WEBVTT

00:01.022 --> 00:02.898
TENSHIKI

00:02.982 --> 00:05.192
<i>Dia tak tahu makna</i> "tenshiki".

00:05.276 --> 00:07.820
<i>Dia cuma perlu tanya, tapi paderi itu…</i>

00:07.903 --> 00:12.032
Akane, bangun! Kamu lambat nanti!

00:13.451 --> 00:14.285
Alamak!

00:17.038 --> 00:18.164
Akane!

00:18.247 --> 00:19.248
Saya pergi dulu.

01:57.721 --> 01:58.556
KELAS 3-2

01:58.639 --> 02:02.226
Cikgu nak serahkan
keputusan ujian pertengahan penggal.

02:02.309 --> 02:03.644
- Adachi.
- Saya.

02:05.479 --> 02:06.647
- Uchida.
- Saya.

02:07.523 --> 02:09.150
- Ehara.
- Saya.

02:09.859 --> 02:11.360
- Osaki.
- Saya.

02:12.903 --> 02:14.321
- Ozaki.
- Saya.

02:20.161 --> 02:23.622
Leganya! Keputusan saya tak teruk sangat!

02:23.706 --> 02:26.417
Terima kasih, Risa, Yuka!

02:26.500 --> 02:30.171
Keputusan awak teruk
waktu ujian akhir penggal yang lepas.

02:30.254 --> 02:31.922
Mak awak naik angin.

02:32.006 --> 02:32.840
Sebenarnya,

02:32.923 --> 02:35.718
ada seseorang lebih menakutkan
daripada mak.

02:36.886 --> 02:38.095
Yakah?

02:38.679 --> 02:40.890
Apa kata kita raikan dengan manisan?

02:40.973 --> 02:42.016
Seronok juga!

02:42.099 --> 02:43.726
Tunggu. Akane?

02:43.809 --> 02:45.269
Awak lupa?

02:45.352 --> 02:46.187
Apa?

02:46.270 --> 02:48.147
RUANG PEMBANGUNAN DIRI

02:48.230 --> 02:49.189
KAUNSELING

02:49.273 --> 02:50.149
Osaki.

02:50.733 --> 02:53.903
Kamu lupa kita nak bincang
rancangan masa depan kamu?

02:53.986 --> 02:55.905
Ya, sebenarnya…

02:55.988 --> 02:59.867
Kamu seorang saja
belum hantar rancangan kerjaya.

02:59.950 --> 03:01.619
Apa? Betulkah?

03:01.702 --> 03:03.037
Rajinlah sikit.

03:03.120 --> 03:04.872
Baik. Saya minta maaf.

03:05.706 --> 03:08.208
Jika tengok keputusan pertengahan penggal…

03:09.501 --> 03:12.421
Kamu buat dengan baik.
Tak ada subjek yang gagal.

03:12.504 --> 03:15.049
Betul! Saya cuba sedaya upaya kali ini!

03:15.132 --> 03:16.133
Begitu, ya?

03:16.216 --> 03:18.719
Jadi, sebelum ini kamu tak cuba.

03:19.219 --> 03:21.347
Bukan begitu. Maaf.

03:23.223 --> 03:26.143
Dengan gred kamu,
banyak pilihan kolej ada…

03:26.226 --> 03:28.020
Tak perlu.

03:28.103 --> 03:28.938
Apa?

03:29.021 --> 03:31.357
Saya nak jadi <i>rakugoka.</i>

03:31.440 --> 03:33.734
Saya takkan masuk syarikat atau kolej.

03:37.780 --> 03:38.739
Begitu, ya?

03:39.240 --> 03:40.199
Faham.

03:40.282 --> 03:43.619
Kalau begitu, cikgu akan cari kolej
yang kamu layak masuk

03:43.702 --> 03:45.579
dan ada kelab <i>rakugo.</i>

03:45.663 --> 03:46.497
Apa?

03:46.580 --> 03:49.458
- Saya tak nak masuk kolej.
- Osaki.

03:50.042 --> 03:52.002
Biar cikgu berterus terang.

03:52.086 --> 03:55.631
Kamu akan susah
kalau tak masuk kolej atau cari kerja.

03:56.340 --> 04:00.094
Cikgu tak sarankan kerjaya
yang tak ada jaminan macam <i>rakugoka.</i>

04:01.637 --> 04:04.390
Cikgu pernah tengok <i>rakugo?</i>

04:04.473 --> 04:05.557
Tak. Kenapa?

04:05.641 --> 04:06.684
Kalau begitu…

04:06.767 --> 04:07.935
PERTUNJUKAN FUTATSUME

04:08.018 --> 04:09.561
Pertunjukan ini esok.

04:09.645 --> 04:11.397
- Datanglah tengok…
- Osaki.

04:11.480 --> 04:14.358
Kamu kena beri kepada cikgu

04:14.441 --> 04:17.319
rancangan kerjaya kamu,
bukan iklan pertunjukan.

04:18.153 --> 04:20.030
- Tapi saya…
- Nah.

04:20.114 --> 04:24.285
Ini risalah-risalah tentang kolej
yang kamu layak masuk.

04:24.368 --> 04:29.123
Bacalah dulu dan hantar rancangan kerjaya
pada hujung minggu ini.

04:31.000 --> 04:33.210
Tapi saya cuma akan tulis <i>"rakugoka".</i>

04:33.919 --> 04:34.837
Kalau begitu,

04:34.920 --> 04:37.047
selagi kamu tak pilih kolej,

04:37.131 --> 04:40.634
cikgu akan beri kamu bimbingan
setiap hari selepas sekolah,

04:45.514 --> 04:49.643
<i>Aduhai, susahlah begini!
Cikgu Iwa seriuskah?</i>

04:50.269 --> 04:54.273
<i>Sudah tentu. Sebab itulah
orang panggil dia Ratu Dingin.</i>

04:54.356 --> 04:58.193
<i>Kalau kena jumpa dia setiap hari,
rugilah masa berlatih aku!</i>

04:58.819 --> 05:01.155
Kenapa masam saja?

05:01.238 --> 05:03.866
Awak kena bebel dengan Cikgu Iwa, ya?

05:03.949 --> 05:05.159
Hei, Jumbo!

05:05.826 --> 05:07.036
Ada pertemuan juga?

05:07.119 --> 05:08.537
Saya punya esok.

05:08.620 --> 05:10.039
Saya ada latihan.

05:10.122 --> 05:11.832
Begitu rupanya.

05:12.333 --> 05:13.250
Begini.

05:13.334 --> 05:17.963
Mak ayah dan mahaguru awak
dah izinkan awak buat <i>rakugo,</i> bukan?

05:18.547 --> 05:21.967
Jadi, abaikan saja apa dia cakap.

05:22.843 --> 05:24.219
Kenapa awak buat muka?

05:24.303 --> 05:28.140
Awak dah besarlah, Jumbo.

05:28.223 --> 05:32.436
Tak macam budak yang suka
buat-buat menangis di sekolah rendah.

05:32.519 --> 05:35.522
Saya dah cakap, jangan ungkit lagi!

05:35.606 --> 05:37.649
Awak matang sebab masuk judo.

05:37.733 --> 05:39.401
Awak ingat awak mak saya?

05:46.700 --> 05:47.826
Terima kasih.

05:48.410 --> 05:50.829
Awak nasihat saya sebab prihatin, bukan?

05:51.789 --> 05:53.123
Jangan risau. Saya okey.

05:53.207 --> 05:55.042
Saya akan jadi <i>rakugoka,</i>

05:55.626 --> 05:58.462
dan saya akan pastikan Cikgu Iwa faham!

06:07.471 --> 06:09.932
Apa-apa pun…

06:10.015 --> 06:12.476
Kita cakap pasal Cikgu Iwa.

06:12.559 --> 06:15.104
Macam mana saya nak yakinkan dia?

06:15.187 --> 06:17.940
Kalau tak ada rancangan,
dia akan sembur fakta dan logik.

06:18.023 --> 06:19.858
Cari aib dia dan ugut dia.

06:19.942 --> 06:23.612
Takutnya! Tapi saya rasa
aib saya lagi banyak daripada dia!

06:23.695 --> 06:25.989
Apa kata awak berkawan dengan dia?

06:26.615 --> 06:28.325
- Bagus juga!
- Ratu Dingin?

06:28.408 --> 06:29.618
Memang taklah.

06:30.160 --> 06:32.579
- Betul! Bijak idea awak, Risa!
- Apa?

06:32.663 --> 06:36.542
Prihatin itu memahami hati seseorang
dan menghilangkan rasa kekok.

06:36.625 --> 06:41.547
Saya akan cuba amal apa saya dah belajar
dan berkawan baik dengan Cikgu Iwa!

06:41.630 --> 06:44.007
- Bersemangatnya!
- Bersemangatnya!

06:48.345 --> 06:49.179
Ya?

06:50.389 --> 06:51.682
Maafkan saya.

06:51.765 --> 06:55.060
Cikgu baru nak makan, ya?

06:55.144 --> 06:57.271
Boleh cikgu bantu kamu, Osaki?

06:57.354 --> 06:59.648
Boleh saya makan dengan cikgu?

07:02.943 --> 07:04.945
Menariknya bekal cikgu!

07:05.028 --> 07:07.698
Cikgu masak sendiri?

07:08.448 --> 07:09.283
Ya.

07:09.366 --> 07:11.994
Hebatlah! Mesti cikgu pandai masak!

07:12.077 --> 07:13.912
Cikgu pakar masak apa?

07:17.040 --> 07:18.542
Stu rasanya.

07:18.625 --> 07:19.751
Wah.

07:20.377 --> 07:22.171
Dah habis.

07:22.254 --> 07:23.297
Cepatnya.

07:23.380 --> 07:25.883
Cikgu, apa hobi cikgu?

07:27.593 --> 07:31.013
Ini bukanlah hobi,
tapi cikgu suka membaca.

07:31.597 --> 07:33.307
Samalah kita!

07:33.390 --> 07:35.100
Seronok baca buku, bukan?

07:35.184 --> 07:36.685
Boleh baca guna telefon.

07:36.768 --> 07:39.605
- Tapi bau kertas dan dakwat…
- Begitu, ya?

07:40.189 --> 07:43.358
Kamu ada baca buku bagus baru-baru ini?

07:43.442 --> 07:44.276
Apa?

07:44.943 --> 07:47.654
<i>Alamak. Aku cuma baca manga
dan buku tentang</i> rakugo.

07:51.408 --> 07:52.409
MIYAZAWA KENJI

07:52.493 --> 07:53.785
Miyazawa Kenji!

07:54.411 --> 07:57.456
Buku itu bagus!

07:57.539 --> 07:59.416
Buku Miyazawa yang mana?

07:59.500 --> 08:01.960
Apa? Yang…

08:02.044 --> 08:05.047
Saya suka <i>Night on the Galactic Railroad!</i>

08:05.130 --> 08:07.382
Bab mana yang paling kamu suka?

08:07.466 --> 08:09.009
Apa? Bab…

08:09.092 --> 08:14.097
Bab apabila kereta api itu masuk
ke malam galaksi?

08:14.181 --> 08:17.309
Kamu rasa apa perasaan Giovanni
terhadap Campanella?

08:17.392 --> 08:18.810
Apa tafsiran kamu?

08:18.894 --> 08:20.103
Apa?

08:21.939 --> 08:23.607
Yang itu…

08:24.858 --> 08:26.818
Kamu tak baca, bukan?

08:26.902 --> 08:27.903
Ya.

08:28.403 --> 08:29.738
Maaf.

08:32.074 --> 08:34.910
Kamu suka <i>rakugo,</i> Osaki?

08:34.993 --> 08:37.663
Apa? Ya, suka sangat!

08:38.830 --> 08:41.500
Menarik sangatkah <i>rakugo</i> itu?

08:41.583 --> 08:43.001
Ya.

08:43.085 --> 08:47.172
Ia seni yang dipersembahkan
hanya dengan satu kusyen dan kata-kata.

08:47.256 --> 08:48.924
Macam-macam watak muncul,

08:49.007 --> 08:51.760
dan mereka bertukar-tukar silih berganti.

08:51.843 --> 08:54.721
Kita buat orang ketawa,
menangis dan tertarik.

08:54.805 --> 08:59.685
Watak-watak dalam kisah <i>rakugo</i>
rakyat biasa macam saya dan cikgu.

08:59.768 --> 09:02.187
Jadi, walaupun cerita klasik zaman dulu,

09:02.271 --> 09:03.689
ada kaitan dengan kita.

09:03.772 --> 09:06.650
Fikiran dan perasaan kita setiap hari

09:06.733 --> 09:09.111
boleh dimanfaatkan dalam <i>rakugo.</i>

09:09.194 --> 09:12.281
Semua yang kita buat
sebahagian latihan <i>rakugo.</i>

09:12.364 --> 09:14.533
- Ia buat saya sangat…
- Begitu, ya?

09:14.616 --> 09:16.785
Jadi, kamu buat semua ini

09:16.868 --> 09:19.871
sebab nak cuba buat cikgu terima
pilihan kerjaya kamu.

09:19.955 --> 09:21.540
- Apa?
- Kamu patut tahu.

09:22.207 --> 09:25.043
Tak ada guna pun
kalau kamu cuba pujuk cikgu.

09:25.961 --> 09:27.504
Kaiju?

09:27.588 --> 09:29.089
Macam cikgu kata semalam,

09:29.172 --> 09:32.134
kamu kena hantar
rancangan kerjaya minggu ini.

09:32.718 --> 09:35.095
Tolong serah tepat pada masanya.

09:39.016 --> 09:41.435
Awak gagal hilangkan rasa kekok?

09:41.518 --> 09:43.020
Sebab dia Ratu Dingin!

09:43.103 --> 09:45.564
Saya dah macam gali kubur sendiri.

09:46.189 --> 09:50.527
Saya cerita panjang lebar tentang <i>rakugo</i>
sebelum kami berkawan lagi.

09:51.111 --> 09:54.364
Jadi, macam mana?
Awak nak cuba strategi lain?

09:54.448 --> 09:55.282
Tak.

09:55.991 --> 09:58.368
Saya dah malas nak buat helah bodoh.

09:58.452 --> 10:00.537
Saya akan ke kaunseling sampai dia terima.

10:00.621 --> 10:02.164
Setiap hari kalau perlu!

10:02.664 --> 10:03.498
Betulkah?

10:03.582 --> 10:04.625
Betul!

10:08.128 --> 10:12.591
Ozaki, cikgu dengar kamu dapat
tawaran kemasukan khas untuk judo?

10:12.674 --> 10:16.386
Ya, saya akan berlatih
dengan Jurulatih Saito dari Shuei U.

10:16.470 --> 10:17.846
Betul.

10:17.929 --> 10:20.057
Kalau begitu, kita boleh tulis.

10:22.100 --> 10:23.977
Ozaki…

10:24.061 --> 10:26.647
Kamu kawan Osaki
dari sekolah rendah, bukan?

10:27.147 --> 10:28.315
Ya.

10:28.899 --> 10:32.027
Cikgu nampak kamu borak
selepas pertemuan dia semalam.

10:32.611 --> 10:34.905
Kamu rasa dia nampak kecewa?

10:35.405 --> 10:36.990
Bolehlah.

10:37.824 --> 10:40.535
Tapi nanti dia okeylah. Saya tahu.

10:40.619 --> 10:41.953
Begitu, ya?

10:42.037 --> 10:44.873
Mungkin cikgu terlalu tegas dengan dia.

10:44.956 --> 10:46.750
Dia nampak pelik hari ini.

10:47.334 --> 10:50.462
Mungkin cikgu patut bincang
dengan dia sekali lagi.

10:51.713 --> 10:52.673
Cikgu.

10:52.756 --> 10:56.259
Cikgu tak setuju Akane nak jadi <i>rakugoka?</i>

10:56.343 --> 10:59.096
Itu bukan masalah kamu, Ozaki.

10:59.179 --> 11:02.474
Ya, tapi saya nak tahu.

11:03.058 --> 11:04.893
Dia bukannya orang lain.

11:09.564 --> 11:11.066
Langit dah cerah.

11:11.149 --> 11:12.150
Baiklah.

11:13.026 --> 11:16.696
Sebenarnya, dia seorang
yang suka bersosial.

11:16.780 --> 11:17.614
Tapi…

11:18.240 --> 11:20.283
<i>dia selalu termenung di kelas.</i>

11:20.992 --> 11:23.703
<i>Cikgu dengar dia menggumam
benda-benda aneh</i>

11:23.787 --> 11:25.497
<i>atau tersenyum tanpa sebab.</i>

11:25.580 --> 11:27.040
Cikgu risau tentang dia.

11:27.124 --> 11:28.208
<i>Bebal!</i>

11:28.917 --> 11:30.460
Ada pelajar begitu.

11:30.544 --> 11:34.172
Mereka berpandangan sempit
dan memilih kerjaya ikut perasaan.

11:34.798 --> 11:36.508
Cikgu syak dia begitu.

11:36.591 --> 11:38.176
Cikgu kena bimbing dia

11:38.260 --> 11:39.719
walaupun perlu mendesak.

11:42.722 --> 11:45.100
Awak nak jadi <i>rakugoka?</i>

11:45.183 --> 11:46.893
Walaupun ayah awak dibuang?

11:46.977 --> 11:48.061
Saya dah nekad.

11:52.858 --> 11:54.568
Muktamad.

11:55.068 --> 11:56.153
PERTUNJUKAN FUTATSUME

11:56.236 --> 11:58.947
Cikgu dapat iklan itu daripada Akane.

11:59.781 --> 12:01.408
Sebenarnya,

12:01.491 --> 12:03.785
dia paksa cikgu pergi tengok.

12:03.869 --> 12:04.911
Cikgu.

12:04.995 --> 12:07.831
Cikgu nak pergi
ke pertunjukan itu dengan saya?

12:07.914 --> 12:09.124
Tak apalah.

12:09.207 --> 12:10.959
Jumpa pelajar lelaki di luar,

12:11.042 --> 12:12.961
lebih-lebih lagi kalau berdua,

12:13.044 --> 12:15.714
akan mencemarkan reputasi cikgu.

12:15.797 --> 12:17.466
Kita boleh pergi sendiri.

12:17.549 --> 12:19.551
Sebelum kata pandangan dia sempit,

12:19.634 --> 12:22.387
saya rasa cikgu patut tengok <i>rakugo</i> dulu.

12:23.513 --> 12:27.350
Nampak gayanya kamu sokong dia.

12:27.434 --> 12:30.270
Bukan macam itu, cuma,

12:31.021 --> 12:33.982
<i>saya dah kenal dia sejak sekolah rendah.</i>

12:34.566 --> 12:38.695
Saya rasa saya lebih faham
keputusan dia daripada orang lain.

12:39.654 --> 12:41.698
Apa maksud kamu?

12:41.781 --> 12:44.743
Kalau cikgu nak tahu,
cikgu patut pergi tengok.

12:44.826 --> 12:45.660
Lagipun,

12:46.244 --> 12:48.330
kalau menilai sebelum tengok dulu,

12:48.413 --> 12:51.333
itu barulah dikira berpandangan sempit.

12:59.966 --> 13:03.094
<i>Dalam satu kelas
yang aku uruskan suatu masa dulu,</i>

13:03.178 --> 13:06.473
<i>ada seorang pelajar nak jadi pelawak.</i>

13:09.518 --> 13:10.936
Sekejap.

13:14.314 --> 13:15.649
Sejuknya!

13:25.909 --> 13:27.410
BOLEH KAMI MELAWAT?

13:27.494 --> 13:30.121
<i>Aku galakkan cita-cita dia.</i>

13:30.830 --> 13:34.626
Saya berhenti kolej latihan pelawak
selepas enam bulan.

13:34.709 --> 13:36.211
Saya buat kerja kecil-kecilan.

13:36.294 --> 13:41.591
<i>Saya memang tak ada bakat.</i>

13:49.307 --> 13:50.600
Sejuknya.

13:52.686 --> 13:55.105
<i>Apa lagi aku boleh buat untuk dia?</i>

13:55.188 --> 13:58.358
<i>Pilihan kerjaya bergantung
pada pelajar itu sendiri.</i>

13:58.942 --> 14:02.112
<i>Tapi aku boleh buat sesuatu
selain menyokong buta-buta.</i>

14:02.195 --> 14:03.113
<i>Contohnya,</i>

14:03.196 --> 14:07.409
<i>kalau kami berbalah,
aku mesti menyuarakan pandangan aku.</i>

14:07.993 --> 14:11.580
<i>Sebagai seorang cikgu,
aku kena jaga setiap kata-kata aku.</i>

14:11.663 --> 14:12.497
KAFE RAKUGO

14:12.581 --> 14:14.291
<i>Itulah pegangan aku.</i>

14:14.374 --> 14:16.251
PERTUNJUKAN FUTATSUME

14:18.962 --> 14:20.672
<i>Ini bangunan banyak penyewa,</i>

14:20.755 --> 14:22.632
<i>jadi rupa luarannya meragukan,</i>

14:23.216 --> 14:24.968
<i>tapi kemas juga tempatnya.</i>

14:26.303 --> 14:27.804
<i>Ada ramai orang datang.</i>

14:27.888 --> 14:31.766
Helo! Kamu kawan Akane, ya?

14:31.850 --> 14:32.934
Ya, betul.

14:33.018 --> 14:35.395
<i>- Ozaki pun datang.</i>
- Selamat berkenalan.

14:35.478 --> 14:36.688
- Samalah.
- Bos.

14:37.272 --> 14:38.690
Kita dah sedia.

14:38.773 --> 14:40.066
Baik.

14:40.150 --> 14:42.402
- Selamat menonton.
- Ya.

14:42.986 --> 14:46.698
<i>Osaki kenal pemilik kedai ini?</i>

14:47.198 --> 14:51.328
<i>Dia dan Ozaki beria-ia
suruh aku datang ke pertunjukan ini.</i>

14:51.411 --> 14:53.747
<i>Apa yang mereka nak tunjuk?</i>

14:55.874 --> 14:58.251
PERTUNJUKAN FUTATSUME

14:59.794 --> 15:01.171
AKANE

15:06.468 --> 15:08.053
<i>Osaki?</i>

15:11.640 --> 15:14.559
AKANE

15:15.894 --> 15:17.687
Helo. Nama saya Akane.

15:18.271 --> 15:21.024
Mohon semua luangkan masa sekejap.

15:22.901 --> 15:24.194
<i>Kenapa?</i>

15:24.277 --> 15:26.404
<i>Nama dia tak ada dalam iklan.</i>

15:26.488 --> 15:28.615
<i>Bukankah ini acara profesional?</i>

15:29.574 --> 15:31.868
Ini kisah suatu masa dahulu.

15:31.952 --> 15:33.912
Ada seorang pendeta tokong.

15:33.995 --> 15:37.374
Dia tak sihat, jadi dia pergi jumpa tabib.

15:37.958 --> 15:39.000
Sebelum balik,

15:39.084 --> 15:44.130
tabib itu tanya dia,
"Pendeta, awak ada <i>tenshiki?"</i>

15:44.214 --> 15:47.425
Pendeta itu tak tahu makna <i>tenshiki.</i>

15:47.509 --> 15:49.386
Dia cuma perlu tanya,

15:49.469 --> 15:51.262
"Apa itu <i>tenshiki?"</i>

15:51.346 --> 15:53.974
Tapi dia terlalu angkuh
untuk mengaku dia tak tahu.

15:54.057 --> 15:55.225
<i>Tenshiki?</i>

15:55.308 --> 15:56.518
Ya, <i>tenshiki…</i>

15:56.601 --> 15:57.644
Oh, itu!

15:58.228 --> 16:00.605
Mana ada.

16:01.439 --> 16:02.816
Tenshiki.

16:02.899 --> 16:06.695
<i>Kisah seorang pendeta yang angkuh
untuk mengaku dia tak tahu makna</i> tenshiki.

16:06.778 --> 16:11.658
<i>Dia hantar perantisnya, Chinnen,
untuk pergi siasat maknanya.</i>

16:11.741 --> 16:14.828
Mesti ubat itu dah siap.

16:14.911 --> 16:17.205
Pergi tolong ambil daripada tabib.

16:17.288 --> 16:20.417
Alang-alang, tanya dia sekali.

16:20.917 --> 16:23.670
"Tabib, apa itu <i>tenshiki?"</i>

16:24.254 --> 16:27.132
Jangan cakap saya suruh kamu tanya.

16:27.215 --> 16:30.427
Tanyalah dia macam kamu beria-ia nak tahu.

16:30.510 --> 16:32.595
Faham? Lekas pergi.

16:32.679 --> 16:34.389
Baik, saya pergi dulu!

16:34.472 --> 16:36.933
Helo! Tabib ada?

16:37.017 --> 16:39.144
Ya? Helo, Chinnen.

16:39.227 --> 16:41.312
Ubat dah siap.

16:41.396 --> 16:45.275
Suruh dia bancuh dua sukatan
dalam satu cawan dan minum.

16:45.358 --> 16:47.902
Baik. Terima kasih banyak.

16:48.611 --> 16:50.488
Oh, ya. Tabib?

16:51.990 --> 16:54.951
Apa itu <i>tenshiki?</i>

16:55.035 --> 16:58.663
Wah, nampaknya kamu beria-ia nak tahu.

16:58.747 --> 17:01.666
Kamu nak tahu apa makna <i>tenshiki?</i>

17:01.750 --> 17:02.625
Maknanya kembung.

17:02.709 --> 17:05.628
Apa? Bukankah itu nama ikan?

17:05.712 --> 17:08.256
Itu ikan kembung. Bukan.

17:08.339 --> 17:10.091
Ini kembung perut.

17:10.175 --> 17:13.428
<i>Dah lama aku tak tengok</i> rakugo <i>Akane.</i>

17:13.511 --> 17:15.180
<i>Mesti dia gigih berlatih.</i>

17:15.263 --> 17:16.097
KELAS 1-3

17:16.181 --> 17:19.059
<i>Itu istilah kitab perubatan lama,</i>
Shanghan Lun.

17:19.142 --> 17:23.229
<i>Saya guna untuk tanya dengan berlapik
kalau pendeta kentut waktu itu.</i>

17:23.313 --> 17:26.024
<i>Saya ingat dia cukup berilmu…</i>

17:26.107 --> 17:28.526
Nampak? Saya rakam semuanya.

17:28.610 --> 17:30.153
- Teruknya.
- Apa?

17:30.236 --> 17:31.071
Tengoklah.

17:31.154 --> 17:31.988
<i>Kentut?</i>

17:32.572 --> 17:34.657
<i>Benda yang keluar dari punggung?</i>

17:34.741 --> 17:36.618
<i>Takkan keluar dari mulut pula?</i>

17:36.701 --> 17:38.328
<i>Benda yang kekuningan itu?</i>

17:38.411 --> 17:40.246
<i>Rasanya tak ada warna.</i>

17:40.330 --> 17:43.166
Nampak? Mata Chinnen tak tetap.

17:45.043 --> 17:46.795
Saya rasa tak teruk langsung!

17:46.878 --> 17:50.507
Teruklah! Penonton guna pandangan
dan renungan mata dia

17:50.590 --> 17:53.927
untuk gambarkan saiz tabib
dan jarak kedudukan mereka.

17:54.010 --> 17:55.678
Ini tak membantu mereka.

17:56.262 --> 17:59.015
Persembahan saya berubah
apabila orang tengok.

17:59.099 --> 18:00.975
Sekali lagi! Sekali saja, sumpah!

18:01.059 --> 18:01.893
Yalah.

18:08.024 --> 18:13.488
<i>Kalau aku jadi Akane,
mesti aku dah bencikan</i> rakugo.

18:15.281 --> 18:18.118
<i>Kejadian waktu ayah dia dibuang
amat mengejutkan</i>

18:18.201 --> 18:19.994
<i>sampai masuk berita.</i>

18:20.078 --> 18:23.414
<i>Ramai orang naik angin
dengan tindakan lelaki tua itu.</i>

18:23.498 --> 18:24.666
ARAKAWA ISSHO BERSUARA

18:24.749 --> 18:29.379
<i>Tapi ia juga menarik minat
terhadap</i> rakugo <i>Arakawa Issho.</i>

18:33.383 --> 18:36.052
<i>Moral tak boleh menandingi impak emosi.</i>

18:36.136 --> 18:38.179
<i>Kecaman menjadi pembelaan dan pujian</i>

18:38.263 --> 18:41.266
<i>sehingga orang menggelarnya
"kejadian legenda".</i>

18:41.349 --> 18:43.268
<i>Aku pun sakit hati.</i>

18:43.351 --> 18:47.230
<i>Tapi Akane tetap pilih
untuk jadi</i> rakugoka.

18:47.313 --> 18:49.482
<i>Ini bukan pandangan sempit.</i>

18:50.358 --> 18:51.568
Hei, saya ada idea.

18:52.277 --> 18:55.405
Saya akan beritahu jawapan salah. Begitu!

18:56.573 --> 18:58.783
Tuan, saya dah balik.

18:58.867 --> 19:01.119
Chinnen, syabas.

19:01.202 --> 19:03.371
Kamu dah tahu apa itu <i>tenshiki?</i>

19:03.454 --> 19:06.124
Ya, saya dah dapat jawapan.

19:06.708 --> 19:10.086
Maknanya cawan sake.

19:10.170 --> 19:12.589
Cawan sake?

19:12.672 --> 19:13.631
Apa?

19:14.132 --> 19:15.133
Saya faham!

19:15.758 --> 19:19.971
"Ten" ialah radikal langit,
sebahagian daripada kanji untuk "minum",

19:20.597 --> 19:22.599
"shi" pula untuk sake

19:22.682 --> 19:24.475
dan "ki" untuk bekas.

19:24.559 --> 19:28.396
Bekas minum sake! Maknanya, cawan sake!

19:28.479 --> 19:31.774
Chinnen, bukankah dulu saya pernah ajar?

19:31.858 --> 19:32.692
<i>Setiap hari,</i>

19:33.318 --> 19:35.236
<i>aku berdiri depan murid, jadi aku tahu…</i>

19:35.862 --> 19:37.572
<i>Gemuruh bercakap di khalayak ramai.</i>

19:38.448 --> 19:40.742
<i>Betapa susahnya nak sampaikan sesuatu.</i>

19:40.825 --> 19:42.535
Saya dah sihat sekarang.

19:42.619 --> 19:45.580
Yakah? Baguslah.

19:45.663 --> 19:48.541
<i>Tak ada alat,
hanya berbekalkan suara sendiri…</i>

19:49.250 --> 19:52.253
Sebenarnya, saya suka <i>tenshiki.</i>

19:52.337 --> 19:55.215
Kamu suka? <i>Tenshiki?</i>

19:55.882 --> 19:57.467
<i>…supaya penonton ketawa.</i>

19:58.259 --> 20:00.970
<i>Itu bukan kemahiran yang mudah dipelajari.</i>

20:01.054 --> 20:06.392
Saya nak tunjukkan kepada kamu
<i>tenshiki</i> tradisional tokong kami.

20:06.476 --> 20:08.478
Tak perlulah begitu sekali.

20:08.561 --> 20:10.772
<i>Aku meyakinkan diri aku</i>

20:10.855 --> 20:15.276
<i>bahawa mengusahakan bidang</i> rakugo
<i>hanya keinginan sementara.</i>

20:15.360 --> 20:18.446
<i>Dia orang yang bermimpi dan romantik juga.</i>

20:18.529 --> 20:20.740
Cantiknya cawan ini.

20:20.823 --> 20:23.743
Tolonglah. Ini <i>tenshiki</i> yang tak seberapa.

20:24.369 --> 20:26.371
Kalau menilai sebelum tengok dulu,

20:26.454 --> 20:29.749
<i>itu barulah dikira berpandangan sempit.</i>

20:30.416 --> 20:32.460
<i>Betullah selama ini.</i>

20:32.543 --> 20:33.544
Chinnen!

20:33.628 --> 20:37.257
Kamu tipu! Kamu tak malukah?

20:37.340 --> 20:38.633
Tak langsung.

20:39.217 --> 20:40.677
Saya tak peduli.

20:47.600 --> 20:49.602
<i>Banyak lagi aku kena belajar.</i>

20:53.189 --> 20:54.607
BIMBINGAN & KAUNSELING

20:54.691 --> 20:55.608
Faham.

20:55.692 --> 20:56.526
RANCANGAN KERJAYA

20:56.609 --> 20:58.486
Kamu buat macam apa kamu cakap.

20:58.569 --> 21:02.198
Ya, saya akan duduk untuk kaunseling
selama yang cikgu nak.

21:02.824 --> 21:04.492
Kamu tak risaukah?

21:04.575 --> 21:05.410
Risau?

21:05.994 --> 21:08.496
Kalau kamu tak masuk kolej,

21:08.579 --> 21:11.624
pilihan kamu sangat terhad
untuk cari kerja nanti.

21:12.250 --> 21:14.585
Keputusan kamu untuk mengejar impian

21:15.169 --> 21:17.547
mungkin akan membebankan kamu nanti.

21:18.131 --> 21:20.425
Betulkah kamu tak kisah?

21:20.508 --> 21:22.176
Kamu tak risau?

21:23.469 --> 21:24.595
Tak!

21:24.679 --> 21:26.347
Saya tak peduli.

21:27.432 --> 21:29.058
Cikgu bodoh sebab tanya.

21:29.684 --> 21:31.352
Cikgu terima rancangan kerjaya ini.

21:32.228 --> 21:35.023
- Cakap terima kasih kepada Ozaki.
- Apa?

21:35.815 --> 21:39.485
Pertunjukan <i>rakugo</i> semalam
dah meluaskan sudut pandangan cikgu.

21:40.278 --> 21:44.115
Saya dah agak! Cikgu ada di Kafe Rakugo…

21:44.782 --> 21:47.368
Ini iklan pertandingan <i>rakugo</i> pelajar.

21:47.869 --> 21:49.579
Sekolah kita pun dapat.

21:50.288 --> 21:52.749
Tak salah kalau ada rekod prestasi.

21:52.832 --> 21:54.334
Cubalah masuk.

21:54.417 --> 21:55.418
PIALA KARAKU KE-20

21:55.501 --> 21:57.337
Ketua hakim tahun ini

21:58.212 --> 21:59.047
semestinya…

21:59.714 --> 22:01.758
Arakawa Issho.

23:38.104 --> 23:41.524
Sembang-sembang Akane!

23:44.235 --> 23:48.739
Awak kena fikir garis pandangan juga?
Susahnya <i>rakugo.</i>

23:48.823 --> 23:52.368
Tak susah pun. Senang saja
kalau dah faham peraturannya.

23:52.451 --> 23:54.036
- Peraturan?
- Contohnya…

23:54.120 --> 23:57.582
Awak tahu <i>rakugoka</i> toleh
ke kiri atau kanan waktu bercakap?

23:58.416 --> 24:00.168
Ada peraturan 180 darjah.

24:00.918 --> 24:03.921
Pelawat selalu berada di kiri
dan bercakap ke kanan.

24:04.547 --> 24:08.885
Orang di dalam, pengacara,
berada di kanan dan bercakap ke kiri.

24:08.968 --> 24:10.178
Itu peraturannya.

24:10.261 --> 24:12.305
Wah, saya tak tahu pula.

24:12.388 --> 24:14.640
Senang nak faham kalau tengok <i>kabuki.</i>

24:15.141 --> 24:18.519
Laluan masuk di kiri
tempat duduk penonton.

24:18.603 --> 24:21.522
Pentas pula di sebelah kanan.

24:21.606 --> 24:26.319
Orang luar masuk dari kiri,
dan pengacara di sebelah kanan.

24:26.402 --> 24:28.029
Begitu rupanya.

24:28.112 --> 24:31.532
Kita boleh tahu banyak benda
berdasarkan arah mereka hadap dan pandang.

24:31.616 --> 24:32.617
Ya!

24:32.700 --> 24:35.494
Mereka di dalam atau luar?

24:35.578 --> 24:38.206
Orangnya pendek atau tinggi?

24:38.289 --> 24:39.332
Kemudian ada…

24:39.415 --> 24:41.000
Sekejap. Pandang atas?

24:41.083 --> 24:42.752
Bila kena buat macam itu?

24:42.835 --> 24:46.214
- Waktu terlupa ayat!
- Hafallah elok-elok!

24:46.297 --> 24:48.341
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi
