WEBVTT

01:02.666 --> 01:03.793
Siap!

01:04.668 --> 01:09.048
Akhirnya saya selesai bersihkan
semua puntung rokok hari ini.

01:10.257 --> 01:11.759
- Apa ini?
- Alamak.

01:11.842 --> 01:13.928
Ada sisa tar pada pakaian saya.

01:16.263 --> 01:19.600
Yanineko, awak dah gila?

01:21.560 --> 01:24.855
Sewa rumah minggu depan, bukan?

01:25.648 --> 01:26.649
Aduhai!

01:27.149 --> 01:29.735
Lain kali hati-hati!

01:42.957 --> 01:45.459
Saya jumpa puntung rokok yang panjang!

01:45.960 --> 01:49.672
Tapi warnanya agak gelap
dan ada sisa sesuatu.

01:50.256 --> 01:52.258
Masih elok.

02:00.766 --> 02:03.185
<i>Tak guna!</i>

02:04.061 --> 02:07.940
<i>Kucing bodoh itu!</i>

02:13.279 --> 02:16.866
Kenapa?

03:48.791 --> 03:52.419
PRIHATIN DENGAN PERSEKITARAN
UNTUK ELAK PENDEDAHAN ASAP ROKOK SEKUNDER.

03:52.503 --> 03:54.463
MEREKA DI BAWAH 20 TAHUN DILARANG MEROKOK.

03:54.546 --> 03:56.465
Sekotak rokok baharu.

03:56.548 --> 04:01.470
Tapi masih belum lengkap.

04:02.805 --> 04:07.101
Rokok dalam kotak baharu disusun padat.

04:07.685 --> 04:09.770
Kalau keluarkan lima,

04:09.853 --> 04:13.732
ada ruang yang cukup
untuk masukkan pemetik api.

04:13.816 --> 04:18.779
Inilah kotak rokok yang sempurna.

04:31.458 --> 04:34.253
Kehidupan yang sempurna takkan kekal.

04:36.839 --> 04:40.134
Ia sangat padat
sehingga saya tak boleh keluarkannya.

04:51.603 --> 04:52.563
Biar betul.

04:53.147 --> 04:54.148
Kenapa?

04:54.648 --> 04:57.776
Apa salah saya?

04:59.570 --> 05:00.821
Peraturan tiga saat.

05:01.322 --> 05:04.241
Saya ambil rokok yang tak kena najis.

05:05.117 --> 05:07.703
Saya pokai bulan ini.

05:14.376 --> 05:16.795
Mungkin boleh hisap
kalau potong hujungnya.

05:17.379 --> 05:18.964
<i>Chainsmoker Cat!</i>

05:22.593 --> 05:26.013
Perhatian, semua pekerja sementara antro.

05:26.096 --> 05:28.057
Ini tugas kamu hari ini.

05:29.141 --> 05:32.186
Merokok tak dibenarkan dalam bangunan ini.

05:32.269 --> 05:34.646
Rokok awak akan dirampas
sehingga tamat kerja.

05:41.028 --> 05:43.238
Selepas 20 minit tak merokok,

05:43.322 --> 05:48.452
tekanan darah dan tanda vital lain
kembali normal.

05:53.290 --> 05:55.417
Selepas 30 minit tak merokok,

05:55.501 --> 06:00.714
kepekatan nikotin dalam badan berkurang
dan gejala sarak mula muncul.

06:06.303 --> 06:09.389
Selepas enam hingga lapan jam tak merokok,

06:09.473 --> 06:15.229
kepekatan karbon monoksida dan oksigen
dalam darah kembali ke paras normal.

06:18.440 --> 06:20.025
Di mana Nombor 56?

06:20.109 --> 06:21.235
Dia dah balik!

06:21.318 --> 06:23.487
Masih ada 30 minit sebelum tamat syif!

06:39.336 --> 06:42.589
Leganya!

06:45.592 --> 06:47.636
Awak pembantu antro?

06:47.719 --> 06:50.514
Pasu ini khazanah negara.

06:50.597 --> 06:52.182
Pastikan tak tercalar

06:52.266 --> 06:56.145
atau melekat bau busuk awak padanya.

06:56.770 --> 06:58.230
Baiklah.

07:15.622 --> 07:19.293
Kenapa lebih kotor
daripada sebelum awak lap?

07:20.169 --> 07:24.506
Lagipun, baunya macam stesen kereta api.

07:30.888 --> 07:34.308
Tak guna!

07:37.311 --> 07:39.771
<i>Duit saya tinggal 170 yen.</i>

07:39.855 --> 07:41.231
<i>Serta enam batang rokok.</i>

07:41.732 --> 07:44.943
<i>Masih ada enam hari
sebelum kerja seterusnya.</i>

07:45.527 --> 07:48.322
<i>Saya perlu hidup dengan 28 yen sehari.</i>

07:48.906 --> 07:51.450
<i>Sebatang rokok sehari.</i>

07:53.994 --> 07:55.829
<i>Saya boleh buat!</i>

07:58.415 --> 08:01.418
<i>Ini rokok pertama dan terakhir
untuk hari ini.</i>

08:06.381 --> 08:10.177
<i>Apabila saya merokok,
saya bebas daripada sebarang kebimbangan.</i>

08:10.928 --> 08:12.095
<i>Ya.</i>

08:12.179 --> 08:16.808
<i>Hidup enam hari dengan 170 yen mudah saja.</i>

08:22.439 --> 08:24.149
Sebatang saja lagi.

08:33.200 --> 08:35.619
<i>Alamak.</i>

08:35.702 --> 08:39.373
Tak apalah. Lagipun,
sehari sebatang rokok terlalu sukar.

08:39.456 --> 08:42.000
Sekarang dah habis, saya boleh terima.

08:45.087 --> 08:47.214
Kenapa ini selalu berlaku?

08:47.297 --> 08:48.590
Selalu begini!

08:48.674 --> 08:51.260
Kenapa saya tak boleh kawal diri?

08:51.843 --> 08:55.430
Saya bukan orang jahat.

09:02.020 --> 09:05.941
Tuhan masih sayangkan saya!

09:06.024 --> 09:08.360
Jumlahnya 1,160 yen.

09:12.030 --> 09:14.449
BAKI WANG: 10 YEN

09:15.158 --> 09:17.202
<i>Chainsmoker Cat.</i>

09:20.163 --> 09:22.207
Kakak?

09:22.791 --> 09:24.084
Lama tak berbual.

09:24.167 --> 09:25.294
Ada apa?

09:25.794 --> 09:30.382
<i>Tak ada apa-apa, saja telefon
nak dengar suara adik saya.</i>

09:31.300 --> 09:32.342
Kakak memang pelik.

09:32.926 --> 09:35.762
Kakak rindukan kamu. Lama tak jumpa.

09:35.846 --> 09:37.472
Datanglah lepak di sini.

09:37.556 --> 09:39.182
- Tak naklah.
- Apa?

09:40.017 --> 09:42.436
Rumah kakak selalu bau rokok.

09:42.519 --> 09:44.605
Tentu lantai kakak penuh abu rokok.

09:44.688 --> 09:46.815
Mana ada.

09:46.898 --> 09:48.734
Hantar gambar bilik kakak.

09:48.817 --> 09:51.403
Saya mungkin akan datang
selepas melihatnya.

10:00.078 --> 10:02.205
Saya akan bersihkan bilik ini.

10:02.289 --> 10:03.999
Saya akan buat.

10:04.708 --> 10:07.586
<i>Mula-mula kumpulkan sampah.
Saya perlukan beg sampah dulu.</i>

10:07.669 --> 10:08.837
<i>Bagaimana dengan lantai?</i>

10:08.920 --> 10:11.173
<i>Kumpul dan buang puntung,
bersihkan peti sejuk.</i>

10:11.256 --> 10:12.341
<i>Bersihkan tandas.</i>

10:12.424 --> 10:14.509
<i>Habislah saya.</i>

10:14.593 --> 10:15.761
<i>Masa semakin suntuk!</i>

10:24.102 --> 10:25.896
<i>Sakitnya.</i>

10:25.979 --> 10:29.316
<i>Kenapa nasib saya malang?</i>

10:29.399 --> 10:32.778
<i>Saya perlukan rokok.</i>

10:35.238 --> 10:38.158
Ini masih boleh digunakan.

10:39.785 --> 10:43.705
Yang ini belum guna! Hari yang terbaik!

10:43.789 --> 10:47.459
Saya sangat bertuah.

10:51.713 --> 10:52.964
Kakak mesej.

10:54.091 --> 10:56.843
Tentu dia susah payah bersihkan bilik.

10:57.344 --> 11:00.430
Kalau kotor sikit saja, saya tak kisah.

11:00.514 --> 11:01.431
ADIK, TENGOK!

11:03.016 --> 11:04.601
<i>Tahi.</i>

11:08.188 --> 11:10.357
PERGI MATI

11:14.236 --> 11:16.488
Saya akan cuba berhenti merokok

11:16.571 --> 11:19.282
sebab adik macam marah.

11:20.450 --> 11:22.285
Panjang sangat.

11:28.250 --> 11:30.961
Lebih banyak, lebih baik, bukan?

11:42.639 --> 11:46.059
JANGAN TIRU AKSI INI DI RUMAH

11:46.143 --> 11:47.102
Apa?

11:47.894 --> 11:51.231
Wah, dah tiga hari kakak tak merokok?

11:51.314 --> 11:53.066
Kakak cuba yang terbaik.

11:53.650 --> 11:57.696
Dulu kakak sangat kerap merokok,
seolah-olah bernafas guna nikotin.

11:57.779 --> 11:59.281
Saya bangga dengan kakak!

11:59.364 --> 12:01.199
Yakah?

12:01.283 --> 12:02.617
Betul!

12:02.701 --> 12:06.204
Inilah pencapaian kakak yang terbaik.

12:06.788 --> 12:08.498
Kamu puji melebih-lebih.

12:09.291 --> 12:10.333
Apa?

12:26.975 --> 12:30.562
Sedapnya minum bir pada hari bekerja.

12:37.319 --> 12:39.279
Lingkaran asap bentuk hati.

12:39.362 --> 12:42.073
Itu tanda tuah.

12:47.412 --> 12:48.330
Hei.

12:49.623 --> 12:53.126
Apa awak nak, Si Perokok?

12:56.796 --> 12:58.965
Saya nak berkongsi tuah saya.

13:05.222 --> 13:06.056
Hei.

13:07.724 --> 13:10.143
Belikan ayah arak dan rokok.

13:10.227 --> 13:11.686
Bir dan Mild Seven.

13:11.770 --> 13:15.023
Tapi saya perlu siapkan kerja sekolah.

13:15.899 --> 13:19.945
Kamu menjawab dengan ayah?

13:20.028 --> 13:22.280
Berhenti buat kerja sekolah!

13:22.364 --> 13:25.200
Lagipun kamu perlu bekerja
selepas tamat sekolah!

13:25.283 --> 13:26.785
Tapi…

13:27.702 --> 13:31.665
Kamu patut bersyukur
ayah jaga kamu yang hodoh ini.

13:31.748 --> 13:36.294
Sekarang pergi beli arak dan rokok
untuk ayah, budak tak guna.

13:42.300 --> 13:44.010
Kenapa?

14:01.653 --> 14:03.530
Biar betul.

14:03.613 --> 14:08.618
Kenapa adik dan tuan rumah saya kata
saya bau busuk?

14:14.833 --> 14:20.797
Saya tak suka mandi. Menyusahkan betul.

14:37.272 --> 14:41.151
Apa pun, ia tetap buat saya rasa segar.

14:41.234 --> 14:43.904
Mandi umpama dobi untuk jiwa.

14:44.487 --> 14:47.991
Mungkin saya suka jadi pembersih.

14:59.961 --> 15:01.755
Ya, mandi memang menyusahkan,

15:01.838 --> 15:04.966
tapi saya suka merokok selepas mandi.

15:18.521 --> 15:21.608
<i>Saya sakit tekak dan saya menggigil.</i>

15:21.691 --> 15:23.777
<i>Mungkinkah saya selesema?</i>

15:26.404 --> 15:28.615
<i>Ya, ini memang selesema.</i>

15:29.115 --> 15:32.077
<i>Teruknya rasa rokok ini,
saya tak boleh merokok langsung.</i>

15:32.786 --> 15:34.913
<i>Saya perlu berehat.</i>

15:44.798 --> 15:46.633
Terima kasih, sila datang lagi.

15:57.602 --> 16:00.522
<i>Setidaknya saya masih boleh hisap
rokok mentol.</i>

16:25.964 --> 16:27.882
Tolong.

16:30.969 --> 16:33.179
Kenapa kakak lari?

16:33.888 --> 16:36.182
Saya datang jauh-jauh untuk jaga kakak.

16:36.266 --> 16:38.935
Kakak ingat kamu
dari Jabatan Kesihatan Awam.

16:39.019 --> 16:42.063
Biasanya orang tak jaga orang sakit
memakai sut hazmat.

16:42.147 --> 16:45.025
Sebab bilik ini bau rokok

16:45.108 --> 16:47.819
dan kakak tak pernah bersihkan.

16:47.902 --> 16:51.281
Saya tak tahan bau sampah dan tar.

16:52.907 --> 16:54.951
Bagaimana keadaan kakak?

16:56.244 --> 16:58.079
Lebih baik daripada semalam.

17:02.167 --> 17:03.710
Saya akan masakkan bubur.

17:05.128 --> 17:07.464
<i>Kata-katanya mungkin kasar,</i>

17:08.048 --> 17:09.883
<i>tapi dia tetap datang juga.</i>

17:09.966 --> 17:13.219
<i>Adik saya sayangkan saya.</i>

17:15.555 --> 17:16.890
Bubur dah siap.

17:24.731 --> 17:27.275
Alamak, kakak tak apa-apa? Maafkan saya!

17:27.358 --> 17:29.027
Jijiknya!

17:29.110 --> 17:31.613
Mana penutup kepala? Alamak!

17:37.911 --> 17:38.745
Apa ini?

17:39.579 --> 17:40.663
Apa ini?

17:42.248 --> 17:43.958
Teruk sangatkah baunya?

17:44.501 --> 17:47.253
Itu mengguris hati.

17:47.337 --> 17:50.632
HARI SEBELUMNYA

17:53.718 --> 17:56.429
Imoko rupanya.

17:56.513 --> 17:58.765
Helo, Kansai.

17:59.641 --> 18:01.726
Terima kasih atas jasa awak
pada kakak saya.

18:02.227 --> 18:03.853
Sopannya awak.

18:04.354 --> 18:06.689
Betulkah awak adik benda itu?

18:07.357 --> 18:08.525
Apa awak buat?

18:08.608 --> 18:11.736
Kakak saya selesema.

18:11.820 --> 18:13.780
Jadi saya nak beli sut hazmat.

18:14.364 --> 18:17.659
Begitu rupanya. Patutlah awak ke sini.

18:17.742 --> 18:20.662
Tapi tak sangka benda itu boleh sakit.

18:20.745 --> 18:24.582
Kakak saya memang senang kena selesema.

18:24.666 --> 18:27.335
<i>Kadangkala dia makan
50 aiskrim sekali gus.</i>

18:27.418 --> 18:30.088
<i>Atau main salji memakai kemeja-T.</i>

18:30.672 --> 18:33.341
<i>Saya akan jaga dia setiap kali.</i>

18:33.424 --> 18:34.926
<i>Macam susahkan awak.</i>

18:35.009 --> 18:37.220
<i>Memang pun.</i>

18:38.388 --> 18:40.515
Tentu awak susah datang jauh-jauh.

18:40.598 --> 18:42.725
Saya boleh jenguk dia kalau awak mesej.

18:45.270 --> 18:47.730
Terima kasih.

18:48.439 --> 18:51.734
Tapi saya lebih kenal kakak saya.

18:52.318 --> 18:55.488
Saya rasa lebih baik
kalau saya yang jaga dia.

18:59.534 --> 19:01.744
- Comelnya.
- Comelnya.

19:02.328 --> 19:03.663
Saya nak bawa awak balik.

19:03.746 --> 19:05.290
Kenapa?

19:06.624 --> 19:09.586
<i>Chainsmoker Cat.</i>

19:14.591 --> 19:17.510
Doktor, paru-paru kakak saya…

19:17.594 --> 19:19.846
Dia akan mati.

19:19.929 --> 19:20.805
Tidak!

19:21.306 --> 19:24.225
Dia tinggal dua atau tiga bulan lagi.

19:24.309 --> 19:25.476
Tidak!

19:25.560 --> 19:28.229
Mungkin lebih lama.

19:28.313 --> 19:30.398
Lebih kurang 100 hari?

19:31.024 --> 19:32.275
Seratus…

19:32.358 --> 19:33.193
kucing?

19:34.986 --> 19:36.237
Imoko!

19:36.863 --> 19:38.531
Berani buat adik saya menangis!

19:38.615 --> 19:41.159
Dia menangis sebab paru-paru awak.

19:41.951 --> 19:44.037
Saya faham.

19:44.662 --> 19:46.331
Semua orang akan mati.

19:47.832 --> 19:49.417
Semudah itu.

19:53.296 --> 19:56.799
Jangan merokok di dalam hospital,
pengotor tak guna!

19:59.135 --> 20:00.595
Mimpi?

20:00.678 --> 20:01.763
Cuma mimpi?

20:03.514 --> 20:06.976
Kanser paru-paru dan 100 hari
untuk hidup cuma mimpi?

20:14.150 --> 20:15.360
Kakak?

20:15.443 --> 20:16.819
Kenapa?

20:16.903 --> 20:18.321
<i>Kakak buat kamu terjaga?</i>

20:18.404 --> 20:20.615
Tak, saya sedang buat kerja sekolah.

20:21.908 --> 20:23.409
Kakak kedengaran sedih.

20:23.910 --> 20:25.536
Kakak selesema lagi?

20:28.665 --> 20:30.124
<i>Kakak tak apa-apa.</i>

20:31.668 --> 20:32.710
Yakah?

20:32.794 --> 20:33.753
Ya.

20:35.255 --> 20:38.174
Betul. Tak ada apa-apa.

20:38.258 --> 20:43.221
Kakak cuma nak bercakap dengan kamu.

20:43.930 --> 20:45.181
<i>Yakah?</i>

20:45.265 --> 20:47.642
<i>Apa pun, kakak perlu jaga diri.</i>

20:48.142 --> 20:51.688
<i>Bukan mudah untuk saya datang
memakai sut hazmat.</i>

20:52.814 --> 20:54.482
Imoko.

20:54.565 --> 20:55.608
<i>Ya?</i>

20:57.568 --> 21:00.405
<i>Kakak akan berhenti merokok. Sumpah!</i>

21:04.909 --> 21:08.162
Tengok di luar. Cantik sangat.

21:18.089 --> 21:19.716
Indah, bukan?

21:20.508 --> 21:23.261
Bima Sakti kelihatan jelas malam ini.

21:24.095 --> 21:26.472
<i>Saya tak tahu apa yang berlaku,</i>

21:26.556 --> 21:29.684
<i>tapi kakak boleh telefon saya
bila-bila saja.</i>

21:35.106 --> 21:36.899
Bintang-bintang sangat cantik.

21:37.400 --> 21:38.484
<i>Ya.</i>

21:39.110 --> 21:40.903
<i>Saya di sini</i>

21:40.987 --> 21:42.613
di bawah bintang yang sama.

21:44.407 --> 21:46.909
<i>Nampak macam asap rokok.</i>

21:46.993 --> 21:47.869
Apa?

21:49.495 --> 21:50.663
Bunyi apa itu?

21:50.747 --> 21:51.914
<i>Kakak?</i>

21:51.998 --> 21:53.166
<i>Saya dengar bunyi petik.</i>

21:53.249 --> 21:56.461
<i>Itu pemetik api?</i>

21:56.544 --> 21:58.171
<i>Kakak nyalakan apa?</i>

21:58.254 --> 22:02.759
<i>Kakak kata nak berhenti merokok!</i>

22:04.927 --> 22:06.721
Leganya.

23:32.932 --> 23:37.937
Terjemahan sari kata oleh
Syukriyah Abdul Rashid

23:38.020 --> 23:38.855
INI SEBUAH KARYA FIKSYEN.

23:38.938 --> 23:40.940
MEROKOK DAN MINUM ARAK
DI BAWAH UMUR DILARANG. JANGAN TIRU.
