﻿1
00:00:14,243 --> 00:00:17,204
<i>Aku melihat cerita ayah
dari sebalik pintu…</i>

2
00:00:23,586 --> 00:00:25,713
<i>dan aku sangat suka setiap saat.</i>

3
00:00:28,716 --> 00:00:34,263
GERBANG KAMINARIMON

4
00:00:36,932 --> 00:00:38,309
{\an8}Tuan bangunan datang.

5
00:00:38,392 --> 00:00:39,226
{\an8}KAFE RAKUGO
ARAS 5

6
00:00:39,310 --> 00:00:42,855
Dalam banyak-banyak benda,
dia nak pinjam kotak peralatan.

7
00:00:42,938 --> 00:00:45,065
Aku pun hairan.

8
00:00:45,149 --> 00:00:48,068
Mungkin dia nak bertukang.

9
00:00:48,152 --> 00:00:50,446
Jadi, aku kata, "Boleh. Ambillah."

10
00:00:50,529 --> 00:00:52,114
Tapi dia dah tua…

11
00:00:53,032 --> 00:00:54,492
Mesti dia dah nyanyuk.

12
00:00:54,575 --> 00:00:56,410
Kau yang nyanyuk.

13
00:00:56,911 --> 00:00:59,747
Hei, jangan nak mengata orang, ya?

14
00:01:01,207 --> 00:01:02,041
Kaku.

15
00:01:02,124 --> 00:01:03,959
Kamu kaku sangatlah, Shin.

16
00:01:04,043 --> 00:01:06,378
Kaku, ya?

17
00:01:06,462 --> 00:01:08,672
Ya, kamu terlalu gemuruh.

18
00:01:09,757 --> 00:01:11,092
Saya faham.

19
00:01:12,176 --> 00:01:13,177
UJIAN KENAIKAN

20
00:01:13,260 --> 00:01:16,138
{\an8}Ujian tak lama lagi,
dan anak kamu makin besar,

21
00:01:16,222 --> 00:01:19,475
sebab itu kamu susah hati.

22
00:01:24,522 --> 00:01:29,443
Kamu kena cakap dan sembur saja
dengan penuh semangat!

23
00:01:29,527 --> 00:01:30,903
Terima kasih.

24
00:01:34,406 --> 00:01:36,492
Puan letak harapan tinggi, ya?

25
00:01:36,575 --> 00:01:40,788
Sejujurnya, saya tak kagum pun.
Apa yang hebat sangat tentang dia?

26
00:01:40,871 --> 00:01:43,541
Persembahan dia kurang baik hari ini.

27
00:01:43,624 --> 00:01:45,084
Jadi, kenapa?

28
00:01:47,086 --> 00:01:51,549
Sebab saya pernah tengok
persembahan terbaik dia.

29
00:01:54,051 --> 00:01:58,347
Dia terlalu bagus untuk bekerja
di kafe kecil macam ini.

30
00:02:06,355 --> 00:02:07,648
Sekolah Akane?

31
00:02:07,731 --> 00:02:09,650
SEKOLAH RENDAH MITSUE

32
00:02:12,278 --> 00:02:13,112
Apa?

33
00:02:13,195 --> 00:02:14,321
BILIK MESYUARAT

34
00:02:14,405 --> 00:02:16,782
Berani kamu cakap macam itu?

35
00:02:16,866 --> 00:02:17,950
Kenapa kamu…

36
00:02:18,033 --> 00:02:20,119
- Saya cuma cakap…
- Apa?

37
00:02:20,202 --> 00:02:22,371
Tak payah beri alasan!

38
00:02:22,454 --> 00:02:25,249
- Kamu buat anak saya menangis!
- Pn. Ozaki, sabar!

39
00:02:25,332 --> 00:02:27,126
Kamu tak menyesalkah?

40
00:02:28,377 --> 00:02:31,255
- Budak zaman sekarang.
- Puan tak dengar.

41
00:02:33,090 --> 00:02:33,966
Baiklah.

42
00:02:34,800 --> 00:02:36,635
Mungkin kena tunjuk. Tengok.

43
00:02:37,303 --> 00:02:38,470
Tengok apa?

44
00:02:40,264 --> 00:02:43,684
Ia bermula pada waktu kelima,
kelas bahasa Jepun.

45
00:02:44,185 --> 00:02:48,689
Kami membentangkan karangan kami
tentang tema "Insan Yang Kamu Hormati".

46
00:02:49,398 --> 00:02:52,943
"Insan Yang Saya Hormati"
oleh Osaki Akane, Kelas 5-3.

47
00:02:53,027 --> 00:02:55,529
Saya hormati ayah saya.

48
00:02:55,613 --> 00:02:59,033
Dia seorang <i>rakugoka.</i>
Cerita <i>rakugo</i> dia sangat menarik.

49
00:03:00,242 --> 00:03:02,578
Kau hormat dia? Alahai.

50
00:03:02,661 --> 00:03:05,831
Mak aku kata ayah kau biawak hidup.

51
00:03:05,915 --> 00:03:06,916
Kau hormat dia?

52
00:03:07,625 --> 00:03:08,959
Biawak hidup? Apa itu?

53
00:03:09,877 --> 00:03:12,004
{\an8}Takkan kau tak tahu?

54
00:03:12,087 --> 00:03:15,007
Maknanya dia ayah tak guna
yang tak ada kerja.

55
00:03:15,090 --> 00:03:15,925
Apa?

56
00:03:16,008 --> 00:03:17,301
Wah!

57
00:03:18,344 --> 00:03:21,013
Itulah yang berlaku.

58
00:03:21,555 --> 00:03:24,642
Tapi tak bermakna
kamu kena buat dia menangis.

59
00:03:24,725 --> 00:03:29,563
Puan berlagak macam anak puan mangsa,
tapi dia yang cari gaduh, faham tak?

60
00:03:29,647 --> 00:03:31,982
{\an8}Sudah-sudahlah…

61
00:03:32,066 --> 00:03:34,318
Cukup.

62
00:03:34,401 --> 00:03:35,861
Ayah? Kenapa?

63
00:03:35,945 --> 00:03:38,155
Saya minta maaf, Cikgu Yanagiya.

64
00:03:38,697 --> 00:03:41,200
Maaf sebab Akane asyik buat perangai.

65
00:03:41,283 --> 00:03:44,119
Maaflah, puan.
Anak saya tak patut buat begitu.

66
00:03:45,371 --> 00:03:47,081
Tapi ayah, bedebah itu…

67
00:03:47,164 --> 00:03:49,208
"Bedebah"?

68
00:03:50,751 --> 00:03:54,088
Kamu tak boleh biadab macam itu
walau apa pun sebabnya.

69
00:03:54,672 --> 00:03:56,423
Kamu sepatutnya tahu, Akane.

70
00:03:56,507 --> 00:04:00,135
Sekurang-kurangnya,
awak bertimbang rasa, tak macam anak awak.

71
00:04:00,219 --> 00:04:02,680
Cikgu Yanagiya dah cerita kepada saya.

72
00:04:02,763 --> 00:04:06,392
Puan dan anak puan
banyak mengata saya, ya?

73
00:04:07,184 --> 00:04:11,313
Kita patut jadi mak ayah yang baik
dan tak malukan anak-anak, bukan?

74
00:04:11,397 --> 00:04:13,274
OSAKI AKANE, KELAS 5-3

75
00:04:13,357 --> 00:04:14,191
BILIK MESYUARAT

76
00:04:14,275 --> 00:04:15,943
Kami minta diri dulu.

77
00:04:16,026 --> 00:04:17,319
Mari, Akane.

78
00:04:21,407 --> 00:04:22,950
Pergi ambil barang.

79
00:04:23,033 --> 00:04:23,867
Baik.

80
00:04:44,179 --> 00:04:45,347
Sedapnya.

81
00:04:46,015 --> 00:04:48,434
Cepat makan, Akane. Takut cair nanti.

82
00:04:51,437 --> 00:04:52,813
Saya minta maaf.

83
00:04:54,481 --> 00:04:57,985
<i>Saya marah sebab saya nak mereka tahu
betapa hebatnya ayah.</i>

84
00:04:58,986 --> 00:05:02,364
{\an8}Tapi akhirnya, saya cuma buat ayah malu.

85
00:05:08,370 --> 00:05:09,872
Jangan mengarutlah.

86
00:05:09,955 --> 00:05:13,751
Kamu budak lagi,
tak payah risau tentang perasaan ayah.

87
00:05:17,129 --> 00:05:20,049
{\an8}<i>Ada tiga pangkat</i> rakugoka
<i>atau pelawak</i> rakugo.

88
00:05:20,132 --> 00:05:24,636
<i>Pertama</i> zenza, <i>babak pembukaan,
kedua</i> futatsume, <i>ketiga</i> shin'uchi.

89
00:05:24,720 --> 00:05:26,680
<i>Ayah</i> futatsume, <i>bukan?</i>

90
00:05:26,764 --> 00:05:28,265
<i>Tak sangka kamu ingat.</i>

91
00:05:31,935 --> 00:05:35,314
<i>Nanti ada ujian kenaikan pangkat
untuk jadi</i> shin'uchi.

92
00:05:36,523 --> 00:05:38,984
Kalau lulus, ayah akan buat babak utama.

93
00:05:40,486 --> 00:05:42,321
Bahagian <i>shin'uchi</i> lebih besar…

94
00:05:43,697 --> 00:05:45,657
Boleh dapat banyak duit.

95
00:05:47,868 --> 00:05:50,370
Kemudian, orang takkan hina ayah lagi.

96
00:05:52,456 --> 00:05:54,958
Jadi, kamu tak perlulah risau.

97
00:05:55,042 --> 00:05:56,835
Jangan rendah diri.

98
00:05:58,587 --> 00:06:02,591
Ayah nak berlatih.
Siapkan kerja rumah, Akane.

99
00:06:02,674 --> 00:06:03,634
Baik!

100
00:06:03,717 --> 00:06:04,718
Bagus.

101
00:06:12,476 --> 00:06:13,936
Begitulah.

102
00:06:19,274 --> 00:06:20,442
Aku kena jadi <i>shin'uchi.</i>

103
00:06:20,526 --> 00:06:21,360
BUKAN BIAWAK HIDUP

104
00:06:21,443 --> 00:06:22,569
Aku mesti jadi.

105
00:06:23,237 --> 00:06:24,071
Kalau tak…

106
00:06:33,413 --> 00:06:37,209
Baik, mula dengan rutin hari ini.

107
00:06:38,085 --> 00:06:39,419
Hei, Yota!

108
00:06:39,503 --> 00:06:41,797
Yotaro? Yota!

109
00:06:45,634 --> 00:06:49,054
Kuah udon kari terpercik waktu makan tadi.

110
00:06:49,721 --> 00:06:54,560
{\an8}Aduhai, marah betul Pn. Ozaki.
Macam tak ada kerja lain.

111
00:06:55,602 --> 00:07:00,524
Tolonglah, Akane dan Tohru.
Bila kamu nak serik?

112
00:07:01,692 --> 00:07:03,193
Saya dah balik.

113
00:07:04,111 --> 00:07:06,989
Aduhai. Siang kari, malam pun kari?

114
00:07:07,072 --> 00:07:11,368
Kenapalah semua orang suka sangat kari?

115
00:07:11,452 --> 00:07:13,078
Apa aku nak buat?

116
00:07:13,162 --> 00:07:17,332
{\an8}Nanti, Yota. Kau masuk ikut situ?

117
00:07:17,416 --> 00:07:20,544
{\an8}Janganlah terjah masuk ikut pintu depan.

118
00:07:20,627 --> 00:07:22,421
Ikut pintu belakang, ya?

119
00:07:22,504 --> 00:07:24,131
Tengoklah nanti.

120
00:07:25,591 --> 00:07:26,508
- Ya…
- Ya…

121
00:07:26,592 --> 00:07:27,509
<i>Aku nampak.</i>

122
00:07:27,593 --> 00:07:28,677
Helo!

123
00:07:29,344 --> 00:07:32,764
- Maafkan kami.
<i>- Ada ayah seorang saja di bilik.</i>

124
00:07:32,848 --> 00:07:33,932
<i>Tapi,</i>

125
00:07:34,600 --> 00:07:37,895
<i>aku nampak tiga orang lelaki.</i>

126
00:07:37,978 --> 00:07:39,730
<i>Setiap kali badannya beralih,</i>

127
00:07:39,813 --> 00:07:42,774
<i>riak wajah, suara
dan pertuturannya terus berubah.</i>

128
00:07:42,858 --> 00:07:45,944
<i>Lelaki kasar, lelaki panas baran
dan lelaki selamba…</i>

129
00:07:46,028 --> 00:07:47,779
<i>Semuanya keluar daripada ayah.</i>

130
00:07:48,447 --> 00:07:49,865
<i>Menakjubkan!</i>

131
00:07:49,948 --> 00:07:51,241
<i>Macam silap mata.</i>

132
00:07:56,371 --> 00:07:57,831
Aku tak naklah!

133
00:07:58,332 --> 00:07:59,833
<i>Macam mana ayah buat?</i>

134
00:08:03,337 --> 00:08:06,298
{\an8}Helo? Mak dah balik.

135
00:08:10,511 --> 00:08:12,971
Aduhai. Aku dikelilingi pentaasub <i>rakugo.</i>

136
00:08:17,684 --> 00:08:19,394
{\an8}Tak boleh salahkan mereka.

137
00:08:20,020 --> 00:08:21,230
{\an8}Ia minggu depan.

138
00:08:21,313 --> 00:08:23,023
{\an8}UJIAN KENAIKAN PANGKAT SHIN'UCHI

139
00:08:26,443 --> 00:08:27,861
- Mari makan!
- Mari makan!

140
00:08:31,949 --> 00:08:32,908
Sedapnya!

141
00:08:33,742 --> 00:08:36,662
Betullah. Sedap juga, ya?

142
00:08:41,875 --> 00:08:43,460
Selamat malam!

143
00:08:47,381 --> 00:08:50,133
{\an8}Hei, Tohru. Bangun.

144
00:08:51,468 --> 00:08:53,053
Bangunlah!

145
00:08:53,136 --> 00:08:56,139
Awak nak berlatih, bukan?
Atau awak nak tidur?

146
00:08:57,641 --> 00:08:58,559
Berlatih.

147
00:08:58,642 --> 00:09:01,395
Jadi, pergilah berlatih! Dah lewat!

148
00:09:01,478 --> 00:09:03,313
Saya masuk tidur dulu, ya?

149
00:09:05,357 --> 00:09:09,319
Oh, ya, Tohru. Awak dah baca esei Akane?

150
00:09:09,861 --> 00:09:11,738
Apa? Belum.

151
00:09:19,997 --> 00:09:22,666
"INSAN YANG SAYA HORMATI"
SAYA HORMATI AYAH SAYA.

152
00:09:45,731 --> 00:09:47,399
PROGRAM HARI INI

153
00:09:47,482 --> 00:09:49,192
{\an8}DEWAN SAIWAI

154
00:09:49,276 --> 00:09:50,110
{\an8}SEKOLAH ARAKAWA

155
00:09:50,193 --> 00:09:51,820
{\an8}Kaunter daftar di sini!

156
00:09:56,825 --> 00:09:57,826
{\an8}Tengok, itu ayah!

157
00:09:57,909 --> 00:09:59,286
Besar daripada di rumah!

158
00:09:59,369 --> 00:10:02,080
Yakah? Sama saja mak tengok.

159
00:10:02,664 --> 00:10:04,291
Saya suka semangat kamu.

160
00:10:04,374 --> 00:10:05,208
ARAKAWA SHIGUMA

161
00:10:05,292 --> 00:10:06,543
Mahaguru Shiguma.

162
00:10:06,627 --> 00:10:08,754
Seronok dapat jumpa lagi, Masaki.

163
00:10:08,837 --> 00:10:09,671
TEMPAT UJIAN

164
00:10:09,755 --> 00:10:12,966
Ya, lama tak jumpa.
Terima kasih sebab jaga suami saya.

165
00:10:13,050 --> 00:10:15,260
Saya tak buat apa-apa pun.

166
00:10:15,344 --> 00:10:18,472
Tapi cepat betul masa berlalu.

167
00:10:18,555 --> 00:10:21,099
- Hei, Mahaguru. Mana ayah?
- Janganlah.

168
00:10:23,018 --> 00:10:23,852
BILIK HIJAU 2

169
00:10:23,935 --> 00:10:24,895
Dia sibuk.

170
00:10:24,978 --> 00:10:27,522
Seeloknya jangan kacau dia.

171
00:10:29,941 --> 00:10:33,278
<i>Ujian Kenaikan Pangkat Shin'uchi
Sekolah Arakawa.</i>

172
00:10:33,945 --> 00:10:37,324
{\an8}<i>Penonton dan mahaguru
akan menilai setiap pelawak.</i>

173
00:10:37,407 --> 00:10:38,617
{\an8}<i>Keputusan diselaras,</i>

174
00:10:38,700 --> 00:10:43,038
<i>dan hanya bakat yang diiktiraf
akan menjadi</i> shin'uchi.

175
00:10:43,121 --> 00:10:46,124
<i>Ketua hakim tahun ini
rakan senior mahaguru aku.</i>

176
00:10:46,208 --> 00:10:47,042
Helo, tuan.

177
00:10:47,125 --> 00:10:49,586
<i>Antara</i> rakugoka <i>terhebat generasi dia…</i>

178
00:10:53,715 --> 00:10:54,966
<i>Arakawa Issho.</i>

179
00:10:55,050 --> 00:10:55,967
ARAKAWA ISSHO

180
00:10:59,262 --> 00:11:00,597
<i>Kalau ya pun, kenapa?</i>

181
00:11:00,681 --> 00:11:04,309
<i>Ingat betapa banyak
kau pertaruhkan setiap hari untuk ini.</i>

182
00:11:04,393 --> 00:11:07,562
<i>Percayalah seni kau seperti biasa.</i>

183
00:11:08,188 --> 00:11:09,022
<i>Tapi,</i>

184
00:11:10,399 --> 00:11:12,234
<i>macam mana jika aku buat silap?</i>

185
00:11:13,735 --> 00:11:14,611
<i>Tidak!</i>

186
00:11:15,779 --> 00:11:19,199
Kenapa aku bodoh sangat?
Aku terlebih risau pula!

187
00:11:20,325 --> 00:11:22,661
<i>Aku kena buat saja.</i>

188
00:11:22,744 --> 00:11:24,663
{\an8}<i>Tak ada cara lain!</i>

189
00:11:25,664 --> 00:11:27,416
UJIAN KENAIKAN PANGKAT

190
00:11:27,499 --> 00:11:30,836
Baiklah. Mari kita mula.

191
00:11:30,919 --> 00:11:35,715
Ujian Kenaikan Pangkat Shin'uchi
Sekolah Arakawa kini berlangsung!

192
00:11:36,383 --> 00:11:39,261
Dipersilakan pelawak pertama kita.

193
00:11:39,344 --> 00:11:40,178
ARAKAWA SHINTA

194
00:12:02,784 --> 00:12:05,078
{\an8}Saya ingin memulakan persembahan.

195
00:12:05,162 --> 00:12:07,956
{\an8}Nama saya Arakawa Shinta.

196
00:12:10,250 --> 00:12:12,169
<i>Ini tak macam pertunjukan biasa.</i>

197
00:12:12,252 --> 00:12:13,879
<i>Suasana tegang dan dingin.</i>

198
00:12:16,339 --> 00:12:17,174
<i>Paling teruk,</i>

199
00:12:17,716 --> 00:12:20,093
<i>renungan tajam yang penuh kritikan.</i>

200
00:12:20,969 --> 00:12:23,805
Hari ini hari musim bunga yang cerah!

201
00:12:23,889 --> 00:12:26,641
Tapi awak luangkan masa
untuk ujian hambar ini.

202
00:12:26,725 --> 00:12:28,268
Terima kasih banyak.

203
00:12:28,351 --> 00:12:30,187
- Aduhai.
<i>- Mereka tak terhibur?</i>

204
00:12:30,270 --> 00:12:32,063
- Saya akui…
<i>- Aku terlebih risau?</i>

205
00:12:32,147 --> 00:12:34,691
Undian awak boleh ubah nasib hidup saya.

206
00:12:34,774 --> 00:12:36,109
<i>Bodoh! Jangan negatif!</i>

207
00:12:36,193 --> 00:12:38,528
Saya dah macam ahli politik pula.

208
00:12:38,612 --> 00:12:39,863
Kalaulah ada ikrar…

209
00:12:39,946 --> 00:12:41,907
<i>Fokus kepada</i> makura, <i>pembukaan.</i>

210
00:12:47,996 --> 00:12:50,332
Tapi saya cuma <i>rakugoka</i> picisan.

211
00:12:50,415 --> 00:12:53,126
- Saya cuma boleh cakap.
<i>- Susahlah. Dia gopoh.</i>

212
00:12:53,210 --> 00:12:55,337
Sekejap, itu kata-kata ahli politik!

213
00:12:55,420 --> 00:12:56,505
<i>Reaksi tak bagus.</i>

214
00:12:56,588 --> 00:12:58,298
<i>- Macam terdesak?</i>
- Undilah!

215
00:12:58,381 --> 00:13:00,884
<i>- Habislah.</i>
- Undilah Arakawa Shinta!

216
00:13:00,967 --> 00:13:02,260
{\an8}<i>- Kalau begini…</i>
- Ini…

217
00:13:02,344 --> 00:13:03,178
Hachum!

218
00:13:08,558 --> 00:13:09,768
<i>Suara itu…</i>

219
00:13:14,648 --> 00:13:17,442
{\an8}Apa? Akane meniru saya?

220
00:13:17,526 --> 00:13:18,360
Ya.

221
00:13:18,443 --> 00:13:22,531
Saya bukan pakar, tapi dia agak pandai.

222
00:13:22,614 --> 00:13:24,741
Mungkin dia lebih faham daripada awak.

223
00:13:24,824 --> 00:13:26,535
Susahlah saya.

224
00:13:26,618 --> 00:13:29,829
Kalau begitu, cepatlah jadi <i>shin'uchi.</i>

225
00:13:29,913 --> 00:13:31,414
Cakap senanglah!

226
00:13:31,498 --> 00:13:33,917
Awak kena cuba juga! Ini untuk Akane.

227
00:13:34,000 --> 00:13:35,293
Untuk Akane?

228
00:13:35,377 --> 00:13:37,128
Awak biar betul?

229
00:13:37,212 --> 00:13:39,005
Akane anak manja ayah dia.

230
00:13:39,089 --> 00:13:42,133
Dia nak berbangga tentang awak.

231
00:13:43,301 --> 00:13:46,471
Awak boleh merungut
dan nampak lemah di depan saya,

232
00:13:48,181 --> 00:13:52,561
<i>tapi sekurang-kurangnya,
jadilah ayah yang hebat untuk Akane.</i>

233
00:13:58,233 --> 00:14:00,235
Ada orang dingin nampaknya.

234
00:14:01,069 --> 00:14:03,154
- Cuaca dingin ada baiknya.
<i>- Apa?</i>

235
00:14:03,238 --> 00:14:06,575
Sake panas jadi lebih nikmat.

236
00:14:06,658 --> 00:14:10,203
Cawan demi cawan kita teguk.

237
00:14:11,204 --> 00:14:14,291
Sedar-sedar saja,
kita rasa macam ada di syurga.

238
00:14:14,374 --> 00:14:16,960
- Kita pun tahu…
<i>- Perilaku dia berubah.</i>

239
00:14:17,043 --> 00:14:19,254
Inilah punca malapetaka.

240
00:14:20,797 --> 00:14:22,215
Hei, sayang.

241
00:14:22,299 --> 00:14:25,719
Sayang! Bangun, sayang.

242
00:14:25,802 --> 00:14:27,637
Apa awak nak?

243
00:14:28,388 --> 00:14:30,473
Kejutlah saya elok-elok. Ada apa?

244
00:14:30,557 --> 00:14:32,183
Tak payahlah, bebal.

245
00:14:32,267 --> 00:14:35,520
<i>Dia tamatkan</i> makura
<i>dan terus mulakan persembahan.</i>

246
00:14:35,604 --> 00:14:36,438
Saya bangun.

247
00:14:36,521 --> 00:14:37,772
{\an8}ARAKAWA SHINTA

248
00:14:37,856 --> 00:14:39,691
{\an8}SHIBAHAMA

249
00:14:42,277 --> 00:14:47,657
<i>Katsugoro, nelayan mahir yang kaki botol
sehingga keluarganya dibelenggu hutang,</i>

250
00:14:47,741 --> 00:14:50,827
<i>terjumpa uncang syiling di Pantai Shiba</i>

251
00:14:50,911 --> 00:14:53,455
<i>dan beroleh semula kepintaran perniagaan.</i>

252
00:14:53,538 --> 00:14:56,374
<i>Kisah yang menyentuh hati.
Sebuah</i> ninjo-banashi.

253
00:14:58,501 --> 00:14:59,961
Jaga rumah elok-elok.

254
00:15:00,045 --> 00:15:02,464
Baik. Hati-hati, sayang.

255
00:15:03,214 --> 00:15:07,218
Setelah sekian lama
tidak mengiringi suaminya keluar bekerja,

256
00:15:07,302 --> 00:15:11,598
si isterinya akhirnya
dapat menghela nafas lega.

257
00:15:11,681 --> 00:15:15,101
Makin lama, kelopak matanya makin berat,

258
00:15:15,185 --> 00:15:17,062
dan sebaik saja dia terlelap…

259
00:15:17,145 --> 00:15:21,733
Hei, sayang! Ini saya! Buka pintu, sayang!

260
00:15:21,816 --> 00:15:24,527
Ya, ya. Tunggu sekejap.

261
00:15:24,611 --> 00:15:25,820
Saya datang.

262
00:15:28,657 --> 00:15:29,824
Apa masalahnya?

263
00:15:29,908 --> 00:15:31,993
Tak usah tanya! Cepat kunci!

264
00:15:32,077 --> 00:15:33,453
Jangan biar sesiapa masuk!

265
00:15:33,536 --> 00:15:35,747
UJIAN KENAIKAN PANGKAT SHIN'UCHI

266
00:15:35,830 --> 00:15:36,998
PERSEMBAHAN - SHIBAHAMA

267
00:15:37,791 --> 00:15:42,003
<i>Dia langkau babak
Katsugoro jumpa uncang di Pantai Shiba.</i>

268
00:15:42,087 --> 00:15:44,965
<i>Tapi tak salah pun sebenarnya.</i>

269
00:15:45,048 --> 00:15:47,050
<i>Asalkan nadanya tepat,</i>

270
00:15:47,133 --> 00:15:50,512
<i>kita boleh ubah watak,
malah pengakhirannya juga.</i>

271
00:15:50,595 --> 00:15:52,681
<i>Ia sebahagian proses kreatif.</i>

272
00:15:53,264 --> 00:15:54,391
<i>Bagaimanapun,</i>

273
00:15:55,725 --> 00:15:58,144
<i>cerita Katsugoro menuju ke tepi sungai</i>

274
00:15:58,228 --> 00:16:01,523
<i>memberi penonton
sedikit gambaran keindahan Pantai Shiba.</i>

275
00:16:01,606 --> 00:16:03,858
<i>Itulah kemuncak kisah</i> Shibahama.

276
00:16:05,235 --> 00:16:09,322
Kenapa dia langkau satu-satunya
babak Pantai Shiba dalam <i>Shibahama?</i>

277
00:16:09,406 --> 00:16:12,742
- Macam sandwic tak ada inti.
<i>- Dia tak puas hati.</i>

278
00:16:12,826 --> 00:16:15,328
<i>Dia benci pendekatan ini.</i>

279
00:16:16,496 --> 00:16:18,206
<i>Tapi aku faham pilihan dia.</i>

280
00:16:18,289 --> 00:16:21,584
<i>Ya, dia korbankan babak terbaik
untuk menunjuk-nunjuk.</i>

281
00:16:21,668 --> 00:16:23,420
Tunggu sekejap, sayang.

282
00:16:23,503 --> 00:16:27,340
<i>Tapi dia buat keputusan
untuk ketepikan pemandangan…</i>

283
00:16:27,424 --> 00:16:29,300
Saya dah kejut awak,

284
00:16:29,384 --> 00:16:31,136
tapi awak tak pergi kerja?

285
00:16:31,636 --> 00:16:32,971
Pantai Shiba?

286
00:16:33,054 --> 00:16:36,182
<i>…dan beri sepenuh tumpuan
untuk kembangkan watak.</i>

287
00:16:36,266 --> 00:16:37,267
Saya dah cakap…

288
00:16:37,350 --> 00:16:39,269
Saya kejut. Awak tak ke Shiba.

289
00:16:39,352 --> 00:16:41,896
<i>Kekuatan Shinta pada lakonan.</i>

290
00:16:41,980 --> 00:16:43,982
<i>Dengan membuang babak kemuncak</i>

291
00:16:44,065 --> 00:16:47,610
<i>dan fokus kepada watak,
iaitu kepakaran dia,</i>

292
00:16:47,694 --> 00:16:50,071
<i>dia menarik penonton kepada cerita.</i>

293
00:16:50,155 --> 00:16:52,657
<i>Pilihan yang berani
di pentas yang penting.</i>

294
00:16:53,825 --> 00:16:57,579
<i>Tapi gambaran si isteri…</i>

295
00:16:57,662 --> 00:16:58,872
Itu mak.

296
00:16:58,955 --> 00:16:59,789
Apa?

297
00:17:01,124 --> 00:17:02,292
Ayah…

298
00:17:02,834 --> 00:17:04,461
Ayah berlakon jadi mak!

299
00:17:04,961 --> 00:17:07,922
<i>Akane, Masaki, kamu tengok tak?</i>

300
00:17:10,133 --> 00:17:12,969
<i>Sejak mula belajar
dengan Mahaguru Shiguma 13 tahun lepas,</i>

301
00:17:13,053 --> 00:17:14,929
<i>aku mendalami</i> rakugo.

302
00:17:15,013 --> 00:17:16,139
SHIGUMA

303
00:17:16,222 --> 00:17:19,059
<i>Sungguh menakutkan
betapa kecil pencapaian aku.</i>

304
00:17:20,643 --> 00:17:22,520
<i>Pendapatan juga tak seberapa.</i>

305
00:17:26,900 --> 00:17:30,695
<i>Tapi tak pernah sekali pun
Masaki suruh aku tinggalkan</i> rakugo.

306
00:17:32,155 --> 00:17:33,239
<i>Akane pula…</i>

307
00:17:33,823 --> 00:17:35,492
<i>"Insan Yang Saya Hormati"</i>

308
00:17:35,575 --> 00:17:38,036
<i>oleh Osaki Akane, Kelas 5-3.</i>

309
00:17:38,661 --> 00:17:42,373
<i>Saya hormati ayah saya
melebihi semua insan di muka dunia.</i>

310
00:17:42,874 --> 00:17:46,544
<i>Dia seorang</i> rakugoka.
<i>Cerita</i> rakugo <i>dia sangat menarik.</i>

311
00:17:46,628 --> 00:17:49,255
<i>Setiap hari dia buat saya ketawa.</i>

312
00:17:49,798 --> 00:17:52,926
<i>Impian dia menjadi seorang</i> shin'uchi.

313
00:17:53,468 --> 00:17:56,679
<i>Impian saya pula
agar impian dia menjadi nyata.</i>

314
00:17:57,555 --> 00:18:00,141
<i>Saya betul-betul sayang ayah saya!</i>

315
00:18:00,225 --> 00:18:01,643
<i>Walaupun aku begini,</i>

316
00:18:02,435 --> 00:18:04,354
<i>Akane sayang aku sepenuh hati.</i>

317
00:18:07,023 --> 00:18:08,775
<i>Aku nak balas kasih mereka.</i>

318
00:18:09,651 --> 00:18:12,403
<i>Sebagai seorang ayah dan</i> rakugoka.

319
00:18:13,113 --> 00:18:15,323
<i>Semua yang aku bina selama ini,</i>

320
00:18:15,406 --> 00:18:17,367
<i>kemahiran, pengalaman hidup,</i>

321
00:18:18,159 --> 00:18:20,328
<i>aku akan keluarkan semuanya</i>

322
00:18:21,746 --> 00:18:25,583
<i>dan jadi</i> shin'uchi <i>hari ini.</i>

323
00:18:29,087 --> 00:18:32,757
Saya patut berhenti.
Malanglah kalau ini hanya mimpi lagi.

324
00:18:41,099 --> 00:18:42,684
<i>Wah!</i>

325
00:18:43,560 --> 00:18:46,229
<i>Ayah betul-betul hebat!</i>

326
00:18:48,148 --> 00:18:49,566
DEWAN SAIWAI

327
00:18:49,649 --> 00:18:53,194
{\an8}Terima kasih kerana sabar menunggu!

328
00:18:53,278 --> 00:18:55,822
{\an8}Keputusan sudah diterima!

329
00:18:55,905 --> 00:18:58,366
Dia lulus, bukan? Mesti dia lulus!

330
00:18:58,449 --> 00:18:59,284
Senyap sikit.

331
00:18:59,367 --> 00:19:02,745
Bagi mengumumkan keputusan,
kami ingin menjemput…

332
00:19:02,829 --> 00:19:04,998
Mahaguru Arakawa Issho, silakan.

333
00:19:05,081 --> 00:19:07,417
KEPUTUSAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT

334
00:19:07,500 --> 00:19:09,210
Baiklah, dah hidup.

335
00:19:10,128 --> 00:19:16,509
Terima kasih kerana datang menonton
Ujian Kenaikan Pangkat Sekolah Arakawa.

336
00:19:16,593 --> 00:19:18,970
Saya amat menghargainya.

337
00:19:19,554 --> 00:19:24,392
Sudah sekian lama saya tidak menyaksikan
darah muda di pentas ini.

338
00:19:24,475 --> 00:19:26,811
Ia sangat membuka mata.

339
00:19:26,895 --> 00:19:30,231
Tapi saya tak mahu anda bosan
mendengar lebih lanjut.

340
00:19:30,315 --> 00:19:32,358
Kita teruskan dengan keputusan.

341
00:19:32,859 --> 00:19:35,737
Setiap pelawak yang anda lihat hari ini

342
00:19:35,820 --> 00:19:37,989
dengan ini dibuang sekolah.

343
00:19:41,993 --> 00:19:43,536
Kelakarlah, Mahaguru…

344
00:19:43,620 --> 00:19:48,374
Mereka buat semua orang sengsara
dengan persembahan yang sangat dahsyat,

345
00:19:48,458 --> 00:19:50,293
jadi saya minta maaf.

346
00:19:56,966 --> 00:20:00,136
Apa-apa pun, begitulah.
Itu saja daripada saya.

347
00:20:00,220 --> 00:20:02,388
Mahaguru, tunggu!

348
00:20:03,431 --> 00:20:06,226
Apa jadi? Apa maksud "dibuang"?

349
00:20:06,309 --> 00:20:09,145
Cakaplah, mak!

350
00:20:09,229 --> 00:20:10,939
Hei, mak?

351
00:20:11,022 --> 00:20:12,232
<i>Tohru…</i>

352
00:20:15,068 --> 00:20:17,028
DEWAN SAIWAI

353
00:20:17,654 --> 00:20:20,240
Nanti! Apa makna semua ini?

354
00:20:20,323 --> 00:20:23,576
"Dibuang"? Shinta anak murid saya!

355
00:20:24,327 --> 00:20:29,624
<i>Beberapa hari kemudian,
semua peserta ujian dibuang secara rasmi.</i>

356
00:20:29,707 --> 00:20:31,584
Awak tak boleh buang anak murid saya!

357
00:20:31,668 --> 00:20:34,420
Anak murid awak menyedihkan.

358
00:20:35,797 --> 00:20:38,758
<i>Punca mereka dibuang
tidak pernah dijelaskan.</i>

359
00:20:40,551 --> 00:20:44,138
Tak kisahlah apa pun itu tadi,
ia bukan <i>Shibahama.</i>

360
00:20:48,184 --> 00:20:50,603
Apa? Biar betul?

361
00:20:51,396 --> 00:20:52,605
Shinta…

362
00:20:52,689 --> 00:20:54,732
Tak mungkin!

363
00:20:54,816 --> 00:20:58,736
Ini cuma gurauan, bukan?
Tolonglah cakap ini cuma gurauan!

364
00:21:02,865 --> 00:21:03,825
<i>Pada hari itu,</i>

365
00:21:04,784 --> 00:21:07,453
<i>Arakawa Shinta Si Rakugoka telah mati.</i>

366
00:21:22,260 --> 00:21:23,136
<i>Pada hari itu,</i>

367
00:21:25,013 --> 00:21:27,640
<i>Arakawa Shinta Si Rakugoka telah mati.</i>

368
00:21:30,518 --> 00:21:31,352
<i>Tapi…</i>

369
00:21:35,440 --> 00:21:36,941
<i>itu bukan penamat kisah.</i>

370
00:21:43,281 --> 00:21:47,076
PERTUNJUKAN SOLO ARAKAWA ISSHO

371
00:21:47,160 --> 00:21:48,119
ARAKAWA ISSHO

372
00:21:48,202 --> 00:21:49,037
<i>Malah…</i>

373
00:21:51,372 --> 00:21:53,541
<i>itu sebenarnya permulaan…</i>

374
00:21:59,922 --> 00:22:01,758
<i>kisah aku!</i>

375
00:23:38,771 --> 00:23:40,398
Cerpen Akane!

376
00:23:44,235 --> 00:23:46,237
Ayah, saya ada satu soalan.

377
00:23:46,320 --> 00:23:48,030
Yakah? Apa?

378
00:23:48,114 --> 00:23:50,658
Kenapa <i>rakugo</i> dipanggil <i>"rakugo"?</i>

379
00:23:50,741 --> 00:23:55,580
Kamu tahu <i>rakugo</i> ada rangkap akhir
atau <i>ochi,</i> penutup?

380
00:23:55,663 --> 00:23:58,249
Dulu namanya <i>otoshibanashi.</i>

381
00:23:58,332 --> 00:24:01,169
Ia dipendekkan untuk menjadi <i>"rakugo".</i>

382
00:24:01,252 --> 00:24:04,505
Begitu. Baik, satu soalan lagi.

383
00:24:04,589 --> 00:24:08,551
Kaki ayah tak kebaskah
kalau melutut lama-lama?

384
00:24:08,634 --> 00:24:11,220
Kaki cuma kebas kalau ayah duduk diam,

385
00:24:11,304 --> 00:24:14,182
tapi kita banyak bergerak semasa <i>rakugo.</i>

386
00:24:14,265 --> 00:24:17,185
Jadi, kaki kita takkan kebas
atau semut-semut.

387
00:24:17,268 --> 00:24:19,270
Faham. Satu lagi!

388
00:24:19,770 --> 00:24:21,230
Ya, Cik Akane?

389
00:24:21,314 --> 00:24:23,649
Kenapa tanggal <i>haori</i> pada pertengahan?

390
00:24:23,733 --> 00:24:26,736
Buat apa pakai kalau nak tanggal?

391
00:24:26,819 --> 00:24:30,907
Supaya penonton ada
tanggapan pertama yang baik.

392
00:24:30,990 --> 00:24:34,368
Kita tanggal apabila dah sedia
untuk mendalami cerita.

393
00:24:34,452 --> 00:24:38,206
Tapi itu bukan satu kemestian
atau kewajipan pun.

394
00:24:38,289 --> 00:24:41,417
Yakah? Nanti saya nak cuba.

395
00:24:41,500 --> 00:24:45,755
Saya nak pakai beberapa lapis
dan tanggal satu demi satu.

396
00:24:45,838 --> 00:24:49,091
Aduhai, takut leceh nak kemas
selepas persembahan nanti.

397
00:24:49,175 --> 00:24:51,135
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi

