WEBVTT

00:11.574 --> 00:16.454
‎Suara Hayato
‎memecahkan gegendang telinga lagi.

00:17.079 --> 00:20.958
<i>‎Yota berkelakuan pelik sejak pesta sukan.</i>

00:21.042 --> 00:22.043
‎PESTA SUKAN

00:22.126 --> 00:23.711
<i>‎Dia sangat bersemangat ketika itu.</i>

00:23.794 --> 00:25.129
‎MENGELAMUN - KARAOKE

00:25.212 --> 00:26.714
<i>‎Seolah-olah fikirannya melayang.</i>

00:26.797 --> 00:28.132
‎BERGEGAS PERGI - KORIDOR

00:28.215 --> 00:30.217
<i>‎Miki juga macam mengelak daripada dia.</i>

00:31.010 --> 00:34.472
<i>‎Ada sesuatu terjadi
‎kepada mereka hari itu di sekolah?</i>

00:35.306 --> 00:36.307
‎MENCUCUK

00:36.390 --> 00:37.475
‎- Miki?
‎- Apa?

00:37.558 --> 00:38.601
‎HENTIKAN

00:38.684 --> 00:40.227
‎- Awak okey?
‎- Hah?

00:40.311 --> 00:41.312
‎KEKOK

00:41.395 --> 00:42.396
‎Kenapa awak tanya?

00:42.480 --> 00:43.481
<i>‎Dia tak pandai sorok.</i>

00:43.564 --> 00:46.859
‎Kenapa pula saya tak okey?

00:46.942 --> 00:48.861
‎Saya cuma agak mengantuk.

00:49.570 --> 00:50.488
‎ALAMAK

00:51.989 --> 00:53.866
‎Ya? Kalau begitu, baguslah.

00:58.454 --> 01:02.625
<i>‎Miki berkelakuan pelik
‎sejak pesta sukan itu.</i>

01:02.708 --> 01:05.586
<i>‎Dia sangat bersemangat ketika itu.</i>

01:06.212 --> 01:07.213
<i>‎Apa yang terjadi?</i>

01:08.839 --> 01:10.925
<i>‎Dia buat muka menggerunkan itu lagi.</i>

01:13.260 --> 01:16.555
<i>‎Ada sesuatu terjadi dengan Yota
‎semasa mereka bertugas mengemas?</i>

01:18.849 --> 01:19.892
‎Yota.

01:19.975 --> 01:20.976
‎MELUNCUR

01:21.060 --> 01:22.478
‎Koyun? Ada apa?

01:23.354 --> 01:24.855
‎Begini…

01:25.898 --> 01:27.024
‎Awak okey?

01:27.608 --> 01:29.151
‎(CUBA) SENYUM

01:31.362 --> 01:33.030
‎PFFT - HAH?

01:33.113 --> 01:34.365
<i>‎Teruknya dia.</i>

01:35.908 --> 01:37.785
‎Jom keluar?

01:40.496 --> 01:41.872
‎Miki dapat tahu.

01:42.748 --> 01:45.668
‎Apa? Maksud awak…

01:45.751 --> 01:47.753
‎Awak beritahu dia?

01:47.837 --> 01:52.675
‎Tak, saya tak sengaja tunjukkan
‎melalui perbuatan saya.

01:52.758 --> 01:57.054
‎Kalau saya buat macam biasa,
‎pasti dia takkan tahu.

01:57.138 --> 01:59.765
‎Dia tak tunjuk apa-apa petanda
‎yang dia perasan.

02:01.100 --> 02:06.188
‎Buat seketika,
‎saya harap agar dia faham sendiri.

02:08.691 --> 02:11.235
‎Saya kata saya tak kisah terus jadi kawan.

02:11.318 --> 02:13.320
‎Saya patut tetapkan pendirian, bukan?

02:14.238 --> 02:17.575
‎Tapi Miki sangat menyanjung awak.

02:18.242 --> 02:21.996
‎Kalau dia tahu awak suka dia,
‎mungkin dia akan rasa begitu juga.

02:22.621 --> 02:23.956
‎Rasanya tidak.

02:25.082 --> 02:29.545
‎Sejak sekolah menengah lagi,
‎Miki cuma anggap saya sebagai kawan.

02:29.628 --> 02:31.338
‎Paling rapat pun, kawan baiknya.

02:32.506 --> 02:34.091
‎Harap begitulah.

02:35.926 --> 02:41.098
‎Sejujurnya, itu pun dah cukup.

02:41.182 --> 02:44.768
‎Setidaknya, itulah yang saya fikir dulu.

02:49.899 --> 02:53.152
‎Sekarang dia dah tahu perasaan awak,

02:53.235 --> 02:57.364
‎tapi tak bermakna dia akan benci
‎atau cuba putuskan hubungan dengan awak.

02:57.948 --> 03:01.493
‎Tentu dia tak tahu
‎cara hadapi semua ini sekarang.

03:01.577 --> 03:04.830
‎Miki ambil berat
‎tentang orang di sekelilingnya.

03:05.706 --> 03:07.958
‎Dia takkan buat tindakan melulu.

03:10.711 --> 03:12.004
‎Betul kata awak.

03:12.087 --> 03:16.550
‎Sebab itu saya tak boleh
‎biarkan hubungan kami terus kabur begini.

03:18.886 --> 03:20.763
‎Koyun. Saya…

03:21.931 --> 03:23.682
‎Saya akan tamatkannya.

03:26.518 --> 03:30.940
‎EPISOD 14
‎MENGGEMPARKAN

03:31.023 --> 03:32.024
‎BURGER DREAM DREAM

03:32.107 --> 03:34.735
<i>‎Aku rasa Yota sukakan aku…</i>

03:34.818 --> 03:39.365
<i>‎Aku tak boleh cakap kepada Minato
‎atau sesiapa pun, tentang ini.</i>

03:39.448 --> 03:41.492
<i>‎Walaupun semua ini cuma khayalan aku</i>

03:41.575 --> 03:44.036
<i>‎atau walaupun ia benar…</i>

03:44.119 --> 03:47.414
<i>‎Kalau aku beritahu seseorang,
‎Yota akan terluka.</i>

03:48.832 --> 03:50.918
<i>‎Koyun pula?</i>

03:51.001 --> 03:53.796
<i>‎Kalau Koyun suka Yota, jadi…</i>

03:54.463 --> 03:58.092
<i>‎Aku akan buat hati dua orang terluka!</i>

03:59.176 --> 04:00.469
‎Pelanggan nak bayar.

04:00.552 --> 04:02.805
‎Ya! Baik!

04:03.514 --> 04:04.848
‎TUTUP

04:06.725 --> 04:09.520
‎Hei, Miki. Ada masalah di sekolah lagi?

04:10.312 --> 04:12.690
‎Awak nampak muram sepanjang hari.

04:12.773 --> 04:15.234
‎Awak perasan? Saya minta maaf.

04:15.317 --> 04:16.735
‎Cakaplah.

04:16.819 --> 04:18.362
‎Kami nak dengar rungutan awak.

04:18.445 --> 04:20.739
‎Tak, saya tak ada rungutan.

04:22.408 --> 04:26.620
<i>‎Mungkin lebih mudah cakap dengan mereka
‎berbanding kawan di sekolah.</i>

04:27.997 --> 04:29.123
‎Begini…

04:31.125 --> 04:35.796
‎Saya mungkin baru dapat tahu
‎seseorang yang saya anggap kawan

04:35.879 --> 04:39.383
‎mungkin mencintai saya.

04:39.967 --> 04:41.969
‎Apa saya patut buat?

04:43.971 --> 04:47.391
‎Patutkah saya berpura-pura tak sedar
‎dan teruskan hidup macam biasa?

04:47.891 --> 04:50.519
‎Atau saya patut mengelak dia…

04:51.020 --> 04:52.896
‎Saya tak tahu apa nak buat.

04:52.980 --> 04:53.981
‎TERKEDU

04:54.064 --> 04:55.649
<i>‎- Cinta remaja.
‎- Cinta remaja.</i>

04:56.692 --> 05:00.779
‎Saya mungkin berbesar hati
‎asalkan saya tak benci orang itu.

05:01.947 --> 05:04.700
‎Malah, kalau saya tahu
‎ada gadis sukakan saya,

05:04.783 --> 05:07.995
‎mungkin saya akan ajak dia keluar.

05:08.078 --> 05:09.079
‎Betulkah?

05:09.163 --> 05:11.874
‎Tapi kalau keadaan tak berjalan lancar?

05:11.957 --> 05:14.418
‎Kita akan kehilangan kawan dan kekasih.

05:15.044 --> 05:19.089
‎Ya, tapi saya masih melepak
‎dengan bekas kekasih. Macam keluar makan.

05:19.173 --> 05:21.675
‎Saya tak rasa boleh buat begitu.

05:21.759 --> 05:25.179
‎Semakin meningkat usia,
‎hubungan tak jelas begitu semakin banyak.

05:25.262 --> 05:26.430
‎Pandai cakap orang.

05:27.056 --> 05:29.600
‎Kawan awak itu lelaki atau perempuan?

05:29.683 --> 05:30.893
‎Lelaki.

05:30.976 --> 05:32.811
‎Kalau begitu, saya tak pasti.

05:32.895 --> 05:38.400
‎Kalau itu cinta bertepuk sebelah tangan
‎daripada orang yang tak boleh ditewaskan,

05:38.484 --> 05:40.903
‎lebih baik tamatkan dari awal.

05:40.986 --> 05:45.199
‎Berdasarkan pengalaman saya dengan lelaki,
‎kita perlu sediakan senjata.

05:45.282 --> 05:46.700
‎Siapa sakiti awak?

05:46.784 --> 05:47.785
‎BERANG

05:47.868 --> 05:52.873
‎Lelaki dan perempuan
‎yang ditolak cinta tak sama reaksinya.

05:53.499 --> 05:57.586
‎Dia bukan jenis yang cepat naik angin,
‎jadi saya tak perlu risau.

05:58.420 --> 06:02.966
‎Pasti lebih mudah
‎kalau awak pun ada perasaan terhadap dia.

06:04.176 --> 06:05.886
<i>‎Perasaan terhadap dia…</i>

06:09.848 --> 06:12.476
<i>‎Ketika aku bersama Yota…</i>

06:13.060 --> 06:16.438
<i>‎Aku boleh jadi diri sendiri
‎dan kami sentiasa berseronok.</i>

06:16.522 --> 06:19.817
<i>‎Aku pasti Yota pun rasa begitu.</i>

06:20.317 --> 06:23.821
<i>‎Kami sangat selesa dengan satu sama lain.</i>

06:23.904 --> 06:25.489
<i>‎Kawan yang saling menghargai.</i>

06:26.573 --> 06:28.909
<i>‎Betapa aku berharap itulah keadaannya…</i>

06:30.452 --> 06:32.871
‎GALERI GAMBAR

06:37.960 --> 06:41.213
<i>‎Kalau aku bukan gadis?</i>

06:41.296 --> 06:43.590
<i>‎Jika dia takkan jatuh cinta dengan aku?</i>

06:44.675 --> 06:47.719
<i>‎Adakah kami akan jadi rapat seperti ini?</i>

06:47.803 --> 06:49.721
<i>‎Dia masih akan layan aku dengan baik?</i>

06:50.848 --> 06:52.975
<i>‎Aku nak Yota melihat aku,</i>

06:53.976 --> 06:57.062
<i>‎bukan sebagai gadis
‎atau orang yang boleh dicintai,</i>

06:57.896 --> 07:01.608
<i>‎tapi seseorang
‎yang boleh dijadikan sahabat.</i>

07:07.739 --> 07:08.740
‎PANGGILAN MASUK

07:08.824 --> 07:09.825
‎Minato?

07:11.160 --> 07:12.411
‎Helo?

07:12.494 --> 07:14.830
<i>‎Helo. Awak lapang nak bercakap?</i>

07:14.913 --> 07:17.166
‎Ya. Awak di luar?

07:17.249 --> 07:19.751
‎Ya. Saya bawa Ponta keluar berjalan.

07:19.835 --> 07:21.503
‎Si Rakun?

07:21.587 --> 07:23.589
‎Saya dah cakap namanya Ponta.

07:23.672 --> 07:24.715
<i>‎Ada apa?</i>

07:24.798 --> 07:26.133
‎Tiada apa-apa juga.

07:26.633 --> 07:31.180
‎Saya keluar berjalan-jalan
‎dan teringin nak berbual dengan seseorang.

07:32.306 --> 07:33.640
‎Apa hal?

07:33.724 --> 07:36.894
<i>‎Ya, tiada niat di sebalik panggilan saya.</i>

07:37.394 --> 07:40.397
<i>‎Tapi kadangkala kita terasa
‎nak berbual dengan seseorang.</i>

07:40.481 --> 07:42.065
‎Ya. Faham.

07:42.149 --> 07:45.277
‎Tapi awak pasti yang awak teringin
‎nak berbual dengan saya?

07:45.360 --> 07:46.361
<i>‎Kenapa pula?</i>

07:46.445 --> 07:48.614
‎Bukankah ada gadis beratur menunggu…

07:48.697 --> 07:49.698
‎MEMORI MENENGAH JUNIOR

07:49.781 --> 07:51.325
‎…untuk berbual dengan awak?

07:51.408 --> 07:53.035
<i>‎Awak anggap saya begitu?</i>

07:53.660 --> 07:55.621
‎Mana ada orang begitu untuk saya.

07:55.704 --> 07:59.583
‎Kalau ada pun, saya akan hubungi mereka
‎kalau ada benda nak cakap.

07:59.666 --> 08:01.084
<i>‎Saya pula bukan begitu?</i>

08:01.168 --> 08:04.087
‎Kenapa pula? Hubungan kita bukan begitu.

08:06.673 --> 08:09.343
<i>‎Kenapa tiba-tiba senyap? Awak rasa kecewa?</i>

08:09.426 --> 08:10.802
‎Mana ada!

08:10.886 --> 08:12.638
<i>‎Maaflah saya buat awak sedih.</i>

08:12.721 --> 08:13.847
‎Diamlah!

08:13.931 --> 08:15.098
<i>‎Saya gurau saja.</i>

08:15.182 --> 08:17.184
‎Ya Tuhan.

08:17.267 --> 08:19.937
‎Saya pun di luar
‎dan awak buat saya nampak pelik

08:20.020 --> 08:21.939
‎sebab menjerit di tempat letak basikal.

08:22.022 --> 08:24.107
<i>‎Awak baru nak balik? Agak lewat, bukan?</i>

08:24.191 --> 08:25.400
‎Ya. Saya ada kerja.

08:25.484 --> 08:26.985
‎Saya dah nak kayuh basikal.

08:27.069 --> 08:30.197
‎Saya pun nak balik.
‎Si Pon dah penat dan tak nak gerak.

08:30.280 --> 08:31.865
<i>‎- Poncita.</i>
‎- Ponta saja.

08:31.949 --> 08:33.283
<i>‎Kita berbual lagi nanti.</i>

08:33.367 --> 08:34.701
<i>‎Saya dapat mengisi masa awak?</i>

08:34.785 --> 08:35.911
‎Ya. Terima kasih.

08:36.411 --> 08:39.373
‎Telefon saja kalau teringin
‎nak cakap dengan seseorang.

08:40.374 --> 08:42.876
‎- Ya.
<i>‎- Jumpa esok di parti penutup.</i>

08:42.960 --> 08:45.254
‎Untuk skuad sorak! Yakiniku!

08:45.337 --> 08:47.631
<i>‎Awak terlupa? Pastikan awak datang, okey?</i>

08:49.007 --> 08:50.551
‎Ya. Terima kasih.

08:50.634 --> 08:51.718
<i>‎Selamat malam.</i>

08:58.141 --> 09:03.480
<i>‎Apa agaknya perasaan Miki
‎terhadap Yota sekarang?</i>

09:04.022 --> 09:07.901
<i>‎Dia anggap Yota sebagai kawan,
‎macam Amamiya?</i>

09:07.985 --> 09:10.237
‎Dah berapa lama awak kenal Minato?

09:10.320 --> 09:11.613
‎Ikut saya.

09:11.697 --> 09:14.741
‎Koyun. Bagi awak,
‎Yota dan Minato "berbeza"?

09:15.367 --> 09:17.327
<i>‎Betulkah?</i>

09:17.411 --> 09:18.495
<i>‎Sekejap…</i>

09:19.162 --> 09:21.456
<i>‎Macam mana Miki melihat Amamiya</i>

09:21.540 --> 09:23.792
<i>‎dan macam mana Amamiya melihat Miki?</i>

09:24.293 --> 09:26.503
<i>‎Sebagai kawan? Kawan baik?</i>

09:27.004 --> 09:29.673
<i>‎Atau lebih daripada itu?</i>

09:30.340 --> 09:34.761
<i>‎Macam mana agaknya Amamiya melihat saya…</i>

09:34.845 --> 09:37.764
<i>‎Tunggu, siapa peduli tentang saya?</i>

09:38.807 --> 09:42.019
<i>‎Apa-apa pun,
‎saya harap mereka kembali normal</i>

09:42.102 --> 09:45.022
<i>‎di parti penutup skuad sorak esok.</i>

09:46.356 --> 09:48.150
‎YAKINIKU - MAKAN SEPUAS HATI

09:48.233 --> 09:50.110
‎Syabas untuk pesta sukan!

09:51.737 --> 09:54.239
‎Miki, awak nampak cantik berambut pendek.

09:54.323 --> 09:56.658
‎Jangan guna garam. Sentiasa perap.

09:56.742 --> 09:57.993
‎Potong rambut pendek juga?

09:58.827 --> 10:00.495
<i>‎Tidak.</i>

10:01.538 --> 10:06.209
<i>‎Biasanya Miki melepak
‎dengan pelajar lelaki yang sebaya kami,</i>

10:06.293 --> 10:08.920
<i>‎tapi hari ini,
‎dia asyik berbual dengan senior.</i>

10:09.004 --> 10:11.214
<i>‎Sebab ini acara istimewa?</i>

10:12.007 --> 10:13.425
<i>‎Saya terlebih fikir sangat.</i>

10:14.009 --> 10:18.055
<i>‎Yota pula tak berganjak pun
‎dari tempat dia mula-mula duduk.</i>

10:18.138 --> 10:19.514
‎MERENUNG
‎TAK BOLEH CAKAP APA-APA

10:19.598 --> 10:21.808
‎Koyuki. Dah nak hangus.

10:27.397 --> 10:29.775
‎- Memang betul.
‎- <i>‎Amamiya.</i>

10:29.858 --> 10:32.611
<i>‎Kau nampak comel hari ini.</i>

10:32.694 --> 10:33.820
<i>‎Kau pakai cermin mata.</i>

10:34.946 --> 10:39.576
‎Hei, semua. Kamu tak rasa
‎pakaian Amamiya dan Momoka sepadan?

10:39.660 --> 10:40.827
‎- Hah?
‎- Hah?

10:40.911 --> 10:42.621
‎Berdiri bersebelahan.

10:42.704 --> 10:43.705
‎HAH?

10:44.373 --> 10:46.875
‎Wah, kamu nampak secocok!
‎Pasangan yang comel.

10:47.376 --> 10:49.670
‎- Terima kasih.
‎- Pandai ambil hati.

10:49.753 --> 10:51.296
‎MELUAT

10:51.380 --> 10:52.923
‎Dia lelaki jenis itu…

10:53.507 --> 10:56.218
‎Wah, ini agak memalukan.

10:57.678 --> 11:00.806
‎Mereka akan usik awak lagi
‎kalau awak tunjukkan yang awak malu.

11:00.889 --> 11:02.933
‎Mereka akan hilang minat
‎jika awak ikut saja.

11:05.727 --> 11:07.020
‎Amamiya…

11:08.021 --> 11:10.357
‎- Liciknya.
‎- Awak rasa begitu?

11:10.440 --> 11:11.441
‎BUAT-BUAT TAK TAHU

11:17.614 --> 11:18.698
<i>‎Koyun.</i>

11:18.782 --> 11:20.700
‎SENYAP

11:21.410 --> 11:23.328
‎Hei, Koyuki.

11:23.870 --> 11:26.206
‎Saya tertanya-tanya…

11:26.915 --> 11:30.085
‎Awak memang tak suka Amamiya?

11:31.294 --> 11:33.130
‎Apa? Kenapa?

11:33.213 --> 11:36.716
‎Maksud saya, memang nampak begitu…

11:36.800 --> 11:39.261
‎Tidak. Itu tak betul.

11:39.344 --> 11:40.595
‎Betul. Langsung tak betul!

11:41.179 --> 11:43.473
<i>‎Itu memang buat aku rasa curiga.</i>

11:44.266 --> 11:46.268
‎Itu tanggapan yang saya beri?

11:46.351 --> 11:49.938
‎Lebih kurang begitulah.

11:50.439 --> 11:52.315
‎Bukan itu niat saya.

11:52.399 --> 11:53.859
‎Saya perlu fikir semula.

11:53.942 --> 11:56.445
‎Tidak, tak perlu fikir sangat.

11:57.863 --> 11:59.322
‎Boleh saya duduk di sini?

12:00.031 --> 12:01.324
‎Momoka!

12:01.408 --> 12:05.287
‎Aduhai, muka saya rasa panas.
‎Saya sangat malu.

12:05.370 --> 12:07.205
‎Teruk apabila mereka terbawa-bawa.

12:07.289 --> 12:08.707
‎Tak apa.

12:08.790 --> 12:12.419
‎Sebab saya memang suka Amamiya.

12:13.753 --> 12:15.922
‎Saya buat kamu terkejut?

12:16.006 --> 12:18.800
‎Maksud awak, lebih daripada kawan?

12:18.884 --> 12:20.552
‎Ya. Betul.

12:20.635 --> 12:24.055
‎Saya sangat gembira
‎semasa mereka kata kami secocok.

12:24.639 --> 12:26.975
‎Bagusnya…

12:27.058 --> 12:28.810
<i>‎Tapi Amamiya suka…</i>

12:29.394 --> 12:31.563
‎Apa pendapat awak, Koyun?

12:31.646 --> 12:33.982
‎Hah? Apa pendapat saya?

12:34.065 --> 12:37.277
‎Awak rasa saya patut cuba?

12:37.360 --> 12:40.822
‎Itu keputusan awak.

12:41.531 --> 12:44.451
‎Siapa saya nak berikan pendapat?

12:44.534 --> 12:46.036
‎Leganya saya dengar.

12:46.119 --> 12:50.832
‎Saya fikir jika awak tak suka,
‎saya pasti tak boleh buat apa-apa.

12:52.042 --> 12:53.460
‎Kenapa pula saya?

12:53.543 --> 12:56.671
‎Maksud saya, kalau perasaan kamu sama,

12:56.755 --> 12:59.466
‎mustahil saya boleh bersaing
‎dengan awak, bukan?

12:59.549 --> 13:02.093
‎Kalau perasaan kamu sama?

13:02.177 --> 13:03.470
‎- Dengan siapa?
<i>‎- Alamak!</i>

13:03.553 --> 13:06.723
‎Aduhai. Awak buat-buat tak tahu?

13:07.682 --> 13:09.226
<i>‎Tidak, tidak!</i>

13:10.435 --> 13:12.979
‎Semua orang tahu siapa Amamiya suka.

13:13.563 --> 13:16.107
‎Sudah tentulah awak.

13:18.985 --> 13:20.237
<i>‎Habislah…</i>

13:23.156 --> 13:25.700
‎Semua orang tahu siapa Amamiya suka.

13:26.284 --> 13:28.828
‎Sudah tentulah awak.

13:31.414 --> 13:32.415
‎Apa?

13:32.916 --> 13:36.962
‎Amamiya suka saya?

13:39.256 --> 13:40.340
‎Awak berpura-pura.

13:40.423 --> 13:43.343
‎Reaksi itu? Awak memang berpura-pura.

13:43.927 --> 13:46.596
‎Tentu awak tahu, Koyun.

13:46.680 --> 13:48.598
‎Awak tahu perasaan Amamiya terhadap awak.

13:48.682 --> 13:55.105
‎Awak memang tak tahu
‎apabila seseorang suka awak?

13:56.231 --> 14:00.777
‎Amamiya layan semua orang dengan baik.

14:00.860 --> 14:03.405
‎Saya bukannya istimewa.

14:03.905 --> 14:07.534
<i>‎Tidak. Sejujurnya, ada beberapa perkara
‎yang terlintas di fikiran aku.</i>

14:08.118 --> 14:11.538
<i>‎Tapi aku kena beritahu diri sendiri
‎yang aku bukannya istimewa.</i>

14:11.621 --> 14:13.498
<i>‎Bukan aku saja.</i>

14:13.582 --> 14:15.667
<i>‎Dia akan buat begitu kepada semua.</i>

14:15.750 --> 14:17.377
<i>‎Kalau aku tak fikir begini, jadi…</i>

14:18.128 --> 14:20.880
<i>‎Aku berpura-pura tak nampak
‎dan mengabaikannya…</i>

14:20.964 --> 14:22.048
‎KALAU AKU SALAH? KALAU AKU BETUL?

14:22.132 --> 14:23.633
‎HUBUNGAN KAMI AKAN BERUBAH?
‎LEBIH BAIK? LEBIH TERUK?

14:23.717 --> 14:25.594
<i>‎Aku lari untuk melindungi diri.</i>

14:25.677 --> 14:27.929
<i>‎Mungkin aku pernah terfikir,</i>

14:28.430 --> 14:31.266
<i>‎aku memang terfikir, "Macam mana kalau"?</i>

14:32.225 --> 14:33.393
<i>‎Tapi…</i>

14:33.476 --> 14:36.813
<i>‎Aku harap bukan dia
‎yang buat aku sedar semua ini.</i>

14:36.897 --> 14:40.525
‎Baguslah. Leganya saya dengar.

14:41.109 --> 14:44.529
‎Saya akan buat
‎sampai dia balas cinta saya.

14:44.613 --> 14:45.614
‎TIADA KOMEN

14:45.697 --> 14:48.158
<i>‎Menakutkan betul…</i>

14:48.241 --> 14:49.951
<i>‎Cara dia memang menakutkan.</i>

14:50.994 --> 14:53.914
‎Mereka yang nak teruskan parti,
‎jom pergi ke tebing sungai.

14:53.997 --> 14:55.916
‎- Hore!
‎- Ini dia…

14:55.999 --> 14:57.876
‎- Bunga api!
‎- Di mana kasut saya?

15:01.087 --> 15:02.297
‎Kita bersebelahan.

15:02.380 --> 15:03.632
‎Ya.

15:05.634 --> 15:08.303
‎Sekejap. Koyun?

15:11.973 --> 15:13.350
‎Jam tangan kita sama.

15:14.142 --> 15:16.144
‎TERPAKU - WOAH

15:16.227 --> 15:19.189
<i>‎Alamak. Dia akan salah faham.</i>

15:19.272 --> 15:20.982
<i>‎Aku kena fikirkan reaksi…</i>

15:22.359 --> 15:23.360
‎BERBISIK

15:23.443 --> 15:25.654
‎Ini sangat murah, bukan?

15:29.199 --> 15:32.410
‎Ya. Tapi nampak mahal.

15:32.911 --> 15:34.579
‎Saya pun fikir begitu.

15:34.663 --> 15:38.500
‎Awak tak cakap, saya pun senyap. Setuju?

15:38.583 --> 15:40.585
‎Cermin mata saya pun sangat murah.

15:41.795 --> 15:42.963
‎Okey.

15:43.922 --> 15:45.006
<i>‎Apa aku nak buat?</i>

15:45.507 --> 15:47.926
‎Saya takkan cakap. Nanti kantoi.

15:49.135 --> 15:51.721
<i>‎Seronoknya.</i>

15:55.517 --> 16:01.940
<i>‎Saya harap keserasian ini
‎akan kekal selamanya.</i>

16:04.859 --> 16:06.152
‎Nyaris-nyaris!

16:06.236 --> 16:08.697
‎Saya ingatkan
‎kunci lokar kasut saya dah hilang.

16:08.780 --> 16:10.949
‎Azumi. Pergi dari sini.

16:11.032 --> 16:12.993
‎Hah? Hei, kenapa?

16:13.076 --> 16:15.036
‎Awak nak tengok bunga api selepas ini?

16:15.120 --> 16:17.831
‎Ya. Miki dan Tsukiko pun pergi.

16:17.914 --> 16:19.040
‎Baguslah.

16:20.208 --> 16:23.378
‎Kita kurang berbual hari ini
‎sebab duduk berjauhan.

16:23.461 --> 16:24.963
‎Saya memang harap awak datang.

16:29.050 --> 16:34.556
<i>‎Pada tahap ini, aku betul-betul yakin.</i>

16:34.639 --> 16:37.600
<i>‎Sekejap, apa aku nak buat?
‎Apa aku nak buat?</i>

16:37.684 --> 16:38.685
‎BERPALING

16:38.768 --> 16:40.020
‎Begitu…

16:42.772 --> 16:44.107
‎Koyun! Awak di mana?

16:44.190 --> 16:45.525
‎DUP DAP - SWOOSH

16:45.608 --> 16:46.609
‎Saya datang!

16:46.693 --> 16:49.612
‎SENDIRIAN

16:55.869 --> 16:58.496
‎Hei, awak nak turun atau tidak?

16:58.580 --> 17:01.041
‎Saya okey. Saya tengok dari sini saja.

17:01.124 --> 17:03.334
‎Tipu! Awak tak berani turun!

17:04.586 --> 17:06.129
‎Awak boleh buat. Nampak?

17:06.212 --> 17:07.213
‎ANGKAT

17:07.297 --> 17:08.465
‎- Sini!
‎- Hei!

17:08.548 --> 17:09.549
‎TINGGI

17:09.632 --> 17:10.842
‎Saya takut! Turunkan saya!

17:10.925 --> 17:12.385
‎Ya. Tunggu sekejap.

17:15.972 --> 17:17.432
<i>‎Aku dengar jeritan?</i>

17:18.016 --> 17:19.267
‎Hei!

17:20.143 --> 17:22.896
‎Koyun, Yota dan Tsukko!

17:22.979 --> 17:25.565
‎Yuki. Awak ada dengar jeritan pelik tadi?

17:25.648 --> 17:26.649
‎Itu?

17:26.733 --> 17:28.443
‎Saya tolong Atagawa.

17:28.526 --> 17:30.653
<i>‎Dia nampak sangat marah.</i>

17:31.237 --> 17:35.158
‎Awal sangat bakar bunga api batang.
‎Biasanya itu untuk penutup acara, bukan?

17:35.241 --> 17:36.242
‎HMPH

17:36.326 --> 17:38.161
‎Bila-bila masa pun boleh.

17:38.244 --> 17:39.537
‎Betul juga.

17:39.621 --> 17:40.747
‎Nak sertai kami?

17:40.830 --> 17:42.165
‎Sudah tentu!

17:48.254 --> 17:49.506
‎MERENUNG - BERADA DI TENGAH

17:49.589 --> 17:51.299
<i>‎Kenapa aku berada di sini?</i>

17:51.382 --> 17:53.760
<i>‎Rasa macam diperhatikan.</i>

17:53.843 --> 17:54.928
‎Saya punya dah habis.

17:55.011 --> 17:56.513
‎Awak punya pun kena habis, Koyun.

17:56.596 --> 17:57.597
‎TIUP

17:57.680 --> 17:58.681
‎Hentikan.

18:08.274 --> 18:10.193
‎Boleh saya sertai kamu?

18:14.030 --> 18:15.031
‎Boleh saya duduk?

18:15.115 --> 18:16.116
‎MENGELAK

18:16.199 --> 18:17.534
‎Saya ada buat salah?

18:22.539 --> 18:24.958
‎DUP DAP

18:25.542 --> 18:27.085
<i>‎- Kelakarnya.
‎- Kelakarnya.</i>

18:27.168 --> 18:28.837
‎Kenapa buat muka begitu?

18:29.420 --> 18:31.840
‎BERDESIR-DESIR
‎BAM

18:32.924 --> 18:35.343
‎- Wah!
‎- Hebatnya!

18:36.386 --> 18:37.595
‎Mengagumkan!

18:46.437 --> 18:49.065
‎Kita tengok bunga api siapa yang bertahan?

18:49.149 --> 18:50.233
‎Ya.

18:51.025 --> 18:53.069
<i>‎Siku kami sangat dekat.</i>

18:54.571 --> 18:55.572
‎Dah menyala.

19:02.662 --> 19:03.663
<i>‎Senyum.</i>

19:03.746 --> 19:04.747
‎SENYUM

19:04.831 --> 19:07.250
‎TERPAKU

19:12.255 --> 19:15.175
‎Syabas untuk usaha anda!

19:15.258 --> 19:16.759
‎- Minum!
‎- Minum!

19:21.181 --> 19:22.182
‎Miki.

19:23.433 --> 19:26.269
‎Ini awak punya, bukan?
‎Saya jumpa di atas tanah.

19:27.604 --> 19:30.398
‎Sekejap, apa? Itu rantai kunci saya.

19:30.899 --> 19:33.026
‎Hei, betullah. Terjatuh dari kunci saya.

19:33.109 --> 19:34.110
‎Nah.

19:34.194 --> 19:35.320
‎Terima kasih.

19:35.403 --> 19:37.530
‎Baguslah awak tahu ia milik saya.

19:37.614 --> 19:40.158
‎Mestilah saya tahu.

19:43.369 --> 19:45.914
‎Hei, Miki. Awak rasa kekok dengan saya?

19:45.997 --> 19:46.998
‎Apa?

19:47.498 --> 19:49.167
‎Nampak sangat.

19:49.751 --> 19:52.754
‎Tidak… Saya tak rasa kekok…

19:53.254 --> 19:54.672
‎Maafkan saya.

19:55.465 --> 19:57.675
‎Awak ada masa selepas ini?

20:00.511 --> 20:02.430
‎Saya nak cakap sesuatu.

20:18.780 --> 20:19.781
‎Miki.

20:20.281 --> 20:23.284
<i>‎Kalaulah dia tak cakap
‎apa yang dia akan cakap.</i>

20:23.368 --> 20:25.161
<i>‎Keadaan pasti akan kekal sama.</i>

20:28.706 --> 20:30.208
‎Saya suka awak.

20:30.291 --> 20:31.376
‎Apa?

20:31.918 --> 20:34.212
‎Alamak. Terima kasih.

20:39.634 --> 20:42.220
<i>‎Dia memang serius.</i>

20:43.471 --> 20:46.099
<i>‎Itu bukan jenaka, bukannya sambil lewa.</i>

20:46.182 --> 20:47.976
<i>‎Dia memang serius.</i>

20:48.893 --> 20:52.814
‎Saya dah lama suka awak.
‎Sejak sekolah menengah junior.

20:53.314 --> 20:54.440
‎Apa?

20:54.524 --> 20:57.360
<i>‎Dia dah lama suka aku?</i>

20:57.944 --> 21:00.905
‎Saya tak berniat nak beritahu awak.

21:01.489 --> 21:03.574
‎Tapi saya dah tak boleh pendamkan,

21:04.158 --> 21:05.952
‎jadi saya nak selesaikannya.

21:07.078 --> 21:08.746
‎Saya nak berhenti rasa begini

21:09.414 --> 21:12.625
‎dan kembali jadi kawan.

21:13.501 --> 21:15.628
‎Maaf sebab menyusahkan awak.

21:17.046 --> 21:19.215
<i>‎Biasanya dia sentiasa ceria dan baik.</i>

21:19.299 --> 21:21.634
<i>‎Aku tak pernah nampak wajah dia begini.</i>

21:22.552 --> 21:26.222
<i>‎Sampai hati aku buat
‎dia berwajah sedih begitu.</i>

21:27.223 --> 21:29.559
<i>‎Aku pun suka dia.</i>

21:30.393 --> 21:31.811
<i>‎Aku sayang dia.</i>

21:32.353 --> 21:33.521
<i>‎Tapi ia bukan…</i>

21:34.605 --> 21:35.773
<i>‎Tidak.</i>

21:35.857 --> 21:40.570
<i>‎Kalau aku betul-betul cuba,
‎mungkin aku akan suka dia juga.</i>

21:41.779 --> 21:47.744
<i>‎Siapa lagi akan menyayangi aku
‎dan menerima aku seadanya?</i>

21:48.619 --> 21:52.707
<i>‎Kalau aku boleh jatuh cinta
‎dengan orang yang mencintai aku…</i>

21:54.625 --> 21:57.045
<i>‎Itu akan buat aku gembira, bukan?</i>

21:58.504 --> 21:59.505
‎Yota.

22:00.006 --> 22:01.299
<i>‎Tapi…</i>

22:05.386 --> 22:06.721
‎Saya minta maaf.

22:06.804 --> 22:09.557
<i>‎Aku tak boleh terima…</i>

22:09.640 --> 22:12.560
‎Bukannya saya tak suka awak…

22:12.643 --> 22:14.062
<i>‎…apabila hati aku tak pasti.</i>

22:14.145 --> 22:17.857
‎Saya tak pernah anggap awak begitu.

22:18.983 --> 22:19.984
‎Okey.

22:21.778 --> 22:24.030
‎Saya tak tahu apa nak buat.

22:24.864 --> 22:26.616
‎Ya. Saya tahu.

22:28.576 --> 22:31.579
‎Maaf sebab saya mengelak daripada awak.

22:32.371 --> 22:34.707
‎Saya tak berniat melukakan hati awak.

22:36.751 --> 22:38.878
‎Tak apa. Saya tahu.

22:40.671 --> 22:41.881
‎Saya minta maaf.

22:41.964 --> 22:43.007
‎Tak apa.

22:45.051 --> 22:46.052
‎Terima kasih.

22:51.891 --> 22:53.810
‎Kenapa awak menangis?

23:40.982 --> 23:45.987
‎Terjemahan sari kata oleh Bibi Ellyvine
