WEBVTT

00:12.676 --> 00:19.423
(Monster Eater)

01:30.083 --> 01:31.019
(Episod 7: Misi Pembasmian Pertama)

01:31.020 --> 01:33.373
Misi di ladang ikan Barona
telah berjaya diselesaikan.

01:33.771 --> 01:36.619
Ganjaran sudah diterima,
momentumnya bagus.

01:36.620 --> 01:39.429
Tambahan pula, kita sudah
membentuk pasukan bersama.

01:39.818 --> 01:43.884
Mari kita berusaha untuk menghadapi
misi pertama sebagai pasukan.

01:44.570 --> 01:45.721
Biarpun begitu,

01:45.722 --> 01:47.822
jika ada ahli pasukan yang berada
pada tahap E,

01:47.823 --> 01:50.518
mungkin kita tak dapat
menerima misi yang baik.

01:50.917 --> 01:52.373
Sudah tentu saya faham.

01:52.374 --> 01:53.968
Jadi, pada mulanya...

01:55.319 --> 01:56.625
Maaf.

01:57.719 --> 02:00.074
Saya akan berpasukan
dengan orang ini mulai hari ini.

02:00.075 --> 02:02.225
Bolehkah awak tolong daftar?

02:03.577 --> 02:08.570
Pengembara tahap S, Elysia dari Badai Jed?

02:08.571 --> 02:10.674
Kenapa awak berpasukan dengan
Pengumpul Miasma seperti itu?

02:10.675 --> 02:12.817
Maaf, saya dah tahu.

02:13.226 --> 02:17.828
Untuk pendaftaran pasukan,
sila isi borang ini.

02:18.520 --> 02:20.765
Terima kasih atas bantuan awak.

02:20.766 --> 02:23.725
Selain itu, saya ingin
meningkatkan tahap pengembara Rudd.

02:23.726 --> 02:26.264
Apakah syarat yang masih belum
dipenuhinya sekarang?

02:26.265 --> 02:28.316
Biar saya lihat.

02:28.317 --> 02:32.866
Pencapaian Encik Rudd
dalam pengumpulan sudah mencukupi.

02:32.867 --> 02:35.879
Sekarang, dia cuma kekurangan
pencapaian dalam pembasmian.

02:36.272 --> 02:37.130
Tolong beritahu saya,

02:37.131 --> 02:41.614
misi mana yang paling sukar
dan boleh kami terima?

02:41.615 --> 02:42.321
Tiada masalah.

02:42.718 --> 02:45.224
Misi yang memenuhi syarat sekarang...

02:45.624 --> 02:49.179
Misi membasmi serigala kelabu
kebetulan sesuai dengan kamu.

02:56.319 --> 02:58.778
Kemahiran Persembunyian.

02:59.367 --> 03:00.571
Rasakan!

03:03.821 --> 03:05.621
Tolong uruskan serigala yang lain.

03:05.622 --> 03:07.229
Ayuh, Cylphiid.

03:07.725 --> 03:09.130
Tolong bantu saya.

03:11.825 --> 03:14.224
Itulah kemahiran khas Elysia,

03:14.225 --> 03:15.621
Sihir Bunian.

03:18.870 --> 03:21.073
Wahai angin, tebaslah semuanya.

03:23.476 --> 03:25.065
Kuasa yang menakjubkan.

03:25.471 --> 03:29.276
Serigala kelabu cuma bertahap rendah tapi
dia dapat hapuskan semuanya sekali gus.

03:31.422 --> 03:34.871
Saya masih tidak dapat menggunakan
kuasa seperti sebelum dikutuk.

03:34.872 --> 03:37.527
Awak dah cukup hebat kerana memiliki
kuasa sebegini selepas tahan menurun.

03:37.920 --> 03:42.517
Entah betapa hebatnya kuasa dia
pada zaman kemuncak.

03:45.475 --> 03:47.269
Habislah, saya tak sempat
mengaktifkan kemahiran.

03:47.270 --> 03:48.385
Cylphiid!

03:51.777 --> 03:53.768
Hebatnya.

03:53.769 --> 03:55.567
Terima kasih atas bantuan awak, Elysia.

03:55.568 --> 03:57.574
Awak patut ucapkan terima kasih kepadanya.

03:59.320 --> 04:02.875
Namun, nampaknya kita
masih tidak boleh leka.

04:03.771 --> 04:07.518
Ada sekitar sepuluh ekor serigala lagi
yang bersembunyi dalam semak.

04:07.519 --> 04:09.968
Mungkin ada lebih banyak musuh
yang bersembunyi dalam kegelapan.

04:10.372 --> 04:12.879
Kalau begitu,
sekarang giliran saya untuk bertindak.

04:14.820 --> 04:18.037
Kemahiran Persepsi Sonik.

04:23.520 --> 04:26.275
Serigala kelabu yang tinggal
kurang daripada 30 ekor.

04:26.777 --> 04:28.716
Ditambah dengan serigala
yang dihapuskan tadi,

04:28.717 --> 04:30.723
saya dapat menyelesaikan pencapaian
pembasmian selepas hapuskan semuanya.

04:31.120 --> 04:32.062
Elysia,

04:33.120 --> 04:35.828
tolong serang lokasi
yang saya sebut nanti.

04:43.279 --> 04:47.273
Ketepatan Persepsi Sonik akan menurun
jika tidak berada dalam ruang tertutup.

04:47.274 --> 04:49.473
Meminta Elysia menembak
semua musuh secara tepat

04:49.474 --> 04:51.524
pastinya beban yang berat untuknya.

04:51.525 --> 04:52.330
Namun,

04:53.022 --> 04:56.083
jika kami dapat mengepung musuh dari luar,

04:56.084 --> 04:58.922
kami dapat mendesak
semua serigala kelabu ke satu tempat.

05:01.879 --> 05:04.528
Bagus, tugas saya sudah selesai.

05:04.917 --> 05:07.226
Sekarang giliran awak, Rudd.

05:11.524 --> 05:14.278
Kemahiran Awan Kelumpuhan.

05:22.124 --> 05:24.521
Jumlahnya 52 ekor.

05:24.522 --> 05:29.119
Kita dapat membunuh serigala
yang sudah lumpuh dengan mudah,

05:29.120 --> 05:33.316
tapi jumlah ini terlalu banyak.

05:33.317 --> 05:36.923
Tak sangka kita akan menghadapi
begitu banyak serigala dalam masa sehari.

05:37.670 --> 05:40.261
Bilangan serigala kelabu
meningkat begitu banyak

05:40.262 --> 05:43.280
mungkin kerana
tak ramai yang terima misi ini.

05:43.664 --> 05:45.772
Namun, untuk misi tahap ini,

05:45.773 --> 05:47.986
jumlahnya memang terlalu banyak.

05:47.987 --> 05:51.569
Oh ya, adakah awak
gunakan Sihir Bunian tadi?

05:51.570 --> 05:52.282
Ya.

05:52.873 --> 05:57.883
Saya boleh gunakan sihir melalui
kuasa bunian dalam alam semula jadi.

05:58.417 --> 06:01.028
Ini Bunian Angin, Cylphiid.

06:01.470 --> 06:05.476
Bunian jarang-jarang muncul,
tapi mereka wujud di mana-mana saja.

06:05.477 --> 06:09.982
Kuasa sihir diperlukan
untuk menggunakan kekuatan bunian.

06:10.818 --> 06:16.421
Pada dasarnya, kuasa sihir dihabiskan
sama seperti sihir biasa,

06:16.422 --> 06:19.928
tetapi Sihir Bunian dapat lancarkan sihir
yang lebih kuat dengan sikit kuasa sihir.

06:19.929 --> 06:24.375
Fenomena yang sukar dijelaskan tadi
ialah kekuatan Sihir Bunian.

06:24.771 --> 06:29.124
Saya memang tak pernah dengar tentang
sihir angin yang dapat melayang di udara.

06:30.521 --> 06:33.624
Aduh!

06:33.625 --> 06:34.819
Cepat berhenti!

06:34.820 --> 06:37.373
Oh ya, Cylphiid sangat suka
mengusik orang.

06:37.374 --> 06:40.024
Makin besar reaksi awak,
makin dia suka mengusik awak.

06:40.479 --> 06:42.166
Baiklah, Cylphiid.

06:42.167 --> 06:44.178
Lepaskan dia sekarang.

06:45.670 --> 06:50.016
Hari sudah hampir gelap,
saya pun nak balik awal.

06:50.017 --> 06:53.726
Mari kita terbang balik dari sini.

06:58.075 --> 07:00.366
Hebatnya!

07:00.776 --> 07:04.219
Hei, Sihir Bunian pun ada
perbezaan unsur, kan?

07:04.220 --> 07:07.623
Unsur Sihir Bunian mana lagi
yang dapat awak gunakan?

07:08.021 --> 07:11.675
Saya juga mahir unsur air,
ais, cahaya dan tanah.

07:12.023 --> 07:15.417
Namun, keserasian saya dengan
unsur kegelapan dan api agak lemah.

07:15.418 --> 07:19.574
Meminjam kekuatan daripada bunian yang
kurang serasi perlukan banyak kuasa sihir.

07:19.575 --> 07:22.422
Bunian mungkin enggan
pinjam kekuatan juga.

07:23.018 --> 07:26.824
Mereka selalu tak muncul ketika dipanggil,
kewujudan mereka pun tak dapat dirasakan.

07:27.921 --> 07:31.690
Maksudnya, Cylphiid
memang sangat menyukai awak.

07:32.725 --> 07:34.418
Awak pasti?

07:34.419 --> 07:37.735
Ya, bukankah saya pernah kata
dia suka sangat mengusik orang?

07:40.418 --> 07:42.424
Elysia, ada asap di sana.

07:43.628 --> 07:45.930
Saya ingat ada sebuah kampung di sana.

07:48.173 --> 07:49.271
Cis!

07:49.272 --> 07:53.067
Bukankah kawasan ini
cuma ada raksasa seperti serigala kelabu?

07:53.068 --> 07:54.925
Kenapa tempat ini ada...

07:55.418 --> 07:57.222
Baphomet.

08:09.318 --> 08:11.127
Kemahiran Bom Air.

08:13.674 --> 08:15.476
Kamu tak apa-apa?

08:16.821 --> 08:17.925
Terima kasih.

08:17.926 --> 08:20.371
Kami akan uruskan raksasa itu.

08:20.372 --> 08:22.625
Tolong jelaskan keadaan sekarang.

08:23.182 --> 08:27.126
Kami baru balik dari labirin berdekatan
dan singgah berehat di kampung ini.

08:27.620 --> 08:31.076
Oleh sebab dia tercedera, kami ingin
bermalam di sini sebelum pulang.

08:31.875 --> 08:34.766
Semasa makan, kami tiba-tiba dengar
bunyi letupan yang kuat di luar.

08:34.767 --> 08:38.179
Kami segera keluar dengan senjata
dan nampak keadaan mengerikan ini.

08:38.565 --> 08:39.624
Begitu rupanya.

08:40.021 --> 08:43.121
Maksudnya, ia muncul
secara tiba-tiba tanpa amaran.

08:44.023 --> 08:48.825
Baphomet tak sepatutnya muncul
secara tiba-tiba di tempat seperti ini.

08:48.826 --> 08:51.024
Apa sebenarnya yang berlaku?

08:51.025 --> 08:52.774
Apa yang patut kami buat?

08:52.775 --> 08:54.776
Kami sanggup lakukan apa-apa saja
untuk membantu.

08:54.777 --> 08:58.426
Baiklah. Saya nak minta kamu
lakukan seperkara.

09:00.820 --> 09:01.724
Penilaian.

09:04.573 --> 09:05.625
KEMAHIRAN PRINSIP SIHIR API, PRINSIP SIHIR TANAH
Prinsip Sihir.

09:05.626 --> 09:06.473
PERSEPSI SONIK, PENINGKATAN KEKUATAN MENTAL
Prinsip Sihir.

09:06.474 --> 09:09.422
Setakat ini, sihir api
yang saya gunakan terlalu lemah.

09:09.423 --> 09:11.422
Ia tak dapat digunakan
dalam pertarungan sebenar.

09:16.625 --> 09:18.220
Kalau saya makan raksasa ini,

09:18.682 --> 09:20.974
mungkin saya akan dapat
gunakan sihir dalam pertarungan.

09:23.821 --> 09:25.327
Serangan saya dihalang!

09:32.422 --> 09:33.329
Rudd.

09:33.873 --> 09:35.026
Awak tak apa-apa?

09:36.617 --> 09:39.421
Ia tidak melepaskan
semua tombak api sekali gus

09:39.424 --> 09:41.319
dan simpan dua batang sebagai persediaan.

09:41.320 --> 09:42.924
Tujuannya adalah untuk pertahanan?

09:43.321 --> 09:44.923
Lawan ini memang mencabar.

09:47.321 --> 09:49.722
Nampaknya ia mula
berwaspada terhadap kita.

09:49.723 --> 09:52.131
Mari kita bertukar maklumat sekarang.

09:53.026 --> 09:55.642
Nampaknya penduduk kampung
belum pindah sepenuhnya.

09:56.072 --> 09:58.971
Saya sudah minta dua orang tadi
untuk bantu dalam pemindahan.

09:58.974 --> 10:01.274
Namun, ia mungkin akan
mengambil sedikit masa lagi.

10:01.275 --> 10:02.974
Berapa banyak kuasa sihir awak
yang tinggal sekarang?

10:02.975 --> 10:04.677
Masih ada banyak lagi.

10:05.483 --> 10:08.976
Namun, jika masih ada
penduduk kampung di sini,

10:08.977 --> 10:12.725
saya tak boleh guna sihir berkuasa tinggi
untuk hapuskannya sekali gus.

10:13.375 --> 10:16.831
Tanpa Sihir Bunian berkuasa tinggi,

10:17.322 --> 10:19.321
saya terpaksa mencari ikhtiar
untuk melawannya.

10:19.716 --> 10:20.621
Rudd.

10:21.675 --> 10:23.872
Saya akan menangani sihirnya.

10:23.873 --> 10:26.471
Serahkan saja pada saya.

10:28.472 --> 10:30.026
Tak kira apa-apa yang berlaku,

10:30.426 --> 10:32.328
jangan hentikan langkah awak.

10:38.979 --> 10:40.228
Serangan telah dihilangkan.

10:40.229 --> 10:43.772
Dia menghilangkan serangannya
dengan sihir lawan yang sama kuasa?

10:47.579 --> 10:48.318
Pergilah!

10:52.671 --> 10:55.820
Dia cipta serpihan batu dengan jisim
yang sama untuk batalkan serangannya.

10:56.121 --> 10:58.440
Inilah kekuatan pengembara tahap S?

11:01.676 --> 11:03.070
Peningkatan Kekuatan!

11:19.469 --> 11:22.319
Macam mana rasa
dikalahkan oleh sihir sendiri?
