﻿1
00:00:01,022 --> 00:00:01,856
{\an8}UMI

2
00:00:01,939 --> 00:00:04,191
{\an8}Terima kasih sebab tolong minggu ini!

3
00:00:04,275 --> 00:00:06,277
Awak banyak membantu!

4
00:00:06,360 --> 00:00:08,529
Mesti kami rindukan awak.

5
00:00:08,612 --> 00:00:10,656
Miku, Hiiragi…

6
00:00:10,740 --> 00:00:13,159
Terima kasih sebab sudi terima saya!

7
00:00:13,242 --> 00:00:15,119
Tak, terima kasih.

8
00:00:15,202 --> 00:00:16,037
AKANE

9
00:00:16,120 --> 00:00:18,330
Nah, upah awak, tapi tak seberapa.

10
00:00:18,414 --> 00:00:19,665
Terima kasih!

11
00:00:19,749 --> 00:00:22,126
Saya terhutang budi dengan Kyo.

12
00:00:22,209 --> 00:00:23,878
Persembahan minggu depan?

13
00:00:23,961 --> 00:00:25,045
Ya.

14
00:00:25,129 --> 00:00:27,965
Bukankah awak ada
ujian pertengahan penggal juga?

15
00:00:28,049 --> 00:00:29,050
Apa?

16
00:00:29,133 --> 00:00:30,843
Sibuknya awak.

17
00:00:30,926 --> 00:00:32,428
Bolehkah buat semua?

18
00:00:34,346 --> 00:00:36,682
Awak fikir saya siapa?

19
00:00:36,766 --> 00:00:40,978
{\an8}Saya akan buat kedua-duanya dengan baik!

20
00:02:11,819 --> 00:02:13,946
SATU MINGGU KEMUDIAN

21
00:02:17,074 --> 00:02:20,494
{\an8}Memang betul kita buat persembahan
di rumah orang tua.

22
00:02:20,578 --> 00:02:22,496
RUMAH PERSARAAN KAGAYAKI

23
00:02:22,580 --> 00:02:24,874
Maafkan saya.

24
00:02:24,957 --> 00:02:26,876
Tentu kamu <i>rakugoka.</i>

25
00:02:26,959 --> 00:02:29,211
Nama saya Tainaka, pengurus bertugas.

26
00:02:29,295 --> 00:02:30,713
Saya Arakawa Kyoji.

27
00:02:31,213 --> 00:02:33,591
Saya berbesar hati dapat bekerjasama.

28
00:02:33,674 --> 00:02:36,010
Saya Akane. Saya pun sama.

29
00:02:36,552 --> 00:02:38,637
{\an8}Terima kasih. Mari ikut saya.

30
00:02:38,721 --> 00:02:41,098
Sama-sama. Seronok dapat tolong.

31
00:02:44,518 --> 00:02:46,395
Wah, comelnya.

32
00:02:46,478 --> 00:02:49,899
Penonton hari ini penghuni rumah ini, ya?

33
00:02:49,982 --> 00:02:51,275
Betul.

34
00:02:51,358 --> 00:02:54,987
Mereka upah saya buat persembahan
sebagai acara rekreasi.

35
00:02:55,070 --> 00:02:55,988
Faham.

36
00:02:57,573 --> 00:02:58,490
Biasakan diri.

37
00:02:59,742 --> 00:03:03,746
{\an8}Kelebihan terbesar <i>rakugo,</i> ia boleh dibuat
di mana-mana asalkan ada kusyen <i>zabuton.</i>

38
00:03:03,829 --> 00:03:05,789
{\an8}Mungkin awak resah sebab tak biasa…

39
00:03:05,873 --> 00:03:06,707
{\an8}Resah?

40
00:03:07,374 --> 00:03:08,751
Awak tak resah?

41
00:03:08,834 --> 00:03:11,503
Tak. Sebenarnya, saya rasa bertuah.

42
00:03:11,587 --> 00:03:13,005
Bertuah?

43
00:03:13,589 --> 00:03:15,674
Saya cuma terfikir…

44
00:03:16,592 --> 00:03:20,387
<i>Beginilah kehidupan harian penonton kita.</i>

45
00:03:20,971 --> 00:03:25,601
{\an8}Biasanya, kita cuma nampak mereka
kalau mereka datang, bukan?

46
00:03:26,477 --> 00:03:29,521
<i>Saya tahu ini memang dah jelas,</i>

47
00:03:29,605 --> 00:03:35,236
<i>tapi mereka meluangkan masa
untuk tengok kita buat persembahan.</i>

48
00:03:35,986 --> 00:03:37,863
<i>Jadi, saya gembira dapat hadir.</i>

49
00:03:39,031 --> 00:03:41,492
Saya memang berkobar-kobar nak mula,

50
00:03:41,575 --> 00:03:45,162
tapi saya harap mereka seronok
dengan persembahan kita.

51
00:03:46,247 --> 00:03:47,414
Begitu rupanya.

52
00:03:48,874 --> 00:03:51,961
Itu sikap yang bagus,
tapi jangan teruja sangat.

53
00:03:52,044 --> 00:03:53,128
Baik.

54
00:03:53,212 --> 00:03:55,631
Ketua rumah ini dah beri kebenaran.

55
00:03:55,714 --> 00:03:57,591
Awak akan buat babak pembukaan.

56
00:03:57,675 --> 00:03:59,635
Awak ada masa 15 minit.

57
00:03:59,718 --> 00:04:01,095
Buatlah apa-apa.

58
00:04:01,178 --> 00:04:04,056
Saya suruh cari cara
untuk buat penonton suka.

59
00:04:04,139 --> 00:04:07,226
Saya nak tengok jawapan yang awak jumpa.

60
00:04:09,270 --> 00:04:10,104
Baiklah.

61
00:04:10,187 --> 00:04:11,105
<i>Baik.</i>

62
00:04:11,188 --> 00:04:13,190
Acara Festival Rakugo Mei bermula.

63
00:04:13,274 --> 00:04:15,109
- Selamat berhibur.
<i>- Aku dah…</i>

64
00:04:15,192 --> 00:04:17,486
<i>Aku dah belajar macam-macam.</i>

65
00:04:21,407 --> 00:04:24,576
<i>Sebagai tanda penghargaan,</i>

66
00:04:30,082 --> 00:04:32,960
<i>aku akan beri jawapan dengan penuh gaya!</i>

67
00:04:39,008 --> 00:04:41,510
<i>Penonton tak sampai 20 orang.</i>

68
00:04:41,593 --> 00:04:43,512
<i>Semuanya nenek dan datuk tua.</i>

69
00:04:44,013 --> 00:04:46,307
<i>Memanglah. Ini rumah persaraan.</i>

70
00:04:46,890 --> 00:04:48,809
<i>Aku diberikan masa 15 minit.</i>

71
00:04:48,892 --> 00:04:51,603
<i>Aku akan cuba sedaya upaya
untuk hiburkan mereka.</i>

72
00:04:51,687 --> 00:04:55,733
Untuk buat orang ketawa seikhlas hati,
kita kena meresapi hati mereka.

73
00:04:56,442 --> 00:04:58,319
<i>Betul tak, Miku?</i>

74
00:04:58,944 --> 00:05:00,112
<i>Mula-mula,</i>

75
00:05:00,195 --> 00:05:01,864
<i>biar mereka kenal aku dulu.</i>

76
00:05:02,573 --> 00:05:05,242
Helo, semua. Nama saya Akane.

77
00:05:05,326 --> 00:05:08,370
Saya baru 17 tahun.
Saya masih di sekolah tinggi.

78
00:05:08,454 --> 00:05:10,372
- Musim bunga nanti…
- Wah.

79
00:05:10,456 --> 00:05:13,667
- Saya jadi anak murid Arakawa Shiguma.
- Sebaya dengan cucu saya.

80
00:05:13,751 --> 00:05:16,920
Betulkah? Kami sebaya?

81
00:05:17,004 --> 00:05:19,798
Boleh saya tanya, berapa umur puan?

82
00:05:19,882 --> 00:05:21,842
Saya dah 88 tahun.

83
00:05:22,634 --> 00:05:26,180
Betulkah 88? Tapi puan nampak muda!

84
00:05:26,263 --> 00:05:29,183
Rupa puan macam baru 87 tahun!

85
00:05:30,392 --> 00:05:34,563
Siapa lagi ada cucu
yang masih di sekolah tinggi?

86
00:05:35,564 --> 00:05:37,357
Wah, ramainya!

87
00:05:37,441 --> 00:05:40,277
Anggaplah cucu sendiri
yang buat persembahan.

88
00:05:40,360 --> 00:05:42,613
- Harap semua seronok.
<i>- Begitu, ya?</i>

89
00:05:42,696 --> 00:05:44,239
<i>Dia uji reaksi mereka.</i>

90
00:05:44,782 --> 00:05:46,533
<i>Dia tengah merasai suasana.</i>

91
00:05:49,244 --> 00:05:50,496
Makura.

92
00:05:50,579 --> 00:05:53,499
<i>Pembukaan, gurauan ringkas
sebelum kisah sebenar.</i>

93
00:05:54,249 --> 00:05:59,505
Rakugoka <i>gunakan masa ini
untuk sediakan penonton dan uji suasana.</i>

94
00:05:59,588 --> 00:06:02,674
<i>Aku dah faham keadaan tempat ini.</i>

95
00:06:02,758 --> 00:06:04,718
<i>Tinggal dia saja.</i>

96
00:06:05,385 --> 00:06:07,721
<i>Dia seorang saja yang nampak bosan.</i>

97
00:06:07,805 --> 00:06:09,306
<i>Jadi, aku akan beri dia…</i>

98
00:06:09,389 --> 00:06:14,478
Saya akan mempersembahkan
kisah bertajuk <i>Memuji Kanak-kanak.</i>

99
00:06:14,561 --> 00:06:17,773
Saya harap semua bersabar
dan dengar sampai habis.

100
00:06:24,238 --> 00:06:26,031
<i>Pandangan mata terakhir?</i>

101
00:06:26,115 --> 00:06:27,074
Ya.

102
00:06:27,783 --> 00:06:30,953
Bak kata orang,
mata boleh bercakap sekuat lidah.

103
00:06:31,036 --> 00:06:33,539
Ini teknik yang pramugari biasa guna.

104
00:06:33,622 --> 00:06:36,625
Sebelum pergi,
mereka pandang mata dan senyum.

105
00:06:36,708 --> 00:06:38,293
Ia memberi tanggapan baik.

106
00:06:38,794 --> 00:06:40,671
Betulkah semudah itu?

107
00:06:40,754 --> 00:06:43,590
Mestilah! Cuba fikir.

108
00:06:43,674 --> 00:06:47,511
Kalau ada orang pandang awak
dan senyum kepada awak saja,

109
00:06:47,594 --> 00:06:50,222
<i>takkah awak akan rasa istimewa?</i>

110
00:06:52,141 --> 00:06:54,560
Saburo! Bertahan!

111
00:07:01,024 --> 00:07:02,442
<i>Aku dah tak cam dia.</i>

112
00:07:02,526 --> 00:07:05,946
<i>Dalam</i> rakugo,
<i>kita perlu berbual dengan penonton.</i>

113
00:07:06,029 --> 00:07:08,532
<i>Kita boleh dapat maklumat tanpa bercakap</i>

114
00:07:08,615 --> 00:07:11,368
<i>daripada mata,
riak wajah dan perilaku orang.</i>

115
00:07:11,452 --> 00:07:13,787
<i>Dengan memahami mereka
dan bertindak balas,</i>

116
00:07:13,871 --> 00:07:15,747
<i>mereka akan tertarik kepada kisah kita.</i>

117
00:07:15,831 --> 00:07:19,251
<i>Itu hanya dapat dicapai
kalau kita fikir tentang penonton.</i>

118
00:07:19,334 --> 00:07:22,296
Orang kata meniru itu
pujian paling ikhlas,

119
00:07:22,379 --> 00:07:26,258
tapi kita takkan pergi jauh
dengan meniru orang.

120
00:07:26,341 --> 00:07:29,720
<i>Kau belajar dengan baik di Umi. Sekarang…</i>

121
00:07:29,803 --> 00:07:31,513
<i>Aku dah sedia!</i>

122
00:07:31,597 --> 00:07:33,474
<i>Boleh mula!</i>

123
00:07:33,557 --> 00:07:35,851
Helo. Kau ada tak, orang tua?

124
00:07:35,934 --> 00:07:37,978
Apa? Kau rupanya, Hachi?

125
00:07:38,061 --> 00:07:40,522
Baik. Masuklah.

126
00:07:40,606 --> 00:07:42,191
Terima kasih.

127
00:07:42,691 --> 00:07:44,401
Kenapa kau datang?

128
00:07:44,485 --> 00:07:47,362
Aku ingat aku boleh datang minum

129
00:07:47,988 --> 00:07:49,031
secara percuma.

130
00:07:49,114 --> 00:07:50,491
Apa maksud kau?

131
00:07:50,991 --> 00:07:54,495
Jangan buat-buat tak tahu.
Aku ada dengar khabar.

132
00:07:54,578 --> 00:07:58,457
Aku tahu kau beri sake percuma.

133
00:07:58,540 --> 00:08:01,418
Siapalah nak tolak? Sebab itu aku datang.

134
00:08:01,502 --> 00:08:02,419
Apa?

135
00:08:02,503 --> 00:08:04,588
Aku nak minum segelas, kedekut.

136
00:08:04,671 --> 00:08:08,300
Aduhai, bebal betul.

137
00:08:08,800 --> 00:08:12,095
Di dunia ini, mana ada minuman percuma.

138
00:08:12,179 --> 00:08:14,848
Tapi minuman bergula ada.

139
00:08:14,932 --> 00:08:16,808
Aku hidangkan minuman bergula.

140
00:08:16,892 --> 00:08:18,477
Bergula, bukan percuma?

141
00:08:18,560 --> 00:08:20,521
<i>Kisah sama, tapi bunyi berbeza.</i>

142
00:08:20,604 --> 00:08:22,356
Apa salahnya? Jauh aku datang.

143
00:08:24,942 --> 00:08:26,068
Memuji Kanak-kanak.

144
00:08:26,860 --> 00:08:28,904
<i>Hachigoro yang minta arak percuma</i>

145
00:08:28,987 --> 00:08:31,532
<i>belajar memuji daripada orang tua itu,</i>

146
00:08:31,615 --> 00:08:33,534
<i>tapi dia silap sebab tak fokus.</i>

147
00:08:33,617 --> 00:08:36,620
<i>Ini</i> zenza-banashi,
<i>babak pembukaan ringkas.</i>

148
00:08:37,162 --> 00:08:38,914
Begitu rupanya.

149
00:08:38,997 --> 00:08:40,916
Kalau ada orang 45 tahun,

150
00:08:40,999 --> 00:08:42,709
aku nak disamakan dengan dia.

151
00:08:42,793 --> 00:08:45,504
{\an8}Tapi muka kau macam dah lebih 100 tahun!

152
00:08:45,587 --> 00:08:47,422
{\an8}Bukan 100, tapi umur kemuncak.

153
00:08:48,215 --> 00:08:49,258
Kemuncak apa?

154
00:08:49,341 --> 00:08:51,552
Kau memang jahil, ya?

155
00:08:51,635 --> 00:08:53,971
Kemuncak batin lelaki waktu 42 tahun.

156
00:08:54,054 --> 00:08:56,682
Bayangkan orang kata kita 42 tahun
walhal kita 45 tahun.

157
00:08:57,724 --> 00:08:59,518
<i>Temponya santai.</i>

158
00:08:59,601 --> 00:09:01,979
<i>Sesuai dengan penonton.</i>

159
00:09:02,729 --> 00:09:05,357
<i>Ubah gaya mengikut penonton satu kemahiran</i>

160
00:09:05,440 --> 00:09:07,317
<i>yang semua</i> rakugoka <i>mesti ada.</i>

161
00:09:07,401 --> 00:09:09,319
<i>Dia belajar daripada kegagalan.</i>

162
00:09:10,112 --> 00:09:12,322
<i>Aku tak perlu risau hari ini.</i>

163
00:09:12,406 --> 00:09:13,407
…semua 45 tahun.

164
00:09:13,490 --> 00:09:16,368
Tapi macam mana
kalau aku jumpa orang 50 tahun?

165
00:09:16,451 --> 00:09:20,205
Cakaplah rupa dia
macam baru 45 atau 46 tahun.

166
00:09:20,289 --> 00:09:22,833
Baik. Kalau umur dia 60 tahun?

167
00:09:22,916 --> 00:09:24,626
Cakaplah 55 atau 56 tahun.

168
00:09:24,710 --> 00:09:25,669
Baik, faham.

169
00:09:25,752 --> 00:09:26,962
Kalau dia 70 tahun?

170
00:09:27,045 --> 00:09:28,171
Cakap 65 atau 66 tahun.

171
00:09:28,255 --> 00:09:30,716
- Kalau 80?
- Cakap 75 atau 76 tahun.

172
00:09:30,799 --> 00:09:31,717
Kalau 90?

173
00:09:31,800 --> 00:09:33,802
Cakap 85 atau 86.

174
00:09:33,885 --> 00:09:34,720
Kalau 100?

175
00:09:36,471 --> 00:09:38,932
<i>Dia meningkatkan rentak?</i>

176
00:09:39,016 --> 00:09:41,977
<i>Macam kereta menukar gear
dan memecut sikit demi sikit,</i>

177
00:09:42,060 --> 00:09:44,563
<i>makin lama, penceritaan dia makin laju.</i>

178
00:09:44,646 --> 00:09:47,107
Cakaplah rupa dia macam 95 atau 96 tahun.

179
00:09:47,190 --> 00:09:50,444
<i>Penonton pun tak sedar
yang rentaknya dah meningkat.</i>

180
00:09:50,527 --> 00:09:51,987
<i>Jangan cakap…</i>

181
00:09:52,070 --> 00:09:55,449
<i>Kau bercerita mengikut rentak
supaya penonton boleh ikut</i>

182
00:09:55,532 --> 00:09:57,951
<i>dan selesa dengan kisah kau?</i>

183
00:10:00,954 --> 00:10:04,082
Apa? Mayones pun awak buat sendiri?

184
00:10:04,166 --> 00:10:05,709
Awak memang cerewet.

185
00:10:05,792 --> 00:10:07,461
Mestilah!

186
00:10:07,544 --> 00:10:10,172
Peraturan nombor satu,
gembirakan pelanggan.

187
00:10:10,255 --> 00:10:14,092
Selagi saya berpegang pada itu,
sajian saya mesti membanggakan.

188
00:10:14,676 --> 00:10:16,053
<i>Tak sangka.</i>

189
00:10:17,012 --> 00:10:19,306
<i>Prihatin, ya?</i>

190
00:10:19,389 --> 00:10:22,351
Saya yakin Akane akan baik-baik saja.

191
00:10:22,934 --> 00:10:26,438
Terus terang, dia nampak macam bergelut.

192
00:10:26,521 --> 00:10:27,689
Satu tentang Akane,

193
00:10:28,273 --> 00:10:32,277
<i>dia ambil berat tentang orang lain
dan sanggup belajar.</i>

194
00:10:33,236 --> 00:10:37,699
Mungkin dia tergesa-gesa baru-baru ini
disebabkan anak murid lelaki itu,

195
00:10:39,534 --> 00:10:40,702
<i>tapi jangan risau.</i>

196
00:10:41,495 --> 00:10:44,998
<i>Dia akan tertumpu semula kepada penonton.</i>

197
00:10:45,749 --> 00:10:47,125
<i>Gembiranya aku.</i>

198
00:10:47,209 --> 00:10:50,212
<i>Penonton ketawa mendengar cerita aku.</i>

199
00:10:50,295 --> 00:10:52,339
<i>Aku betul-betul gembira!</i>

200
00:10:52,923 --> 00:10:54,007
Memuji Kanak-kanak

201
00:10:54,091 --> 00:10:59,096
<i>kisah tentang lelaki yang tak mahu dengar
tapi berlagak macam tahu apa dia buat.</i>

202
00:10:59,179 --> 00:11:03,266
<i>Begitulah perangai aku
sejak akhir-akhir ini.</i>

203
00:11:03,350 --> 00:11:06,144
<i>Aku boleh kaitkan kisah ini
dengan diri aku.</i>

204
00:11:06,978 --> 00:11:09,940
<i>Mahaguru pernah pesan sesuatu.</i>

205
00:11:15,320 --> 00:11:16,446
Dengar sini, Akane.

206
00:11:16,530 --> 00:11:21,368
<i>Rakugo</i> satu bentuk seni yang dicipta
oleh orang pekan pada zaman itu.

207
00:11:21,451 --> 00:11:23,370
Disebabkan itulah semua watak

208
00:11:23,453 --> 00:11:27,332
terdiri daripada tukang kayu,
nelayan, tuan tanah dan seumpamanya.

209
00:11:27,416 --> 00:11:30,210
Orang biasa macam saya dan kamu.

210
00:11:31,253 --> 00:11:32,462
Suatu hari nanti,

211
00:11:32,546 --> 00:11:36,258
kamu akan faham perasaan orang
dalam kisah-kisah ini.

212
00:11:37,300 --> 00:11:40,595
Betulkah? Tapi mereka orang zaman dulu.

213
00:11:40,679 --> 00:11:42,222
Betul.

214
00:11:42,973 --> 00:11:45,934
<i>Walaupun kehidupan
dan fikiran boleh berubah,</i>

215
00:11:46,017 --> 00:11:50,230
<i>ada satu naluri kemanusiaan
yang tetap sama sepanjang zaman.</i>

216
00:11:50,856 --> 00:11:52,149
Jadi, Akane,

217
00:11:52,649 --> 00:11:54,484
keluarlah dan timba pengalaman.

218
00:11:54,568 --> 00:11:55,944
Biarlah kamu bergelut.

219
00:11:56,027 --> 00:11:57,571
Biarlah kamu terluka.

220
00:11:58,280 --> 00:12:02,534
Suatu hari nanti, semua pengalaman itu
akan mematangkan diri kamu.

221
00:12:05,745 --> 00:12:08,331
<i>Aku tak faham maksud dia ketika itu,</i>

222
00:12:09,624 --> 00:12:11,126
<i>tapi aku dah faham.</i>

223
00:12:12,085 --> 00:12:16,339
<i>Semua pengalaman itu
membawa aku ke saat ini.</i>

224
00:12:16,923 --> 00:12:19,843
<i>Tak ada apa-apa langsung yang sia-sia.</i>

225
00:12:19,926 --> 00:12:23,013
<i>Semuanya boleh digunakan dalam</i> rakugo!

226
00:12:25,599 --> 00:12:26,808
Berapa tahun?

227
00:12:26,892 --> 00:12:29,644
Dia baru lahir,
jadi dia akan genap setahun.

228
00:12:29,728 --> 00:12:32,939
Setahun? Wah! Dia nampak muda!

229
00:12:33,023 --> 00:12:36,776
{\an8}Bodoh. Nak muda mana lagi
kalau umur dia pun baru setahun?

230
00:12:36,860 --> 00:12:39,696
{\an8}Mestilah enam bulan!

231
00:12:47,829 --> 00:12:49,206
<i>Mengagumkan.</i>

232
00:12:51,583 --> 00:12:52,834
<i>Rakugo…</i>

233
00:12:53,668 --> 00:12:55,462
<i>betul-betul menyeronokkan!</i>

234
00:13:04,012 --> 00:13:05,472
Saya terperanjat.

235
00:13:05,555 --> 00:13:07,307
Berbeza betul awak tadi.

236
00:13:07,891 --> 00:13:10,018
Teruskan usaha, pasti awak berjaya.

237
00:13:10,101 --> 00:13:11,937
Terima kasih banyak!

238
00:13:13,146 --> 00:13:14,689
Untuk apa?

239
00:13:14,773 --> 00:13:16,483
Untuk segalanya.

240
00:13:17,400 --> 00:13:21,029
Sebab awaklah saya sedar
betapa sempitnya pemikiran saya.

241
00:13:21,571 --> 00:13:22,447
Sebab awaklah

242
00:13:23,281 --> 00:13:26,660
saya mula cintakan <i>rakugo</i>
lebih daripada sebelum ini.

243
00:13:27,702 --> 00:13:28,620
<i>Begitu pula.</i>

244
00:13:29,204 --> 00:13:32,082
Saya tak faham,
tapi saya gembira dapat tolong.

245
00:13:32,874 --> 00:13:34,251
Saya dengar jawapan awak

246
00:13:34,334 --> 00:13:36,378
dengan begitu kuat dan jelas.

247
00:13:36,461 --> 00:13:38,964
Giliran saya pula untuk tunjuk.

248
00:13:39,589 --> 00:13:43,051
Saya akan tunjukkan kebolehan saya
sebagai senior awak.

249
00:13:47,305 --> 00:13:49,224
<i>Semasa pertunjukan sebelum ini,</i>

250
00:13:49,307 --> 00:13:52,769
<i>aku ada tugas di ruang menunggu,
jadi aku tak tengok persembahan dia.</i>

251
00:13:58,858 --> 00:14:02,445
<i>Ini kali pertama aku tengok</i> rakugo <i>Kyoji.</i>

252
00:14:04,573 --> 00:14:06,825
Nama saya Arakawa Kyoji.

253
00:14:07,617 --> 00:14:09,786
<i>Postur dia begitu sempurna.</i>

254
00:14:10,370 --> 00:14:12,831
<i>Postur dia saja pun dah menyejukkan mata.</i>

255
00:14:12,914 --> 00:14:15,250
…bak kata orang.

256
00:14:15,333 --> 00:14:17,794
Orang asli Edo, Edokko, tak sayang duit.

257
00:14:17,877 --> 00:14:20,797
- Mereka tak ada simpanan.
<i>- Dia cemerlang tadi.</i>

258
00:14:20,881 --> 00:14:23,383
- Dapat saja duit, terus habis.
<i>- Jadi…</i>

259
00:14:23,967 --> 00:14:25,260
<i>Apa aku nak tunjuk…</i>

260
00:14:25,343 --> 00:14:26,761
Keadaan akan berubah esok.

261
00:14:26,845 --> 00:14:29,014
<i>- …dengan persembahan ini?</i>
- Begitulah.

262
00:14:29,097 --> 00:14:32,934
Mereka hidup bebas tanpa kerunsingan.

263
00:14:33,018 --> 00:14:34,728
Aduhai.

264
00:14:34,811 --> 00:14:37,188
Kenapalah aku ambil benda ini?

265
00:14:37,272 --> 00:14:38,857
Ini dompet tak guna.

266
00:14:38,940 --> 00:14:41,985
Cuma ada tiga <i>ryo,</i> dokumen rasmi dan cap.

267
00:14:42,068 --> 00:14:45,447
Ia milik Kichigoro
dari perumahan tukang kayu Kanda.

268
00:14:45,530 --> 00:14:46,656
<i>Kisah ini…</i>

269
00:14:47,574 --> 00:14:49,409
Tiga Lelaki Hilang Satu Ryo.

270
00:14:50,160 --> 00:14:52,245
<i>Kintaro jumpa dompet di tepi jalan.</i>

271
00:14:52,329 --> 00:14:55,290
<i>Dia tengok dokumen dan cap di dalamnya,</i>

272
00:14:55,373 --> 00:14:57,959
<i>kemudian dia cari pemiliknya, Kichigoro.</i>

273
00:14:58,043 --> 00:15:01,588
<i>Tapi Edokko tak suka
pegang duit semalaman.</i>

274
00:15:02,130 --> 00:15:03,882
<i>Mereka tak nak tiga</i> ryo <i>itu,</i>

275
00:15:03,965 --> 00:15:06,468
<i>jadi mereka tolak-menolak sampai bertekak.</i>

276
00:15:06,551 --> 00:15:08,219
Ini rumahnya.

277
00:15:08,303 --> 00:15:09,721
Aku dah nampak.

278
00:15:09,804 --> 00:15:11,932
Ada "Kichi" pada papan tanda.

279
00:15:12,891 --> 00:15:16,019
Harap dia ada di rumah.

280
00:15:16,102 --> 00:15:19,356
Kalau dia tak ada,
apa aku nak buat dengan benda ini?

281
00:15:19,439 --> 00:15:21,775
Hei, pintu <i>shoji</i> ini nampak baru.

282
00:15:22,359 --> 00:15:24,527
Rasanya aku kena tengok.

283
00:15:24,611 --> 00:15:27,072
Jadi, macam mana aku nak cari kau?

284
00:15:28,073 --> 00:15:29,282
Itu pun dia.

285
00:15:29,366 --> 00:15:30,992
Jadi, itulah Kichi.

286
00:15:31,076 --> 00:15:34,454
<i>Setiap perkataan
dan pergerakan sangat teliti.</i>

287
00:15:34,537 --> 00:15:37,415
<i>Ini</i> rakugo <i>yang terperinci dan mendalam.</i>

288
00:15:38,500 --> 00:15:42,545
Hei, kalau betul kau Edokko sejati,
kau takkan makan ikan berlemak!

289
00:15:44,631 --> 00:15:45,882
Eloklah, orang pelik.

290
00:15:46,758 --> 00:15:49,719
Kau Kichigoro si tukang kayu, bukan?

291
00:15:49,803 --> 00:15:50,845
Betul.

292
00:15:50,929 --> 00:15:53,723
Aku Kichigoro si tukang kayu. Kau siapa?

293
00:15:53,807 --> 00:15:56,434
{\an8}Aku tukang plaster. Nama aku Kintaro.

294
00:15:56,518 --> 00:15:57,894
Kintaro?

295
00:15:57,978 --> 00:15:59,938
- Bukan Kintaro merah?
<i>- Begitu.</i>

296
00:16:00,563 --> 00:16:03,483
<i>Kyoji bukan setakat seorang yang serius.</i>

297
00:16:03,566 --> 00:16:05,527
<i>Dia serius sangat untuk dipandang serius!</i>

298
00:16:05,610 --> 00:16:08,780
Aku nak pulangkan dompet kau.

299
00:16:08,863 --> 00:16:10,490
Nah, ambillah.

300
00:16:11,574 --> 00:16:15,620
Tak ada sesiapa suruh kau ambil, bodoh!
Kau memang bengap!

301
00:16:15,704 --> 00:16:18,623
{\an8}Dompet aku bukannya tercicir.

302
00:16:18,707 --> 00:16:20,208
Aku sengaja tinggalkan.

303
00:16:20,291 --> 00:16:23,378
Aku tak peduli ia di Yanagihara
atau mana-mana pun!

304
00:16:24,004 --> 00:16:28,091
Tapi ada dokumen
dengan nama kau di dalamnya.

305
00:16:28,174 --> 00:16:30,593
Diamlah, bodoh! Aku tak nak duit itu.

306
00:16:30,677 --> 00:16:31,886
Kau ambillah.

307
00:16:31,970 --> 00:16:34,431
Aku pulangkan duit kau, kau tengking aku?

308
00:16:34,514 --> 00:16:36,016
Mengarut betullah!

309
00:16:36,099 --> 00:16:37,434
Kau nak gaduh? Jomlah.

310
00:16:37,517 --> 00:16:39,644
<i>Perang mulut itu dah cukup kelakar,</i>

311
00:16:39,728 --> 00:16:42,230
<i>tapi ia lebih kelakar
sebab lakonan serius dia.</i>

312
00:16:42,313 --> 00:16:43,690
Sudah-sudahlah!

313
00:16:43,773 --> 00:16:45,734
Jiran sebelah bergaduh lagi!

314
00:16:45,817 --> 00:16:47,402
Hei, tuan tanah!

315
00:16:47,485 --> 00:16:48,820
Tuan tanah!

316
00:16:49,320 --> 00:16:50,405
<i>Kyoji.</i>

317
00:16:50,989 --> 00:16:53,533
<i>Jangan cuba buat orang ketawa.</i>

318
00:16:54,034 --> 00:17:00,123
{\an8}Kamu tak cukup pandai atau mahir
untuk buat orang gelak dengan lawak bijak.

319
00:17:00,206 --> 00:17:01,833
Buat gaya serius.

320
00:17:02,709 --> 00:17:05,879
Tapi kalau saya serius,
orang takkan ketawa langsung.

321
00:17:06,379 --> 00:17:08,965
Betul. Tak seronok kalau setakat serius.

322
00:17:09,049 --> 00:17:09,883
Tapi,

323
00:17:09,966 --> 00:17:12,343
jika terlampau serius, mesti kelakar.

324
00:17:13,511 --> 00:17:16,931
Cuba kekal serius sehabis mungkin
dan jadikan ia gaya kamu.

325
00:17:17,015 --> 00:17:19,726
Ia akan jadi senjata
yang berkuasa untuk kamu.

326
00:17:19,809 --> 00:17:25,732
{\an8}Kichigoro dan Kintaro bermati-matian gaduh
tentang siapa patut ambil tiga <i>ryo</i> itu

327
00:17:25,815 --> 00:17:30,695
<i>sampailah ditentukan yang Ooka Echizen,
hakim Edo Selatan, akan buat penghakiman.</i>

328
00:17:30,779 --> 00:17:35,366
Kichigoro, dengarnya waktu Kintaro datang
hantar dompet kamu yang tercicir,

329
00:17:35,450 --> 00:17:37,786
kamu mengamuk dan menyerang dia?

330
00:17:37,869 --> 00:17:39,537
Betulkah?

331
00:17:40,038 --> 00:17:41,456
Betul, Yang Arif.

332
00:17:41,539 --> 00:17:44,209
Saya Edokko.
Saya tak ambil duit saya yang hilang.

333
00:17:44,292 --> 00:17:45,919
Jadi, saya suruh dia ambil.

334
00:17:46,002 --> 00:17:47,337
Begitu, ya?

335
00:17:47,879 --> 00:17:51,925
Kintaro, kenapa kamu tidak terima
tiga keping <i>ryo</i> itu?

336
00:17:52,467 --> 00:17:53,968
Biar betul?

337
00:17:54,052 --> 00:17:57,472
Tuan perlu ajar orang
untuk pulangkan barang hilang.

338
00:17:57,555 --> 00:17:59,682
Saya tak cukup tamak untuk ambil tiga <i>ryo.</i>

339
00:18:00,350 --> 00:18:01,935
Begitu, ya?

340
00:18:02,018 --> 00:18:06,815
Jadi, kamu berdua berkeras
tidak mahu ambil duit itu?

341
00:18:07,774 --> 00:18:11,319
<i>Hubungan mahaguru dengan anak murid
dalam</i> rakugo <i>memang aneh.</i>

342
00:18:12,070 --> 00:18:16,032
<i>Tak ada faedah pun bagi mahaguru
kalau dia ambil anak murid.</i>

343
00:18:16,533 --> 00:18:21,121
<i>Selain mengajar tatatertib, melatih</i> rakugo

344
00:18:21,788 --> 00:18:25,458
<i>dan lain-lain, mereka hanya memberi.</i>

345
00:18:26,334 --> 00:18:27,335
<i>Walaupun begitu…</i>

346
00:18:29,629 --> 00:18:30,630
Baiklah.

347
00:18:30,713 --> 00:18:35,093
Saya, Echizen,
sudah dengar hujah kamu berdua.

348
00:18:35,176 --> 00:18:39,681
Tiga <i>ryo</i> yang menjadi punca perbalahan ini
akan diserahkan kepada saya.

349
00:18:40,181 --> 00:18:45,019
Sekarang, saya akan beri ganjaran
kepada Kichigoro dan Kintaro.

350
00:18:46,187 --> 00:18:49,774
Ini ganjaran kerana kamu menunjukkan
kemurahan hati Edokko.

351
00:18:49,858 --> 00:18:51,234
<i>Walaupun begitu,</i>

352
00:18:51,317 --> 00:18:53,778
<i>Mahaguru jaga kami seperti anak sendiri.</i>

353
00:18:53,862 --> 00:18:57,198
<i>Dia mengawasi kami tanpa sebarang upah.</i>

354
00:18:57,782 --> 00:18:59,617
<i>Kami sangat terhutang budi.</i>

355
00:19:01,744 --> 00:19:04,831
Baik, sambung daripada yang sebelum ini.

356
00:19:04,914 --> 00:19:05,874
Baik.

357
00:19:06,541 --> 00:19:11,546
Kalau Kichigoro ambil dompet dia semula,
dia akan ada tiga keping <i>ryo.</i>

358
00:19:11,629 --> 00:19:15,925
Kalau Kintaro simpan,
dia juga akan ada tiga keping <i>ryo.</i>

359
00:19:16,009 --> 00:19:19,637
Saya akan tambah satu <i>ryo</i>
kepada tiga yang saya dah ambil,

360
00:19:19,721 --> 00:19:22,390
dan saya akan beri dua keping seorang.

361
00:19:22,473 --> 00:19:26,269
<i>Sebab itulah, sebagai senior,
aku akan layan kau dengan baik.</i>

362
00:19:26,895 --> 00:19:29,480
<i>Seperti Mahaguru melayani aku dengan baik.</i>

363
00:19:29,564 --> 00:19:32,901
<i>Aku akan terus menjadi lelaki
yang layak memberikan anugerah ini.</i>

364
00:19:33,693 --> 00:19:36,738
<i>Manusia yang menjadikan
kata-kata itu bermakna.</i>

365
00:19:37,488 --> 00:19:38,740
<i>Jadi, sebagai manusia</i>

366
00:19:39,490 --> 00:19:40,742
<i>dan sebagai</i> rakugoka,

367
00:19:40,825 --> 00:19:43,786
<i>aku akan berjalan di hadapan
dan bimbing kau.</i>

368
00:19:43,870 --> 00:19:47,123
<i>Aku akan jadi anak murid senior
yang kau mahu tandingi.</i>

369
00:19:49,000 --> 00:19:50,293
Keputusan saya…

370
00:19:52,253 --> 00:19:55,423
Tiga lelaki kehilangan satu <i>ryo</i> seorang!

371
00:19:56,716 --> 00:19:58,051
<i>Hebatnya…</i>

372
00:20:03,723 --> 00:20:07,101
<i>Inilah</i> rakugo <i>Kyoji!</i>

373
00:20:11,105 --> 00:20:12,815
UMI

374
00:20:12,899 --> 00:20:16,569
Jadi, semuanya sangat lancar?
Saya tumpang gembira!

375
00:20:16,653 --> 00:20:17,862
Ya!

376
00:20:17,946 --> 00:20:20,031
<i>Rakugo</i> Kyoji sangat mengagumkan!

377
00:20:21,241 --> 00:20:23,534
Benda-benda yang saya belajar di sini,

378
00:20:23,618 --> 00:20:25,411
- saya guna dalam <i>makura.</i>
- Oh, ya.

379
00:20:25,495 --> 00:20:27,330
Saya tak kisah,

380
00:20:27,413 --> 00:20:30,708
tapi ada orang tak suka <i>makura</i>
semasa babak pembukaan.

381
00:20:30,792 --> 00:20:31,918
Awak kena ingat.

382
00:20:32,001 --> 00:20:32,919
Baik!

383
00:20:35,046 --> 00:20:38,216
Satu lagi, panggil saya Abang Kyoji.

384
00:20:39,926 --> 00:20:41,803
Abang?

385
00:20:42,303 --> 00:20:43,221
Betul.

386
00:20:43,930 --> 00:20:48,059
<i>Seorang anak murid dan mahaguru
ibarat anak dan ayahnya.</i>

387
00:20:48,142 --> 00:20:51,479
<i>Mahaguru ibarat ayah,
anak murid pula anaknya.</i>

388
00:20:51,562 --> 00:20:53,648
<i>Maknanya, kita adik-beradik.</i>

389
00:20:54,232 --> 00:20:59,153
<i>Rakugoka</i> panggil senior rapat mereka
abang atau kakak kerana hormat.

390
00:20:59,946 --> 00:21:01,656
Faham tak, Akane?

391
00:21:02,949 --> 00:21:05,118
Jangan pandang ke dalam sekarang.

392
00:21:05,201 --> 00:21:06,536
Saya dengar jawapan awak

393
00:21:06,619 --> 00:21:08,204
dengan begitu kuat dan jelas.

394
00:21:09,414 --> 00:21:11,291
<i>Ini kali pertama dia panggil aku Akane.</i>

395
00:21:11,874 --> 00:21:12,709
Baik!

396
00:21:14,210 --> 00:21:17,213
Terima kasih sebab ajar saya, Abang Kyoji!

397
00:21:17,297 --> 00:21:19,132
{\an8}Bagus.

398
00:21:20,925 --> 00:21:23,344
Kalaulah dapat jadi muda semula.

399
00:21:23,428 --> 00:21:27,974
Oh, ya. Awak dah sedia
untuk ujian pertengahan penggal?

400
00:21:28,057 --> 00:21:29,475
Alamak!

401
00:21:30,810 --> 00:21:32,228
"Alamak"?

402
00:21:32,312 --> 00:21:34,856
Kenapa "alamak" pula?

403
00:21:36,274 --> 00:21:37,817
Maksud saya…

404
00:21:37,900 --> 00:21:41,404
{\an8}Saya baru nak mula baca buku.

405
00:21:41,487 --> 00:21:43,614
Bebal!

406
00:21:45,116 --> 00:21:48,703
Abang dah cakap,
pelajaran itu keutamaan seorang pelajar!

407
00:21:48,786 --> 00:21:52,373
Kamu tak boleh teman abang
semasa musim ujian! Fokus belajar!

408
00:21:52,457 --> 00:21:55,460
Mulai esok, bawa buku nota
dan jumpa abang setiap hari!

409
00:21:55,543 --> 00:21:56,502
Jangan malu!

410
00:21:56,586 --> 00:21:58,296
- Macam manalah…
- Biar abang ajar!

411
00:21:58,379 --> 00:22:00,256
- …boleh begini?
- Abang senior kamu!

412
00:22:00,340 --> 00:22:02,967
- Dengar tak, Akane?
- Kalaulah dapat jadi muda semula.

413
00:23:38,062 --> 00:23:40,940
Sembang-sembang Akane!

414
00:23:44,360 --> 00:23:45,486
Abang Kyoji.

415
00:23:45,570 --> 00:23:49,031
Saya rasa kita dah cukup rapat
sebab panggil "abang".

416
00:23:49,115 --> 00:23:54,328
Ya. Barulah lebih jelas
yang kita satu sekolah dan satu keluarga.

417
00:23:54,412 --> 00:23:56,205
- Baik.
- Tapi…

418
00:23:56,289 --> 00:24:02,628
<i>rakugoka</i> juga biasa panggil senior
dari sekolah lain "abang" atau "bang".

419
00:24:02,712 --> 00:24:08,426
Di Kansai pula,
mereka guna "bang", bukan "abang".

420
00:24:10,595 --> 00:24:13,556
Tapi itu cuma gelaran
sehingga pangkat <i>futatsume.</i>

421
00:24:13,639 --> 00:24:15,516
Bagi senior yang <i>shin'uchi,</i>

422
00:24:15,600 --> 00:24:19,312
boleh dianggap hinaan
kalau tak panggil "Mahaguru". Hati-hati.

423
00:24:19,395 --> 00:24:21,689
- Saya akan ingat.
- Satu lagi.

424
00:24:21,772 --> 00:24:25,276
Kita boleh panggil mahaguru lain
dengan "Mahaguru Namanya",

425
00:24:25,359 --> 00:24:31,157
tapi mahaguru sendiri pula
cuma "Mahaguru" atau "tuan".

426
00:24:31,240 --> 00:24:36,454
Hubungan mahaguru dengan anak murid
macam ayah dengan anak. Kamu dah faham?

427
00:24:36,537 --> 00:24:40,499
Macam saya sebut "ayah"
apabila cakap pasal ayah sendiri,

428
00:24:40,583 --> 00:24:43,669
tapi saya sebut "Ayah Nama Kawan"
apabila cakap pasal ayah kawan.

429
00:24:43,753 --> 00:24:44,962
Bodoh!

430
00:24:45,046 --> 00:24:49,217
Hormatlah sikit orang tua.
Guna "bapa", bukan "ayah"!

431
00:24:49,300 --> 00:24:51,052
Baik.

432
00:24:51,135 --> 00:24:53,137
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi

