teman saya buat masa ini.
Macam mana jadual sekolah?

09:29.256 --> 09:31.258
Jangan risau.

09:31.341 --> 09:33.260
Saya boleh ponteng bila-bila.

09:33.343 --> 09:34.511
Bebal!

09:34.595 --> 09:38.390
Mak ayah awak hantar awak ke sekolah
untuk kebaikan awak!

09:38.473 --> 09:40.017
Awak nak ponteng pula?

09:40.100 --> 09:41.935
Tak patut betul!

09:42.019 --> 09:44.771
Selagi awak masih belajar,
utamakan pelajaran!

09:44.855 --> 09:47.482
Jangan salah pilih keutamaan! Faham tak?

09:47.566 --> 09:48.525
Faham.

09:48.609 --> 09:50.235
Yang penting awak faham.

09:50.777 --> 09:52.779
<i>Ujian pertama dia dah selesai.</i>

09:53.363 --> 09:55.324
<i>Sejak Shinta dibuang,</i>

09:55.407 --> 09:59.077
<i>Kyoji yang mengawal disiplin
para perantis Shiguma.</i>

09:59.661 --> 10:00.704
<i>Mereka gelar dia</i>

10:01.538 --> 10:04.124
<i>"Hakim Sekolah Shiguma"!</i>

10:04.708 --> 10:06.877
Nanti saya hantar lokasi persembahan esok.

10:06.960 --> 10:08.712
<i>Aduhai. Kalau fikir balik,</i>

10:09.296 --> 10:11.798
<i>rasanya aku takkan berbaik dengan dia.</i>

10:11.882 --> 10:15.260
STUDIO TIGA
PERSEMBAHAN RAKUGO SEDANG BERLANGSUNG

10:16.803 --> 10:18.055
Mari mula.

10:18.138 --> 10:19.431
Awak bukan perantis,

10:19.514 --> 10:22.267
tapi saya akan ajar asas latihan <i>zenza.</i>

10:22.851 --> 10:24.728
- Belajar baik-baik!
- Terima kasih!

10:25.312 --> 10:27.439
<i>Perjalanan aku bermula hari ini.</i>

10:27.522 --> 10:30.651
<i>Untuk jadi</i> shin'uchi <i>dan atasi lelaki itu.</i>

10:30.734 --> 10:32.235
<i>Aku akan kuasainya cepat!</i>

10:32.319 --> 10:33.445
Baiklah!

10:33.528 --> 10:36.031
- Mula-mula, susun kasut.
- Baik!

10:36.114 --> 10:39.076
Sapa orang dengan sopan!
Mereka pemilik tempat ini.

10:39.159 --> 10:40.118
Helo!

10:40.202 --> 10:42.079
Buah teh di belakang pentas!

10:42.162 --> 10:44.081
- Saya suka panas dan pekat.
- Baik!

10:44.164 --> 10:46.667
- Tolong pakaikan jubah saya!
- Baik!

10:47.709 --> 10:49.753
Lipat pakaian saya dengan kemas!

10:49.836 --> 10:50.712
Selepas itu…

10:51.296 --> 10:53.340
Ini semua kerja kuli!

10:53.423 --> 10:54.424
Memanglah.

10:54.508 --> 10:56.510
Sebagai orang baru,

10:56.593 --> 10:59.638
awak kena buat kerja kuli
dan tugas-tugas remeh.

11:00.305 --> 11:02.432
Mesti awak rasa ia tak ada kaitan.

11:02.516 --> 11:06.436
Tapi seorang <i>rakugoka</i>
perlu buat penonton suka.

11:06.520 --> 11:09.856
Kalau tak boleh buat mentor awak suka,
awak tak layak.

11:09.940 --> 11:14.694
Awak perlu ramal apa orang itu nak
dan buat lebih awal.

11:14.778 --> 11:17.364
Ini namanya <i>kibataraki.</i>

11:17.906 --> 11:20.784
Awak takkan jadi <i>zenza</i>
kalau ini pun tak mampu.

11:20.867 --> 11:21.785
Baik.

11:21.868 --> 11:24.079
Kibataraki, <i>ya?</i>

11:24.162 --> 11:27.624
<i>Tapi dalam</i> rakugo,
<i>kita buat penonton suka.</i>

11:27.707 --> 11:30.752
<i>Lelaki itu kata kemahiran paling penting.</i>

11:31.336 --> 11:34.339
<i>Aku setuju!</i> Rakugo <i>soal kemahiran!</i>

11:34.423 --> 11:36.258
Selamat pagi!

11:36.341 --> 11:39.428
En. Kashiwaya Hakushu datang. Sapa dia!

11:39.511 --> 11:40.470
Helo.

11:40.554 --> 11:42.514
Awak rupanya Akane.

11:42.597 --> 11:45.642
Saya tahu awak muda,
tapi betul-betul muda rupanya.

11:45.725 --> 11:48.228
Boleh awak buat persembahan hari ini?

11:48.311 --> 11:49.646
- Apa?
- Hakushu.

11:49.729 --> 11:53.316
Dia nak masuk sekolah, bukan?
Ini persembahan kami. Kami tentukan.

11:53.400 --> 11:55.068
Boleh! Saya bawa kimono!

11:55.652 --> 11:58.363
Izinkan saya naik ke pentas!

12:03.743 --> 12:05.120
ACARA FUTATSUME

12:19.176 --> 12:22.554
<i>Aku tak nak hantar orang
yang belum jadi perantis, tapi…</i>

12:22.637 --> 12:24.806
Saya dah latih dia buat persembahan.

12:24.890 --> 12:27.893
Dia belum masuk sekolah,
tapi dia boleh naik pentas.

12:27.976 --> 12:30.228
<i>Aku nak tengok kebolehan dia.</i>

12:30.312 --> 12:32.606
<i>Aku tak gugup macam sebelum ini.</i>

12:32.689 --> 12:34.316
<i>Fikiran aku pun jelas.</i>

12:34.399 --> 12:35.901
<i>Baiklah, aku mula.</i>

12:35.984 --> 12:40.363
<i>Aku akan buktikan kepada dia,
kemahiran saja yang penting dalam</i> rakugo.

12:40.864 --> 12:44.868
Orang kata meniru itu
pujian paling ikhlas,

12:44.951 --> 12:48.163
tapi kita takkan pergi jauh
dengan meniru orang.

12:48.246 --> 12:51.041
Makura <i>ini maknanya
dia buat</i> Memuji Kanak-kanak.

12:51.124 --> 12:52.417
Kau nak apa, Hatsu?

12:52.501 --> 12:55.378
Aku ada dengar khabar angin.

12:55.462 --> 12:57.756
<i>Okey, dia memang bagus.</i>

12:57.839 --> 13:01.343
<i>Lakonan dan gambaran dia tepat,
tapi yang paling penting,</i>

13:02.052 --> 13:03.512
<i>postur dia sempurna.</i>

13:03.595 --> 13:05.764
Mesti kau tersilap dengar.

13:05.847 --> 13:07.307
Saudara aku bawa tiga…

13:07.390 --> 13:10.060
<i>Teras dia kukuh
seakan-akan melekat di pentas.</i>

13:10.143 --> 13:12.437
<i>Itu tak boleh dicapai dalam sehari.</i>

13:12.521 --> 13:14.648
<i>Jelas sekali dia gigih berusaha.</i>

13:15.357 --> 13:16.358
<i>Tapi…</i>

13:16.441 --> 13:18.610
Aku tak peduli percuma atau tak.

13:18.693 --> 13:20.820
Aku nak minum segelas, kedekut!

13:24.366 --> 13:25.325
<i>Apa?</i>

13:25.408 --> 13:27.244
Jangan panggil aku kedekut!

13:27.327 --> 13:30.455
<i>Ada orang ketawa, tapi entah kenapa,</i>

13:30.539 --> 13:32.207
<i>reaksi sebelum ini lebih baik.</i>

13:33.875 --> 13:35.085
<i>Tak, aku okey.</i>

13:35.168 --> 13:37.796
<i>Kalau tunjuk semua kemahiran,
mesti mereka suka.</i>

13:37.879 --> 13:39.130
Mustahil segelas saja.

13:39.714 --> 13:41.633
Kau memang licik.

13:42.217 --> 13:45.053
<i>Persembahan aku tak hambar, jadi kenapa?</i>

13:45.136 --> 13:48.056
<i>"Saya dah latih dia buat persembahan"?</i>

13:48.640 --> 13:51.810
<i>Mahaguru, saya dah faham sekarang.</i>

13:54.521 --> 13:55.981
Awak nampak hampa.

13:57.023 --> 13:59.109
Kecewa dengan persembahan tadi?

14:01.027 --> 14:02.612
Berani awak, ya?

14:02.696 --> 14:05.031
Hakushu dah beri awak peluang.

14:05.115 --> 14:06.408
Tak ada isu pun.

14:07.033 --> 14:08.952
Saya sangat berterima kasih.

14:09.452 --> 14:13.832
<i>Saya gembira apabila En. Hakushu
dan penonton puji</i> rakugo <i>saya.</i>

14:14.624 --> 14:15.875
<i>Cuma,</i>

14:15.959 --> 14:19.629
<i>saya kecewa sebab orang tak ketawa besar.</i>

14:19.713 --> 14:22.966
<i>Mesti dia mampu buat mereka ketawa besar.</i>

14:23.049 --> 14:25.635
Saya sedar perjalanan saya masih jauh.

14:25.719 --> 14:28.555
Saya perlu terus berlatih
dan perbaiki lagi.

14:28.638 --> 14:32.475
Jadi, kalau awak asah kemahiran,
awak boleh buat penonton suka?

14:32.559 --> 14:34.769
Ya. Bukankah memang begitu?

14:34.853 --> 14:36.146
Angkuh betul.

14:37.355 --> 14:40.150
<i>Rakugo</i> awak penuh dengan ego.

14:40.233 --> 14:42.861
Penuh dengan ego? Apa maksud awak?

14:42.944 --> 14:46.239
Saya nak tanya awak.
Ramai orang tua yang menonton tadi.

14:46.740 --> 14:50.285
Awak ada ubah persembahan awak
untuk buat mereka ketawa?

14:50.368 --> 14:51.369
Sebenarnya…

14:51.453 --> 14:54.831
<i>Kalau tunjuk semua kemahiran,
mesti mereka suka.</i>

14:56.207 --> 14:58.543
Bagi saya, persembahan awak hari ini

15:00.128 --> 15:03.882
<i>seolah-olah membaling bola laju
yang tak mengena sasaran.</i>

15:03.965 --> 15:06.593
<i>Walaupun kelajuannya luar biasa,</i>

15:06.676 --> 15:09.888
<i>kalau tak masuk ruang pukul,
orang takkan terhibur.</i>

15:09.971 --> 15:11.139
Awak ada kemahiran.

15:11.222 --> 15:14.976
Tapi dalam <i>rakugo,</i>
kita kena buat penonton suka.

15:15.060 --> 15:17.854
Jangan pandang ke dalam sekarang.

15:17.938 --> 15:19.064
Pandang ke luar.

15:22.150 --> 15:25.028
Saya dah aturkan.
Pergi ke sana mulai esok.

15:25.820 --> 15:29.199
Fikirkan gaya <i>rakugo</i>
yang boleh buat penonton suka,

15:29.282 --> 15:31.242
dan cuba lakukannya.

15:32.160 --> 15:34.996
Baik. Saya akan cuba.

15:37.666 --> 15:38.959
UMI

15:39.042 --> 15:42.504
<i>Apa? Aku kena belajar di</i> izakaya?

15:43.088 --> 15:45.715
<i>Dia cuba nak halau aku?</i>

15:45.799 --> 15:47.342
<i>"Kau menyusahkan. Pergi"?</i>

15:47.425 --> 15:48.843
<i>Sedihnya!</i>

15:48.927 --> 15:50.720
Buatlah kerja, budak baru!

15:51.304 --> 15:53.640
<i>Walaupun baru sehari dua,</i>

15:53.723 --> 15:57.811
<i>aku sedar dia seorang mentor
yang akan ajar apa aku kena tahu.</i>

15:57.894 --> 16:01.064
<i>Tentu pengalaman ini bermakna juga.</i>

16:02.482 --> 16:04.609
Selamat datang! Ada tempahan?

16:04.693 --> 16:07.362
- Tak ada.
- Pelanggan baru?

16:07.445 --> 16:08.697
Mari saya bawa encik.

16:08.780 --> 16:12.200
Izakaya, <i>khidmat pelanggan,
dan</i> kibataraki, <i>ya?</i>

16:12.283 --> 16:13.410
<i>Motif dia jelas.</i>

16:13.493 --> 16:16.788
<i>Dia nak aku belajar</i> kibataraki
<i>dan guna dalam</i> rakugo!

16:16.871 --> 16:19.082
<i>Aku akan cuba kuasainya di sini!</i>

16:19.666 --> 16:21.209
Selamat datang!

16:22.919 --> 16:25.255
Kamu hantar Akane kerja di Izakaya Umi?

16:25.338 --> 16:30.218
Ya, saya tak boleh bawa dia minggu ini,
jadi saya rasa ini masa yang sesuai.

16:30.301 --> 16:33.388
Begitu, ya? Kamu hantar dia ke kedai Miku.

16:34.014 --> 16:36.307
<i>Mungkin menarik nanti.</i>

16:36.975 --> 16:38.059
Selamat datang!

16:38.143 --> 16:40.437
Macam mana dengan cadangan kami?

16:40.520 --> 16:42.939
Menu ini guna makerel segar dari Fukui.

16:43.023 --> 16:43.898
Saya belum tahu.

16:43.982 --> 16:47.652
- Ini pula sajian terbaik…
- Akane!

16:53.533 --> 16:56.953
Maaflah sebab terpaksa cakap,
tapi awak agak melebih-lebih.

16:57.037 --> 16:57.871
Apa?

16:57.954 --> 17:00.874
Awak patut perlahankan suara sikit.

17:00.957 --> 17:04.002
Tapi pekerja di <i>izakaya</i>
mesti ceria dan bersemangat.

17:04.085 --> 17:05.420
Saya baca di Internet.

17:05.503 --> 17:08.173
Ya, itu memang penting.

17:08.256 --> 17:09.174
Tapi beginilah…

17:09.257 --> 17:12.761
Sebelum buat bersungguh-sungguh,
kaji penonton awak dulu.

17:15.764 --> 17:18.099
Bos cakap macam itu.

17:18.183 --> 17:19.642
Apa maksudnya?

17:19.726 --> 17:21.519
Saya tak patut mencuba?

17:21.603 --> 17:23.271
Entahlah.

17:23.354 --> 17:26.566
Tolonglah, Hiiragi. Saya serius.

17:26.649 --> 17:29.360
Saya rasa tak salah kalau mencuba.

17:29.444 --> 17:31.905
Tapi yang penting bukan kegigihan kita,

17:31.988 --> 17:34.365
tapi buat pelanggan nak datang lagi.

17:34.449 --> 17:36.284
Ini bukannya sukan kompetitif.

17:36.367 --> 17:39.329
Cuba awak buat macam bos cakap.

17:40.997 --> 17:43.041
Ini pesanannya!

17:43.124 --> 17:44.501
DAGING PANGGANG
KEROPOK UDANG

17:45.085 --> 17:46.961
Baik!

17:49.339 --> 17:52.926
Begini, saya tak nak mengadu, okey?

17:54.761 --> 17:56.096
Penatnya.

17:56.179 --> 17:59.599
<i>Aku cuba ikut cara di Internet,
tapi semua tak berkesan.</i>

17:59.682 --> 18:02.310
<i>Aku asyik menyusahkan Hiiragi.</i>

18:03.269 --> 18:06.106
<i>Sekejap, aku buat silap yang sama lagi?</i>

18:06.940 --> 18:09.484
<i>Aku asyik buat apa yang aku belajar</i>

18:09.567 --> 18:11.528
<i>tanpa memikirkan orang di depan.</i>

18:11.611 --> 18:13.738
Penuh dengan ego.

18:13.822 --> 18:16.950
<i>Bodohnya aku. Aku tak ambil pengajaran.</i>

18:17.033 --> 18:18.493
Awak tengah berehat?

18:18.576 --> 18:20.370
Dah biasa dengan kerja ini?

18:20.453 --> 18:22.580
Mungkin belum. Baru hari pertama.

18:22.664 --> 18:25.792
- Kyo betul-betul nak uji awak.
- "Kyo"?

18:25.875 --> 18:28.461
<i>Kyoji. Dia pelanggan tetap kami.</i>

18:28.545 --> 18:29.379
<i>Betulkah?</i>

18:29.462 --> 18:30.505
<i>Dia tak kuat minum.</i>

18:30.588 --> 18:32.715
<i>Dia cuma pesan jus oren.</i>

18:32.799 --> 18:35.301
Comel, bukan?

18:35.385 --> 18:36.803
- Bos?
- Ya?

18:36.886 --> 18:41.349
Macam mana saya nak belajar <i>kibataraki?</i>
Belajar memikirkan orang lain?

18:41.432 --> 18:44.269
Saya takkan jadi <i>zenza</i>
kalau ini pun tak mampu.

18:44.352 --> 18:45.770
Saya tak boleh silap.

18:46.563 --> 18:47.981
Memikirkan orang lain?

18:48.064 --> 18:51.693
Sebenarnya, saya belajar
daripada <i>rakugoka.</i>

18:51.776 --> 18:52.944
Yakah?

18:53.528 --> 18:57.282
<i>Saya suka</i> rakugo.
<i>Saya selalu pergi tengok pertunjukan.</i>

18:57.365 --> 19:00.660
<i>Kebetulan pula satu hari,
saya tengok Mahaguru Shiguma.</i>

19:00.743 --> 19:03.496
<i>Saya rasa dia boleh baca fikiran.</i>

19:03.580 --> 19:07.292
<i>Dia buat saya ketawa dan menangis
pada saat saya mahukannya.</i>

19:07.375 --> 19:09.961
<i>Saya rasa sangat terharu.</i>

19:10.044 --> 19:13.923
<i>Saya teringin nak buat begitu,
jadi macam-macam saya cuba.</i>

19:14.007 --> 19:15.091
Wah.

19:15.175 --> 19:18.636
Tak ada orang tak suka dijaga, bukan?

19:18.720 --> 19:22.849
Untuk buat orang ketawa seikhlas hati,
kita kena meresapi hati mereka.

19:22.932 --> 19:26.352
Awak muda lagi, jangan risau.
Cubalah buat semua benda.

19:26.936 --> 19:29.105
Tak salah pun kalau awak gagal.

19:29.189 --> 19:33.484
Bukankah cerita kelakar tentang kegagalan
antara benda terbaik dalam <i>rakugo?</i>

19:34.402 --> 19:37.739
Aduhai, saya ajar <i>rakugoka</i> tentang <i>rakugo?</i>

19:37.822 --> 19:39.991
Maaf sebab berlagak serba tahu.

19:40.074 --> 19:42.410
Jangan minta maaf. Saya faham.

19:42.493 --> 19:44.913
Bos, ada masa tak?

19:49.709 --> 19:52.253
Encik nak…

19:52.337 --> 19:53.880
<i>"Order"?</i> Sekejap, salah.

19:54.547 --> 19:56.633
Dia tak cakap bahasa Inggeris.

19:56.716 --> 19:58.009
Apa kita nak buat?

19:58.676 --> 20:00.595
Ya, guna aplikasi terjemahan!

20:00.678 --> 20:01.930
Maaf!

20:02.555 --> 20:03.640
Helo!

20:05.433 --> 20:07.602
<i>Fikirkan apa yang dia nak.</i>

20:07.685 --> 20:09.646
<i>Apa dia fikir sekarang?</i>

20:09.729 --> 20:11.522
<i>Apa dia cuba cakap?</i>

20:11.606 --> 20:13.233
<i>Menu…</i>

20:13.316 --> 20:16.861
<i>Mungkin dia tak boleh baca bahasa Jepun.
Gambar pun tak ada.</i>

20:16.945 --> 20:19.697
<i>Tapi aku tak tahu macam mana nak jelaskan.</i>

20:19.781 --> 20:20.907
<i>Kalau begitu…</i>

20:21.491 --> 20:22.867
Tengok saya. Begini.

20:34.712 --> 20:35.546
Bir?

20:36.297 --> 20:38.758
Ya, betul!

20:38.841 --> 20:41.052
Okey, apa lagi?

20:42.178 --> 20:43.930
Saya dah ambil telefon…

20:44.013 --> 20:45.306
Dia dah uruskannya.

20:46.599 --> 20:48.935
Itulah <i>rakugoka.</i>

20:49.018 --> 20:50.019
<i>Yakitori?</i>

20:50.770 --> 20:52.313
Nah.

20:53.523 --> 20:55.275
Jemput makan.

20:55.858 --> 20:56.901
"Terima kasih"!

20:56.985 --> 20:57.819
Apa?

20:59.195 --> 21:00.446
Sama-sama.

21:01.239 --> 21:03.157
<i>Wah.</i>

21:03.241 --> 21:04.409
<i>Gembiranya aku!</i>

21:04.492 --> 21:07.745
Akane, hebatlah.
Awak buat dengan begitu bersahaja!

21:07.829 --> 21:10.373
Itu kemahiran <i>rakugo,</i> ya? Baguslah!

21:10.456 --> 21:12.208
Teruskan usaha, ya?

21:13.209 --> 21:14.168
Baik!

21:15.545 --> 21:18.423
AKANE - RUKA - HIIRAGI - SATORU
SHOMA - KAZU - SAKI - YUTO

21:18.506 --> 21:19.549
Selamat malam.

21:19.632 --> 21:21.217
Hei, Kyo.

21:21.301 --> 21:23.386
- Saya baru balik.
- Selamat pulang.

21:23.469 --> 21:26.973
Terima kasih banyak
sebab jaga junior saya seminggu.

21:27.056 --> 21:28.474
Nah, ini untuk awak.

21:29.100 --> 21:32.437
Baiknya awak! Dia banyak membantu kami.

21:32.520 --> 21:34.605
Boleh beri saya pesanan biasa?

21:37.025 --> 21:39.027
Nah, jus oren.

21:39.610 --> 21:40.737
Baiknya awak.

21:40.820 --> 21:44.157
Miku dah ajar saya dengan baik.

21:44.240 --> 21:45.366
Awak dah tahu?

21:45.950 --> 21:49.120
Mungkin lebih cepat
kalau saya tunjuk saja.

21:50.997 --> 21:51.831
Baiklah.

21:51.914 --> 21:54.375
Saya ada persembahan di Tokyo
hujung minggu depan.

21:54.459 --> 21:55.877
Ikut saya nanti.

21:57.045 --> 21:59.547
Saya nak tengok apa awak dah belajar.

22:00.548 --> 22:01.466
Baik!

23:38.479 --> 23:40.231
Sembang-sembang Akane!

23:43.985 --> 23:47.363
Saya dah sedia nak jadi perantis.
Teruja sampai tak boleh duduk diam!

23:47.446 --> 23:48.281
Mestilah!

23:48.906 --> 23:51.576
Mana ada sekolah atau akademi
untuk <i>rakugoka</i>.

23:51.659 --> 23:52.702
Untuk jadi <i>rakugoka</i>,

23:52.785 --> 23:56.747
satu-satunya jalan adalah
dengan belajar dengan <i>shin'uchi</i>.

23:56.831 --> 24:00.001
Itu langkah pertama
yang semua <i>rakugoka</i> perlu lalui.

24:00.084 --> 24:02.795
Mahaguru yang akan menentukan
sama ada kamu akan

24:02.879 --> 24:04.797
diterima dengan mudah atau tak.

24:04.881 --> 24:06.591
Yakah? Begitu?

24:06.674 --> 24:07.508
Betul!

24:07.592 --> 24:09.927
Ada mahaguru terima kamu dengan cepat,

24:10.011 --> 24:11.888
ada pula yang akan melatih kamu

24:11.971 --> 24:13.764
berbulan-bulan sebelum menerima kamu.

24:13.848 --> 24:15.057
Itu perkara biasa.

24:15.141 --> 24:17.518
Saya mengambil masa enam tahun!

24:17.602 --> 24:21.856
Kamu pula dah berlatih
sebelum kamu jadi perantis,

24:21.939 --> 24:23.649
jadi situasi kamu unik.

24:23.733 --> 24:25.276
Situasi saya unik?

24:25.359 --> 24:27.778
Ada yang menunggu di pintu belakang <i>yose</i>

24:27.862 --> 24:29.739
semata-mata untuk menyapa mahaguru.

24:29.822 --> 24:32.992
Ada pula yang datang
ke rumah mahaguru dengan mengejut.

24:33.075 --> 24:35.244
Semuanya bersusah-payah untuk diterima.

24:35.328 --> 24:37.830
Mahaguru bersusah-payah juga
awal-awal dulu?

24:37.914 --> 24:41.167
- Saya terpaksa melutut dan merayu!
- Apa?

24:41.250 --> 24:45.671
Apa pun… nanti saya ceritakan
apabila masanya tiba.

24:45.755 --> 24:50.092
Sekarang saya teringin nak tahu.
Tolonglah cerita, Mahaguru!

24:50.176 --> 24:52.011
Mahaguru!

24:52.094 --> 24:54.555
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi
