WEBVTT

00:14.243 --> 00:17.204
<i>Aku melihat cerita ayah
dari sebalik pintu…</i>

00:23.586 --> 00:25.713
<i>dan aku sangat suka setiap saat.</i>

00:28.716 --> 00:34.263
GERBANG KAMINARIMON

00:36.932 --> 00:38.309
Tuan bangunan datang.

00:38.392 --> 00:39.226
KAFE RAKUGO
ARAS 5

00:39.310 --> 00:42.855
Dalam banyak-banyak benda,
dia nak pinjam kotak peralatan.

00:42.938 --> 00:45.065
Aku pun hairan.

00:45.149 --> 00:48.068
Mungkin dia nak bertukang.

00:48.152 --> 00:50.446
Jadi, aku kata, "Boleh. Ambillah."

00:50.529 --> 00:52.114
Tapi dia dah tua…

00:53.032 --> 00:54.492
Mesti dia dah nyanyuk.

00:54.575 --> 00:56.410
Kau yang nyanyuk.

00:56.911 --> 00:59.747
Hei, jangan nak mengata orang, ya?

01:01.207 --> 01:02.041
Kaku.

01:02.124 --> 01:03.959
Kamu kaku sangatlah, Shin.

01:04.043 --> 01:06.378
Kaku, ya?

01:06.462 --> 01:08.672
Ya, kamu terlalu gemuruh.

01:09.757 --> 01:11.092
Saya faham.

01:12.176 --> 01:13.177
UJIAN KENAIKAN

01:13.260 --> 01:16.138
Ujian tak lama lagi,
dan anak kamu makin besar,

01:16.222 --> 01:19.475
sebab itu kamu susah hati.

01:24.522 --> 01:29.443
Kamu kena cakap dan sembur saja
dengan penuh semangat!

01:29.527 --> 01:30.903
Terima kasih.

01:34.406 --> 01:36.492
Puan letak harapan tinggi, ya?

01:36.575 --> 01:40.788
Sejujurnya, saya tak kagum pun.
Apa yang hebat sangat tentang dia?

01:40.871 --> 01:43.541
Persembahan dia kurang baik hari ini.

01:43.624 --> 01:45.084
Jadi, kenapa?

01:47.086 --> 01:51.549
Sebab saya pernah tengok
persembahan terbaik dia.

01:54.051 --> 01:58.347
Dia terlalu bagus untuk bekerja
di kafe kecil macam ini.

02:06.355 --> 02:07.648
Sekolah Akane?

02:07.731 --> 02:09.650
SEKOLAH RENDAH MITSUE

02:12.278 --> 02:13.112
Apa?

02:13.195 --> 02:14.321
BILIK MESYUARAT

02:14.405 --> 02:16.782
Berani kamu cakap macam itu?

02:16.866 --> 02:17.950
Kenapa kamu…

02:18.033 --> 02:20.119
- Saya cuma cakap…
- Apa?

02:20.202 --> 02:22.371
Tak payah beri alasan!

02:22.454 --> 02:25.249
- Kamu buat anak saya menangis!
- Pn. Ozaki, sabar!

02:25.332 --> 02:27.126
Kamu tak menyesalkah?

02:28.377 --> 02:31.255
- Budak zaman sekarang.
- Puan tak dengar.

02:33.090 --> 02:33.966
Baiklah.

02:34.800 --> 02:36.635
Mungkin kena tunjuk. Tengok.

02:37.303 --> 02:38.470
Tengok apa?

02:40.264 --> 02:43.684
Ia bermula pada waktu kelima,
kelas bahasa Jepun.

02:44.185 --> 02:48.689
Kami membentangkan karangan kami
tentang tema "Insan Yang Kamu Hormati".

02:49.398 --> 02:52.943
"Insan Yang Saya Hormati"
oleh Osaki Akane, Kelas 5-3.

02:53.027 --> 02:55.529
Saya hormati ayah saya.

02:55.613 --> 02:59.033
Dia seorang <i>rakugoka.</i>
Cerita <i>rakugo</i> dia sangat menarik.

03:00.242 --> 03:02.578
Kau hormat dia? Alahai.

03:02.661 --> 03:05.831
Mak aku kata ayah kau biawak hidup.

03:05.915 --> 03:06.916
Kau hormat dia?

03:07.625 --> 03:08.959
Biawak hidup? Apa itu?

03:09.877 --> 03:12.004
Takkan kau tak tahu?

03:12.087 --> 03:15.007
Maknanya dia ayah tak guna
yang tak ada kerja.

03:15.090 --> 03:15.925
Apa?

03:16.008 --> 03:17.301
Wah!

03:18.344 --> 03:21.013
Itulah yang berlaku.

03:21.555 --> 03:24.642
Tapi tak bermakna
kamu kena buat dia menangis.

03:24.725 --> 03:29.563
Puan berlagak macam anak puan mangsa,
tapi dia yang cari gaduh, faham tak?

03:29.647 --> 03:31.982
Sudah-sudahlah…

03:32.066 --> 03:34.318
Cukup.

03:34.401 --> 03:35.861
Ayah? Kenapa?

03:35.945 --> 03:38.155
Saya minta maaf, Cikgu Yanagiya.

03:38.697 --> 03:41.200
Maaf sebab Akane asyik buat perangai.

03:41.283 --> 03:44.119
Maaflah, puan.
Anak saya tak patut buat begitu.

03:45.371 --> 03:47.081
Tapi ayah, bedebah itu…

03:47.164 --> 03:49.208
"Bedebah"?

03:50.751 --> 03:54.088
Kamu tak boleh biadab macam itu
walau apa pun sebabnya.

03:54.672 --> 03:56.423
Kamu sepatutnya tahu, Akane.

03:56.507 --> 04:00.135
Sekurang-kurangnya,
awak bertimbang rasa, tak macam anak awak.

04:00.219 --> 04:02.680
Cikgu Yanagiya dah cerita kepada saya.

04:02.763 --> 04:06.392
Puan dan anak puan
banyak mengata saya, ya?

04:07.184 --> 04:11.313
Kita patut jadi mak ayah yang baik
dan tak malukan anak-anak, bukan?

04:11.397 --> 04:13.274
OSAKI AKANE, KELAS 5-3

04:13.357 --> 04:14.191
BILIK MESYUARAT

04:14.275 --> 04:15.943
Kami minta diri dulu.

04:16.026 --> 04:17.319
Mari, Akane.

04:21.407 --> 04:22.950
Pergi ambil barang.

04:23.033 --> 04:23.867
Baik.

04:44.179 --> 04:45.347
Sedapnya.

04:46.015 --> 04:48.434
Cepat makan, Akane. Takut cair nanti.

04:51.437 --> 04:52.813
Saya minta maaf.

04:54.481 --> 04:57.985
<i>Saya marah sebab saya nak mereka tahu
betapa hebatnya ayah.</i>

04:58.986 --> 05:02.364
Tapi akhirnya, saya cuma buat ayah malu.

05:08.370 --> 05:09.872
Jangan mengarutlah.

05:09.955 --> 05:13.751
Kamu budak lagi,
tak payah risau tentang perasaan ayah.

05:17.129 --> 05:20.049
<i>Ada tiga pangkat</i> rakugoka
<i>atau pelawak</i> rakugo.

05:20.132 --> 05:24.636
<i>Pertama</i> zenza, <i>babak pembukaan,
kedua</i> futatsume, <i>ketiga</i> shin'uchi.

05:24.720 --> 05:26.680
<i>Ayah</i> futatsume, <i>bukan?</i>

05:26.764 --> 05:28.265
<i>Tak sangka kamu ingat.</i>

05:31.935 --> 05:35.314
<i>Nanti ada ujian kenaikan pangkat
untuk jadi</i> shin'uchi.

05:36.523 --> 05:38.984
Kalau lulus, ayah akan buat babak utama.

05:40.486 --> 05:42.321
Bahagian <i>shin'uchi</i> lebih besar…

05:43.697 --> 05:45.657
Boleh dapat banyak duit.

05:47.868 --> 05:50.370
Kemudian, orang takkan hina ayah lagi.

05:52.456 --> 05:54.958
Jadi, kamu tak perlulah risau.

05:55.042 --> 05:56.835
Jangan rendah diri.

05:58.587 --> 06:02.591
Ayah nak berlatih.
Siapkan kerja rumah, Akane.

06:02.674 --> 06:03.634
Baik!

06:03.717 --> 06:04.718
Bagus.

06:12.476 --> 06:13.936
Begitulah.

06:19.274 --> 06:20.442
Aku kena jadi <i>shin'uchi.</i>

06:20.526 --> 06:21.360
BUKAN BIAWAK HIDUP

06:21.443 --> 06:22.569
Aku mesti jadi.

06:23.237 --> 06:24.071
Kalau tak…

06:33.413 --> 06:37.209
Baik, mula dengan rutin hari ini.

06:38.085 --> 06:39.419
Hei, Yota!

06:39.503 --> 06:41.797
Yotaro? Yota!

06:45.634 --> 06:49.054
Kuah udon kari terpercik waktu makan tadi.

06:49.721 --> 06:54.560
Aduhai, marah betul Pn. Ozaki.
Macam tak ada kerja lain.

06:55.602 --> 07:00.524
Tolonglah, Akane dan Tohru.
Bila kamu nak serik?

07:01.692 --> 07:03.193
Saya dah balik.

07:04.111 --> 07:06.989
Aduhai. Siang kari, malam pun kari?

07:07.072 --> 07:11.368
Kenapalah semua orang suka sangat kari?

07:11.452 --> 07:13.078
Apa aku nak buat?

07:13.162 --> 07:17.332
Nanti, Yota. Kau masuk ikut situ?

07:17.416 --> 07:20.544
Janganlah terjah masuk ikut pintu depan.

07:20.627 --> 07:22.421
Ikut pintu belakang, ya?

07:22.504 --> 07:24.131
Tengoklah nanti.

07:25.591 --> 07:26.508
- Ya…
- Ya…

07:26.592 --> 07:27.509
<i>Aku nampak.</i>

07:27.593 --> 07:28.677
Helo!

07:29.344 --> 07:32.764
- Maafkan kami.
<i>- Ada ayah seorang saja di bilik.</i>

07:32.848 --> 07:33.932
<i>Tapi,</i>

07:34.600 --> 07:37.895
<i>aku nampak tiga orang lelaki.</i>

07:37.978 --> 07:39.730
<i>Setiap kali badannya beralih,</i>

07:39.813 --> 07:42.774
<i>riak wajah, suara
dan pertuturannya terus berubah.</i>

07:42.858 --> 07:45.944
<i>Lelaki kasar, lelaki panas baran
dan lelaki selamba…</i>

07:46.028 --> 07:47.779
<i>Semuanya keluar daripada ayah.</i>

07:48.447 --> 07:49.865
<i>Menakjubkan!</i>

07:49.948 --> 07:51.241
<i>Macam silap mata.</i>

07:56.371 --> 07:57.831
Aku tak naklah!

07:58.332 --> 07:59.833
<i>Macam mana ayah buat?</i>

08:03.337 --> 08:06.298
Helo? Mak dah balik.

08:10.511 --> 08:12.971
Aduhai. Aku dikelilingi pentaasub <i>rakugo.</i>

08:17.684 --> 08:19.394
Tak boleh salahkan mereka.

08:20.020 --> 08:21.230
Ia minggu depan.

08:21.313 --> 08:23.023
UJIAN KENAIKAN PANGKAT SHIN'UCHI

08:26.443 --> 08:27.861
- Mari makan!
- Mari makan!

08:31.949 --> 08:32.908
Sedapnya!

08:33.742 --> 08:36.662
Betullah. Sedap juga, ya?

08:41.875 --> 08:43.460
Selamat malam!

08:47.381 --> 08:50.133
Hei, Tohru. Bangun.

08:51.468 --> 08:53.053
Bangunlah!

08:53.136 --> 08:56.139
Awak nak berlatih, bukan?
Atau awak nak tidur?

08:57.641 --> 08:58.559
Berlatih.

08:58.642 --> 09:01.395
Jadi, pergilah berlatih! Dah lewat!

09:01.478 --> 09:03.313
Saya masuk tidur dulu, ya?

09:05.357 --> 09:09.319
Oh, ya, Tohru. Awak dah baca esei Akane?

09:09.861 --> 09:11.738
Apa? Belum.

09:19.997 --> 09:22.666
"INSAN YANG SAYA HORMATI"
SAYA HORMATI AYAH SAYA.

09:45.731 --> 09:47.399
PROGRAM HARI INI

09:47.482 --> 09:49.192
DEWAN SAIWAI

09:49.276 --> 09:50.110
SEKOLAH ARAKAWA

09:50.193 --> 09:51.820
Kaunter daftar di sini!

09:56.825 --> 09:57.826
Tengok, itu ayah!

09:57.909 --> 09:59.286
Besar daripada di rumah!

09:59.369 --> 10:02.080
Yakah? Sama saja mak tengok.

10:02.664 --> 10:04.291
Saya suka semangat kamu.

10:04.374 --> 10:05.208
ARAKAWA SHIGUMA

10:05.292 --> 10:06.543
Mahaguru Shiguma.

10:06.627 --> 10:08.754
Seronok dapat jumpa lagi, Masaki.

10:08.837 --> 10:09.671
TEMPAT UJIAN

10:09.755 --> 10:12.966
Ya, lama tak jumpa.
Terima kasih sebab jaga suami saya.

10:13.050 --> 10:15.260
Saya tak buat apa-apa pun.

10:15.344 --> 10:18.472
Tapi cepat betul masa berlalu.

10:18.555 --> 10:21.099
- Hei, Mahaguru. Mana ayah?
- Janganlah.

10:23.018 --> 10:23.852
BILIK HIJAU 2

10:23.935 --> 10:24.895
Dia sibuk.

10:24.978 --> 10:27.522
Seeloknya jangan kacau dia.

10:29.941 --> 10:33.278
<i>Ujian Kenaikan Pangkat Shin'uchi
Sekolah Arakawa.</i>

10:33.945 --> 10:37.324
<i>Penonton dan mahaguru
akan menilai setiap pelawak.</i>

10:37.407 --> 10:38.617
<i>Keputusan diselaras,</i>

10:38.700 --> 10:43.038
<i>dan hanya bakat yang diiktiraf
akan menjadi</i> shin'uchi.

10:43.121 --> 10:46.124
<i>Ketua hakim tahun ini
rakan senior mahaguru aku.</i>

10:46.208 --> 10:47.042
Helo, tuan.

10:47.125 --> 10:49.586
<i>Antara</i> rakugoka <i>terhebat generasi dia…</i>

10:53.715 --> 10:54.966
<i>Arakawa Issho.</i>

10:55.050 --> 10:55.967
ARAKAWA ISSHO

10:59.262 --> 11:00.597
<i>Kalau ya pun, kenapa?</i>

11:00.681 --> 11:04.309
<i>Ingat betapa banyak
kau pertaruhkan setiap hari untuk ini.</i>

11:04.393 --> 11:07.562
<i>Percayalah seni kau seperti biasa.</i>

11:08.188 --> 11:09.022
<i>Tapi,</i>

11:10.399 --> 11:12.234
<i>macam mana jika aku buat silap?</i>

11:13.735 --> 11:14.611
<i>Tidak!</i>

11:15.779 --> 11:19.199
Kenapa aku bodoh sangat?
Aku terlebih risau pula!

11:20.325 --> 11:22.661
<i>Aku kena buat saja.</i>

11:22.744 --> 11:24.663
<i>Tak ada cara lain!</i>

11:25.664 --> 11:27.416
UJIAN KENAIKAN PANGKAT

11:27.499 --> 11:30.836
Baiklah. Mari kita mula.

11:30.919 --> 11:35.715
Ujian Kenaikan Pangkat Shin'uchi
Sekolah Arakawa kini berlangsung!

11:36.383 --> 11:39.261
Dipersilakan pelawak pertama kita.

11:39.344 --> 11:40.178
ARAKAWA SHINTA

12:02.784 --> 12:05.078
Saya ingin memulakan persembahan.

12:05.162 --> 12:07.956
Nama saya Arakawa Shinta.

12:10.250 --> 12:12.169
<i>Ini tak macam pertunjukan biasa.</i>

12:12.252 --> 12:13.879
<i>Suasana tegang dan dingin.</i>

12:16.339 --> 12:17.174
<i>Paling teruk,</i>

12:17.716 --> 12:20.093
<i>renungan tajam yang penuh kritikan.</i>

12:20.969 --> 12:23.805
Hari ini hari musim bunga yang cerah!

12:23.889 --> 12:26.641
Tapi awak luangkan masa
untuk ujian hambar ini.

12:26.725 --> 12:28.268
Terima kasih banyak.

12:28.351 --> 12:30.187
- Aduhai.
<i>- Mereka tak terhibur?</i>

12:30.270 --> 12:32.063
- Saya akui…
<i>- Aku terlebih risau?</i>

12:32.147 --> 12:34.691
Undian awak boleh ubah nasib hidup saya.

12:34.774 --> 12:36.109
<i>Bodoh! Jangan negatif!</i>

12:36.193 --> 12:38.528
Saya dah macam ahli politik pula.

12:38.612 --> 12:39.863
Kalaulah ada ikrar…

12:39.946 --> 12:41.907
<i>Fokus kepada</i> makura, <i>pembukaan.</i>

12:47.996 --> 12:50.332
Tapi saya cuma <i>rakugoka</i> picisan.

12:50.415 --> 12:53.126
- Saya cuma boleh cakap.
<i>- Susahlah. Dia gopoh.</i>

12:53.210 --> 12:55.337
Sekejap, itu kata-kata ahli politik!

12:55.420 --> 12:56.505
<i>Reaksi tak bagus.</i>

12:56.588 --> 12:58.298
<i>- Macam terdesak?</i>
- Undilah!

12:58.381 --> 13:00.884
<i>- Habislah.</i>
- Undilah Arakawa Shinta!

13:00.967 --> 13:02.260
<i>- Kalau begini…</i>
- Ini…

13:02.344 --> 13:03.178
Hachum!

13:08.558 --> 13:09.768
<i>Suara itu…</i>

13:14.648 --> 13:17.442
Apa? Akane meniru saya?

13:17.526 --> 13:18.360
Ya.

13:18.443 --> 13:22.531
Saya bukan pakar, tapi dia agak pandai.

13:22.614 --> 13:24.741
Mungkin dia lebih faham daripada awak.

13:24.824 --> 13:26.535
Susahlah saya.

13:26.618 --> 13:29.829
Kalau begitu, cepatlah jadi <i>shin'uchi.</i>

13:29.913 --> 13:31.414
Cakap senanglah!

13:31.498 --> 13:33.917
Awak kena cuba juga! Ini untuk Akane.

13:34.000 --> 13:35.293
Untuk Akane?

13:35.377 --> 13:37.128
Awak biar betul?

13:37.212 --> 13:39.005
Akane anak manja ayah dia.

13:39.089 --> 13:42.133
Dia nak berbangga tentang awak.

13:43.301 --> 13:46.471
Awak boleh merungut
dan nampak lemah di depan saya,

13:48.181 --> 13:52.561
<i>tapi sekurang-kurangnya,
jadilah ayah yang hebat untuk Akane.</i>

13:58.233 --> 14:00.235
Ada orang dingin nampaknya.

14:01.069 --> 14:03.154
- Cuaca dingin ada baiknya.
<i>- Apa?</i>

14:03.238 --> 14:06.575
Sake panas jadi lebih nikmat.

14:06.658 --> 14:10.203
Cawan demi cawan kita teguk.

14:11.204 --> 14:14.291
Sedar-sedar saja,
kita rasa macam ada di syurga.

14:14.374 --> 14:16.960
- Kita pun tahu…
<i>- Perilaku dia berubah.</i>

14:17.043 --> 14:19.254
Inilah punca malapetaka.

14:20.797 --> 14:22.215
Hei, sayang.

14:22.299 --> 14:25.719
Sayang! Bangun, sayang.

14:25.802 --> 14:27.637
Apa awak nak?

14:28.388 --> 14:30.473
Kejutlah saya elok-elok. Ada apa?

14:30.557 --> 14:32.183
Tak payahlah, bebal.

14:32.267 --> 14:35.520
<i>Dia tamatkan</i> makura
<i>dan terus mulakan persembahan.</i>

14:35.604 --> 14:36.438
Saya bangun.

14:36.521 --> 14:37.772
ARAKAWA SHINTA

14:37.856 --> 14:39.691
SHIBAHAMA

14:42.277 --> 14:47.657
<i>Katsugoro, nelayan mahir yang kaki botol
sehingga keluarganya dibelenggu hutang,</i>

14:47.741 --> 14:50.827
<i>terjumpa uncang syiling di Pantai Shiba</i>

14:50.911 --> 14:53.455
<i>dan beroleh semula kepintaran perniagaan.</i>

14:53.538 --> 14:56.374
<i>Kisah yang menyentuh hati.
Sebuah</i> ninjo-banashi.

14:58.501 --> 14:59.961
Jaga rumah elok-elok.

15:00.045 --> 15:02.464
Baik. Hati-hati, sayang.

15:03.214 --> 15:07.218
Setelah sekian lama
tidak mengiringi suaminya keluar bekerja,

15:07.302 --> 15:11.598
si isterinya akhirnya
dapat menghela nafas lega.

15:11.681 --> 15:15.101
Makin lama, kelopak matanya makin berat,

15:15.185 --> 15:17.062
dan sebaik saja dia terlelap…

15:17.145 --> 15:21.733
Hei, sayang! Ini saya! Buka pintu, sayang!

15:21.816 --> 15:24.527
Ya, ya. Tunggu sekejap.

15:24.611 --> 15:25.820
Saya datang.

15:28.657 --> 15:29.824
Apa masalahnya?

15:29.908 --> 15:31.993
Tak usah tanya! Cepat kunci!

15:32.077 --> 15:33.453
Jangan biar sesiapa masuk!

15:33.536 --> 15:35.747
UJIAN KENAIKAN PANGKAT SHIN'UCHI

15:35.830 --> 15:36.998
PERSEMBAHAN - SHIBAHAMA

15:37.791 --> 15:42.003
<i>Dia langkau babak
Katsugoro jumpa uncang di Pantai Shiba.</i>

15:42.087 --> 15:44.965
<i>Tapi tak salah pun sebenarnya.</i>

15:45.048 --> 15:47.050
<i>Asalkan nadanya tepat,</i>

15:47.133 --> 15:50.512
<i>kita boleh ubah watak,
malah pengakhirannya juga.</i>

15:50.595 --> 15:52.681
<i>Ia sebahagian proses kreatif.</i>

15:53.264 --> 15:54.391
<i>Bagaimanapun,</i>

15:55.725 --> 15:58.144
<i>cerita Katsugoro menuju ke tepi sungai</i>

15:58.228 --> 16:01.523
<i>memberi penonton
sedikit gambaran keindahan Pantai Shiba.</i>

16:01.606 --> 16:03.858
<i>Itulah kemuncak kisah</i> Shibahama.

16:05.235 --> 16:09.322
Kenapa dia langkau satu-satunya
babak Pantai Shiba dalam <i>Shibahama?</i>

16:09.406 --> 16:12.742
- Macam sandwic tak ada inti.
<i>- Dia tak puas hati.</i>

16:12.826 --> 16:15.328
<i>Dia benci pendekatan ini.</i>

16:16.496 --> 16:18.206
<i>Tapi aku faham pilihan dia.</i>

16:18.289 --> 16:21.584
<i>Ya, dia korbankan babak terbaik
untuk menunjuk-nunjuk.</i>

16:21.668 --> 16:23.420
Tunggu sekejap, sayang.

16:23.503 --> 16:27.340
<i>Tapi dia buat keputusan
untuk ketepikan pemandangan…</i>

16:27.424 --> 16:29.300
Saya dah kejut awak,

16:29.384 --> 16:31.136
tapi awak tak pergi kerja?

16:31.636 --> 16:32.971
Pantai Shiba?

16:33.054 --> 16:36.182
<i>…dan beri sepenuh tumpuan
untuk kembangkan watak.</i>

16:36.266 --> 16:37.267
Saya dah cakap…

16:37.350 --> 16:39.269
Saya kejut. Awak tak ke Shiba.

16:39.352 --> 16:41.896
<i>Kekuatan Shinta pada lakonan.</i>

16:41.980 --> 16:43.982
<i>Dengan membuang babak kemuncak</i>

16:44.065 --> 16:47.610
<i>dan fokus kepada watak,
iaitu kepakaran dia,</i>

16:47.694 --> 16:50.071
<i>dia menarik penonton kepada cerita.</i>

16:50.155 --> 16:52.657
<i>Pilihan yang berani
di pentas yang penting.</i>

16:53.825 --> 16:57.579
<i>Tapi gambaran si isteri…</i>

16:57.662 --> 16:58.872
Itu mak.

16:58.955 --> 16:59.789
Apa?

17:01.124 --> 17:02.292
Ayah…

17:02.834 --> 17:04.461
Ayah berlakon jadi mak!

17:04.961 --> 17:07.922
<i>Akane, Masaki, kamu tengok tak?</i>

17:10.133 --> 17:12.969
<i>Sejak mula belajar
dengan Mahaguru Shiguma 13 tahun lepas,</i>

17:13.053 --> 17:14.929
<i>aku mendalami</i> rakugo.

17:15.013 --> 17:16.139
SHIGUMA

17:16.222 --> 17:19.059
<i>Sungguh menakutkan
betapa kecil pencapaian aku.</i>

17:20.643 --> 17:22.520
<i>Pendapatan juga tak seberapa.</i>

17:26.900 --> 17:30.695
<i>Tapi tak pernah sekali pun
Masaki suruh aku tinggalkan</i> rakugo.

17:32.155 --> 17:33.239
<i>Akane pula…</i>

17:33.823 --> 17:35.492
<i>"Insan Yang Saya Hormati"</i>

17:35.575 --> 17:38.036
<i>oleh Osaki Akane, Kelas 5-3.</i>

17:38.661 --> 17:42.373
<i>Saya hormati ayah saya
melebihi semua insan di muka dunia.</i>

17:42.874 --> 17:46.544
<i>Dia seorang</i> rakugoka.
<i>Cerita</i> rakugo <i>dia sangat menarik.</i>

17:46.628 --> 17:49.255
<i>Setiap hari dia buat saya ketawa.</i>

17:49.798 --> 17:52.926
<i>Impian dia menjadi seorang</i> shin'uchi.

17:53.468 --> 17:56.679
<i>Impian saya pula
agar impian dia menjadi nyata.</i>

17:57.555 --> 18:00.141
<i>Saya betul-betul sayang ayah saya!</i>

18:00.225 --> 18:01.643
<i>Walaupun aku begini,</i>

18:02.435 --> 18:04.354
<i>Akane sayang aku sepenuh hati.</i>

18:07.023 --> 18:08.775
<i>Aku nak balas kasih mereka.</i>

18:09.651 --> 18:12.403
<i>Sebagai seorang ayah dan</i> rakugoka.

18:13.113 --> 18:15.323
<i>Semua yang aku bina selama ini,</i>

18:15.406 --> 18:17.367
<i>kemahiran, pengalaman hidup,</i>

18:18.159 --> 18:20.328
<i>aku akan keluarkan semuanya</i>

18:21.746 --> 18:25.583
<i>dan jadi</i> shin'uchi <i>hari ini.</i>

18:29.087 --> 18:32.757
Saya patut berhenti.
Malanglah kalau ini hanya mimpi lagi.

18:41.099 --> 18:42.684
<i>Wah!</i>

18:43.560 --> 18:46.229
<i>Ayah betul-betul hebat!</i>

18:48.148 --> 18:49.566
DEWAN SAIWAI

18:49.649 --> 18:53.194
Terima kasih kerana sabar menunggu!

18:53.278 --> 18:55.822
Keputusan sudah diterima!

18:55.905 --> 18:58.366
Dia lulus, bukan? Mesti dia lulus!

18:58.449 --> 18:59.284
Senyap sikit.

18:59.367 --> 19:02.745
Bagi mengumumkan keputusan,
kami ingin menjemput…

19:02.829 --> 19:04.998
Mahaguru Arakawa Issho, silakan.

19:05.081 --> 19:07.417
KEPUTUSAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT

19:07.500 --> 19:09.210
Baiklah, dah hidup.

19:10.128 --> 19:16.509
Terima kasih kerana datang menonton
Ujian Kenaikan Pangkat Sekolah Arakawa.

19:16.593 --> 19:18.970
Saya amat menghargainya.

19:19.554 --> 19:24.392
Sudah sekian lama saya tidak menyaksikan
darah muda di pentas ini.

19:24.475 --> 19:26.811
Ia sangat membuka mata.

19:26.895 --> 19:30.231
Tapi saya tak mahu anda bosan
mendengar lebih lanjut.

19:30.315 --> 19:32.358
Kita teruskan dengan keputusan.

19:32.859 --> 19:35.737
Setiap pelawak yang anda lihat hari ini

19:35.820 --> 19:37.989
dengan ini dibuang sekolah.

19:41.993 --> 19:43.536
Kelakarlah, Mahaguru…

19:43.620 --> 19:48.374
Mereka buat semua orang sengsara
dengan persembahan yang sangat dahsyat,

19:48.458 --> 19:50.293
jadi saya minta maaf.

19:56.966 --> 20:00.136
Apa-apa pun, begitulah.
Itu saja daripada saya.

20:00.220 --> 20:02.388
Mahaguru, tunggu!

20:03.431 --> 20:06.226
Apa jadi? Apa maksud "dibuang"?

20:06.309 --> 20:09.145
Cakaplah, mak!

20:09.229 --> 20:10.939
Hei, mak?

20:11.022 --> 20:12.232
<i>Tohru…</i>

20:15.068 --> 20:17.028
DEWAN SAIWAI

20:17.654 --> 20:20.240
Nanti! Apa makna semua ini?

20:20.323 --> 20:23.576
"Dibuang"? Shinta anak murid saya!

20:24.327 --> 20:29.624
<i>Beberapa hari kemudian,
semua peserta ujian dibuang secara rasmi.</i>

20:29.707 --> 20:31.584
Awak tak boleh buang anak murid saya!

20:31.668 --> 20:34.420
Anak murid awak menyedihkan.

20:35.797 --> 20:38.758
<i>Punca mereka dibuang
tidak pernah dijelaskan.</i>

20:40.551 --> 20:44.138
Tak kisahlah apa pun itu tadi,
ia bukan <i>Shibahama.</i>

20:48.184 --> 20:50.603
Apa? Biar betul?

20:51.396 --> 20:52.605
Shinta…

20:52.689 --> 20:54.732
Tak mungkin!

20:54.816 --> 20:58.736
Ini cuma gurauan, bukan?
Tolonglah cakap ini cuma gurauan!

21:02.865 --> 21:03.825
<i>Pada hari itu,</i>

21:04.784 --> 21:07.453
<i>Arakawa Shinta Si Rakugoka telah mati.</i>

21:22.260 --> 21:23.136
<i>Pada hari itu,</i>

21:25.013 --> 21:27.640
<i>Arakawa Shinta Si Rakugoka telah mati.</i>

21:30.518 --> 21:31.352
<i>Tapi…</i>

21:35.440 --> 21:36.941
<i>itu bukan penamat kisah.</i>

21:43.281 --> 21:47.076
PERTUNJUKAN SOLO ARAKAWA ISSHO

21:47.160 --> 21:48.119
ARAKAWA ISSHO

21:48.202 --> 21:49.037
<i>Malah…</i>

21:51.372 --> 21:53.541
<i>itu sebenarnya permulaan…</i>

21:59.922 --> 22:01.758
<i>kisah aku!</i>

23:38.771 --> 23:40.398
Cerpen Akane!

23:44.235 --> 23:46.237
Ayah, saya ada satu soalan.

23:46.320 --> 23:48.030
Yakah? Apa?

23:48.114 --> 23:50.658
Kenapa <i>rakugo</i> dipanggil <i>"rakugo"?</i>

23:50.741 --> 23:55.580
Kamu tahu <i>rakugo</i> ada rangkap akhir
atau <i>ochi,</i> penutup?

23:55.663 --> 23:58.249
Dulu namanya <i>otoshibanashi.</i>

23:58.332 --> 24:01.169
Ia dipendekkan untuk menjadi <i>"rakugo".</i>

24:01.252 --> 24:04.505
Begitu. Baik, satu soalan lagi.

24:04.589 --> 24:08.551
Kaki ayah tak kebaskah
kalau melutut lama-lama?

24:08.634 --> 24:11.220
Kaki cuma kebas kalau ayah duduk diam,

24:11.304 --> 24:14.182
tapi kita banyak bergerak semasa <i>rakugo.</i>

24:14.265 --> 24:17.185
Jadi, kaki kita takkan kebas
atau semut-semut.

24:17.268 --> 24:19.270
Faham. Satu lagi!

24:19.770 --> 24:21.230
Ya, Cik Akane?

24:21.314 --> 24:23.649
Kenapa tanggal <i>haori</i> pada pertengahan?

24:23.733 --> 24:26.736
Buat apa pakai kalau nak tanggal?

24:26.819 --> 24:30.907
Supaya penonton ada
tanggapan pertama yang baik.

24:30.990 --> 24:34.368
Kita tanggal apabila dah sedia
untuk mendalami cerita.

24:34.452 --> 24:38.206
Tapi itu bukan satu kemestian
atau kewajipan pun.

24:38.289 --> 24:41.417
Yakah? Nanti saya nak cuba.

24:41.500 --> 24:45.755
Saya nak pakai beberapa lapis
dan tanggal satu demi satu.

24:45.838 --> 24:49.091
Aduhai, takut leceh nak kemas
selepas persembahan nanti.

24:49.175 --> 24:51.135
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi
